Diberhentikan Kerja, Sekarang Kerja Pembantu Gerai Sayur

berhenti-kerja
Beberapa hari lepas saya mula kongsikan surat dari follower tentang permasalahan mereka.
 
Saya sangkakan ramai yang nak tahu dan belajar dari cabaran yang mereka hadapi dan cara untuk mengatasinya, tapi sangkaan saya merosot sebab tak ramai yang SHARE dan respon dengan perkongsian tersebut.
 
Ini agak mengecewakan saya dan mematahkan semangat saya nak berkongsi.
 
Boleh ke bagi semangat semula kepada saya?
 
Kalau tak ini mungkin perkongsian terakhir dari saya.
 
PS : Malas la juga nak kongsi lebih-lebih kalau usaha kita tidak dihargai .. LIKE & SHARE jer pun susah bukan kena bayar kan.
 

 
Assalamualaikum En Zaidi,
Saya Anas dari Perlis silent reader tuan dari tahun 2017 lagi dan berjaya membeli rumah low cost di Pandan Jaya hasil nasihat kewangan percuma tuan di fb.
 
Terasa rugi waktu tu tak join UI kerana waktu tu yuran sekitar RM 300 seumur hidup.
 
Saya diberhentikan kerja dari sebuah syarikat pelancongan dan sekarang bekerja sebagai pembantu gerai sayur.
 
Saya ingin memohon bantuan nasihat dari pihak tuan berkenaan masalah kewangan saya.
 
Berikut adalah maklumat secara ringkas :
  • Tiada simpanan langsung.
  • Pendapatan bulanan ~ RM 1,400-RM 1,500

Komitmen kewangan :

  • Sewa rumah – RM 400 – 15hb every month
  • Motor – RM 230 – 2hb every month (balance Oct 2021 RM 2,500)
  • Digi – RM 53 – 16hb every month
  • Takaful – RM 100 – 25hb every month (tunggakan RM 800)
  • Anak – RM 180 (susu, pampers, ubat)
  • SSPN-i – RM 20
  • Barang dapur – RM 100
  • Petrol. – RM 70
  • Utiliti. – RM 40
Lain2 :
  • Kad kredit CIMB – RM 150 every 7hb baki RM 3,300*
  • Kad kredit RHB – RM 150 every 9hb baki RM 3,500*
*Jika tidak ada tambahan penggunaan
 
Jumlah RM 1,493.00
 
Hutang tanpa beban :
  • ASB Loan. – RM 220 – 1hb every month (advance paid using past dividen until June 2021. If surrender, will get pokok RM 1,600)
  • Own property – RM 550 – 5hb every month (managed to get moratorium extension until Jan 2021. Insyallah will get new tenant Nov 2020. Possible to rent RM 750 per month.)
Target :
  1. Settle Aeon motorcycle loan
  2. Settle credit card and consider to terminate both
  3. Nafkah untuk isteri RM 300
  4. Setel hutang deposit rumah dengan mak RM 3,000
  5. Cipta simpanan sendiri
Maklumat tambahan :
  • Akan dapat lagi wang epf RM 500 sebulan sehingga Feb 2021. Jumlah terkumpul RM 2,000.
  • Ada sebuah kereta Waja yang pak mertua bagi pinjam selamanya tetapi perlu maintain sendiri secara berkala.
  • Masih menyimpan Public Gold Bar 10g.
  • Isteri mempunyai keuntungan dari perniagaan sampingan sekitar RM 100-RM 200 sebulan
Saya harap En Zaidi dapat membantu kesulitan masalah saya.
 
Jasa baik tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.
 

 

SARANAN SAYA

  1. Terminate ASBF selepas dapat dividen – Gunakan dividen + Prinsipal untuk melangsaikan Hutang motor – lebihan RM230
  2. Berhenti carum di SSPN – lebihan RM20
  3. Masuk program AKPK untuk kad kredit – Jimat RM200
  4. Mula menyimpan RM230 + 20 + 200 = RM500 / bulan
  5. Langsaikan hutang KK 1 – dalam masa 7 bulan
  6. Langsaikan hutang KK 2 – dalam masa 7 bulan berikutnya
  7. Keluar dari program AKPK
  8. Simpan RM600/bulan selepas selesai langkah 1-6
  9. Boleh sertai kursus forensik kewangan bersama saya untuk belajar cara menambah pendapatan dan harta menggunakan apa yang ada.
 
Sila ambil tindakan segera.
Akhir sekali satu jer saya nak pesan.
 
Hidup korang bukan ada orang lain yang nak tanggung , korang sendiri juga yang tanggung.
 
Persetankan orang lain , bukan mereka yang nak hadap kehidupan korang.
 
Kalau korang nak rasa perkara yang orang lain tidak pernah rasa , korang kena berani buat apa yang orang lain tidak buat.
 
Apa sahaja situasi korang hari ini , ianya bukan bersifat kekal kecuali jika korang ingin mengekalkannya..
 
Korang mempunyai pilihan untuk menukar keadaan sedia ada menjadi lebih baik , kekal seadanya atau lebih teruk.
 
Korang belajar sesuatu dari perkongsian ini ?
 
Sila SHARE dan TAG kenalan yang korang rasakan boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini.
 
Mahu lebih perkongsian seperti ini ?
 
Sila komen “nak ubah hidup” di ruangan komen. Insyáaallah saya akan berkongsi lebih banyak panduan dan tips kewangan dan kehidupan seperti ini kelak.
 
KLIK link yang saya kongsikan jika mahu saya bantu dan “guide” anda untuk mengubah hidup anda kepada lebih baik dari segi kewangan.
.
Insyaállah.

Tahukah Anda, Kita Kena SCAM Sejak Dari Kecil Lagi?

Tanpa kita sedari kita dah kena scam sejak kita lahir.

Bukan dari taiwan atau mana-mana negeri yang berbunyi bahasa China tapi bermula dengan keluarga sendiri.
 
Terutama dari Mak kau sendiri.
 
Sebelum pergi lebih jauh, saya mohon maaf terlebih dahulu.
 
Tajuk artikel kali ini agak provokatif , jangan pula kau jadi lurus pembaris ambil bulat-bulat apa yang saya tulis dan jangan kau salahkan Mak kau pula dalam hal ini nanti.
 
Tak percaya?
 
Kau mungkin tak ingat sebab masa tu kau masih kecik lagi tapi ketika itu pasti kau pernah tanya macam-macam soalan pada mak kau. Lebih kurang macam anak kau tanya kat kau sekarang la.
 
Mesti Mak kau akan bagi jawapan yang kau sendiri pun tak faham tapi kau percaya jer cakap mak kau.
 
Saya bagi satu contoh, pernah tak kau tanya kenapa mak kau larang keluar waktu maghrib?
 
Jawapan mudah mak kau sebab hantu berkeliaran pada waktu maghrib dan dia tak nak kau kena colek dengan hantu sebab tu sampai hari ini kau jadi penakut dengan hantu.
 
Itu baru satu contoh mudah.
 
Ada tak kau “argue” atau mempertikaikan jawapan mak kau? Takda kan.
 
Sama la macam saya dulu, percaya jer dengan apa yang “orang tua” kita bagitahu pada kita kerana mereka ada autoriti sama juga dengan cikgu atau guru kita, boss kita di tempat kerja, pemimpin kita dan sebagainya kerana mereka adalah figura autoriti.
 
Adakah mereka salah?
 
Saya tak tulis yang mereka salah atau sengaja menipu kita tetapi itulah ironi sistem yang kita kena hadap.
 
Ini kerana mak ayah kita pun dulu sama macam kita, kena scam dengan orang yang lebih dahulu dari mereka dan kita pun hadapi perkara yang sama dari lahir sampailah kita mati dan kita kena hadap sistem pengkondisian minda ini.
 
Saya tahu pun dah lewat .. tapi takpa , paling tidak kini saya dah tahu dan boleh putuskan rangkaian untuk generasi di bawah saya.
 
Jangan korang teruskan legasi jahanam ini , nanti sampai bila-bila pun keturunan kau kena scam.
 
Saya selalu sebut , bagi kebanyakan orang ada 2 kekangan yang sudah ditanam dalam diri kita sejak lahir yang menghalang kejayaan kewangan seseorang individu.
 
Semua orang boleh berjaya tetapi inilah 2 faktor utama yang menghalangnya.

1. Latar Belakang Individu Terbabit

  • Kalau kita dilahirkan dari keluarga yang porak peranda , ayah kaki pukul dan kaki judi dan ibu pula seorang yang penakut dan selalu di buli dan di dera , kita akan lihat dunia ini tidak adil, jahat , kotor dan hati kita penuh dengan perasaan dendam.

    Hidup kita tidak tenteram dan kemungkinan kita juga akan jadi kasar, pemarah, egois, kaki buli dan sebagainya kerana itulah acuan ketika kita membesar.

  • Kalau kita dilahirkan dari keluarga yang boros, tak pandai urus duit, ibu & ayah sering bertengkar tentang duit, kita mungkin mempunyai kepercayaan duit itu jahat, tak baik, alat pemusnah, bercita-cita untuk jadi kaya dengan apa cara sekalipun kerana percaya itulah cara untuk merasa bahagia.

    Dan kita tidak boleh pegang duit lama, rasa panas nak berbelanja.

    Kalau Mak Ayah, sedara mara malah Tok imam kampung kau pernah berkata

    “Buat apa Harta banyak , bukan boleh bawa mati”

    kau percaya dan sampai hari ini kau takda harta sebab kau percaya dengan ideologi tersebut.

  • Kalau kita di lahirkan dari keluarga miskin, kais pagi makan pagi, kita terasa azab kepayahan dan kesusahan dan tidak pernah rasa apa itu kejayaan dan anggap kejayaan itu cuma satu mimpi sahaja.

    Mana mungkin jadi kaya , mana mungkin boleh berjaya dan kita akan ada “self doubt” atau keraguan dalam diri dan akan “sabotage” diri sendiri setiap peluang yang hadir dalam hidup kita dan kita akan berikan alasan semua yang berlaku adalah salah orang lain termasuk tuhan dan bukan salah diri sendiri.

  • Manakala jika kita di lahirkan dari keluarga yang bertanggungjawab mengajar kita tentang bagaimana untuk hidup dengan jayanya, bagaimana wang bekerja untuk kita, punyai kekayaan itu bukan satu kesalahan tapi satu tanggungjawab, bagaimana untuk bina jatidiri dan semangat yang kuat serta ada figura yang menyokong segala usaha kita, ada panduan dan dorongan , besar kemungkinan kejayaan lebih mudah untuk di capai kerana kita diberi “blueprint” atau “peta” kejayaan dari awal oleh keluarga , mentor atau mereka yang mempengaruhi pola pemikiran kita sejak kecil.
 
Ya , bukan semua tapi kebanyakannya.
 
Kalau ada pun yang menongkah arus amatlah jarang sekali.
 
Sebab itu mereka yang lahir dari keluarga yang kaya biasanya akan kekal kaya dan bertambah kaya.
 
Kalau pun tak kaya tapi masih boleh dianggap berjaya dalam bidang yang mereka ceburi bukan kerana mereka datang dari keluarga kaya tapi apa yang diterapkan dalam minda mereka sejak kecil dan cara mereka dibesarkan mempengaruhi hidup mereka dan begitulah sebaliknya.
 
Jika dibesarkan dalam persekitaran yang kureng … sebagaimana pepatah jawa ada menyebut
 
“It’s Nurture not Nature”.
80% kejayaan adalah disebabkan oleh sikap & tabiat yang mana 80% datang dari keluarga & 20% dari persekitaran yang dibentuk sejak kita lahir.

2. Sumber Ilmu Yang Diperolehi

Ilmu hanya menyumbang 20% daripada faktor kejayaan kewangan individu , buktinya ?
 
Ramai orang yang berilmu , malah ada yang sampai peringkat sarjana mahupun PHD, namun masih tidak tahu mengurus kewangan dengan baik, hutang keliling pinggang.
 
Malah ramai yang tidak tahu cara sebenar memiliki rumah mampu milik untuk didiami, apatah lagi yang tiada langsung Ilmu kewangan dan hidup sekadar dengan gaji bulanan dan menghabiskannya kerana tiada panduan.
 
Keberkesanan sesuatu Ilmu itu juga bergantung pada sumber Ilmu itu di perolehi?
 
Sebagai contoh seorang pensyarah yang mengajar Ilmu perniagaan tanpa pengalaman mahupun sehari berniaga di jalanan berbanding belajar dari seorang usahawan yang mempunyai 20 buah cawangan biarpun dia tidak habis belajar tingkatan 5.
 
Mana satu yang kau rasakan lebih berkesan?
 
Dalam konteks ini pelajar yang belajar dari pensyarah ini boleh dikatakan di scam oleh sistem yang mana besar kemungkinan apa yang dipelajari di university sudah “obselete” atau lapuk dan tidak lagi sesuai di praktikkan pada kehidupan seharian.
 
Malah pensyarah tersebut pun mungkin tidak pernah berniaga dalam hidupnya.
 
Buktinya , berapa peratus pelajar yang ambil jurusan bidang perniagaan yang berniaga sendiri sejurus keluar dari institusi pengajian tinggi berbanding yang bekerja makan gaji dengan usahawan yang tidak ambil jurusan perniagaan semasa di universiti.
 
Saya tidak pukul sama rata , saya hanya memberikan contoh.
 
Bagaimana pula dengan saya? Apa hebatnya saya ?
 
Saya bukan seorang yang hebat , ada ribuan malahan ada jutaan manusia lain yang lebih hebat dari saya.
 
Cuma saya antara segelintir yang ingin berkongsi pengalaman , Ilmu dan panduan kepada mereka yang ingin berjaya dari segi kewangan.
 
Saya tidak memiliki diploma mahupun ijazah.
 
Berasal dari keluarga usahawan miskin , biasa makan nasi kepal berkuah kicap , pernah berjaya, jauh dan berhutang jutaan ringgit.
 
Pernah juga merasa duit jutaan ringgit di tangan dan pernah juga berasa poket kosong tetapi saya terdidik dengan Ilmu keusahawanan sejak kecil, di beri panduan oleh mentor-mentor hartawan , malah sekarang memiliki 3 buah perniagaan.
 
Bukan untuk mendabik dada tapi perlu di cerita supaya tidak di cop penjual air liur semata-mata.
 
Saya bukan sifu dan bukan pula nak menjual seminar tapi sekadar berkongsi rahsia kenapa ramai yang sukar untuk berjaya kerana tabiat , kebiasaan dan sikap bukan boleh diubah dalam sehari dua.
 
Tak heran kalau hari ini ramai kena scam dengan pelbagai skim.
 
Kebanyakan dari kita sudah dikondisikan atau ditanam didalam mindanya untuk menerima cadangan , saranan , pujukan dan imej dari mereka yang kelihatan berautoriti dengan kereta mewahnya , gaya hidupnya , wanita cantik yang disekelilingnya, rumah besarnya atau mudah untuk dikotak-katikkan dengan ugutan menggunakan “trigger point” yang kita tidak pernah tahu disebabkan oleh 2 faktor kekangan ini.
Secara ringkasnya …
 
Kejayaan kewangan kita bergantung pada 2 fakor besar ini, latar belakang keluarga atau cara kita dibesarkan.
 
Dan dari siapa Ilmu yang kita perolehi kerana besar kemungkinan kita sudah di scam dari lahir dan kepercayaan mitos yang kita percaya dan amalkan selama ini telah menghalang kejayaan kewangan kita.
 
Adakah ini suratan takdir yang tidak boleh diubah ?
 
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”
(Ar-Ra’d [13]: 11).
 
Kata kunci di sini adalah perubahan atau penghijrahan dan ianya hanya akan berlaku pada 2 keadaan.
 
  1. Jika seseorang individu itu benar-benar terdesak , Pak imam sanggup membunuh bila terdesak mempertahankan diri , sanggup beri organ sendiri kerana terdesak untuk menyelamatkan yang tersayang atau seorang perokok sanggup berhenti merokok kerana terdesak untuk sembuh dari penyakit kanser yang dihidapinya dan banyak contoh lain lagi.

  2. Obses atau nak sangat sampai sanggup untuk berubah , contoh , jatuh cinta dengan marka yang 7 lautan sanggup di renangi , sanggup berubah untuk sidia kerana cinta hangit atau obses dengan artis tertentu sampai sanggup untuk menjalani pembedahan plastik atau ubah penampilan mengikut gaya si artis.
Kata Kuncinya adalah “kesanggupan” bukannya boleh atau tidak.
 
Pendek kata kita tidak akan berubah untuk berjaya kalau kita tidak terdesak atau cukup obses untuk berjaya.
 
Seorang yang berhutang misalnya tidak akan bersungguh-sungguh mencari jalan untuk melangsaikan hutangnya jika tidak terdesak atau obses untuk melakukannya.
 
Persoalanya sekarang adakah kita sanggup berubah untuk berjaya?
 
Hanya diri kita yang ada jawapan tersebut.
 
Saya tidak boleh janji yang korang akan berjaya bila berubah tapi apa yang boleh saya janjikan ialah panduan dan tunjuk ajar dari saya yang sudah lebih 15 tahun membantu individu yang ingin berjaya dari segi kewangan , langsai hutang dengan cepat dan mengumpul harta dengan pantas menggunakan teknik dan kaedah yang betul dan terbukti.
 
Apa sahaja situasi korang hari ini , ianya bukan bersifat kekal kecuali jika korang ingin mengekalkannya.
 
Korang mempunyai pilihan untuk menukar keadaan sedia ada menjadi lebih baik , kekal seadanya atau lebih teruk.
 
Korang belajar sesuatu dari perkongsian ini ?
 
Sila SHARE dan TAG kenalan yang korang rasakan boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini.

13 Tip Hadap Ekonomi Gawat

Ini merupakan call back pada satu pertanyaan pada tahun 2016 , ianya sangat releven dalam situasi kita hari ini.
 
Salam tuan, saya nak tanya pasal ahli urusinsan yang tuan cakap dalam post2 tuan.
 
Maaf saya baru dapat tahu pasal tuan melalui rakan saya, boleh tuan bagi penerangan sikit pasal program ni? Siapa-siapa boleh join ke? Walaupun tiada aset, semata2 hutang, liabiliti?
 
Terima kasih atas pencerahan.
 
Saya banyak baca post2 tuan, saya terasa macam banyaknya yang tak betul dalam pengurusan kewangan saya. Saya mencari-cari siapa yang boleh bantu saya.
 
Saya bekerja, suami saya baru diberhentikan kerja hujung tahun lepas dan masih tak ada kerja lagi sampai la ni.
 
Saya agak terdesak sekarang dengan perbelanjaan dan anak-anak yang masih kecil (2org usia 2thn, 4 thn).
 
Saya harap tuan boleh jelaskan apa hala tuju program ni agar saya tahu betul ke tak keputusan saya ni.
 
Fee tuan tidakla banyak mana bagi saya, cuma saya kena fikir betul-betul kalau nak bagi tuan RM600 tu disaat hidup saya tengah kucar kacir ni.
 
Bukan smpai tahap tak makan, alhamdulillah makan pakai masih ok. Cuma hutang makin bertambah (credit card) utk cover belanja keluarga sejak suami tak bekerja.
 
Terima kasih atas masa tuan.
 

KOMENTAR SAYA

Saya dah hadapi 4 kali musim ekonomi gawat (1997-98 , 2003-2004 , 2009-2010 , 2016-2017) , ini nak masuk kali ke 5 dan setiap kali musim ekonomi gawat , harta saya bertambah.
 
Korang baca molek-molek.
 
Saya tidak tahu apa yang korang bakal buat untuk hadapi kegawatan 2020-2021 ini , saya cuma boleh kongsikan apa yang saya pernah buat dulu dan akan terus buat adalah :-

 

1. TERIMA KENYATAAN

Lebih cepat kita terima kenyataan , lebih cepat kita bertindak , bincang dengan orang tersayang dan ambil tindakan.

 

2. JUAL BEBAN

Jual semua beban atau benda / perkara yang tidak memberikan pulangan kepada saya.
 
Terutama jika benda / perkara itu sudah 3 bulan tidak di sentuh (seperti pakaian dll).
 
Saya kumpul hasil jualan sebagai modal (buat senarai dan jual). Masa saya jual dulu , saya dapat kumpul RM16K (tahun 1997/1998) , mula berniaga dan cari ILMU.

 

3. CARI / BUAT KERJA TAMBAHAN

Kalau saya ada 1 kerja , saya akan cari kerja yang ke 2 , 3 ,4 , 5 dan buat duit sebanyak yang boleh.
 
Janji halal , terutama kalau saya di berhentikan kerja.
 
Saya pernah bawa diri ke luar negara (USA) selama hampir 2 tahun mencari pengalaman di negara orang.

 

4. MERINGKASKAN HIDUP

Kalau perlu pindahlah , pindah sebelah tempat kerja.
 
Kalau perlu guna satu kenderaan (kongsi) , kalau perlu kongsi tuala mandi , shampoo , apa juga yang boleh meringkaskan (simplify) hidup.
 
Matikan semua jenis langanan subsripsi seperti ASTRO , Majalah dll dan “revise” semula bayaran ansuran bulanan insuran / takaful.

 

5. CARI ILMU

Hampir tertinggal pulak , saya masuk kelas , seminar , beli / baca buku , cari mentor , berkuli dan sebagainya untuk tambah ILMU , masa banyak sebab masa tu takda kerja.
 
 

6. BELI HARTA SEBANYAK YANG BOLEH

Lihat tawaran-tawaran pembelian harta yang murah-murah , perniagaan ,hartanah dan apa juga yang di kategorikan sebagai harta (ikuiti , aliran tunai dan peningkatan nilai).
 
Ini akan amat membantu masa akan datang.
 
Ini adalah satu-satunya perkara yang kita belanja semasa musim gawat.
 
Yang lain kita tangguh atau langsung tak payah belanja.

 

7. TAWAKAL DAN DEKAT DIRI DENGAN TUHAN

Sendiri mau ingatlah … faham la kot kan.
 

8. BERKATA “TIDAK” DAN TANGGUH

Berkata tidak kepada perkara-perkara tidak mendatang faedah dalam hidup , jangan cari penyakit.
 
Saya dah buat posting tentang perkara ini , malas nak ulang banyak kali dan tangguh perkara yang boleh di tangguhkkan dan buat bila ekonomi dah baik atau tak perlu buat langsung seperti kenduri kahwin ala “wedding of the year”.
 
Yang penting nikah , buat kenduri makan nasi ayam 50 orang dah cukup. Buat yang wajib jer.

 

9. BUAT PEKAK , BUTA DAN TULI

Kepada kata-kata nista orang lain dan ajakan dan sembang kencang mereka-mereka yang cuba ambil kesempatan terutama adik beradik , kawan-kawan dan sedara mara.
 
Fokus pada diri sendiri dan keluarga (anak bini).

 

10. TUTUP / LUPUS HUTANG JAHAT

Langsaikan hutang-hutang bodoh secepat mungkin.
 
Terutama hutang yang buat kita rasa menyesal setiap kali nak tidur malam.

 

11. JANGAN MALU MOHON BANTUAN / BERTANYA

Minta tolong dengan orang kalau perlu , bukan semua benda kita pandai , begitu juga dengan menerima pemberian orang lain.
 
Abang Ngah saya tidak pernah tolak kalau saya beri baju / pakaian lama saya.
 
Kalau dia tak muat , dia bagi anak-anak dia pakai , dia dah bersara kini , takda hutang , rumah , kereta semua dah habis bayar.
 
Duit dalam Tabung Haji tak habis makan , hidup tenang , hari-hari layan masjid depan rumah.
 
Umur tak sampai pun 55 tahun masa dia bersara.

 

12. KURANGKAN ALASAN LEBIHKAN USAHA DAN TINDAKAN

Ini yang paling penting .
 
Cari kenalan dan lingkungan baru yang boleh kita sandarkan , dapat aura positif dan lakukan perubahan secepat mungkin dan jangan banyak alasan.
 
Akhir sekali satu jer saya nak pesan.
 
Hidup korang bukan ada orang lain yang nak tanggung , korang sendiri juga yang tanggung.
 
Persetankan orang lain , bukan mereka yang nak hadap kehidupan korang.
 
Kalau korang nak rasa perkara yang orang lain tidak pernah rasa , korang kena berani buat apa yang orang lain tidak buat.
 
Apa sahaja situasi korang hari ini , ianya bukan bersifat kekal kecuali jika korang ingin mengekalkannya.
 
Korang mempunyai pilihan untuk menukar keadaan sedia ada menjadi lebih baik , kekal seadanya atau lebih teruk.
 
Korang belajar sesuatu dari perkongsian ini ?
 
Sila SHARE dan TAG kenalan yang korang rasakan boleh mendapat manfaat dari perkongsian ini.
 
Mahu lebih perkongsian seperti ini ? Sila komen “nak ubah hidup” di ruangan komen. Insyáaallah saya akan berkongsi lebih banyak panduan dan tips kewangan dan kehidupan seperti ini kelak.
 
KLIK link yang saya kongsikan jika mahu saya bantu dan “guide” anda untuk mengubah hidup anda kepada lebih baik dari segi kewangan.
.
Insyaállah.

Apa Itu ‘Residual Income’ Dan Kenapa Anda Kena Ada?

Anda mesti pernah dengar pepatah ‘yang kaya terus kaya, yang miskin terus miskin’ kan?

Orang kampung saya panggil,

“the rich get richer while the poor get poorer.” 

Sekali baca macam negatif sebab seolah-olah yang kaya menindas yang miskin. Ya, saya tak nafikan.

Apa kata kita lihat dari sudut pandang yang berbeza. Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah bagaimana dengan berlatarbelakangkan keluarga yang tidak kaya tapi boleh jadi kaya.

Contoh popular adalah seperti Warren Buffet, Bill Gates, Richard Branson dan Oprah. Mereka tidak dilahirkan dalam keluarga yang kaya.

Tetapi mereka berjaya membawa perubahan yang besar dan mengubah persepsi bahawa tidak semestinya yang miskin akan terus miskin.

Salah satu kuncinya adalah fokus dalam pembinaan residual income, topik yang kita akan bincangkan kali ini.

 

Apakah itu Pendapatan Aktif (Active Income) ?

Pendapatan aktif ni semua orang dah faham rasanya.

Maksudnya jelas iaitu ia adalah hasil yang kita peroleh daripada kegiatan aktif kita. Contohnya gaji yang kita dapat bulan-bulan, jualan daripada servis yang kita tawarkan.

Walaupun anda buat perniagaan sampingan, ia tetap dipanggil pendapatan aktif kerana ia hasil penggunaan tenaga dan masa anda.

 

Apakah Pendapatan Berbaki (Residual Income) ?

Berbeza dengan pendapatan aktif, pendapatan berbaki adalah hasil yang anda peroleh setelah kerja anda buat itu selesai tetapi sentiasa ada duit mengalir masuk.

Contohnya seperti royalti penulisan buku anda sendiri, hasil sewaan rumah anda atau perniagaan yang melibatkan diri anda pada awalnya kemudian boleh ditinggalkan.

Senang cerita, segala kerja yang anda buat pada permulaannya yang memakan masa, tenaga dan duit akhirnya menghasilkan pendapatan konsisten.

Ramai orang tersalah faham pendapatan ni seperti pendapatan pasif.

 

Mitos Pendapatan Pasif

Kebanyakan orang sembang tentang betapa hebatnya bina pendapatan pasif ni. Katanya tidak perlu buat apa-apa, goyang kaki duit pun boleh masuk.

Hakikatnya tidak semudah yang disembang.

Kebanyakan mereka yang sudah mencipta ‘pendapatan pasif’, pada awalnya mereka memerah keringat untuk bina aliran pendapatan mereka itu.

Contohnya pendapatan rumah sewa. Pada awalnya anda kena perkemaskan rumah tu dulu, masukkan perabot, buat iklan cari penyewa. Itu pun tak semestinya akan penuh disewa. Lebih parah berbulan nak tunggu penyewa penuh, maka terpaksa dahulukan modal sendiri. Dah dapat penyewa, nak urus kerenah mereka pula.

Jadi, tiada istilah pendapatan pasif sebenarnya. Ada banyak pengorbanan yang anda perlu lakukan sehingga sesuatu kerja itu boleh ditinggalkan tapi duit tetap masuk.

 

Bagaimana Nak Cipta Residual Income ?

Susah macam mana sekalipun, anda tetap kena buat juga. Kalau anda tak mulakan juga, sampai bila pun anda terus bermimpi dengan idea pendapatan pasif goyang kaki tu.

Tips nya  adalah LEVERAGE.

Richard Branson boleh jalankan lebih 400 syarikatnya kerana bukan beliau yang uruskan syarikat tu. Tetapi CEO yang dilantik beliau.

Untuk mencipta residual income, anda perlu cipta satu sistem atau perniagaan yang menyebabkan akan ada sentiasa pembelian, fokus pada keperluan pembeli.

Contoh paling mudah adalah rumah sewa. Rumah sewa memang nak tak nak, orang tetap akan menyewa. Dengan ilmu yang betul, anda pasti boleh dapatkan penyewa.

 

Langkah Pertama Cipta Residual Income

Perkara pertama sekali sebelum anda hendak cipta residual income adalah anda kena terima hakikat bahawa fasa awal adalah susah, makan masa, kos dan tenaga.

Bukan apa, saya perasan ramai yang beria nak buat tapi berhenti separuh jalan sebab tak tahan. Ini masalah orang yang berfikiran nak untung cepat je.

Anda kena tanam bahawa benda ini ibarat tanaman dimana anda akan tuai dikemudian hari.

Bagi mereka yang ada kerja hakiki, inilah masanya untuk anda cipta mesin cetak wang pendapatan berbaki sementara tunggu ia mendatangkan hasil.

Bak Jim Rohn kata,

“I’m working full-time on my job and part time on my fortune. But it won’t be long before I’m working full-time on my fortune. Can you imagine what my life will look like?”

Elak Tetapkan Tempoh Matlamat Kewangan Terlalu Lama

Kebanyakan orang mempunyai matlamat kewwangan. Dan memang itulah nasihat yang biasa kita dengar kan?

Contohnya nak ada RM1 juta pada umur 30 tahun, nak beli rumah umur 35, nak bersara awal umur 40, nak jadi jutawan umur 50 dan sebagainya.

Dah ada matlamat itu sudah bagus, tapi bayangkan yang berimpian ni baru berumur 18 tahun. Nak ke umur 30 tu lagi 12 tahun. Lama ke sekejap?

Bagi saya lama dan akhirnya impian tadi hanya jadi angan-angan.

Ini saya cakap berdasarkan realiti, bukan motivasi sembang sana sini.

Oleh sebab itu saya ada pendapat yang mungkin melawan arus daripada kebiasaan yang kita dengar.

Jangan buat matlamat kewangan yang mengambil masa terlalu lama!

 

Pelikkan? Ya, inilah yang saya buat dan amalkan.

Kenapa?

Sebab benda tu lambat lagi dan terlalu lama, akhirnya kita rasa tak semangat, tak percaya pada diri sendiri, hilang motivasi untuk capai matlamat kewangan yang telah kita tetapkan.

Ingat, keputusan kewangan yang kita buat kebanyakannya adalah disebabkan emosi kita.

Ada solusinya, jangan risau.

Daripada matlamat kita yang ambil masa yang terlalu lama tu tadi, cuba pecahkan jadi matlamat yang boleh di capai dalam satu jangka masa pendek serta mempunyai pelbagai fungsi.

Sebagai contoh :

Nak beli rumah idaman = 10 tahun. <—– Elak buat matlamat kewangan yang bertempoh lama sebegini..

Nak beli rumah murah untuk buat sewa = setiap tahun. <—- Buat matlamat kewangan begini.

Contoh matlamat pelbagai fungsi pula :

  • Nak kumpul duit kahwin = 3 tahun
  • Nak bebas hutang = 7 tahun
  • Nak beli rumah idaman = 10 tahun
  • Nak Beli kereta idaman = 5 tahun
  • Nak pergi melancung satu dunia = 15 tahun

 

Elakkan dari membuat matlamat seperti contoh di atas , ianya akan mengambil masa yang lama dan mampu buat kita hilang fokus.

Buat satu matlamat tapi pelbagai fungsinya. Sebagai contoh :

  1. Beli rumah murah untuk disewakan = Setiap tahun.
  2. Rumah sewa tersebut boleh di jadikan modal untuk :
    1. Hantaran kahwin
    2. Bebas Hutang
    3. Beli rumah idaman
    4. Beli kereta idaman
    5. Melancung ke seluruh dunia

 

Secara tidak langsung , satu matlamat jangka masa pendek dapat menyelesaikan matlamat-matlamat kewangan jangka panjang dalam satu jangka waktu dan tempoh yang lebih pendek.

Lebih pendek matlamat tersebut , lebih fokus kita berusaha tanpa banyak membuang masa , tenaga dan sumber.

Orang jawa kata penyelesaian “Two in One” atau 2 dalam 1.

Banyak contoh lain dimana satu matlamat jangka pendek dapat menyelesaikan matlamat-matlamat kewangan jangka panjang yang lain yang biasanya jika di rancang dengan kaedah dan cara lazim akan mengambil masa yang terlalu lama untuk di capai.

INGAT !!!.Tentukan matlamat yang jelas dahulu barulah dipilih alat kewangan yang sesuai untuk mencapai matlamat tersebut.

Jangan pilih alat dahulu , nanti tersalah alat untuk mencapai matlamat.

Kebebasan Kewangan Bermula Dari Minda

Dari pengamatan saya, dari lebih 1000 kes masalah kewangan yang pernah saya tanggani sepanjang lebih 10 tahun ini, saya dapati lebih separuh tidak mempunyai masalah kewangan, ianya lebih menjerumus kepada masalah hati, sikap dan perasaan yang kebanyakannya merupakan masalah individu dan keluarga yang mana penyebab utama adalah kurangnya didikan dalam ilmu mengurus diri dan keluarga.

Rata-rata kes-kes seumpama ini dapat diselesaikan kurang dari 30 minit. Ironiknya, biarpun penyelesaian dapat dicapai dengan cepat dan pantas, tindakan atau pelaksanaan penyelesaian sering kali terbantut atau tidak berjaya dilaksanakan kerana kurangnya semangat dan jati diri individu terbabit dan ditambah pula dengan jiwa yang tidak tenteram , minda yang kusut serta sikap cepat berputus asa.

Walaubagaimanapun saya anggap semua itu hanyalah merupakan alasan orang malas yang tidak mahu berusaha kearah kebaikan. Terutama mereka yang menginginkan penyelesaian ala mee segera.

Untuk memiliki kebebasan kewangan dan bebas dari hutang kita perlu melakukan beberapa persediaan.

Anggaplah ianya seperti satu perlumbaan marathon dan bukannya satu larian pecut.

Kita juga perlu melakukan latihan setiap hari sebagaimana para atlit untuk membina otot yang kuat. Dalam perancangan kewangan, latihan bermaksud kebiasaan atau “habit” untuk menjadikan kita lebih berdisiplin didalam mengurus kewangan kita, membina otot yang kuat pula adalah wang yang dapat dijimatkan serta simpanan yang semakin banyak.

Ramai yang bertanya kepada saya bagaimana seseorang itu harus bermula? Apakah langkah dan kaedah yang boleh diambil untuk membebaskan diri dari hutang dan mula hidup dengan lebih makmur, aman, tenteram dan bahagia, caranya amat mudah?

Tidak kira siapa pun anda, anda pasti dapat melakukannya.

 

Kenali Diri Sendiri

Semuanya bermula dengan minda anda.

Kenalilah diri anda.

Ini adalah merupakan perkara pertama yang anda harus lakukan. Siapa lagi yang mengenali diri anda jika bukan anda sendiri kan?

Senaraikan sifat-sifat diri anda yang anda ketahui. Jika ragu-ragu, silalah bertanya kepada sahabat handai serta rakan taulan berkenaaan dengan sifat yang ada pada diri anda.

Buatlah senarai dengan membahagikannya kepada dua bahagian.

Bahagian pertama adalah senarai sifat baik anda dan bahagian kedua adalah sifat buruk anda. Kenapa senarai sifat ini penting?

Dengan mengetahui diri serta sifat yang ada pada diri anda, ianya akan mempengaruhi gaya pengurusan kewangan anda.

Misalnya, jika anda seorang pemarah, maka anda juga merupakan seorang yang emotional dan menurut perasaan didalam membuat keputusan kewangan.

Jika anda seorang yang baik hati dan lemah lembut, anda juga akan mengambil sikap acuh tak acuh, mengambil mudah dan lebih kurang apabila menguruskan kewangan anda.

Sebagai contoh, jika anda seorang yang baik hati, orang akan mengambil kesempatan keatas diri anda, daripada menjadi penjamin hinggalah kepada memberikan pinjaman kepada orang lain, anda akan merasa terperangkap dengan keadaan. Kalau tak jadi penjamin, kawan atau keluarga sendiri akan mencemuh anda.

Akan tetapi ketika anda menghadapi masalah kewangan tiada siapa yang sudi membantu anda biarpun kawan atau keluarga sendiri. Tiada siapa yang boleh anda harapkan selain dari diri anda sendiri.

Ketahuilah sifat-sifat diri anda. Jika terdapat kekurangan maka perbaikilah. Dalam merancang kewangan, anda harus mempunyai sifat ingin tahu, teliti, cermat dan berhati-hati, jangan emosi dan jangan pula terikut-ikut dengan trend atau keadaan sekeliling anda.

Jangan jadi pak turut dan jangan pula terlalu taksub terhadap sesuatu perkara sehingga anda tidak mendengar, melihat dan meneliti perkara lain disekeliling anda.

Ketahuilah bahawa diri anda adalah perkara nombor satu atau keutamaan sebelum anda memikirkan perihal orang lain.

Anda seharusnya mengutamakan diri anda terlebih dahulu sebelum anda berfikir tentang orang lain.

 

Kehendak , Keperluan dan Kemampuan.

Ketahuilah perbezaan antara kehendak, keperluan dan kemampuan (3K).

Utamakan keperluan anda dalam membuat sebarang keputusan kewangan yang baik. Buatlah segitiga piramid seperti gambarajah dibawah.

Dalam membuat keputusan kewangan, pastikan apa jua perkara yang ingin anda lakukan mestilah merupakan satu keperluan bagi anda dan bukannya berdasarkan kehendak atau kemampuan.

Ada perkara yang ingin kita lakukan hanyalah merupakan kehendak kita, biarpun kita mampu ianya tidak semestinya perlu untuk kita dan mungkin hanya akan bertukar menjadi satu pembaziran kelak.

Pastikan perkara yang ingin kita lakukan tersebut memberi pulangan kepada diri kita.

Jangan jadikan orang lain sebagai acuan. Lihatlah keperluan diri kita sendiri dan bukannya orang lain.

Sebelum ini saya sering memperkatakan bahawa dalam merancang kewangan, kita tidak boleh beremosi kerana emosi akan mempengaruhi keputusan kita kelak dan biasanya keputusan yang beremosi akan meyusahkan kita kemudian hari.

Sebagai contoh, ada diantara yang merancang kewangan untuk mendapatkan sebuah kereta mewah. Pada saya apa yang diperlukan hanyalah sebuah pengangkutan, sama ada kereta murah atau mewah ianya hanyalah sebuah kenderaan untuk pengangkutan.

Yang lebih penting adalah keperluan pengangkutan kita bukannya sebuah kereta mewah.

Ada yang mengatakan kepada saya apalah gunanya hidup jika ketika kita mampu kita tidak merasai nikmat hidup seperti memiliki sebuah kereta mewah.

Bagi pendapat saya, saya hanya akan merasai kereta mewah jika saya boleh memilikinya secara percuma atau bukan dari duit penat lelah saya ataupun cukup hanya menyewanya jika saya benar-benar ingin merasainya.

Saya tidak perlu memilikinya hanya kerana saya beremosi untuk merasainya. Bagi saya jika sebelum memiliki kereta mewah saya mampu untuk menyimpan RM2000 sebulan dan setelah memiliki sebuah kereta mewah saya hanya mampu menyimpan RM500 sebulan, itu adalah satu pembaziran dan satu perbuatan bodoh hanya kerana kita tidak boleh menahan nafsu dan terlalu beremosi.

Tiada yang suka dipanngil bodoh, namum itulah hakikat sebenarnya. Hanya kita tidak mahu mengakuinya.

 

Melabur Untuk Diri Sendiri

Ilmu yang membezakan antara seorang manusia dengan manusia yang lain, lebih tinggi ilmu seseorang maka lebih tinggilah darjatnya,

Oleh itu perkara terbaik yang boleh dilakukan oleh seseorang adalah untuk melabur dalam dirinya dengan meningkatkan ilmu yang ada pada dirinya.

Saya mengetahui tentang kewangan bukan secara kebetulan. Saya mencari ilmu dan bukan sahaja mendalaminya malah mempraktikkan.

Dalam “Law of Attraction” apa yang anda rasa, bau, ingat, sentuh dan percaya akan menjadi sebahagian dari diri anda dan anda mempunyai kekuatan untuk merealisasikannya.

Pernahkah anda mengalami peristiwa seperti ini?

Mungkin satu masa anda mengingati suatu perkara ingin anda hajati atau miliki. Sebagai contoh kereta, rumah, barang kemas dan sebagainya, lebih lama dan lebih banyak masa anda menumpukan perhatian terhadapat barang atau perkara yang anda hajati tersebut lebih kerap ianya sering muncul dihadapan anda.

Misalnya, jika anda ingin membeli sebuah kereta baru berjenama X, lebih kerapa anda berfikir tentangnya, maka lebih kerap anda akan melihat kereta jenama X tersebut dihadapan anda dijalan raya.

Ini dikenali sebagai “Law of Attraction”, begitu jugalah dengan perhubungan, kekayaan, kebahagian dan sebagainya dihubungkaitkan dengan fenomena.

Semuanya bermula didalam minda anda. Jika anda ingin kaya misalnya, anda harus menjadi kaya didalam minda anda dan yakin bahawa anda akan menjadi kaya suatu hari nanti.

Selebihnya hanyalah ilmu , usaha dan masa. Orang kaya bukannya orang bijak atau genius. Mereka tahu bahawa mereka boleh mengawal beberapa perkara didalam hidup ini.

Orang kaya tahu mereka boleh mengawal fikiran dan minda mereka atau perkara yang mereka fikir, perkara yang mereka lihat dan langkah yang mereka ambil. Ketiga-tiga perkara ini boleh dikawal oleh kita.

Apa yang difikirkan akan dapat di luahkan melalui tindakan, mereka yang berfikiran cetek hanya akan menghasilkan tindakan cetek.

Sebagai contoh, mereka yang berfikiran RM10 hanya akan menghasilkan RM10. Manakala mereka yang berfikiran RM1 juta akan menghasilkan RM1 Juta Ringgit.

Semuanya bermula dengan minda kita, Orang kaya mempunyai 7 amalan yang membuatkan mereka menjadi kaya.

  1. Mereka mempunyai keazaman dan semangat yang kuat

  2. Mereka percaya bahawa mereka patut menjadi kaya dan menerima kekayaan.

  3. Orang kaya merasa teruja dengan kekayaan yang mereka terima dan mempunyai azam yg kuat untuk menambah kekayaan mereka

  4. Mereka mengambil tindakan dan tidak hanya berpeluk tubuh

  5. Mereka belajar dari pengalaman mereka dan tidak mengulangi kesilapan lampau

  6. Mereka juga tekun dalam mengejar impian mereka dan mengambil risiko yang boleh diterima mereka

  7. Mereka melabur dalam diri mereka, aliran tunai, pendapatan dan menggunakan masa, wang dan kemahiran orang lain untuk kesenangan mereka.

Percuma Lebih Baik Dari Membayar

Dari dulu saya mempunyai sikap “Free Things Is The Best Thing In Life”, saya sering memberitahu orang ramai bahawa mengapa perlu membayar jika kita boleh mendapatkannya secara percuma.

Ada ramai yang ingin mengetahui rahsia bagaimana saya mengurus kewangan saya.

Ada terdapat banyak kaedah yang telah ditulis dan diceritakan di Internet secara percuma atau bercakap dengan orang yang lebih berpengalaman misalnya,

Namum telah menjadi kebiasaan kepada ramai daripada kita yang malas untuk mencari ilmu biarpun ilmu itu boleh diperolehi secara percuma.

Saya suka membaca buku dan berdiskusi bersama teman-teman kerana acap kali kita boleh mempelajari perkara baru hanya dengan berdiskusi bersama teman-teman atau bertukar-tukar pendapat.

Apa yang anda perlukan hanyalah masa dan tempat dan itu semua boleh didapati secara percuma. Apa yang lebih penting adalah perubahan sikap, tahu apa yang anda mahukan didalam hidup dan berusaha kearahnya.

Semuanya bermula didalam minda anda. Jika mahu jadi kaya atau bebas dari hutang misalnya, anda juga perlu membebaskan minda anda terlebih dahulu dari pemikiran jumut dan sempit, carilah ilmu, bergurulah dengan mereka yang berpengalaman dan berilmu, carilah guru sebanyak yang boleh, belajarlah dari mereka dan jangan taksub hanya pada seorang guru sahaja.

Ada banyak guru diluar sana yang boleh kita belajar dari mereka, luaskan pengalaman dan pengetahuan anda.

Berubahlah kerana perubahan itu merupakan satu tindakan yang amat mudah dan semuanya bermula didalam minda anda.

Percaya dan ingatlah kata-kata hikmat ini

“Saya Mempunyai Wang Yang Melebihi Keperluan Saya”,

berusaha dan tawakallah dan Insyaallah kata-kata serta keyakinan tersebut akan menjadi kenyataan.

6 Tahap Kebebasan Kewangan Yang Realistik

Bila anda terdengar atau terbaca pasal bebas kewangan (Financial Freedom), apa yang anda bayangkan?

Kebanyakan kita mungkin gambarkan bahawa orang yang bebas kewangan ni kaya gila atau bersara awal kan? Boleh jadi ya, boleh jadi tidak.

Setiap orang mempunyai definisi yang berbeza. Ini kerana setiap daripada kita mempunyai masalah yang berbeza dan prioriti yang berbeza.

Apa yang boleh saya katakan, bebas kewangan adalah satu misi yang besar dan perjalanan yang sangat lama. Oleh itu, jangan terburu-buru. Anggap ia satu marathon, bukan seperti larian pecut. Misi ini perlukan stamina untuk terus konsisten.

Berikut saya pecahkan kepada 7 tingkatan atau tahap bebas kewangan. Dengan ini, ia memudahkan anda untuk capai bebas kewangan ikut definisi atau tahap yang anda mampu.

 

Tahap 1 : Jangan Hidup Untuk Bayar Hutang Semata

Realiti hidup hari ini adalah kita semua ada hutang. Hutang pun ada dua, hutang jahat dan hutang baik. Anda tidak akan dapat buat simpanan yang konsisten atau banyak jika anda dibelenggu hutang jahat. Jadi, misi pertama anda yang perlu anda lakukan adalah tetapkan target untuk hapuskan hutang-hutang jahat anda.

Percayalah, anda akan rasa perbezaan yang luar biasa dalam membuat simpanan.

 

Tahap 2 : Lebihan Duit Setelah Berbelanja

Amalan yang kebanyakan orang buat adalah berbelanja dahulu, baru menyimpan. Tak salah tapi ada cara yang lebih baik iaitu simpan dahulu barulah belanja.

Kalau anda dah selesaikan hutang jahat anda (Tahap 1), saya yakin anda ada kekuatan atau kelebihan untuk simpan dahulu baru berbelanja kan? Kalau tak boleh juga, ini bermakna anda ada masalah ego untuk menyimpan. Selagi tak selesai masalah ni, sukar untuk anda ke tahap seterusnya.

 

Tahap 3 : Cukup Duit Untuk Jadikan Kerja Sebagai Pilihan

Bebas kewangan tidak semestinya berhenti kerja. Berhenti kerja adalah satu tindakan yang agresif. Definisi yang lebih tepat adalah menjadikan kerjaya sebagai pilihan, bukan paksaan. Dengan ini, anda akan mempunyai emosi yang positif untuk bekerja kerana tidak terikat atau tertekan memikirkan bila gaji nak masuk setiap bulan.

Orang biasa akan gunakan gaji untuk tanggung perbelanjaan mereka. Orang luar biasa tidak menggunakan duit gaji mereka. Inilah yang menyebabkan kerjaya mereka sebagai pilihan atau passion.

Habis tu, dari mana mereka dapat duit kalau tak usik duit gaji?

Sudah semestinya kerja-kerja atau perniagaan sampingan. Ada juga yang buat pelaburan hartanah sebagai pendapatan sampingan mereka melalui sewaan rumah.

 

Tahap 4 : Kebebasan Masa

Kebanyakan orang memang menginginkan kebebasan masa dalam jadualnya. Bak orang putih kata meninggalkan rat race yang buatkan diri tertekan.

Pada tahap ini, ia berbeza dengan kebebasan masa orang yang tidak berbuat apa-apa. Kebebasan masa ketika ini adalah kebebasan untuk luangkan masa dengan keluarga dan lakukan hobi atau minat disamping masih ada pendapatan yang masuk.

 

Tahap 5 : Cukup-cukup Untuk Bersara

Anda pernah jumpa dengan orang yang betul-betul tidak suka kerjanya tapi masih terus bekerja kerana ada tanggungan yang perlu diberi suap. Mereka ini sanggup berbuat apa sahaja asalkan dapat percepatkan proses untuk berhenti kerja seperti menyimpan duit secara sungguh-sungguh.

Hatta, mereka juga sanggup untuk mengurangkan gaya hidup mereka dengan menjual segala benda yang menjadi liabiliti mereka.

Benci akan kerja yang anda lakukan tidak digalakkan. Namun, jika anda ada keazaman untuk bersara lebih awal, buat perkiraan betul-betul untuk tahu berapakah simpanan yang minimum anda perlukan untuk bersara.

Tip nya adalah pastikan dana persaraan anda mampu tanggung perbelanjaan anda tanpa putus. Biar duit bekerja untuk beri anda duit.

 

Tahap 6 : Bersara Dengan Selesa & Tenang

Jika tahap sebelum ini hanya tanggung perbelanjaan anda sahaja. pada tahap ini pula adalah dana persaraan yang mampu berikan anda sama seperti gaji bulanan anda sebelum ini.

Kesimpulannya, walau apa jua latarbelakang anda, anda tetap boleh capai kebebasan kewangan. Ukur pada badan sendiri dan lihat anda patut kejar tahap yang mana dulu. Untuk bebas kewangan tu terlalu besar, jadi saya pecahkan kepada langkah yang paling kecil sehinggalah yang paling besar. Apa-apakan, anda tetap kena mula langkah awal juga untuk capai impian yang lebih besar.

Betulkah Rumah Yang Dibeli Tu Aset?

Baru-baru ni, saya lihat dah jadi macam trend pula orang beli rumah secara tunai. Saya tak tahu sama ada tujuannya untuk menarik perhatian atau nak beri inspirasi, tetapi saya agak tidak bersetuju dengan cara ni.

Sebabnya saya rasa terdapat kekeliruan dan salah faham tentang terma aset tu sendiri.

Kita semua dah terbiasa dengan momokan atau ayat jualan bahawa beli rumah tu tak rugi sebab ia aset, harga sentiasa naik dan sebagainya. Hatta, saya sendiri juga melabur dalam beberapa hartanah. Apa yang membezakannya adalah pelaburan hartanah saya tu aset.

Ini sekali gus akan menerangkan kenapa saya kata rumah yang diduduki itu bukan aset.

Secara realitinya, aset tu adalah sesuatu yang boleh bawa masuk duit dalam poket kita. Walaupun secara atas kertas, rumah yang dibayar tunai itu tiada hutang atau liabiliti lagi, dan tidak menjana apa-apa pun pendapatan malah menghakis duit anda untuk kos baikpulih, renovasi dan sebagainya, itu bukan aset. Itu liabiliti, yang tarik duit anda keluar.

Itu rumah yang dibayar tunai, apatah lagi rumah yang masih dalam pinjaman. Selagi mana pinjaman tak habis, itu bukan aset anda lagi. Itu aset bank. Bila-bila masa sahaja bank boleh ambil rumah tu kalau anda culas untuk membayarnya.

 

Bukankah ramai orang buat duit dengan hartanah?

Betul, ramai yang buat duit melalui hartanah atau rumah. Ada banyak cara, kejap lagi saya ceritakan bagaimana pelabur buat dengan betul.

Sebelum tu, saya nak beritahu apa yang kebanyakan orang buat. Tak dinafikan ada sebahagian yang betul-betul menjana duit daripada rumah, itu barulah kita panggil aset.

Tapi, sebahagian yang lain beranggapan buat duit dengan rumah dengan cara menjualnya setelah bertahun-tahun tinggal dirumah tu. Ini kita panggil realisasikan pegangan ekuiti. Perbezaan antara harga rumah yang anda beli dan jual itu adalah margin keuntungan anda (appreciation value).

Ramai orang buat duit dengan cara macam ni, tapi tidak lagi hari ini. Zaman sekarang tak macam dulu dah, harga rumah memang murah. Sekarang kebanyakan harga rumah dah tinggi, walaupun masih ada cara nak dapatkan rumah dibawah pasaran, tapi ramai yang tersilap langkah.

Akhirnya rumah yang kita sangka sebagai aset tu, setiap bulan kita bayar tanpa ada sesen pun yang masuk dalam poket kita. Itu dikatakan aset?

 

Jadi, macam mana rumah yang dikatakan aset tu?

Dalam bisnes, anda perlukan aset untuk tanggung liabiliti yang anda ada. Malangnya, kebanyakan orang menghabiskan masanya untuk cari duit dan habiskannya dalam hal liabiliti, hatta benda yang disangka aset seperti rumah.

 

Gambarajah diatas secara menunjukkan bagaimana aliran tunai daripada aset masuk ke kotak pendapatan. Ingat, aset itu adalah yang bawa masuk duit dalam poket anda setiap bulan. Fahamkan betul-betul terma ni.

Benda yang jadi pening bila ada orang pergi letak liabiliti dalam kotak aset seperti rumah anda yang masih berhutang tu. Tu yang ramai terciduk bila beli rumah sebagai pelaburan.

 

Contohnya macam gambarajah diatas ni. Nilai semasa seratus ribu, tapi tak ada sesen pun aliran tunai yang masuk dalam kotak pendapatan. Malah, siap ada perbelanjaan yang kita kena keluarkan lagi untuk rumah tu dan masih berhutang 80 ribu. Bukankah ini liabliliti?

Saat bilamana ada sahaja pendapatan yang mula anda peroleh daripada rumah tu, barulah ia boleh dikategorikan sebagai aset. Walaupun masih ada hutang dengan bank.

Sebabnya, ingat tadi balik, segala yang bawa masuk duit sebagai pendapatan, barulah dikatakan aset.

Isunya sekarang, anda perlu pastikan aliran tunai yang masuk itu lebih tinggi daripada yang keluar.

Sekarang dah jelaskan? Bila anda faham betul-betul terma aset tu, anda akan nampak peluang bahawa banyak lagi aset yang boleh anda cipta. Tak semestinya hartanah sahaja.

Dalam kes ini, nasihat saya, melaburlah dalam peroleh aliran tunai positif, bukan lagi kenaikan harga rumah. Kerana anda tiada jaminan bahawa harga rumah akan terus naik. Jika naik sekalipun, belum tentu ada orang yang mampu beli, ada pun ia pasti ambil masa yang lama.

Jangan ikut trend sangat tapi dangkal dalam strategi yang bakal menjerat diakhirnya.

Selangkah Bebas Dari Hutang

Rasa macam nak cerita pula pengalaman saya langsaikan hutang saya iaitu pada tahun 2007.

Saya tidak pernah mahu jadi seorang yang kaya atau jutawan, apa yang saya inginkan hanyalah sebuah sebuah kehidupan yang bahagia, senang dan mudah. Bebas bergerak kesana dan kemari disamping mempunyai masa untuk melakukan apa yang saya suka, pada waktu yang sama dapat menikmati hidup dengan tenang tanpa sebarang tekanan.

 
 
Isnin (27/11/2006) adalah hari terakhir saya menggunakan Mitshubishi Pajero kesayangan saya yang kini menjadi milik abang . Setelah mengikat perjanjian dengannya, saya langsung menyerahkan Pajero saya kepadanya.
 
Sebelum itu hampir RM20 ribu saya habiskan untuk membaik pulih dan restorasi semula Pajero saya, semuanya dilakukan demi kepuasan dan kini hanya tinggal kenangan.
 
Bagi saya dalam soal mengurus kewangan kita tidak boleh menjadi emosional terhadap sesuatu barangan atau benda yang kita miliki, Ianya hanyalah benda, jika sudah sampai tempoh atau tamat tempoh ataupun ianya telah mencapai objektif kita, kita harus lepaskannya.
 
“Life goes on, you can always get whatever you want another day, when time comes or meet it purpose , just let it go and move on”.
 
Dulu saya pernah memiliki beberapa motosikal mewah berkuasa tinggi, kereta mewah dan sebagainya.
 
Satu demi satu saya lepaskan, saya sudah merasai semuanya, terbang dari satu negara ke satu negara, memandu “supercar” atau “big bike” , tinggal di hotel bertaraf 7 bintang atau bermain salji di negara orang, menaiki bot mewah, semua itu telah saya lalui.
 
“Meterials Wealth is nothing to me now, inner wealth and peace of mind is what I truly look forward to”
 
Ketika itu beban kewangan saya makin berkurangan setelah melakukan pelbagai teknik perancangan kewangan, serta berada didalam keadaan posisi aliran tunai positif disampimg telah mencapai anggaran 70% daripada pendapatan saya adalah untuk simpanan atau tabungan, niat saya untuk bersara dan menikmati kehidupan pada usia kurang dari 35 tahun semakin hampir.
 
Seterusnya saya tetapkan target supaya saya akan mencapai tabungan sebanyak 80% daripada pendapatan saya.
 
Insyaallah dengan disiplin yang kuat serta azam yang tinggi saya yakin saya boleh mencapainya dan bersara awal seperti yang dirancangkan.
 
 
Setelah menjual Pajero saya, kini tiada lagi kos penyelenggaraan kereta dan motor, cukai jalan dan sebagainya yang saya perlu fikirkan.
 
Paling tidak saya bukan lagi salah seorang yang menyumbang kepada pembebasan gas merbahaya Co2 ke udara hasil dari asap kenderaan. Saya kotakan janji saya dahulu untuk menjadi lebih “HIJAU” dan menyumbang kepada alam sekitar yang lebih bersih dengan tidak mencemarkannya.
 
Ada yang bertanya kepada saya bagaimana saya mencapai apa yang saya capai hari ini?
 
Jawapan saya mudah, anda hanya perlu UBAH SIKAP ANDA. Anda hanya perlu menukar sikap anda dan dengan sedikit kesabaran anda pasti berjaya dan boleh mendapat apa sahaja yang anda inginkan didunia ini.
 
Seperti kata arwah bapa saya,
 
“Aim for the stars, if you don’t reach it at least you can land on the moon”.
 
Begitulah saya dari dulu, tiada jalan mudah untuk berjaya. Apa yang dapat dilihat hari ini adalah hasil daripada usaha saya sepanjang 10 tahun yang lalu. Ianya bukan dapat di capai dalam masa sehari dua seperti skim cepat kaya. Jadi, bagaimana semuanya bermula?
 

 

Pada Suatu Ketika

Semuanya bermula ketika saya berusia 9 tahun, saya sudah tahu apa itu wang dan apa yang boleh dilakukan oleh wang. Bila kita melihat sesorang yang berjaya, jangan ditanya kejayaannya tapi tanyakan kesusahan dan kepayahannya kerana kepayahannya yang akan mendisiplinkannya dan membuatkan seseorang itu merasa rendah diri dan bersyukur dengan apa yang telah di anugerahi oleh ilahi.
 
Seseorang itu perlu mengalami erti kepayahan dan kesusahan, ini akan menjadikannya sedar dan sentiasa beringat. Seseorang itu perlu tahu apa tujuan hidupnya, matlamat dan objektif hidupnya, hanya dengan itu dia akan mempunyai paksi atau pasak untuk menjadi asas dalam dia menjalani kehidupan sehariannya.
 
Ketika itu untuk mendapatkan apa yang saya inginkan, saya biasa menjual karipap dan nasi lemak ke sekolah, menjual buah jambu di pasar. Perniagaan bukan asing bagi saya, keseluruhan keluarga saya pernah melakukannya samaada dalam berskala kecil atau besar.
 
Hendak seribu daya dan kalau dah malas seribu dalih, itulah prinsip yang diterapkan kepada diri saya dari kecil. Bila hidup biasa dihimpit kesusahan dan kepayahan kita secara sedar atau tidak akan menjana kekuatan dalaman bagi menghadapi segala rintangan dan dugaan. Bagi diri saya, semua itu sebagai satu latihan bagi menghadapi hari-hari mendatang.
 
Saya terkenang dengan satu peristiwa yang mengajar saya erti kesabaran. Ketika saya mencapai umur hampir ke sekolah menengah, dan dengan keadaan sekolah yang jauh dari rumah, saya memohon kepada Arwah Ayah saya ketika itu untuk membelikan saya sebuah basikal.
 
Lantas beliau bertanya
 
“berapa harga basikal baru tu?”
 
Dan jawab saya hanya sekitar RM150.00 ,
 
“berapa duit yg kau ada sekarang?” tanya Ayahku lagi.
 
Jawabku “RM50.00′
 
Beliau terus berkata,
“kalau macam tu senang sahaja, kau carilah RM100 lagi, bila dah cukup kau belilah basikal yang kamu mahu”.
 
Begitulah Arwah ayah mengajar, tiada jalan pantas dan mudah untuk mendapatkan sesuatu yang kita hajati selain daripada berusaha.
 
Enam bulan selepas itu, saya akhirnya dapat membeli basikal tersebut hasil dari jualan nasi lemak, besi buruk dan buah jambu dipasar.
 
 

Bebas Dari Hutang

 
Ada yang bertanya kepada saya, apa yang diperlukan untuk seseorang untuk bersara dan tidak lagi perlu untuk bekerja untuk menyara kehidupannya.
 
Saya katakan bebas dari hutang, jika kita tidak mempunyai hutang maka hidup kita akan bebas. Cukup sekadar ada RM10 didalam kocek kita sehari.
 
Tetapi hari ini mana mungkin hidup tidak berhutang, lahir sahaja sudah berhutang, terutama hutang yang ditinggalkan atau yang dibuat oleh kedua ibu-bapa kita , rumah yang kita tinggal dan dibesarkan pun mempunyai hutang, silap gaya apa yang diberi makan kepada kita pun adalah hutang yang belum di jelaskan oleh ibu bapa kita.
 
Itu belum termasuk hutang yang kita sendiri hasilkan termasuklah hutang dengan Allah, hutang masa belajar, hutang kad kredit, kereta, rumah dan sebagainya.
 
Saya dahulupun hidup penuh dengan hutang. Dalam masa 10 tahun saya mengurangkan hutang saya sedikit demi sedikit dan pada waktu yang sama menambah harta untuk masa depan. Kita boleh melangsaikan apa sahaja hutang jika kita mengkehendakinya.
 
Perkara asas yang semua orang perlu tahu adalah apa itu wang dan bagaimana menggunakannya dengan betul dan berkesan. Ini kerana wang hanyalah alat, seperti juga alatan yang lain yang boleh disalahgunakan. Jika anda mahu bebas dari hutang, anda harus berubah dan mula melaksanakan perkara berikut :
 
  1. Cari ilmu Kewangan – Hadiri kelas, seminar dan bengkel kewangan, baca sebanyak mungkin buku tentang kewangan, faham dan cuba ikut apa yang disampaikan.

  2. Dapatkan khidmat perancang kewangan yang bertauliah, seorang perancang kewangan bukan penjual produk, cari mereka yang membantu anda merancang kewangan anda dengan mengenakan yuran. Ini bagi mengelakkan seorang perancang kewangan menjual sesuatu produk yang tidak diperlukan oleh anda oleh kerana mereka mempunyai kepentingan didalam produk tersebut.

  3. Praktikan apa yang telah anda pelajari. Tiada gunanya belajar tanpa mempraktikkannya.

  4. Antara ilmu asas yang perlu ada pada diri anda adalah mengenai aliran tunai dan budget atau belanjawan. Seperti juga kesihatan diri, aliran tunai akan menentukan tahap kesihatan kewangan anda, jika anda mempunyai aliran tunai negatif maka kuranglah kebolehupayaan anda untuk mempunyai wang yang cukup manakala budget pula seperti diet (makan makanan yang berkhasiat untuk badan anda), budget yang baik akan memastikan bahawa segala belanjawan yang dibuat mempunyai impak kewangan yang positif keatas diri anda.

  5. Menstrukturkan semula kewangan anda (pendapatan dan hutang).

Sepanjang tempoh saya berhutang dan langsaikan hutang-hutang tu, saya mula mempelajari beberapa teknik untuk bebas dari hutang yang boleh digunapakai dan praktik oleh semua orang.

Dengan menggunakan strategi yang betul beserta sedikit kesabaran, teknik ini amat mudah untuk dipratikkan. Ianya dapat diperjelaskan dengan gambarajah diatas.

Kita harus berfikir seperti seorang usahawan, layanlah diri kita seperti sebuah perniagaan. Selepas penstrukturan semula kewangan, kita harus membentuk platform atau modal diri didalam bentuk modal kewangan selamat.

Dengan aliran tunai yang positif, mulalah membayar semua hutang kita dengan menggunakan platform yang telah dibentuk.

Selain untuk membayar hutang, platform bercagar ini boleh juga digunakan untuk beberapa perkara yang lain, ini termasuklah :-

  • Perlindungan
  • Pemindahan risiko
  • Perbelanjaan harian
  • Tuntuan semasa
  • Modal pembentukan dan penambahan harta
 

Kini dan Masa Depan.

Saya melihat dengan positif masa depan saya, saya mengharapkan umur yang panjang dan kesihatan yang sihat dan berpanjangan.
 
Saya ingin menambah ilmu, ada niat dihati untuk kembali ke sekolah samaada sekolah yang rendah atau tinggi untuk menambah ilmu saamada ilmu dunia atau akhirat.
 
Masih banyak perkara yang ingin saya laksanakan sepanjang kehidupan saya.
 
Ketika itu memang saya berazam persaraan saya tidak akan memperlahankan rentak hidup saya. Saya berusaha sedanya untuk mencapai cita-cita saya, tanpa usaha dan tawakal kita tidak akan mencapai apa yang kita inginkan.

Maka, pada tahun 2007 saya jadi lebih aggresif terhadap perancangan kewangan saya, mengurangkan hutang dan tuntutan semasa saya sekecil yang boleh.

Pada 2007 juga lah titik awal saya memulakan Urusinsan yang ada pada hari ini.

Percaya kepada kecemerlangan dan kejayaan adalah bermula dengan ilmu dan kemahiran hidup. Saya membuka perniagaan ini untuk membantu dan mengajar individu yang mempunyai semangat dan azam untuk berjaya dengan menggunakan ilmu kemahiran hidup yang merupakan asas kehidupan yang tidak diajar di sekolah.

 
Dengan berkonsepkan perkongsian pintar, saya harap dapat membantu lebih ramai individu berjaya didalam menguruskan kewangan peribadi mereka.
 
Saya percaya hanya ilmu dan kemahiran sahaja dapat menghindarkan mereka dari pelbagai masalah kewangan kelak. Biar siapapun anda , samada kerani, pekerja kilang, doktor mahupun seorang peguam.
 
Ilmu dan kemahiran kewangan tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan, sedar atau tidak semua orang memerlukan ilmu dan kemahiran tersebut.
 
Lebih 8 juta Bumiputera di Malaysia gagal merancang kewangan mereka dengan betul, mereka hidup diatas hutang dan mempunyai kebolehupayaan yang rendah, dengan kata lain, cukup tak cukup makan setiap bulan,
 
Manakala lebih 1 juta bumiputera mempunyai masalah hutang yang kronik samaada CCRISS, CTOS ataupun telah di senaraihitamkan oleh institusi kewangan di Malaysia.
 
Saya tidak percaya dengan teori kalau hendak senang haruslah bekerja kuat siang dan malam dengan membazirkan masa mencari wang. Bagi saya, wang sepatutnya mencari saya, bukan saya mencari wang. Saya tidak mahu menjadi hamba wang, cukup sekadar bebas dari hutang, mempunyai harta dan cukup makan dan pakai dan yang paling penting hidup tenang dan tenteram.
 
Saya seorang yang serba ringkas, saya tidak suka hidup dalam keadaan yang berserabut. Kerana ringkas itu lebih mudah dan senang untuk diurus.
 
Cara dan gaya hidup kita ditentukan oleh diri kita sendiri, saya tidak percaya pada trend, saya bukan pengikut trend malah saya adalah “trend setter”, saya buat trend saya sendiri tanpa perlu mengikut orang lain.
 
Jika orang lain membazir dan membelanjakan wang mereka tanpa berfikir, saya pula mendapatkan apa yang saya hendak dengan percuma tanpa perlu saya mengeluarkan wang saya sendiri. Ada pepatah Inggeris yang bermaksud, jika anda ingin berjaya, maka pisahkan diri anda dengan norma-norma khalayak umum.
 
Buatlah jalan anda sendiri dan jangan sekali-kali ikut jalan orang lain.

5 Tip Jadikan Hobi Anda Sebagai Lubuk Duit

Tipulah kalau kita langsung tak ada hobi. Paling tidak mesti ada benda yang kita minat akan dilakukan ketika waktu lapang. Meskipun anda anggap ia hanya sekadar mengisi masa lapang, saya yakin pasti ada ruang dan peluang untuk hasilkan pendapatan.

Semestinya anda kena ada ilmu sikit untuk tahu cara jana pendapatan tu.

Sebelum tu, saya nak beritahu apa yang saya perasan selama saya beri coaching kepada ahli-ahli Urusinsan. Mereka yang takut untuk jadikan hobi kita sebagai lubuk duit ni kebanyakannya sebab takutkan kegagalan.

Takut tak jadi lah, takut apa orang kata lah, takut nak cerita kat orang lah. Macam-macamlah takutnya. Padahal benda tu kita sendiri yang cipta dalam minda kita. Kita sendiri yang takut-takutkan diri kita.

Betul, benda ni tak mudah tapi tak mustahil dan tak rugi apa-apa pun kalau kita mencuba. Lagi-lagi yang memang ada kerja hakiki, kalau bisnes tak jadi pun, gaji kerja hakiki tetap ada.

Dengan sedikit persediaan dan pelan strategik, insyaAllah anda pasti peroleh hasilnya. Berikut beberapa tip untuk anda bermula.

1. Rangka Pelan

Anda pernah dengar pasal Business Model Canvas (BMC) ?

Kebiasaannya orang yang nak buat bisnes ni, mereka akan buat pelan berdasarkan BMC. Untuk memudahkan dan tidak memeningkan anda, saya bagi satu persoalan ni.

Apa tujuan anda nak buat perniagaan?

Kalau tak ada, saya bagi cadangan peringkat demi peringkat :

  1. Dapatkan jualan pertama
  2. Tingkatkan jualan bulan demi bulan
  3. Dapatkan keuntungan bersamaan dengan belanja bulanan anda
  4. Dapatkan keuntungan bersamaan dengan gaji bulanan anda
  5. Sky is your limit

Saya yakin anda tak jelas lagi apa tujuannya, tapi percayalah anda akan temui nya suatu hari nanti.

2. Dapatkan Jualan Pertama

Macam saya cakap dalam poin pertama, dapatkan jualan pertama dulu. Kongsikan keseronokan hobi anda kepada saudara mara atau rakan-rakan, kalau mereka beli bermakna hobi anda ada potensi besar dijadikan perniagaan.

Dapatkan momentum, hargai kemenangan-kemenangan kecil untuk kejayaan yang lebih besar.

Ketika fasa ini, anda akan perasan mungkin margin keuntungan tak berbaloi dengan penat anda menjual, tapi kat sinilah anda akan belajar.

3. Dapatkan Keseronokan Berniaga

Menjalankan bisnes tidak seronok seperti isi masa lapang dengan hobi. Maklumlah, bila dah buat bisnes anda kena ada KPI, layan kerenah pelanggan, urus pemasaran dan kewangan.

Pastikan anda kekalkan keseronokan buat bisnes seperti buat hobi anda. Stres tu tetap ada, yang penting dapat kepuasan.

4. Tetapkan Mindset Usahawan

Seronok tu seronok juga, tapi jangan buat sambil lewa. Hobi ni kita buat bila ada masa lapang, tapi bila dah dijadikan bisnes, bermakna kita sedia untuk berikan komitmen. 

Nak ada minda sebagai seorang usahawan ni, salah satu caranya adalah berkawan dengan usahawan-usahawan yang lain. Yang ni saya huraikan dalam poin seterusnya.

5. Dapatkan Jaringan Usahawan & Mentor

Ada minda usahawan tapi berkawan dengan golongan yang berminda kolot, percayalah anda pasti akan terpengaruh juga.

Maka wujudlah sangkaan buat bisnes ni susah, memenatkan, tak ada hasil, lambat untung dan 1001 alasan lagi anda boleh cipta.

Dengan adanya jaringan usahawan yang berfikiran sama, masalah anda akan nampak kecil bila orang berjaya kongsikan penat lelah buat bisnes. Anda pun boleh dapatkan kepakaran usahawan yang lain untuk selesaikan masalah bisnes anda seperti masalah pemasaran online.

Ini yang paling penting, anda kena ada mentor. Mentor akan kurangkan anda daripada asyik langgar dinding je, mentor akan tunjukkan jalan yang sepatutnya. Senang cerita, mentor ni akan berikan pancing yang betul.

Mana nak cari mentor?

Ini saya serahkan pada anda sendiri. Tip nya mudah, kurangkan ego. InsyaAllah anda akan jumpa mentor yang betul untuk anda.

Buatlah lima benda ni dulu sebelum anda pergi mana-mana seminar yang ribu riban tu. Benda yang free ni pun tak habis buat lagi, ada hati nak joget-joget dengan orang yang dah juta-juta bisnesnya.

Dah ada duit ekstra, barulah boleh rancang pelan nak kembangkan bisnes. Dapatkan tip-tip kewangan dengan tekan butang dibawah ni.