Tanpa kita sedari kita dah kena scam sejak kita lahir.
1. Latar Belakang Individu Terbabit
- Kalau kita dilahirkan dari keluarga yang porak peranda , ayah kaki pukul dan kaki judi dan ibu pula seorang yang penakut dan selalu di buli dan di dera , kita akan lihat dunia ini tidak adil, jahat , kotor dan hati kita penuh dengan perasaan dendam.
Hidup kita tidak tenteram dan kemungkinan kita juga akan jadi kasar, pemarah, egois, kaki buli dan sebagainya kerana itulah acuan ketika kita membesar.
- Kalau kita dilahirkan dari keluarga yang boros, tak pandai urus duit, ibu & ayah sering bertengkar tentang duit, kita mungkin mempunyai kepercayaan duit itu jahat, tak baik, alat pemusnah, bercita-cita untuk jadi kaya dengan apa cara sekalipun kerana percaya itulah cara untuk merasa bahagia.
Dan kita tidak boleh pegang duit lama, rasa panas nak berbelanja.
Kalau Mak Ayah, sedara mara malah Tok imam kampung kau pernah berkata
“Buat apa Harta banyak , bukan boleh bawa mati”
kau percaya dan sampai hari ini kau takda harta sebab kau percaya dengan ideologi tersebut.
- Kalau kita di lahirkan dari keluarga miskin, kais pagi makan pagi, kita terasa azab kepayahan dan kesusahan dan tidak pernah rasa apa itu kejayaan dan anggap kejayaan itu cuma satu mimpi sahaja.
Mana mungkin jadi kaya , mana mungkin boleh berjaya dan kita akan ada “self doubt” atau keraguan dalam diri dan akan “sabotage” diri sendiri setiap peluang yang hadir dalam hidup kita dan kita akan berikan alasan semua yang berlaku adalah salah orang lain termasuk tuhan dan bukan salah diri sendiri.
- Manakala jika kita di lahirkan dari keluarga yang bertanggungjawab mengajar kita tentang bagaimana untuk hidup dengan jayanya, bagaimana wang bekerja untuk kita, punyai kekayaan itu bukan satu kesalahan tapi satu tanggungjawab, bagaimana untuk bina jatidiri dan semangat yang kuat serta ada figura yang menyokong segala usaha kita, ada panduan dan dorongan , besar kemungkinan kejayaan lebih mudah untuk di capai kerana kita diberi “blueprint” atau “peta” kejayaan dari awal oleh keluarga , mentor atau mereka yang mempengaruhi pola pemikiran kita sejak kecil.
“It’s Nurture not Nature”.
2. Sumber Ilmu Yang Diperolehi
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan suatu kaum, sebelum kaum itu sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka”
- Jika seseorang individu itu benar-benar terdesak , Pak imam sanggup membunuh bila terdesak mempertahankan diri , sanggup beri organ sendiri kerana terdesak untuk menyelamatkan yang tersayang atau seorang perokok sanggup berhenti merokok kerana terdesak untuk sembuh dari penyakit kanser yang dihidapinya dan banyak contoh lain lagi.
- Obses atau nak sangat sampai sanggup untuk berubah , contoh , jatuh cinta dengan marka yang 7 lautan sanggup di renangi , sanggup berubah untuk sidia kerana cinta hangit atau obses dengan artis tertentu sampai sanggup untuk menjalani pembedahan plastik atau ubah penampilan mengikut gaya si artis.