13 Aktiviti Manfaat Di Rumah Semasa Covid-19

Berikut adalah 13 aktiviti bermanfaat yang boleh di lakukan di rumah ketika perintah pengawalan pergerakan sedang dilaksanakan oleh kerajaan sempena wabah COVID19.

 

1. Buat jadual waktu aktiviti

Bincang dengan ahli keluarga apa aktiviti yang hendak dilakukan di rumah , buat jadual waktu beserta tugasan & tanggungjawab supaya tidak membuang masa dan terasa bosan. Biarpun duduk rumah tapi masih perlu berstruktur supaya ada aktiviti penting tidak terganggu terutama jika bekerja dari rumah.

 

2. Spring Cleaning

Dulu alasan sibuk sering digunakan untuk tidak membersihkan rumah & kawasan sekitarnya. Ini masanya untuk buat senarai apa yang diperlukan & apa yang boleh disedekahkan atau di buang. Untuk rezeki baru masuk ke dalam rumah , terlebih dahulu rumah perlu di lapangkan.

 

3. Aktiviti psikologi bersama pasangan anak-anak

Bagi yang berkeluarga , inilah masanya untuk berbincang / berborak / bercerita / bermesra / bermaian / mengambil tahu hal berkaitan anak-anak & pasangan. Perkara uang lebih penting berkaitan kewangan keluarga , pendidikan , keagamaan dan pelbagai lagi topik yang dianggap penting untuk dibincangkan. Masa untuk alihkan perhatian anak dari gajet kepada anda (ibu bapa) .Biar mereka bermain menggunakan imaginasi bukan dengan gajet. Terangkan dengan jelas kepada anak-anak apa yang sedang berlaku.

 

4. Solat berjemaah / aktiviti keagamaan / spiritual bersama.

Jika sebelum ini kebanyakan keluar pagi & pulang malam mencari rezeki , aktiviti keagamaan atau spiritual jarang dapat dilakukan bersama. Bila lagi nak tunjukkan skill menjadi imam pada anak & isteri , takan nak jadi makmum di surau & masjid jer kan, Selain itu , ini adalah masa terbaik untuk mengasabah diri serta memohon keampunan dan taubat dari Allah (tuhan).

 

5. Menyusun semula kewangan diri & keluarga

Inilah masa terbaik untuk mengambil tahu secara terperinci kedudukan kewangan diri atau keluarga. Bawalah berbincang bersama pasangan untuk mencari maklumat lengkap kewangan anda. Sila muat turun borang analisa kewangan yang di sediakan ( lihat komen pertama ) sebagai panduan ( sila ubah mana yang perlu). Senaraikan strategi yang boleh dilakukan untuk mengukuhkan kewangan diri & keluarga (beri keutamaan kepada bagaimana untuk mencapai matlamat kewangan anda cara melangsaikan hutang & menambah harta dengan cepat)

 

6. Buat kerja rumah , masak & makan bersama

Libatkan semua ahli keluarga , kalau dirumah bujang semua penyewa rumah untuk buat kerja rumah , masak & makan bersama. Latihan ini adalah untuk membentuk sahsiah diri supaya ada perasaan rendah diri terutama anak-anak , ajar anak bagaimana nak cuci tandas & longkang di sekeliling rumah jika ada.

 

7. Jana Pendapatan dari rumah

Selama ini mungkin pernah terfikir untuk menambah pendapatan sampingan mahupun ingin memulakan sesuatu pernigaan dari rumah. Inilah masa yang sesuai untuk memulakan usaha tersebut. Lakukan kajian , soroti pasaran dan dapatkan pandangan atau panduan dari yang telah berjaya. Saya kongsikan bagaimana cara untuk buat duit dari rumah. Sila klik yang disertakan pada komen pertama

 

8. Merapatkan silaturahim.

Hari ini kita didukung dengan pelbagai teknologi komunikasi yang serba canggih. Tiada isu untuk berhubung dengan rakan taulan serta sahabat handai. Ada aplikasi What’sapp , facetime , socmed , telegram dan sebagainya. Hubungi mereka dan bertanya khabar / catch up dengan mereka.

 

9. Tambah Ilmu & Kemahiran.

Hari ini kita boleh dapat pelbagai ilmu pengetahuan dari pelbagai bidang melalui buku , ebook , video , e-learning dan pelbagai lagi platform dalam talian. Semuanya boleh diperolehi hanya di hujung jari kita. Ada yang percuma dan yang berbayar. Ilmu-ilmu ini boleh digunakan atau diimplementasikan setelah tamatnya tempoh kawalan pergerakan ini kelak. Siapa yang lebih bersedia maka lebih manfaat baginya.

 

10. Bekerja dari rumah

Ada syarikat yang membenarkan pekerjanya bekerja dari rumah. Buat jadual supaya boleh mengimbangi antara waktu kerja dengan waktu bersama keluarga. Kunci diri dalam bilik supaya tidak diganggu. Ikut jadual yang telah dibuat.

 

11. Ikuti perkembangan Covid-19

Hadkan masa di socmed , ikuti saluran yang sah sahaja. Jangan terlalu obses sehingga tidak dapat buat kerja lain semasa di rumah. Ikuti arahan pihak berwajib dari masa ke semasa. Elak dari menyebarkan berita yang tidak sahih dan menjadi keyboard warrior atau mempunyai sikap “holier than thou” atau berlagak lebih suci dari orang lain di socmed.

 

12. Senaman ringkas

Jangan banyak tidur. Lakukan senaman ringkas setiap 3 jam selama 10 min. Ini bagi memastikan kita kekal cergas dan sihat.Pantau makan , elak dari terlalu kerap dari memesan makanan di kedai. Masak makan sendiri lebih jimat dan menyihatkan.

 

13. Manfaatkan socmed

Tambah kenalan atau personaliti tertentu di socmed terutama yang berkongsi Ilmu pengetahuan. Pelajari sesuatu dari mereka. Manfaatkan kegunaan socmed dengan lebih berkesan. Hadkan masa di socmed , ikuti individu atau personaliti yang berfaedah sahaja.

Ada banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan di rumah , ini hanya secebis ringkasan yang saya kongsikan. Diharap ianya dapat membantu mengatasi kebosanan semasa berada di rumah dalam tempoh kawalan pergerakan ini.

Sentiasa berjaga-jaga dan pastikan sentiasa sihat untuk diri dan keluarga.

Innsyaállah.

 

Untuk dapatkan lebih tips kewangan sempena Covid-19 ni, boleh klik link dibawah :

Cara Mohon Kenaikan Gaji Dari Majikan

Ramai golongan pekerja marhean makan gaji yang merungut gaji tak cukup kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang bakal di hadapi pada tahun hadapan , jangan nak kata BONUS, gajipun mungkin tidak akan di naikkan , oleh itu adakah korang dah mohon kenaikan gaji dari Boss kesayangan korang? Takan guling-guling atas padang jer pandai .. mintak naik gaji tak pandai pulak?

Saya nak kongsikan 13 cara atau kaedah yang korang boleh gunakan untuk mintak kenaikan gaji dari Boss kesayangan korang , kebanyakannya dari pengalaman saya sendiri. Kalau korang tak pergi mintak apa pun tak jadi .. malu ? takut ? tapi merungut dan berguling boleh pulak.

Lagi baik kalau korang dah set “president” dari awal , dengan kata lain masa mula-mula mintak kerja korang dah set strategi yang korang akan gunakan bila dapat kerja , bermula dengan sesi temuduga hingga naik gaji atau pangkat , korang dah boleh nampak jalannya , itu yang terbaiklah kalau boleh.

Tapi kalau korang dah lama bekerja tapi masih kat situ jugak , korang boleh guna kaedah berikut :

1. Leverage

Korang kena ada “leverage” , dengan kata lain , kenalah ada peluru , kalau setakat pergi jumpa lepas tu terus nak mintak naik gaji .. itu cari nahas. Antara peluru yang korang boleh gunakan adalah “comparison” dan “performance” , gunakan perbandingan di dalam industri korang serta prestasi korang dalam syarikat tersebut.

 

2. Minta Kenaikan Yang Realistik

Apa yang korang mintak kena lah masuk akal atau realistik sikit , mintak naik 10%-15% ok laa .. mintak sampai 100% itu sudah lebih dan kena ada justifikasi atas kenaikan tersebut. Elak guna alasan peribadi macam anak sakit , nak kahwin dua , banyak hutang dan sebagainya , jangan buat drama pula.

 

3. Kaji Latarbelakang Syarikat

Sebelum itu kenalah buat kajian sedikit tentang polisi syarikat korang , kenaikan gaji berdasarkan apa? macam mana syarikat kira dan sebagainya , ini juga sebahagian dari proses mencari peluru. Kena juga tahu prestasi dan kedudukan kewangan syarikat , macam mana nak mintak naik gaji kalau syarikat pun goyang kan.

 

4. Kenalpasti Nilai Diri

Kena tahu berapa nilai korang berdasarkan pangkat , tanggungjawab , jenis pekerjaan , bidang dan lain-lain berdasarkan jawatan korang. Ini kena semak berdasarkan pasaran pekerjaan semasa. Apa guna pakcik google kan.

 

5. Buat Perbandingan

Carilah maklumat untuk buat perbandingan berdasarkan pasaran pekerjaan dalam bidang korang , dengan kata lain berapakah gaji yang ditawarkan di syarikat lain kalau sama bidang , jawatan , kelulusan , pengalaman dan lain-lain yang boleh di buat perbandingan.

 

6. Bentang Kertas Cadangan

Buat kertas cadangan atau kes study , mana boleh main terjah masuk bilik boss lepas tu mintak naik gaji , kenalah nampak buat kerja sikit. Dalam kertas cadangan tersebut senaraikan perkara berikut.

  • Kejayaan yang korang dah bawak di syarikat tersebut sepanjang tempoh berkhidmat. Kalau kaki ngular .. tak dapek den nak nolong dohh!!.
  • Semak sejarah kerja korang sepanjang bekerja di situ , ada ponteng lebih kah , ada emcey lebeh kah.. paham-paham jer laa.
  • Berikan contoh nilai korang pada masa hadapan jika masih bekerja di syarikat tersebut. Boss lebih suka kalau disertakan dengan statistik yakni nombor , masa inilah nak guna apa yang korang belajar dalam kelas matematik semasa sekolah dahulu , tunjuk dalam bentuk visual ( carta pie , carta bar , carta line dan mcm2 lain bentuk statistik boleh digunakan ).
  • Nyatakan dengan jelas peratus kenaikan gaji yang korang rasakan adil bagi semua pihak , mungkin kenaikan tersebut harus disertakan dengan kenaikan pangkat atau peningkatan tanggungjawab.
  •  

7. Tanya Biar Kena Cara

Jangan takut bertanya tapi kena tahu cara bertanya , boleh lihat video yang di sertakan.

8. Pilih Masa Yang Sesuai

Pilih masa yang sesuai untuk berbincang tentang kenaikan gaji korang bersama Boss tersayang. Tengok masa dia heppi bila .. selalunya bila dia puji korang , masa dapat projek baru .. pandai-pandai la adjust , mood dan timing sangat penting.

 

9. Buat Temujanji Dulu

Buat temujanji dengan Boss tersayang , jangan main redah jer. Hormat la sikit tapi jangan dedahkan sebab nak jumpa.

 

10. Penampilan Yang Menyakinkan

Bagi penampilan terbaik dari segi rupa diri dan kertas cadangan yang bakal di bentangkan.

11. Jelaskan Terma Anda

Minta kenaikan gaji dengan terma yang jelas dan tunggu response dari Boss kesayangan korang , jangan pulak korang bertekak dengan dia.

 

12. Berbudi Bahasa

Ucapkan terima kasih pada Boss korang kerana meluangkan masa untuk berjumpa dan berbincang tentang kenaikan gaji yang korang mintak .. kalau boleh cium tangan sekali.

 

13. Rekod Perjanjian

Kalau Boss korang janji macam-macam , sila rekodkan janji tersebut samaada dalam bentuk perjanjian bertulis atau rakaman suara. Tak main la cakap mulut camtu jer .. maklumlah lidah tak bertulang .. begitu juga kalau korang ada janji apa-apa dengan dia , rekodkan semuanya.

Cadangan Ditolak ?

Kalau cadangan korang kena REJECT dengan Boss kesayangan korang

  • Rileks laa .. ianya bukan personal .. jangan angin semacam pulak .. ini pasal kerja la beb bukan sebab korang tak ensem atau tak lawa biarpun hakikatnya memang begitu.
  • Tanyalah Boss korang apa yang korang boleh buat untuk dapatkan kenaikan gaji yang korang nak .. kalau dia suruh basuh kete dia .. pergi la basuh kete dia .. apadahal , kalau dia mintak bukan-bukan macam orang bunting anak sulong .. toksah la layan.
  • Kirim la email , surat atau kad untuk ucapkan terima kasih kat Boss kesayangan korang kerana bagi peluang kat korang jumpa dan bincang dengan dia pasal kenaikan gaji korang..
  • Jangan putus asas .. lepas beberapa ketika korang approach lagi Boss korang .. tengok line clear .. pergi la mengadap balik .. peribahasa korea ada menyebut “Bayi yang paling kuat merengek akan dapat susu lebih
  • Buat-buat la persediaan untuk angkat kaki dan cari kerja kat tempat lain kalau dah 300 X kena

REJECT .. cuma janganlah pergi tunjuk kat depan Boss korang pulak.

Korang dulu tak pernah pergi kursus HR ker ? Kalau tak paham jugak .. korang tengok la video yang dikepilkan ini. Jangan esok tanya saya apakah sumbangan yang pernah saya lakukan untuk golongan pekerja marhean makan gaji ? Kononnya saya asyik fikir pasal duit jer (biarpun hakikatknya memang begitu).. dah bagi dah .. pergi la buat .. itupun kalau ada berani lah.

 

Secara peribadi sepanjang saya bekerja makan gaji dulu terutama 5 tahun pertama dalam pekerjaan, saya naik gaji dan pangkat sebanyak 3 kali dalam setahun , dari pembantu juruteknik rendah dengan gaji RM700 hingga kepada Eksekutif Teknikal Kanan dengan Gaji pokok RM5,500 dalam tempoh masa 5 tahun dalam syarikat yang sama. Nanti korang cakap saya kencing pulak kan. Selepas itu saya mula

berniaga dan bekerja sendiri belajar menjadi usahawan , itu kisah lain di yang waktu lain untuk diceritakan.

Terkakhir , selepas dah cuba mintak naik gaji ke seribu kalinya , apa lagi nak tunggu , cari kerja ditempat lain , angkat kaki blah jer la , nak stay lagi kat situ buat apa kan? Mulakan pengembaraan yang baru.

Artikel berkaitan

Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak

hartanah-urusinsan

Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di buat sewaan. Maka meracaulah warga netizen. Saya tidak mahu komen tentang posting tersebut. 

Kalau korang nak terus kecam , nak korek latar belakang di tukang post terserah pada korang.

Saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya beli rumah. Pengalaman orang lain mungkin berbeza dengan pengalaman saya. Bukan niat saya nak bandingkan dengan sesiapa. 

Ini cerita saya bukan cerita orang lain.

 

Oleh kerana perkara ini sudah lama berlalu, umur pun dah 45 tahun ( 2019) maafkan saya kalau saya ingat-ingat lupa akan fakta dari sudut masa , nombor dan sebagainya yang saya berikan mungkin tidak tepat. 

Rumah pertama saya beli ketika berusia sekitar 23 tahun , masa itu gaji saya sekitar RM700 sebulan , tidak termasuk OT dan claim . Ini pada akhir 90an atau awal 2000. Kebanyakan netizen belum lahir , kalau ada pun mungkin sekolah rendah.

Saya tak nak tulis kisah klise .

Makan nasi kepal dengan kicap atau makan nasi lauk telur masak kicap sekali sehari (RM1.30 beli kat kaferia pejabat) dan tidur di bawah meja pejabat selama 3 tahun kerana berjimat nakkumpul duit , nak berulang-balik ke rumah mak ayah agak jauh takut terbarai di tengah jalan motor kapcai C70 pinjaman Arwah Ayah dan kalau nak merasa makan sedap dan tidur sedap bila sekali sekala balik rumah keluarga dan oustation jer. 

Itu semua cerita dan kisah klise,

 

Rumah Pertama

Semasa saya beli pangsapuri pertama saya yang berharga RM95K dengan diskaun pemaju di Bandar Sri Putra, Bangi saya cuma kena keluarkan modal booking RM1K sahaja selebihnya pembiayaan penuh oleh pihak bank. 

3 bulan kemudian saya pun dapat kunci rumah , selama satu tahun rumah tersebut kosong tanpa penghuni kerana saya tidak tahu bagaimana nak sewakan rumah. 

Selepas itu saya sewakan RM500 setiap bulan. Saya bayar bank lebih tinggi dari sewaan yang saya kutip.

 

Rumah Kedua

5 tahun kemudian saya beli rumah kedua saya .

Tidak mahu kisah rumah pertama berulang (sewa lebih rendah dari bayar bank) , saya beli unit yang mempunyai GRR (Gurantee Rental Return) pada harga RM85K dan skim ini cuma bertahan selama 3 tahun sebelum ianya runtuh dan sehingga kini saya masih membayar ansuran bulanan rumah tersebut yang hari ini kosong tanpa penyewa. 

Saya tidak jual sebagai satu peringatan betapa bodohnya saya satu ketika dahulu percayakan skim begini.

 

Labur Ribuan Ringgit Untuk Ilmu

Setelah saya taubat tak sanggup nak jadi bodoh , saya habiskan ribuan ringgit untuk belajar selok belok tentang hartanah .

Jual motor besar dan semua koleksi kesayangan saya dan bertemu dengan mentor-mentor saya dalam bidang ini , salah seorang darinya memiliki lebih 700 unit hartanah dalam pelbagai sektor antaranya rumah kedai , lot komersial , ruang pejabat , bangunan , kediaman , tanah , kilang dan sebagainya.

 

Beli 3-5 Hartanah Sekali Gus

Setelah belajar dan menimba Ilmu dalam hartanah , pada satu ketika saya boleh membeli tiga (3) hingga lima (5) hartanah dalam sekali pembelian .

Dalam masa kurang dari 5 tahun saya sempat mengumpul lebih 20 buah hartanah ketika itu , ketika umur saya 32 tahun saya bersara dan berjaya memiliki RM1 juta saya yang pertama ( my first million kata orang jawa).

 

Terpaksa Jual 11 Hartanah

Namun langit tidak sentiasa cerah , pada akhir usia saya 33 tahun semuanya runtuh dan saya terpaksa menjual 11 hartanah yang saya miliki dan masih tidak cukup untuk melunaskan hutang. 

Saya terpaksa menjual pegangan saya dalam beberapa perniagaan. Saya berhutang lebih RM2 juta biarpun setelah menjual 11 hartanah yang saya miliki.

Sehingga kini saya masih membayar sebahagian kecil daripada hutang tersebut sebagai peringatan kepada diri saya sendiri tetapi takda la berjuta macam dulu. 

Saya tidak pernah muflis cuma hampir-hampir sahaja. 

Saya tahu perasaan orang yang banyak hutang (been there , done that and got the T-Shirt orang jawa kata). Pada satu keitka saya pernah mempunyai lebih 18 kad kredit pelbagai warna. Belum lagi di kira pinjaman peribadi. 

Mungkin sebab itu ramai yang kenali saya sebagai pakar hutang.

Ini cuma sebahagian kecil risiko dari pelaburan hartanah dan perniagaan , saya memiliki kedua-duanya. Hanya yang berjiwa kental dan berani sahaja yang mampu mengharunginya. 

Kalau baru beli 6 buah hartanah netizen dah meroyan , korang belum jumpa lagi mereka yang memiliki ribuan hartanah dan puluhan serta ratusan perniagaan. Bunyi macam best , cuba la kalau berani. 

Itupun kalau berani tanggung risikonya.

 

Saya berhenti kerja makan gaji ketika berusia 25 tahun. Saya fokus pada perniagaan dan pelaburan terutama hartanah. Tidak saya nafikan , modal utama saya datang dari luar negara , sejak umur saya 27 tahun saya merantau dan tinggal di luar negara mencari pengalaman. 

Bunyi macam best , cuba la sehelai sepinggang merantau dan mencuba nasib di luar negara , itupun kalau berani la.

 

Alhamdulillah , kini saya berusia 45 tahun , syarikat saya kini menguruskan lebih 65 buah hartanah dan hampir 400 penyewa serta perniagaan sampingannya. 

Saya pernah hadapi 3 kali krisis ekonomi tahun 97/98 , tahun 2006/2008 , tahun 2014/2015 dan insyaállah kalau panjang umur krisis tahun 2018/2020 pula. Jangan hanya baca kisah kejayaan ( ada kalanya belum berjaya pun ) , ketahui juga kisah suka duka bagaimana mereka berjaya.

 

Ikut jejak langkah mereka kalau berani , jangan hanya sekadar berani menaip di papan kekunci handphone sahaja sedangkan nak beli seluar dalam atau tudung pun masih minta duit mak ayah lagi atau hutang lama mak ayah masa kahwin dulu pun masih belum langsai sedangkan anak dah nak masuk dua.

 

Semua orang boleh berjaya tetapi bukan semua orang mempunyai kesanggupan untuk berjaya dan lalui perjalanan kejayaan yang penuh liku dan pahit maung terutama jika hanya punya nafsu yang besar tetapi jiwa yang kecik .

Hidup kita sepadan dengan usaha kita , sanggup berusaha lebih maka lebih la hidup kita . 

Kalau memiliki jiwa yang kecil maka hidup kita juga akan kecil, yang mampu kita lakukan hanya merungut dan salahkan orang lain kerana kekecilan jiwa yang kita miliki.

 

Tak ada masalah kalau gaji kecil punya banyak rumah .

Jangan harap gaji jer besar tapi satu rumah pun takda , itu lebih memalukan .

Harap-harap hidupnya tidak tragis.

Orang lain kumpul harta tetapi kita cuma sempat kumpul beban semasa hidup kita. Harta boleh di sedekah , di infaq dan di waqaf kan , tapi kalau hidup hanya mampu di tinggalkan cuma beban ? Itu memang tragis.

Saya sertakan kisah Tuan Hafiz bagaimana beliau boleh membeli rumah (hartanah) setiap 6 bulan. Beliau merupakan salah seorang dari ribuan  anak didik saya yang berjaya mengubah hidupnya dari biasa-biasa kepada luar biasa biarpun beliau hanya bekerja sebagai seorang juruteknik yang bergaji tidak sampai RM 3K setiap bulan. 

hafiz-urusinsan

Artikel berkaitan

Ikut Acuan Kekayaan Yang Mudah Ini Jika Anda Nak Kaya

acuan-kekayaan

Semua orang nak jadi kaya dan tahu cara nak jadi kaya , masalahnya ramai yang tak ambil tindakan , hanya dimulut tapi perbuatannya bertentangan dengan apa yang diinginkan. 

Susah sangat ke nak jadi kaya ?

Tak susah sebenarnya .

Yang membezakan cuma nilai kekayaan dan tempoh masa yang di perlukan untuk menjadi kaya. Apa yang perlu dilakukan hanya mengkuti “template” atau acuan kekayaan. 

Saya panggil sebagai kaedah karipap atau pizza atau apa sahaja perumpaan yang anda suka . Saya guna analogi (perumpamaan) makanan sebab saya suka makan. 

Tak kisahlah , janji berkesan kan.

Apa yang saya maksudkan dengan kaedah karipap ini , seperti karipap , tak kira apa pun intinya kalau menggunakan tepung serta acuan karipap , selepas di goreng ianya akan tetap dipanggil karipap. 

Begitu juga dengan membina kekayaan , tidak kira apapun cara dan bidang , selagi guna acuan yang sama ,  tetap akan jadi kaya .

Seperti yang saya sebutkan tadi , bezanya cuma nilai kekayaan dan tempoh masa di perlukan.

Apakah acuan atau formula yang saya maksudkan ?

1.Simpan Dulu Baru Belanja

Simpan dulu sebahagian dari pendapatan bakinya baru dibelanjakan.

Anda tidak boleh menjadi kaya kalau semua pendapatan anda dihabiskan atau dibelanjakan .

Orang kaya akan menyimpan dahulu peratusan tertentu dari pendapatan mereka untuk dilaburkan dan bakinya barulah dibelanjakan mengikut keperluan hidup mereka.

Berapa nilai yang perlu di simpan?

Minima 15% dari pendapatan bersih atau “take home pay” anda.

matlamat-kewangan

2. Tetapkan Matlamat Hidup Yang Jelas

Matlamat hidup adalah seperti kompas .

Tanpanya kita akan hilang arah dan tidak akan sampai ke destinasi yang ingin kita tujui.

Tahu apa tujuan hidup , adakan pelan tindakan , dari pelan tindakan barulah kita tahu apa yang perlu dilakukan setiap masa di dalam mengharungi hidup ini.

Untuk manjadi kaya perlu ada matlamat kewangan yang jelas dengan menggunakan formula M.A.S.A

M – Matlamat / Destinasi kewangan

A – Analisa Keadaan Kewangan

S – Solusi yang diperlukan

A – Aksi atau tindakan yang perlu diambil untuk mencapat matlamat yang diinginkan.

3.Kumpul Harta, Bukan Beban

Golongan kaya menjadi kaya kerana mereka mengumpul harta .

Manakala golongan miskin      mengumpul beban .

Apa yang dimaksudkan dengan harta ?

Adakah rumah itu harta atau kereta itu beban?

Di dalam konteks kewangan , kita tidak melihat apakah perkara tersebut tetapi apa yang di lakukan atau dihasilkan oleh sesuatu perkara yang menjadikan ianya harta atau beban.

No

CIR-CIRI HARTA

CIRI-CIRI BEBAN

1

Sesuatu yang mempunyai ikuiti @ pegangan @ kekuasaan keatasnya

Sesuatu yang menyusut nilai ikuiti @ tiada ikuiti atau hilang kekuasaan keatasnya

2

Sesuatu yang semakin meningkat nilai di pasaran

Sesuatu yang semakin kurang bernilai atau tidak bermnilai di pasaran

3

Sesuatu yang menghasilkan aliran tunai positif atau pendapatan positif

Sesuatu yang tidak menghasilkan pendapatan atau aliran tunai negatif

nilai-pasaran

4. Jadikan Diri Lebih Bernilai Di Pasaran

Golongan kaya sentiasa mencari jalan untuk menjadi lebih bernilai di pasaran .

Pendapatan yang dihasilkan sentiasa meningkat kerana pasaran atau masyarakat menganggap golongan ini menghasilkan sesuatu yang bernilai tinggi samaada melalui perniagaan yang mereka miliki atau hanya sebagai seorang individu.

Oleh kerana ini kebanyakan golongan kaya terlibat dalam usaha membantu orang lain sama ada melalui produk , perkhidmatan mahupun hanya sebagi seorang manusia sejagat.

5. Ada Guru / Coach / Mentor Yang Sentiasa Membantu

Golongan kaya berjaya mempunyai guru , coach atau mentor yang dijadikan rujukan dalam sesuatu usaha .

Tiada yang berjaya secara tiba-tiba tanpa sokongan dan dokongan ini.

Nabi Muhammad ada Jibrail , Warren Buffet ada Benjamin Graham , Mark Zuckerberg ada Steve Jobs dan Sir Richard Branson ada Sir Freddie Laker.

Malah saya sendiri ada arwah Tuan Haji Dato’Ahmad Mahmud sebagai mentor saya yang pertama mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya.

modal-aset

6. Memaksimakan 5 Modal Yang Setiap Insan Ada

  1. Masa
  2. Tenaga
  3. Pengetahuan / Kemahiran
  4. Emosi
  5. Wang
tawakal

7. Doa dan Tawakal

Berdoa ke hadrat ilahi memohon petunjuk dan ketenangan ketika kita berusaha membangunkan kekayaan demi Allah dan ummah khasnya.

Usaha tanpa doa adalah sombong dan doa tanpa usaha adalah sia-sia.

Ketika kita berusaha semaksima mungkin untuk meraih kejayaan tetapi kita tidak berdoa (meminta) adalah sombong.

Sebab harus diingat, dari mana datangnya kejayaan jika tidak dari Allah Maha Pemberi Rezeki.

Dan jika pun kita hanya berdoa tanpa berusaha adalah kebodohan dan kesia-siaan kerana :-

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Artinya :

Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu”.

(QS. Al-Mu’min : 60)

Bagi yang ingin mendapatkan peta atau “blueprint” kekayaan yang lebih lengkap boleh menonton  video “blueprint kekayaan” lebih 1 jam serta info graphic yang boleh dijadikan poster di www.caranakkaya.com

Saya harap nukilan kecil ini dapat memberi sedikit panduan kepada yang mencari formula atau acuan membina kekayaan , insyaállah.

Artikel berkaitan