Skip to content

5 Tip Jadikan Hobi Anda Sebagai Lubuk Duit

Tipulah kalau kita langsung tak ada hobi. Paling tidak mesti ada benda yang kita minat akan dilakukan ketika waktu lapang. Meskipun anda anggap ia hanya sekadar mengisi masa lapang, saya yakin pasti ada ruang dan peluang untuk hasilkan pendapatan.

Semestinya anda kena ada ilmu sikit untuk tahu cara jana pendapatan tu.

Sebelum tu, saya nak beritahu apa yang saya perasan selama saya beri coaching kepada ahli-ahli Urusinsan. Mereka yang takut untuk jadikan hobi kita sebagai lubuk duit ni kebanyakannya sebab takutkan kegagalan.

Takut tak jadi lah, takut apa orang kata lah, takut nak cerita kat orang lah. Macam-macamlah takutnya. Padahal benda tu kita sendiri yang cipta dalam minda kita. Kita sendiri yang takut-takutkan diri kita.

Betul, benda ni tak mudah tapi tak mustahil dan tak rugi apa-apa pun kalau kita mencuba. Lagi-lagi yang memang ada kerja hakiki, kalau bisnes tak jadi pun, gaji kerja hakiki tetap ada.

Dengan sedikit persediaan dan pelan strategik, insyaAllah anda pasti peroleh hasilnya. Berikut beberapa tip untuk anda bermula.

1. Rangka Pelan

Anda pernah dengar pasal Business Model Canvas (BMC) ?

Kebiasaannya orang yang nak buat bisnes ni, mereka akan buat pelan berdasarkan BMC. Untuk memudahkan dan tidak memeningkan anda, saya bagi satu persoalan ni.

Apa tujuan anda nak buat perniagaan?

Kalau tak ada, saya bagi cadangan peringkat demi peringkat :

  1. Dapatkan jualan pertama
  2. Tingkatkan jualan bulan demi bulan
  3. Dapatkan keuntungan bersamaan dengan belanja bulanan anda
  4. Dapatkan keuntungan bersamaan dengan gaji bulanan anda
  5. Sky is your limit

Saya yakin anda tak jelas lagi apa tujuannya, tapi percayalah anda akan temui nya suatu hari nanti.

2. Dapatkan Jualan Pertama

Macam saya cakap dalam poin pertama, dapatkan jualan pertama dulu. Kongsikan keseronokan hobi anda kepada saudara mara atau rakan-rakan, kalau mereka beli bermakna hobi anda ada potensi besar dijadikan perniagaan.

Dapatkan momentum, hargai kemenangan-kemenangan kecil untuk kejayaan yang lebih besar.

Ketika fasa ini, anda akan perasan mungkin margin keuntungan tak berbaloi dengan penat anda menjual, tapi kat sinilah anda akan belajar.

3. Dapatkan Keseronokan Berniaga

Menjalankan bisnes tidak seronok seperti isi masa lapang dengan hobi. Maklumlah, bila dah buat bisnes anda kena ada KPI, layan kerenah pelanggan, urus pemasaran dan kewangan.

Pastikan anda kekalkan keseronokan buat bisnes seperti buat hobi anda. Stres tu tetap ada, yang penting dapat kepuasan.

4. Tetapkan Mindset Usahawan

Seronok tu seronok juga, tapi jangan buat sambil lewa. Hobi ni kita buat bila ada masa lapang, tapi bila dah dijadikan bisnes, bermakna kita sedia untuk berikan komitmen. 

Nak ada minda sebagai seorang usahawan ni, salah satu caranya adalah berkawan dengan usahawan-usahawan yang lain. Yang ni saya huraikan dalam poin seterusnya.

5. Dapatkan Jaringan Usahawan & Mentor

Ada minda usahawan tapi berkawan dengan golongan yang berminda kolot, percayalah anda pasti akan terpengaruh juga.

Maka wujudlah sangkaan buat bisnes ni susah, memenatkan, tak ada hasil, lambat untung dan 1001 alasan lagi anda boleh cipta.

Dengan adanya jaringan usahawan yang berfikiran sama, masalah anda akan nampak kecil bila orang berjaya kongsikan penat lelah buat bisnes. Anda pun boleh dapatkan kepakaran usahawan yang lain untuk selesaikan masalah bisnes anda seperti masalah pemasaran online.

Ini yang paling penting, anda kena ada mentor. Mentor akan kurangkan anda daripada asyik langgar dinding je, mentor akan tunjukkan jalan yang sepatutnya. Senang cerita, mentor ni akan berikan pancing yang betul.

Mana nak cari mentor?

Ini saya serahkan pada anda sendiri. Tip nya mudah, kurangkan ego. InsyaAllah anda akan jumpa mentor yang betul untuk anda.

Buatlah lima benda ni dulu sebelum anda pergi mana-mana seminar yang ribu riban tu. Benda yang free ni pun tak habis buat lagi, ada hati nak joget-joget dengan orang yang dah juta-juta bisnesnya.

Dah ada duit ekstra, barulah boleh rancang pelan nak kembangkan bisnes. Dapatkan tip-tip kewangan dengan tekan butang dibawah ni.

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
hutang-kad-kredit

Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah

Kebanyakan orang rasa macam dah cukup bagus dah dapat buat bayaran minimum hutang kad kredit. Konon-kononnya dapat jaga aliran tunai....
hartanah-urusinsan

Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak

Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di...
arrow-2886223_1280

'Perfectionist' Melampau, Apa Ubatnya?

“Mereka hidup seperti robot tanpa emosi, suka bertikam lidah untuk sentiasa betul, dan mereka secara umum tidak disukai orang bawahan...
jaroslav-devia-xfYiIpHnvhs-unsplash

3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Belum Mulakan Side Income & Cara Untuk Atasinya

Pernah pasang impian tidak mahu jadi pekerja selama-lamanya? Pernah terfikir yang anda mahu bekerja sendiri supaya ada lebih masa bersama...
kesilapan-umum-kewangan

Kesilapan Umum Kewangan

Berikut adalah antara kesilapan kewangan yang pada asalnya bukan masalah kewangan. Perkara ini tiada dalam kamus hidup saya , dah...