
Salam, saya Zaidi Ismail
Merupakan seorang usahawan, jurutera forensik kewangan dan juga pengasas urusinsan sebuah komuniti celik kewangan. Urusinsan telah diwujudkan lebih 12 tahun yang lalu, kini mempunyai lebih dari 2000 ahli seluruh dunia. Aktiviti utama adalah pendidikan perancangan dan pengurusan kewangan seperti kelas, bengkel, sesi bimbingan dan menerokasi kapasiti serta potensi ahli dalam bidang keusahawanan dan pelaburan.
Tugas saya adalah membantu ahli urusinsan mencungkil kapasiti dan mengoptimumkan potensi kewangan peribadi mereka supaya lebih efisien, memaksimakan simpanan bulanan, melupuskan hutang dan menambah harta bagi membolehkan mencapai matlamat dan impian kewangan mereka dengan menggunakan kaedah, teknik dan alat kewangan terkini.