Sebelum Memberi Hutang
Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal. Jangan diamkan diri, ambil tindakan sewajarnya. Sebelum itu jika anda ingin memberikan hutang kepada seseorang pastikan anda ambil langkah mudah ini dahulu.
- Adakan surat perjanjian antara anda dan penghutang, pastikan surat perjanjian tersebut mempunyai segala butiran lengkap penghutang, nilai hutang, tempoh bayar balik, jumlah ansuran jika ada serta terma dan syarat jika ada. Tandatangan di depan saksi atau pesuruhjaya sumpah serta matikan stem perjanjian tersebut menurut undang-undang.
- Anda mempunyai salinan foto, kad pengenalan dan alamat tempat tinggal serta alamat pejabat dimana penghutang bekerja serta maklumat lengkap minima dua (2) orang penjamin.
Langkah Kutip Hutang Gaya Along
- Hantar kad peringatan ke alamat rumah dan pejabat. Jangan hantar surat tapi hantar kad (macam poskad). Tujuan biar orang lain pun boleh baca tuntutan tersebut.
- Pergi ke tempat tinggal dan tuntut, kalau dia takda rumah, tinggalkan pesan kepada sesiapa yang ada di rumahnya bila dia nak bayar hutang dan tinggalkan kad (seperti no 1). Tujuan untuk orang lain dalam rumah tu tahu yang si dia berhutang.
- Pergi ke pejabat dia bekerja dan tuntut, tinggalkan pesan dan kad (seperti no 1) sebagai peringatan bila dia nak bayar hutang. Tujuan untuk rakan sepejabat tahu dia berhutang.
- Cari pasangan (suami / isteri / BF/ GF) si dia kalau ada dan lakukan no 2 dan no 3 dan beri peringatan bila pasangan nak bayar hutang sebagai tekanan psikologi melalui pasangan.
- Gunakan Media sosial (sila tag mereka yang ada hutang dengan korang) atau buat posting ditujukan khusus kepada penghutang dan jika nilainya lebih besar, boleh juga buat iklan menuntut hutang di media sosial.
- Cari anak penghutang (disekolah atau di tempat kerja) dan kirim kad peringatan melalui anak penghutang. Tujuan memberi tekanan psikologi.
- Buat sepanduk tuntutan dan gantung depan rumah atau pejabat penghutang (gantung di tempat yang sukar di turunkan oleh penghutang). Tujuan memberi tekanan psikologi melalui orang sekeliling.
- Hantar kad peringatan kepada ibu bapa si penghutang.
- Hantar kad peringatan kepada majikan si penghutang.
- Hantar kad peringatan kepada penjamin si penghutang.
- Lakukan langkah 1-10 dengan menggunakan notis tuntukan perundangan. Lebih berkesan jika menggunakan khidmat guaman.
- Guna perkataan “sita”, “senarai hitam”, “muflis”, “saman”, “dosa”, “akhirat” dan sebagainya didalam kad peringatan atau notis tuntutan korang. Pandai-pandai lah susun ayat.
- Jika anda mempunyai maklumat lengkap penghutang (seperti yang di nyatakan di atas). Anda boleh menggunakan khidmat CTOS untuk menyenaraihitamkan penghutang.
- Guna khidmat agensi pemungut hutang sebagai contoh seperti yang di lampirkan.
[real3dflipbook id='13']
NOTA: Jangan lakukan sebarang tindakan keganasan atau merosakkan harta benda si penghutang. Ulang secara istiqamah sehingga hutang mula di bayar.
Artikel berkaitan
7 Tip Didik Anak Untuk Ibubapa Yang Sibuk
Tip didik anak ni adalah merupakan perkongsian daripada Puan Nor Fazilah Abd Mohd ahli urusinsan yang merupakan seorang bekas guru. Beliau
15 Pemikiran Songsang Dalam Mengurus Kewangan
Belajar pengurusan kewangan dah betul dah tu, tapi kalau ada pemikiran yang salah dalam kewangan tak guna juga. Berikut saya kongsikan
Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak
Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di
10 Kebiasaan Yang Di Lakukan Golongan Berjaya
Kejayaan adalah subjektif, tidak kira sama ada berjaya dari segi kewangan, kerjaya, keluarga atau sesuatu yang memberi impak pada masyarakat,
5 Kemahiran Anda Patut Belajar Waktu PKP
Alhamdulillah , PKP mula dilonggarkan dan bagi kebanyakan orang ianya satu permulaan semula ( restart) kehidupan daripada terkurung didalam rumah
6 Rutin Mudah Yang Membantu Anda Bina Kewangan
“We are what we repeatedly do.” – Aristotle Terjemahan: “Kita adalah apa yang kita lakukan setiap hari.” Andai
Proses atau Hasil?
Ramai nak kaya cepat, adakah akan tercapai? Saya katakan tidak mustahil jika anda nak cepat kaya, tetapi bayarannya adalah anda
Selangkah Bebas Dari Hutang
Rasa macam nak cerita pula pengalaman saya langsaikan hutang saya iaitu pada tahun 2007. Saya tidak pernah mahu jadi seorang
Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Lautan Hendak Diduga
Maksud 1: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sebaiknya
Kutip Hutang Gaya Along
Sebelum Memberi Hutang Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal.