Skip to content

3 ‘Financial Goal’ Untuk Dimulakan Pada Tahun 2021

Tahun baru, ramai orang set habit baru. Mahu mula exercise, makan sihat, bangun awal, dan pelbagai lagi.

Namun, tak ramai yang buat perancangan untuk kewangan.

Disini kami ingin kongsikan ‘financial goal’ yang boleh anda sertakan sekali dalam azam tahun baru anda.

 

1. Bina Atau Tingkatkan Emergency Fund

Simpan sebahagian income kedalam akaun ‘Emergency Fund’

Andai anda baru bermula, mulakan dengan target RM1,000. Kemudian naikkan perlahan-lahan.

Target untuk simpan 3 hingga 6 bulan perbelanjaan kedalam emergency fund ini.

Elakkan daripada menggunakan wang ini.

*Duit ini bukan sekadar emergency. Ianya juga untuk beri anda semangat untuk ingatkan yang ‘anda ada duit’.

 

2. Rancang Untuk Hapuskan Hutang

Bergantung pada berapa hutang yang anda ada, anda perlu set kan matlamat untuk hidup tanpa hutang. 

Hutang kereta, PTPTN, kad kredit perlu dihapuskan. 

Mulakan dengan habiskan membayar hutang yang paling kecil.

Nota: Kami kongsikan tips untuk hapuskan hutang dengan lebih detail dalam buku Forensik Kewangan : “Bagaimana Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas” 

Tekan sini untuk dapatkan buku Forensik Kewangan segera: https://forensikwang.com/

 

3. Tingkatkan Income

Andai income anda RM3,000 sebulan, rancang untuk bina sehingga RM6,000 sebulan.

Andai income anda RM10,000 sebulan, rancang untuk tambahkan lagi pendapatan anda.

Sesetengah orang fikir tidak perlu jadi kaya. Betul, tak semua orang perlu jadi kaya. 

Namun, jadilah kaya untuk tambahkan sedekah. Untuk bantu mereka yang memerlukan. 

Sampai bila mahu hanya mahu lihat Ustaz Ebit Lew memberi? 

Apa kata kita juga setup satu foundation untuk kita salurkan keuntungan perniagaan kita pada yang memerlukan.

Tanamkan mindset ingin kaya untuk membantu orang. Untuk bersedekah lebih banyak. Untuk menjadi penyumbang besar kepada kejayaan ummah.

 

4. Kesimpulan

Walaupun ketiga-tiga ‘financial goal’ ini kelihatan biasa-biasa sahaja, namun berapa ramai orang yang masih ada hutang kredit kad? 

Berapa ramai yang masih belum lunaskan hutang belajar? 

Berapa ramai orang yang masih belum mulakan simpanan? 

Jom mula sekarang. Ada sebab anda bertemu dengan artikel ini.

.

Belajar sesuatu? Untuk dapatkan Buku Forensik Kewangan KLIK DISINI. Untuk join Kursus Forensik Kewangan, boleh lawat laman web kursusforensikwang.com .

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
The-100-Billion-Dollar-Club-Regular-1

Mengapa Perlukan Masa untuk Kaya?

Jika anda anti kepada mana-mana ‘skim cepat kaya’, anda berada pada tulisan yang tepat! Saya akan huraikan mengapa tidak wujud...
nak-beli-rumah-atau-kereta-dahulu?

Nak beli kereta atau rumah dahulu?

Kereta atau rumah ? Ini persoalan yang sering diutarakan oleh anak muda hari ini dan baru-baru ni, saya ditemuramah oleh...
corona-5002341_1920

3 Pengajaran Kewangan Daripada Pandemik Covid-19

Apabila PKP mula dijalankan pada Mac 2020, beberapa syarikat terpaksa mengurangkan gaji pekerja, membuang pekerja, dan ada syarikat yang terpaksa...
seminar1

5 Tips Kewangan Ketika Sedang Sengkek

Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek. Apa itu sengkek? Ianya...
kes-kewangan

Kes Kewangan: Penjawat Awam Langsai Hutang Untuk Tambah Aset

Soalan kes kewangan daripada follower : Saya dan suami adalah penjawat awam yang berjawatan tetap dan telah memilih skim pencen. Kami...