Skip to content

Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Lautan Hendak Diduga

Maksud 1:
Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sebaiknya belajar dan timba dahulu Ilmu dari mereka yang lebih mahir dan berpengalaman dalam satu-satu bidang dan jangan sombong dengan sedikit kelebihan yang kita ada.

Maksud 2:
Jangan lakukan sesuatu kerja yang di luar kemampuan atau kebolehan (kepakaran) kita. Sebaiknya kenali dan selidiki dahulu kapasiti diri sebelum hendak melakukan sesuatu tindakan terutama jika ianya bukan bidang kita.

Maksud 3:
Jangan melakukan sesuatu kerja yang berisiko yang kita tidak mampu tangani atau hadapi. Sebaiknya dapatkan bantuan mentor , pakar atau mereka yang benar-benar mahir di dalam sesuatu bidang untuk membantu kita mengurangkan risiko dalam sesuatu tindakan.

Ramai yang lupa peribahasa di atas terutama apabila terlalu ghairah hendak kaya berjaya. Ramai yang lupa kemampuan dan kapasiti diri dalam mengejar kejayaan dan kekayaan. Akhirnya salahkan perkara di sekelilingnya kecuali diri sendiri apabila gagal dalam usahanya untuk kaya berjaya.

Ada orang boleh berjaya dengan perniagaan kecil-kecilan tetapi gagal apabila cuba menjalankan perniagaan berskala besar. Biarpun banyak faktor penyumbang yang boleh menjadikan percubaan membesarkan perniagaannya gagal tetapi faktor terbesar adalah tidak mengenali kapasiti atau kemampuan diri sendiri untuk mengendalikan perniagaan besar.

Adakah ini bermakna individu seperti ini tidak boleh mempunyai perniagaan besar? Tidak , tetapi dengan mengenali kapasiti dan kemampuan diri membolehkan individu seperti ini lebih bersedia untuk membesarkan perniagaannya. Tidak la nanti hanya menyalahkan orang atau faktor lain kecuali diri sendiri.

 

Di dalam bidang pelaburan juga sama , misalnya kita berjaya melabur dalam skala yang kecil menggunakan modal yang kecil dengan keuntungan kecil secara istiqamah tetapi gagal dan kerugian besar apabila cuba melabur dalam skala dan modal yang besar. Apa yang berbeza?

Modal dan skala kecil tidak memberikan tekanan yang tinggi dan faktor emosi yang kurang berbanding jika kita cuba melabur dengan modal dalam skala yang besar , bukan sahaja tekanan yang tinggi tetapi juga emosi yang tiak menentu terutama jika modal yang di laburkan tidak di “hedging” terlebih dahulu. Kerugian besar boleh membawa kepada kemurungan dan rasa hendak bunuh diri terutama jika melibatkan modal puluhan , ratusan malah jutaan ringgit.

Tetapi malangnya sebagai manusia kita sering menyalahkan faktor luaran seperti infrastruktur , maklumat , orang lain dan sebagainya. Kita tidak mahu melihat kedalam diri akan kekurangan kemampuan dan kapasiti diri sendiri dan cuba memperbaiki diri. Tidak dinafikan faktor lain turut menyumbang tetapi faktor utama tetap datang dari diri kita sendiri.

Kalau sebagai permulaan kita hanya mampu meraih kejayaan dengan modal dan skala kecil , kenapa tidak fokus dan istiqamah dahulu dalam skala tersebut , bina sistem serta anggota pasukan yang padu dan mantap dahulu sebelum melangkah lebih jauh dengan skala yang lebih besar?

Misalnya , kalau kita ikutkan hati dan perasaan , setiap kali berlaku kemalangan jalan raya semua orang akan menuding jari kepada guru yang mengajar pemandu kerana gagal mengajar pemandu yang terlibat dalam kemalangan tersebut. Istilah lesen terbang digunakan.

Begitu juga setiap kali anak kita gagal dalam ujian peperiksaan kita akan menuding jari dan salahkan guru yang mengajar mata pelajaran tersebut sedangkan dari 100 orang murid yang mengikuti kelas atau mata pelajaran itu hanya 10 yang gagal dan anak kita merupakan salah seorang yang gagal.

Kalau kita tahu yang kita tidak mampu mengendalikan kenderaan berkuasa tinggi misalnya berbanding kenderaan berkuasa rendah seperti semasa mengambil ujian memandu dahulu , kenapa tidak kita menggunakan kenderaan berkuasa rendah dahulu sehingga benar-benar mahir? Selepas beberapa tahun barulah beli dan kendalikan kenderaan yang berkuasa tinggi supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya dan terlibat dalam kemalangan.

Bagitu juga kalau kita dah tahu anak kita kurang mahir atau tidak pandai dalam mata pelajaran tertentu di sekolah , gunalah khidmat tutor atau pusat tuisyen dan kalau tidak percaya dengan orang lain , apa kata kita sendiri yang mengajar anak kita dalam mata pelajaran tersebut. Jangan hanya tahu menyalahkan orang lain tanpa kita sendiri cuba berusaha memperbaikinya.

Lapan belas (18) tahun yang lalu saya bermula dengan sebuah hartanah , biarpun kini syarikat saya mengurus lebih enam puluh (60) hartanah dengan lebih empat ratus (400) orang penyewa , kemampuan saya masih kecil berbanding ratusan hartanah dan ribuan penyewa yang dimiliki guru saya. Sabar , semua orang mahu berjaya dan kaya raya tetapi rezeki tidak pernah salah alamat. Ingat !!! Orang tamak selalu rugi.

Artikel berkaitan

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
laburkan

Instrumen Apa Sesuai Untuk Laburkan Duit?

Antara perkara yang sering ditanyakan kepada saya ialah bagaimana untuk bermula dan di mana hendak laburkan wang atau simpanan yang...
emotional investing Pi large image

Tahukah Anda, Kita Kena SCAM Sejak Dari Kecil Lagi?

Tanpa kita sedari kita dah kena scam sejak kita lahir. Bukan dari taiwan atau mana-mana negeri yang berbunyi bahasa China...
girl-showing-three-finger-salute-hand-gesture_23-2147873653

3 Cara Untuk Kekal Motivasi Untuk Tingkatkan Kewangan

Tahun baru bermula, ramai bersemangat untuk berubah. Namun, semangat itu kadangkala ada pasang surutnya. Bagaimana untuk terus kekal bermotivasi? Lakukan...
hutang-kad-kredit

Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah

Kebanyakan orang rasa macam dah cukup bagus dah dapat buat bayaran minimum hutang kad kredit. Konon-kononnya dapat jaga aliran tunai....
kurangkan-ansuran-bulanan

Tip Power Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan

Kenapa pula kita nak kurangkan ansuran bulanan kenderaan? Terdapat banyak sebab dan antaranya ialah kerana : Apabila ingin menambah baik...