“Masa Muda adalah masa eksplorasi potensi bukannya menuai hasil kejayaan”
Berikut saya kongsikan 2 nasihat untuk mereka yang sedang bergelut dan mereka yang sedang berusaha keras untuk mengubah nasib keluarga.
1.Experience is to challenge mankind so that they seek for opportunities, it may neither be today nor tomorrow, but surely it will come”
Nasihat pertama yang penting diberi Tun adalah dapatkan pengalaman. Ramai sebenarnya dari awal lagi dah ada ‘mindset’ gaji besar sebab baru tamatkan pengajian, apatah lagi dari institusi hebat. Tapi semua kita sepatutnya akui tiada institusi pengajian yang boleh memberikan kita pengalaman tersebut.
Apa kesimpulan yang anda nampak? Ya, jangan tekankan pendapatan melebihi pengalaman. Pengalamanlah yang sebenarnya akan membawa pendapatan yang mungkin lebih lumayan jika anda bersabar untuk pengalaman itu.
Robert Kiyosaki juga menyebut bahawa cara ‘Orang Kaya’ mengekalkan kekayaan mereka untuk terus diwarisi ke seluruh keturunan mereka (tidak hanya pada anak-anaknya) adalah dengan tidak memanjakan mereka.
Mereka akan diajar untuk berdikari mendapatkan pendapatan sendiri, ujian ini akan berterusan sehingga mereka terbukti ‘tidak manja’, kemudian itulah bapa mereka akan wariskan perniagaan yang diusahakan.
Ini dilakukan bagi memastikan mereka mendapatkan ‘pengalaman’ yang cukup dengan ‘cabaran’ yang terbukti membekal-kan mereka dengan asas untuk menguruskan sesuatu yang lebih besar.
Dengan melihat situasi dan keadaan di atas, apakah menyebabkan seseorang lebih ‘down’, terutamanya jika anda seorang ‘breadwinner’ dan amat memerlukan jumlah pendapatan yang tertentu untuk menampung keluarga.
Pertama dan selamanya percayalah bahawa hikmah Allah tiada siapa yang mampu nak faham, sebahagian mereka yang ‘breadwinner’ ini akhirnya akui bahawa dengan kesabaran mereka mendapatkan pengalaman selama beberapa tempoh yang akhirnya memberi mereka pendapatan yang lebih lumayan lebih daripada jika mereka mendapatkan pendapatan tinggi beberapa tahun lalu.
Mengapa? Hal ini terbukti bahawa pengalaman memberikan anda ‘nilai tambahan’ berbanding menjalani kehidupan rutin yang memberikan anda pendapatan tinggi tetapi statik. ‘Breadwinner’ ini sekarang bukanlah lagi hanya pekerja seperti dahulu, bahkan sudah ada yang berjawatan tinggi dan juga sebahagian sudah membuka perniagaan sendiri.
Bahagian kedua nasihat Tun M tidak kurang pentingnya, beliau menyambung bahawa pengalaman itu sebenarnya adalah satu bentuk cabaran yang mana hanya orang yang bijak akan sentiasa menghidu peluang pada setiap masa. Tun dengan jelas menyatakan
Kata-kata ini saya pasti cukup memberikan penjelasan bahawa haram hukumnya berada dalam salah satu dari 2 ekstrem, pertama kumpulan yang terus meletakkan pendapatan sebagai objektif utama; dan kedua kumpulan yang hanya selesa dengan ‘pengalaman’ tanpa bersedia menghidu dan mengambil peluang untuk meningkatkan potensi hidup.
“It may neither be today nor tomorrow, but surely it will come”
Terj: mungkin bukan hari ini atau esok, tetapi pasti akan datang
2.“Don’t follow others’ decision, you must have your own “WHY” for you to work hard and stop wasting time”
Semua orang nak kaya, semua orang nak rumah besar, semua orang nak ubah nasib keluarga, semua orang nak wariskan sesuatu pada anak-anak, akan tetapi tak semua yang memahami “WHY” dalam mereka membuat satu-satu keputusan untuk mencapai objektif yang mereka inginkan!
Satu perkara negatif yang mungkin berlaku jika kita mengikut ‘trend’ atau keputusan yang dibuat orang adalah kita tak tahu dua perkara utama ini pada mereka; perancangan jangka panjang dan ‘exit plan’ jika berlaku kecemasan.
Setiap mereka yang buat keputusan besar saya yakin mereka sudah bersedia dengan dua perkara yang saya sebutkan. Contoh pertama adalah Elon Musk, seperti diketahui minat utamanya adalah bidang sains dan eksplorasi.
Jadi dari satu dan satu perniagaan yang diusahakan adalah bertujuan mengumpulkan dana yang besar, dan bukan memiliki perniagaan tersebut. Sebab itulah kita melihat Musk memulakan satu perniagaan kemudian mengembangkan nilai syarikat kemudian menjualnya; dan ini berulang beberapa kali sehingga Tesla sekarang ini.
Situasi ini sangat berkaitan dengan situasi di atas; apabila Musk mengumumkan membeli bitcoin di Twitter, terus melonjak harga tersebut beberapa bulan lepas.Sebahagian orang mula menjadi FOMO mengejar harga yang ketika itu sudah mencecah RM 250,000.
Seperti yang saya sebutkan, kita tak pasti sejauh mana perancangan Musk untuk pelaburan bitcoin (Tesla pun mungkin melihat kerugian untuk Q2), tetapi untuk kita? Ramai sebenarnya yang rugi besar dengan pasaran kripto yang melonjak secara abnormal beberapa bulan lepas.
Kisah ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa jangan pernah sesekali membuat keputusan disebabkan orang lain membuat keputusan tersebut, tetapi berpeganglah pada ‘WHY’ kita sendiri.
Seterusnya dengan ‘WHY’ itu tadi, haruslah menolak dan memotivasikan kita untuk bekerja dengan lebih keras mencapainya. Tun memberikan contoh bagaimana kaum India dan Cina yang awalnya datang ke Malaysia kemudian dengan kerja keras mereka berada pada tahap yang sekarang.
Tun menyebut juga bahawa jangan biarkan otak ini ada masa untuk berehat, sentiasa kerahkannya untuk menyerap maklumat, analisa dan keluarkan dalam bentuk idea. Dalam bahasa yang lain adalah jangan buang masa.
Contoh ini saya rasa sudah tertulis pada empunya yang memberi nasihat kerana umur yang menjangkau lebih 90 tahun masih mempunyai tenaga dan semangat untuk bekerja.
Kesimpulan
Kita mengambil sisi manfaat daripada semua terutamanya mereka yang kita iktiraf dari sudut pengalaman dan umur mereka, sisi-sisi nasihat ini bagi saya amat penting sebagai amaran dan motivasi untuk anak mudah bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya.
Nasihat ini juga memberikan kita bahawa pentingnya perancangan sebelum tindakan supaya seseorang tidak akan menyesal di kemudian hari. Dalam apa jua usaha atau pekerjaan yang kita sedang lalui sekarang, berpeganglah pada ‘WHY’ sendiri.
Nak tahu apakah 7 kemahiran yang perlu dimiliki orang bujang? klik sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com