Sebelum Memberi Hutang
Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal. Jangan diamkan diri, ambil tindakan sewajarnya. Sebelum itu jika anda ingin memberikan hutang kepada seseorang pastikan anda ambil langkah mudah ini dahulu.
- Adakan surat perjanjian antara anda dan penghutang, pastikan surat perjanjian tersebut mempunyai segala butiran lengkap penghutang, nilai hutang, tempoh bayar balik, jumlah ansuran jika ada serta terma dan syarat jika ada. Tandatangan di depan saksi atau pesuruhjaya sumpah serta matikan stem perjanjian tersebut menurut undang-undang.
- Anda mempunyai salinan foto, kad pengenalan dan alamat tempat tinggal serta alamat pejabat dimana penghutang bekerja serta maklumat lengkap minima dua (2) orang penjamin.
Langkah Kutip Hutang Gaya Along
- Hantar kad peringatan ke alamat rumah dan pejabat. Jangan hantar surat tapi hantar kad (macam poskad). Tujuan biar orang lain pun boleh baca tuntutan tersebut.
- Pergi ke tempat tinggal dan tuntut, kalau dia takda rumah, tinggalkan pesan kepada sesiapa yang ada di rumahnya bila dia nak bayar hutang dan tinggalkan kad (seperti no 1). Tujuan untuk orang lain dalam rumah tu tahu yang si dia berhutang.
- Pergi ke pejabat dia bekerja dan tuntut, tinggalkan pesan dan kad (seperti no 1) sebagai peringatan bila dia nak bayar hutang. Tujuan untuk rakan sepejabat tahu dia berhutang.
- Cari pasangan (suami / isteri / BF/ GF) si dia kalau ada dan lakukan no 2 dan no 3 dan beri peringatan bila pasangan nak bayar hutang sebagai tekanan psikologi melalui pasangan.
- Gunakan Media sosial (sila tag mereka yang ada hutang dengan korang) atau buat posting ditujukan khusus kepada penghutang dan jika nilainya lebih besar, boleh juga buat iklan menuntut hutang di media sosial.
- Cari anak penghutang (disekolah atau di tempat kerja) dan kirim kad peringatan melalui anak penghutang. Tujuan memberi tekanan psikologi.
- Buat sepanduk tuntutan dan gantung depan rumah atau pejabat penghutang (gantung di tempat yang sukar di turunkan oleh penghutang). Tujuan memberi tekanan psikologi melalui orang sekeliling.
- Hantar kad peringatan kepada ibu bapa si penghutang.
- Hantar kad peringatan kepada majikan si penghutang.
- Hantar kad peringatan kepada penjamin si penghutang.
- Lakukan langkah 1-10 dengan menggunakan notis tuntukan perundangan. Lebih berkesan jika menggunakan khidmat guaman.
- Guna perkataan “sita”, “senarai hitam”, “muflis”, “saman”, “dosa”, “akhirat” dan sebagainya didalam kad peringatan atau notis tuntutan korang. Pandai-pandai lah susun ayat.
- Jika anda mempunyai maklumat lengkap penghutang (seperti yang di nyatakan di atas). Anda boleh menggunakan khidmat CTOS untuk menyenaraihitamkan penghutang.
- Guna khidmat agensi pemungut hutang sebagai contoh seperti yang di lampirkan.
[real3dflipbook id='13']
NOTA: Jangan lakukan sebarang tindakan keganasan atau merosakkan harta benda si penghutang. Ulang secara istiqamah sehingga hutang mula di bayar.
Artikel berkaitan
Kena Tipu Dan Hutang Berjuta Ringgit
Semua orang pernah kena tipu , tipulah kalau kata tak pernah kena tipu. Ini kisah saya yang pernah di tipu
Aplikasi Falsafah Gandhi berhadapan Krisis Kewangan
Gandhi dikenali sebagai seorang tokoh politik India yang sangat berpengaruh, tetapi bagaimana falsafahnya sebenarnya memberikan sedikit ‘insight’ bagi seseorang yang
Ada Pasangan Tapi Macam Tiada
Apa gunanya berumahtangga / kahwin kalau akhirnya sendiri-sendiri juga, yang sama-sama cuma bahagian buat anak jer , yang lain asing-asing.
Skip Cepat Kaya Versi ‘Anti-Scam’
Ramai orang nak cepat kaya dan mungkin sudah pun terdedah dengan ilmu kekayaan dan ada yang pun terciduk dengan skim-skim
3 Cara Mudah Untuk Tambah Income Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang
Ada banyak cara untuk tambah pendapatan. Dari pelaburan saham, real-estate investment, perniagaan, jadi founder produk dan macam-macam lagi. Namun semua
Kesilapan Umum Kewangan
Berikut adalah antara kesilapan kewangan yang pada asalnya bukan masalah kewangan. Perkara ini tiada dalam kamus hidup saya , dah
5 Kemahiran Anda Patut Belajar Waktu PKP
Alhamdulillah , PKP mula dilonggarkan dan bagi kebanyakan orang ianya satu permulaan semula ( restart) kehidupan daripada terkurung didalam rumah
13 Tip Hadap Ekonomi Gawat
Ini merupakan call back pada satu pertanyaan pada tahun 2016 , ianya sangat releven dalam situasi kita hari ini. Salam tuan,
Tahukah Anda, Kita Kena SCAM Sejak Dari Kecil Lagi?
Tanpa kita sedari kita dah kena scam sejak kita lahir. Bukan dari taiwan atau mana-mana negeri yang berbunyi bahasa China
5 Tips Kewangan Ketika Sedang Sengkek
Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek. Apa itu sengkek? Ianya