Skip to content

15 Pemikiran Songsang Dalam Mengurus Kewangan

Belajar pengurusan kewangan dah betul dah tu, tapi kalau ada pemikiran yang salah dalam kewangan tak guna juga.
 
Berikut saya kongsikan beberapa tanggapan yang salah dalam pengurusan kewangan.
 

1.Simpanan = Pendapatan – Belanja

Pendapatan tolak belanja bakinya baru kau nak simpan walhal sepatutnya pendapatan tolak simpanan barulah bakinya dibuat belanja.

 

2. Beli Kenderaan Untuk Pergi Kerja

Kau rasa perlu beli motosikal atau kereta sedangkan apa yang kau perlukan hanyalah pengangkutan untuk bergerak dari lokasi A kepada lokasi B dan pengangkutan tidak semestinya di beli atau perlu berhutang untuk membelinya.
 
 

3. Sewa Lebih Mahal Daripada Beli Rumah

Kau rasa menyewa itu membazir dan membeli rumah untuk tinggal sendiri itu bijak tapi kau lupa yang kau perlu membayar beban ansuran bulanannya yang mungkin lebih tinggi dari kadar sewaan dan perbezaan antara keduanya boleh digunakan untuk memiliki harta.
 
 

4. Simpan Duit Banyak-banyak Untuk Pengajian Tinggi Anak-anak

Kau bertungkus lumus untuk menyimpan untuk pendidikan anak-anak di peringkat tinggi sedangkan kau sendiri pun tak tahu adakah anak-anak kau layak untuk belajar lebih tinggi dan pada masa yang sama ada banyak lagi pilihan lain untuk membiayai pendidikan anak-anak.
 
 

5. Ubahsuai Rumah Untuk Tingkatkan Nilai Rumah

Kau renovate rumah kau gila-gila kerana kau fikir wang tersebut akan meningkatkan nilai rumah kau pada waktu yang sama dapat enjoy hasil “renovation” tersebut tapi realitinya kenaikan nilai rumah bukan terletak pada “renovasi” rumah tersebut tetapi pada kaki persegi yang boleh digunakan dan enjoy hasil “renovasi” hanyalah satu ilusi.

6. Beli Kereta Mahal Sebab Tahan Lama

Kau fikir lebih baik beli kereta mahal yang mampu dari beli rumah yang tak mampu tapi sebenarnya itu semua alasan kau untuk menunjuk kereta kau walhal ada banyak jer rumah mampu milik yang boleh di beli.
 
 

7. Kelas & Seminar Kewangan Mahal

Bayar beberapa ribu ringgit untuk beli buku , pergi seminar dan jumpa mereka yang pakar dalam bidang kewangan kau kata mahal dan buang duit tapi berhutang berpuluh tahun dan bayar bunga puluhan malah ratusan ribu kau tak rasa buang duit dan membazir?
 
 

8. Kos Kendali Kereta Terpakai Mahal

Kau kata kos mengendalikan kereta terpakai tinggi dan membazir , selalu rosak dan sebagainya sebab tu kau tak guna kereta terpakai tapi susut harga kereta baru hampir setengah dari harga kereta yang kau beli dan faedah beribu-ribu dari hutang yang kau bayar kau tak kira sebagai membazir dan rugi pulak.
 
 

9. Bantuan Kewangan Untuk Kenalan

Kau kata membantu ibu bapa dan sahabat handai itu satu amal untuk mendapatkan pahala dan keberkatan tapi cara kau membantu sampai membakar diri sendiri tu yang bodoh , membantu tak salah malah digalakkan tapi cara kau bantu yang salah.
 
 

10. Janji Untung Cepat

Kau lebih percayakan janji-janji manis seorang scammer hanya kerana dia tunjuk dan pujuk kau dengan wang yang banyak dan kereta mewah yang belum tentu kepunyaannya dan kau sanggup bagi wang kau pada mereka kerana membeli mimpi yang dijual kepada kau tapi kau tak percaya dengan cara menyimpan dan melabur yang lebih selamat dan mudah kerana kau seorang yang tamak.
 
 

11. Alasan Seumur Sehidup Sekali

Kau buat “wedding of the year” mungkin kerana kehendak sendiri mahupun kehendak orang lain tapi kau sebenarnya tak mampu dan sanggup meminjam untuk satu urusan yang bakal dilupakan oleh orang lain tapi kau pujuk hati kau dan kata “takpalah , sekali seumur hidup” tapi kau sendiri tak tahu berapa lama jodoh kau dan untuk urusan beberapa hari tu kau sanggup menjadi hamba bank selama bertahun-tahun lamanya hinggakan kau tak mampu untuk bagi kehidupan yang lebih baik untuk anak isteri kau dan akhirnya terpaksa bercerai berai kerana satu keputusan bodo “wedding of the year” yang kau buat beberapa tahun sebelumnya.
 
 

12. Pendapatan Tak Cukup

Kau rasa pendapatan kau tak cukup sebab kau tak boleh beli dan belanja apa yang kau nak walhal rezeki kau dah tertulis bukan kerana pendapatan kau tak cukup tapi syukur kau yang kurang, lebihan adalah untuk di sedekah , di simpan dan di labur bukan untuk memuaskan nafsu kerana nafsu tidak pernah puas.
 
 

13. Segala Masalah Berpunca Daripada Wang

Selama ini kau ingat wang akan dapat menyelesaikan semua masalah kau walhal masalah kau tiada kena mengena dengan wang kerana wang hanyalah satu kenderaan untuk sampai ke satu-satu destinasi , wang bukanlah destinasi. Kau kerja macam nak gila mengejar wang sedangkan wang tidak perlu di kejar , ia akan datang sendiri kalau dipanggil dengan cara yang betul.
 

 

14. Jangkakan Hasil Yang Berbeza Dengan Cara Yang Sama Orang Lain Buat

Kau ingat apabila kau buat dan ambil tindakan sama seperti kebanyakan orang lain kau akan dapat hasil yang berbeza , kau bukan dapat hasil yang berbeza , kau akan dapat hasil yang sama seperti orang lain termasuklah , sama tekanan , sama sengkek , sama takda simpanan , sama banyak hutang , sama takda harta dan sama susah. Untuk mendapatkan hasil yang berbeza , kau kena berani untuk berfikir dan ambil tindakan yang berbeza dari kebanyakan orang lain.
 
 

15. Modal Besar Untuk Berniaga

Kau nak berniaga dan berjaya seperti usahawan yang sudah bertahun-tahun berniaga, tapi kau tiada pengalaman namun kau sombong untuk bertanya dan belajar dari mereka dan kau ingat perniagaan bermula dengan modal wang dan kau meminjam untuk mula berniaga sedangkan hampir semua perniagaan bermula dengan tulang empat kerat dan akal apabila perniagaan kau gagal kau salahkan orang lain dan terbeban dengan hutang yang kau sendiri pinjam.
Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
kenapa-kita-sukar-dapat-apa-yang-kita-nak

Kenapa Kita Sukar Dapat Apa Yang Kita Nak?

Ada banyak sebab kenapa kita sukar untuk dapat apa yang kita nak atau inginkan dalam hidup , saya hanya akan...
seminar1

Melebur RM20 Di Bazar Ramadhan Melenyapkan Impian Untuk Bersara Awal

Memandangkan esok kita dah mula berpuasa Ramadhan dan malam ni dah mula solat sunat Terawih, saya nak kongsikan sisi pandang...
kail-panjang-sejengkal

Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Lautan Hendak Diduga

Maksud 1: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sebaiknya...
time1

6 Rutin Mudah Yang Membantu Anda Bina Kewangan

“We are what we repeatedly do.” – Aristotle   Terjemahan: “Kita adalah apa yang kita lakukan setiap hari.”   Andai...
ada-pasangan-tapi-macam-takda

Ada Pasangan Tapi Macam Tiada

Apa gunanya berumahtangga / kahwin kalau akhirnya sendiri-sendiri juga, yang sama-sama cuma bahagian buat anak jer , yang lain asing-asing....