Skip to content

Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak

hartanah-urusinsan

Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di buat sewaan. Maka meracaulah warga netizen. Saya tidak mahu komen tentang posting tersebut. 

Kalau korang nak terus kecam , nak korek latar belakang di tukang post terserah pada korang.

Saya nak kongsi serba sedikit pengalaman saya beli rumah. Pengalaman orang lain mungkin berbeza dengan pengalaman saya. Bukan niat saya nak bandingkan dengan sesiapa. 

Ini cerita saya bukan cerita orang lain.

 

Oleh kerana perkara ini sudah lama berlalu, umur pun dah 45 tahun ( 2019) maafkan saya kalau saya ingat-ingat lupa akan fakta dari sudut masa , nombor dan sebagainya yang saya berikan mungkin tidak tepat. 

Rumah pertama saya beli ketika berusia sekitar 23 tahun , masa itu gaji saya sekitar RM700 sebulan , tidak termasuk OT dan claim . Ini pada akhir 90an atau awal 2000. Kebanyakan netizen belum lahir , kalau ada pun mungkin sekolah rendah.

Saya tak nak tulis kisah klise .

Makan nasi kepal dengan kicap atau makan nasi lauk telur masak kicap sekali sehari (RM1.30 beli kat kaferia pejabat) dan tidur di bawah meja pejabat selama 3 tahun kerana berjimat nakkumpul duit , nak berulang-balik ke rumah mak ayah agak jauh takut terbarai di tengah jalan motor kapcai C70 pinjaman Arwah Ayah dan kalau nak merasa makan sedap dan tidur sedap bila sekali sekala balik rumah keluarga dan oustation jer. 

Itu semua cerita dan kisah klise,

 

Rumah Pertama

Semasa saya beli pangsapuri pertama saya yang berharga RM95K dengan diskaun pemaju di Bandar Sri Putra, Bangi saya cuma kena keluarkan modal booking RM1K sahaja selebihnya pembiayaan penuh oleh pihak bank. 

3 bulan kemudian saya pun dapat kunci rumah , selama satu tahun rumah tersebut kosong tanpa penghuni kerana saya tidak tahu bagaimana nak sewakan rumah. 

Selepas itu saya sewakan RM500 setiap bulan. Saya bayar bank lebih tinggi dari sewaan yang saya kutip.

 

Rumah Kedua

5 tahun kemudian saya beli rumah kedua saya .

Tidak mahu kisah rumah pertama berulang (sewa lebih rendah dari bayar bank) , saya beli unit yang mempunyai GRR (Gurantee Rental Return) pada harga RM85K dan skim ini cuma bertahan selama 3 tahun sebelum ianya runtuh dan sehingga kini saya masih membayar ansuran bulanan rumah tersebut yang hari ini kosong tanpa penyewa. 

Saya tidak jual sebagai satu peringatan betapa bodohnya saya satu ketika dahulu percayakan skim begini.

 

Labur Ribuan Ringgit Untuk Ilmu

Setelah saya taubat tak sanggup nak jadi bodoh , saya habiskan ribuan ringgit untuk belajar selok belok tentang hartanah .

Jual motor besar dan semua koleksi kesayangan saya dan bertemu dengan mentor-mentor saya dalam bidang ini , salah seorang darinya memiliki lebih 700 unit hartanah dalam pelbagai sektor antaranya rumah kedai , lot komersial , ruang pejabat , bangunan , kediaman , tanah , kilang dan sebagainya.

 

Beli 3-5 Hartanah Sekali Gus

Setelah belajar dan menimba Ilmu dalam hartanah , pada satu ketika saya boleh membeli tiga (3) hingga lima (5) hartanah dalam sekali pembelian .

Dalam masa kurang dari 5 tahun saya sempat mengumpul lebih 20 buah hartanah ketika itu , ketika umur saya 32 tahun saya bersara dan berjaya memiliki RM1 juta saya yang pertama ( my first million kata orang jawa).

 

Terpaksa Jual 11 Hartanah

Namun langit tidak sentiasa cerah , pada akhir usia saya 33 tahun semuanya runtuh dan saya terpaksa menjual 11 hartanah yang saya miliki dan masih tidak cukup untuk melunaskan hutang. 

Saya terpaksa menjual pegangan saya dalam beberapa perniagaan. Saya berhutang lebih RM2 juta biarpun setelah menjual 11 hartanah yang saya miliki.

Sehingga kini saya masih membayar sebahagian kecil daripada hutang tersebut sebagai peringatan kepada diri saya sendiri tetapi takda la berjuta macam dulu. 

Saya tidak pernah muflis cuma hampir-hampir sahaja. 

Saya tahu perasaan orang yang banyak hutang (been there , done that and got the T-Shirt orang jawa kata). Pada satu keitka saya pernah mempunyai lebih 18 kad kredit pelbagai warna. Belum lagi di kira pinjaman peribadi. 

Mungkin sebab itu ramai yang kenali saya sebagai pakar hutang.

Ini cuma sebahagian kecil risiko dari pelaburan hartanah dan perniagaan , saya memiliki kedua-duanya. Hanya yang berjiwa kental dan berani sahaja yang mampu mengharunginya. 

Kalau baru beli 6 buah hartanah netizen dah meroyan , korang belum jumpa lagi mereka yang memiliki ribuan hartanah dan puluhan serta ratusan perniagaan. Bunyi macam best , cuba la kalau berani. 

Itupun kalau berani tanggung risikonya.

 

Saya berhenti kerja makan gaji ketika berusia 25 tahun. Saya fokus pada perniagaan dan pelaburan terutama hartanah. Tidak saya nafikan , modal utama saya datang dari luar negara , sejak umur saya 27 tahun saya merantau dan tinggal di luar negara mencari pengalaman. 

Bunyi macam best , cuba la sehelai sepinggang merantau dan mencuba nasib di luar negara , itupun kalau berani la.

 

Alhamdulillah , kini saya berusia 45 tahun , syarikat saya kini menguruskan lebih 65 buah hartanah dan hampir 400 penyewa serta perniagaan sampingannya. 

Saya pernah hadapi 3 kali krisis ekonomi tahun 97/98 , tahun 2006/2008 , tahun 2014/2015 dan insyaállah kalau panjang umur krisis tahun 2018/2020 pula. Jangan hanya baca kisah kejayaan ( ada kalanya belum berjaya pun ) , ketahui juga kisah suka duka bagaimana mereka berjaya.

 

Ikut jejak langkah mereka kalau berani , jangan hanya sekadar berani menaip di papan kekunci handphone sahaja sedangkan nak beli seluar dalam atau tudung pun masih minta duit mak ayah lagi atau hutang lama mak ayah masa kahwin dulu pun masih belum langsai sedangkan anak dah nak masuk dua.

 

Semua orang boleh berjaya tetapi bukan semua orang mempunyai kesanggupan untuk berjaya dan lalui perjalanan kejayaan yang penuh liku dan pahit maung terutama jika hanya punya nafsu yang besar tetapi jiwa yang kecik .

Hidup kita sepadan dengan usaha kita , sanggup berusaha lebih maka lebih la hidup kita . 

Kalau memiliki jiwa yang kecil maka hidup kita juga akan kecil, yang mampu kita lakukan hanya merungut dan salahkan orang lain kerana kekecilan jiwa yang kita miliki.

 

Tak ada masalah kalau gaji kecil punya banyak rumah .

Jangan harap gaji jer besar tapi satu rumah pun takda , itu lebih memalukan .

Harap-harap hidupnya tidak tragis.

Orang lain kumpul harta tetapi kita cuma sempat kumpul beban semasa hidup kita. Harta boleh di sedekah , di infaq dan di waqaf kan , tapi kalau hidup hanya mampu di tinggalkan cuma beban ? Itu memang tragis.

Saya sertakan kisah Tuan Hafiz bagaimana beliau boleh membeli rumah (hartanah) setiap 6 bulan. Beliau merupakan salah seorang dari ribuan  anak didik saya yang berjaya mengubah hidupnya dari biasa-biasa kepada luar biasa biarpun beliau hanya bekerja sebagai seorang juruteknik yang bergaji tidak sampai RM 3K setiap bulan. 

hafiz-urusinsan

Artikel berkaitan

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
AKPK (1)

Wow! 11 Hutang Selesai Dengan Program AKPK, Termasuk Pinjaman Rumah

Sebenarnya, tak adalah teruk sangat pun bila tersenarai dalam program AKPK. Kita je yang selalu dimomokkan benda bukan-bukan. Padahal, kenalah...
kerja-vs-surirumah

7 Tip Didik Anak Untuk Ibubapa Yang Sibuk

Tip didik anak ni adalah merupakan perkongsian daripada Puan Nor Fazilah Abd Mohd ahli urusinsan yang merupakan seorang bekas guru. Beliau...
sunny shah

Inspirasi Daripada Buku, Pemuda Ini Boleh Simpan & Labur $100k

Sunny Shah, seorang pemuda lepasan universiti di St. Louis mula serius dalam pengurusan kewangan ketika tempoh kerja pertama beliau iaitu...
2815

Jack Ma : 5 Perkara Menidakkan Inovasi

Jack Ma, seorang Guru Bahasa Inggeris yang hari ini dikenali sebagai pencetus revolusi ‘e commerce’ terbesar di China, Alibaba yang...
gagal-berjaya

Gagal Berjaya

Anda dah dapat capai sebahagian dari matlamat kewangan tahun 2018 ? Sekarang dah nak masuk setengah bulan March 2018. Apa...