Tradisi Duit Raya & Kesannya Pada Tabung Pendidikan Anak Sendiri

Lagi 10 hari nak menjelang Hari Raya. Maka, setiap tahun, berulanglah episod yang sama iaitu persediaan raya. Tapi, tahun ni lain sikit kerana kita akan beraya dalam suasana PKP. Satu sudut, saya merasakan ini norma baru yang bagus.

Sebab apa? Bawah ni ada saya terangkan kemusykilan yang saya alami setiap tahun.

Saya hairan , masuk bulan sahaja ramadhan dan sebelum aidilfitri ramai yang tukar duit kecil kononnya nak buat sedekah bagi kanak-kanak (anak buah dan sedara-mara) semasa Hari Raya. Saya mempunyai beberapa kemusykilan , mungkin ada yang boleh menjawabnya.

  1. Golongan kanak-kanak ini fakir miskin kah?
  2. Golongan ini anak-anak yatim tanpa ibu ayah kah ?
  3. Kanak-kanak ini anak kita sendirikah?
  4. Ini budaya atau tanggungjawab agama?
  5. Kenapa nak dahulukan anak orang lain berbanding anak sendiri?

Compounding Effect

Katakan kita bajet RM100 (dalam bentuk duit kecil) untuk dibahagikan kepada kanak-kanak semasa raya , kalau wang tersebut di simpan terus ke akaun pelaburan anak kita sendiri yang memberikan pulangan 6% setahun , dan disimpan sejak lahir , dalam masa 18 tahun , RM100 tadi dah jadi RM3,376.00

Kalau kita bajet RM200 , sudah ada RM6,752.00.

Katakanlah anak kita sekarang berumur 3 tahun , 5 tahun dan 7 tahun.

Kalau RM100 setahun , pulangan sebanyak 6% setahun, ada tak RM318 , RM 563 dan RM839 dalam setiap akaun anak tadi?

Kalau tiada , makanya salah kita sendiri kalau anak-anak kita tidak mempunyai pembiayaan pendidikan yang mencukupi suatu hari nanti.

Kenapa kita nak dahulukan anak orang lain kalau anak kita sendiri terbiar dan terlepas peluang pendidikan?

Tradisi tu sendiri tak salah, yang salah kita. Kita tak sediakan dana pendidikan untuk anak sendiri tapi sibuk nak bagi duit raya kepada anak orang lain.

Bak pepatah melayu,

kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan

Sedekah pada fakir miskin dan anak yatim itu dituntut tapi bagi duit pada anak orang yang cukup sifat dan ada ibu dan ayahnya itu mengarut.

Secara peribadi saya tidak pernah beri wang (duit raya) kepada anak-anak buah saya atau anak sesiapapun kecuali ianya berbentuk hadiah dan galakkan kerana berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan pada tahun tersebut.

Itupun bergantung kapada jenis kejayaan.

Namun untuk bagi begitu sahaja tanpa sebarang pulangan , tidak sama sekali.

Lagipun memberi wang bukan satu tabiat yang baik untuk diajar kepada anak-anak terutama ide memberi wang sebagai hadiah sangat berkait rapat dengan korupsi dan rasuah.

Saya juga sering kali melihat wang yang di berikan kepada kanak-kanak yang tidak cukup akal ini di bazirkan begitu sahaja sama ada digunakan membeli jajan , bunga api atau hilang berciciran di tengah jalan semumpama wang tersebut tidak mempunyai nilai.

Lain sekolah hidup , lain ajarannya , raikan perbezaan.

 

5 Kemahiran Anda Patut Belajar Waktu PKP

Alhamdulillah , PKP mula dilonggarkan dan bagi kebanyakan orang ianya satu permulaan semula ( restart) kehidupan daripada terkurung didalam rumah kepada mula mencari rezeki diluar. Namun semasa PKP lebih sebulan ini adakah kita memanfaatkannya sebaik mungkin.

Saya kongsikan apakah kemahiran yang patut kita pelajari semasa tempoh tersebut kalau kita hendak menjadi lebih bernilai di pasaran. Kalau belum maka carilah masa dan mula belajar. Sebelum itu saya cadangkan kepada sesiapa yang ingin menambah kemahiran baru dalam hidup supaya melihat 4 kriteria berikut sebelum memilih apa-apa kemahiran baru untuk dipelajari.

  1. Belajar sesuatu yang memberi impak cepat dalam kehidupan , kerjaya dan perniagaan kita, bukan dalam masa setahun dua tapi sehari dua dah boleh nampak impaknya.
  2. Belajar Ilmu atau kemahiran yang tidak memerlukan masa yang lama ( bertahun) untuk menjadi mahir , cukup beberapa hari atau minggu untuk mahir , paling lama pun mungkin sebulan dua.
  3. Belajar kemahiran dari rumah menggunakan apa yang ada tanpa perlu keluar ke kelas atau bertemu orang lain untuk mempelajarinya , boleh buat latih tubi terus dari meja kita.
  4. Belajar sesuatu kemahiran atau ilmu ikut masa kita , tidak terlalu laju sehingga tidak faham atau tertekan (belajar perlahan-lahan ikut “pace” kita ) untuk memahaminya.

Apakah 5 Kemahiran baru yang patut kita pelajari semasa dalam tempoh PKP ini ?

* tidak semesti kena belajar semua , pilih yang sesuai berdasarkan situasi dan matlamat diri sendiri.
 

1. CODING

Kemahiran Pengaturcaraan Komputer. Samaada hardcode , softcode , web code , pembangunan web dan sebagainya.

 

2. PEMASARAN DIGITAL

Socmed , funnel , ecommerce , traffic , copywriting , bots dan sebagainya.

 

3. MENJUAL (closing)

Wajib tahu dan mahirkan kalau nak berniaga.

 

4. PENGURUSAN PROJEK

Mengurus masa , materials , sumber manusia , kapasiti , logistik dan sebagainya.

 

5. COPYWRITING (surat jualan)

Kena tahu bercerita , mempersembah , menyampaikan sesuatu mesej melalui tulisan , audio , video dan sebagainya bagi membina jenama dan ideologi untuk menguatkan suatu kepercayaan pada produk atau perkhidmatan.

 

Semua kemahiran ini hanyalah secebis keperluan yang diperlukan sesangat oleh industri yang bakal menghadapi norma baru selepas COVID-19 ini.

Sesiapa yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi buruan industri ( tak kisah nak makan gaji atau bekerja sendiri)

PENDAPATAN yang kita perolehi adalah hasil hubungan terus dengan PASARAN.

Nilai PENDAPATAN kita adalah sama dengan nilai yang pasaran tentukan , lebih tinggi NILAI kita di PASARAN maka lebih tinggilah PENDAPATAN yang kita bakal perolehi , begitu juga sebaliknya.

Maka tingkatkan kemahiran / Ilmu yang diperlukan oleh PASARAN. Jadilah manusia yang bernilai di PASARAN.

Alhamdulillah , saya sempat berpindah ke rumah & pejabat baru saya , masih serabut nak setup itu dan ini. Saya harap premis baru ini dapat memberikan keselesaan kepada tetamu , warga kerja urusinsan dan keluarga saya.

Salah satu formula baru ialah tinggal dekat dengan tempat kerja bukan kerja dekat dengan tempat tinggal.

 

PERINGATAN !
Tawaran keahlian seumur hidup urusinsan akan berakhir sejurus PKP dimansuhkan. Bertindak sekarang kepada yang ingin mempunyai simpanan minima RM2K setiap bulan dan harta minima bernilai RM500K.

Melebur RM20 Di Bazar Ramadhan Melenyapkan Impian Untuk Bersara Awal

Memandangkan esok kita dah mula berpuasa Ramadhan dan malam ni dah mula solat sunat Terawih, saya nak kongsikan sisi pandang yang berbeza sedikit berkenaan budaya berbelanja di Bazar Ramadhan dan kesannya pada pelan perancangan persaraan awal kita.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:”Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi…” (Abu Hurairah r.a).

Tahukah anda jika kita menghabiskan RM20 setiap hari di Bazaar ramadhan atau RM600 sebulan di Bazaar Ramadhan setiap tahun boleh menjejaskan pemilikan harta bernilai RM600 ribu ringgit dan peluang untuk bersara awal dengan wang pencen sebanyak RM4,200 dalam masa 15 tahun.

Biar betik … Macam tak masuk akal saja … Bak kata Nujum Negeri Masai .. Buktikan.

 

PERTAMA

Jika RM600 (RM20 sehari di bazar ramadhan) dilaburkan setiap tahun atau RM50 setiap bulan pada pelaburan yang memberikan pulangan 8% setahun , dalam masa 5 tahun maka akan ada sekitar RM4 ribu didalam akaun pelaburan tersebut.

RM 4 ribu cukup untuk membayar kos guaman dan lain-lain kos bersangkutan jika membeli sebuah hartanah bernilai RM200K.

 

KEDUA

Jika menggunakan teknik beli hartanah tanpa modal , maka hartanah yang bernilai RM200K akan dapat di beli tanpa perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak RM20 ribu ringgit.

 

KETIGA

Hartanah tersebut jika di sewakan pada kadar 8% setahun dengan pembiayaan di tetapkan pada kadar 5% selama 15 tahun (bayaran bulanan kepada bank lebih kurang sama dengan hasil sewaan sebanyak RM1400 sebulan) , selepas 15 tahun kadar sewa tersebut boleh dikutip penuh setiap bulan (jika tidak menaikkan sewa) sekitar RM1400 sebulan.

 

KEMPAT

Jika proses ini diulang setiap 5 tahun berikutnya , maka dalam masa 15 tahun anda boleh memiliki tiga buah hartanah yang bernilai RM600 ribu ringgit (kalau tidak diambilkira kenaikan rumah asal) dan mempunyai pendapatan bersih hasil sewaan sebanyakRM1,400 (satu ribu empat ratus) sebulan setiap 5 tahun.

Samaada anda bermula pada usia 20 tahun atau 25 tahun , menjelang usia 40 tahun atau 45 tahun , anda akan mempunyai harta minima bernilai RM600 ribu ringgit dengan pendapatan sebanyak RM1,400 ringgit sebulan dan meningkat menjadi RM2,800 pada 5 tahun berikutnya dan RM4,200 pada usia 50 atau 55 tahun. Ini bermakna anda boleh bersara seawal usia 40 tahun jika mahu.

 

Secara ringkasnya :

  • 5 tahun pertama = menyimpan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
  • Hartanah pertama  = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun
  • 5 tahun berikutnya = meneruskan simpanan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
  • Hartanah kedua = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun
  • 5 tahun berikutnya = meneruskan simpanan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
  • Hartanah ketiga = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun.

Kesannnya :

  • 20 tahun = 3 buah Hartanah bernilai RM600K dan kutipan sewa bersih RM1400 sebulan (sewaan kasar RM4200)
  • 5 tahun berikutnya = kutipan bersih sewa RM2800 sebulan.
  • 5 tahun berikutnya = kutipan bersih sewa RM4200 sebulan.

Nota :Ilustrasi di atas tidak mengambil kira akan kenaikan harga hartanah , kenaikan kadar sewaan dan juga simpanan hasil lebihan dari sewaan jika ada.

Inilah akibatnya wang yang sepatutnya disalurkan untuk hari tua anda dileburkan di Bazaar Ramadhan. Cuba fikir kenapa selama ini anda tidak mempunyai harta?

Adakah kerana anda tidak mempunyai wang atau modal atau kerana anda ingin hidup mengikut acuan dan budaya orang ramai.

Adakah orang ramai itu kaya berharta atau sengkek seperti anda?

Jika yang ramai itu memiliki harta , sudah tentu sekarang anda di kelilingi oleh orang kaya. Maka jika diikut orang ramai maka anda juga akan seperti mereka merungut dengan kenaikan harga barang saban hari dan sengkek tanpa harta.

Ciptalah acuan dan budaya hidup sendiri supaya kelak anda tidak menyesal nanti. Ini cuma contoh RM20 sehari sepanjang bulan Ramadhan, perbelanjaan di Bazar Ramadhan meningkat saban tahun, bagaimana pula jika anda membelanjakan RM30 atau RM50 setiap kali ke Bazar Ramadhan?

Berapakah yang akan anda leburkan di Bazar Ramadhan nanti ?

Walaupun tiada bazar waktu PKP ni, tetapi e-bazar sudah giat dipromosikan. Sudah semestinya kos pembelian lagi mahal kerana ada caj penghantaran lagi.

Jangan kerana mengikut nafsu makan ketika berbuka puasa kita mensia-siakan hari tua kita dan melenyapkan impian untuk bersara seawal yang mungkin. Fikir-fikirkan.

 

Nota kaki :

Pelaburan hartanah hanyalah salah satu dari banyak contoh intrumen pelaburan yang boleh di pertimbangkan. Sila rujuk perancang kewangan yang bertauliah dan berpengalaman sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan dan intrumen yang ingin digunakan.

Muhasabah PKP, Alangkah Bagusnya Dapat Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan

Dalam keadaan situasi seperti PKP ni, ada baiknya untuk kita bermuhasabah. Terutamanya berkenaan status kewangan kita.

Memandangkan kita diberi pilihan moratorium, mungkin antara kita yang perasan,

“Eh, banyak juga duit aku ni kalau aku tak ada komitmen hutang-hutang bank”

Siapa yang ada rasa macam ni ? Mengaku sahaja lah. Buat apa nak malu, permulaan awal untuk kita perbaiki kewangan kita adalah dengan rendahkan ego kita.

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan perihal kenapa kita perlu kurang komitmen hutang kenderaan kita.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa kita perlu buat demikian, antaranya :

  1. Apabila ingin menambah baik aliran tunai sedia ada.

  2. Lebihan aliran tunai digunakan sebagai modal mengumpul harta yang lebih bernilai tinggi.

  3. Menambah baik laporan CCRIS , kadangkala beberapa ratus ringgit adalah penentu antara mendapat kemudahan kewangan yang diinginkan atau tidak.

  4. Meningkatkan kuota pembiayaan , terutama apabila nama kita telah bersih dari pembiayaan kenderaan tersebut.

 

Antara kaedah yang digunakan untuk mengurangkan bayaran ansuran kenderaan adalah dengan :

  1. Membuat pembiayaan semula pinjaman sedia ada dengan institusi kewangan yang lain.

  2. Penjadualan semula pembiayaan dengan institusi kewangan sedia ada ( saya tidak galakkan kaedah ini kerana biasanya akan ada catitan didalam laporan CCRIS dan memungkinkan kesukaran mendapat pembiayaan dari institusi kewangan yang lain.

  3. Menjual kenderaan tersebut kepada pasangan

 

Contoh Kes

Objektifnya adalah :

  1. Untuk meningkatkan aliran tunai bulanan dari negatif kepada positif

  2. Memulakan simpanan untuk dijadikan modal mengumpul harta

Tuan punya kereta terbabit menjual keretanya kepada isteri beliau dengan nilai pembiayaan yang lebih rendah.

Sebelum penstukturan kewangan , beliau perlu membayar ansuran bulanan kereta sehingga RM780 sebulan, kini beliau dapat menyimpan lebih RM400+ sebulan berbanding -ve RM137 sebulan sebelum ini setelah di kurangkan ansuran bulanan kereta serta ansuran bulanan yang lainnya (PTPTN dan lain).

ansuran-kenderaan

Katakan beliau menyimpan RM400 sebulan selama 2 tahun pada kadar pulangan 8% setahun , beliau akan mempunyai simpanan sebanyak RM 10,373 , wang yang terkumpul ini dapat digunakan sebagai modal untuk membeli hartanah yang berharga dibawah RM100K sebagai permulaan atau membeli saham di bursa saham atau sebagai modal perniagaan kecil.

Bayaran ansuran bulanan sebelum penstrukturan adalah sebanyak RM780 sebulan.

Manakala bayaran ansuran bulanan selepas kereta tersebut dijual kepada pasangan adalah sebanyak RM 383.00 sahaja , yakni penjimatan sebanyak RM397.00.

Biarpun tempoh pinjaman di panjangkan , namun setelah wang simpanan terkumpul mencukupi kelak , pengadu akan mempunyai pilihan untuk menyelesaikan hutang keretanya lebih awal dari tempoh pembiayaan atau membeli kereta yang lain secara tunai kelak.

Strategi ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Urusan ini dilakukan di sebuah bank tempatan seperti yang di lampirkan.

Perlu diingatkan, mengurangkan ansuran bulanan kenderaan hanyalah salah satu kaedah atau alat sahaja , ianya bukan obkjektif atau matlamat kewangan.

Kita perlu mempunyai matlamat kewangan yang jelas yang ingin dicapai dengan menggunakan alat kewangan yang di pilih.

Ingat !!! Matlamat kewangan dulu baru pilih alat yang sesuai.

Kenapa Kita Sibuk Mengkayakan Orang Lain?

urusinsan-kaya

Amat malang bagi mereka yang terlalu sibuk mengkayakan orang lain sehingga lupa atau tidak sempat mengkayakan diri sendiri.

Begitulah keadaan kebanyakan orang , terutama yang makan gaji , isunya bukan makan gaji tetapi apa yang dibuat dengan gaji dan masa yang ada padanya.

Ada pekerja yang sibuk mengalahkan Tuan punya syarikat dia bekerja sehinggakan nak ambil cuti pun tidak terambil. Sibuk menjadi pekerja contoh di syarikat beliau bekerja , sibuk mengejar KPI syarikat sedangkan KPI diri , Agama dan keluarga tidak pernah di kejar.

Ada antara ahli urusinsan yang sudah menjadi ahli selama lebih 2 tahun tetapi tidak pernah menghadiri sesi analisa kewangan dan 1 on 1 bersama saya , setelah menghadiri sesi ternyata dia menyesal kerana tdak berjumpa lebih awal.

Selama 2 tahun masa telah terbuang dalam tempoh yang sama sepatutnya hutangnya telah langsai dan hartanya bertambah tetapi malang dia terlalu sibuk mengkayakan orang lain.

Mentor saya pernah berpesan kepada saya

“Jangan sibuk mengkayakan orang lain sehingga memiskinkan diri sendiri”.

Saya tidak faham maksud beliau ketika itu , namun apa yang saya lihat hari ini membuktikan kebenaran kata-kata beliau.

Hari ini kita lihat berapa ramai yang bersara atau berhenti kerja setelah berpuluh tahun bekerja di sebuah syarikat tetapi apa yang dimiliki hanya sebuah rumah , simpanan yang sedikit dan kenderaan yang semakin lusuh , itupun jika ada dan manakala dalam tempoh yang sama syarikat beliau bekerja semakin maju dan Tuan punya semakin kaya.

Lebih malang lagi setelah berpuluh tahun bekerja , pengkahirannya hanya di rumah kebajikan orang tua-tua.

Semua yang bekerja di berikan gaji , beza antara si kaya berbanding si miskin adalah apa yang dibuat dengan gajinya.

Si KAYA akan menggandakan wang gajinya melalui penambahan harta manakala si MISKIN pula hanya menghabiskan wang gajinya dengan menambah beban di dalam hidupnya.

Pilihan berada di tangan kita sendiri , samaada kita mahu sibuk mengkayakan orang lain atau mula sibuk untuk mengkayakan diri sendiri.

Setiap dari kita mempunyai 24 jam setiap hari , 9 jam berada di pejabat , 2 jam habis di perjalanan , 8 jam tidur , 2 jam main dengan anak , beriadah , kemas rumah , masak dan sebagainya, 1 jam beribadat dan ada baki 2 jam setiap hari untuk melakukan sesuatu yang berfaedah , 2 jam yang boleh mengubah hidup kita samaada menjadi KAYA atau MISKIN.

Kita punya pilihan untuk membuang masa selama 2 jam setiap hari dengan aktiviti seperti menonton TV , makan luar , jalan-jalan , main internet tanpa tujuan dan sebagainya atau memilih untuk mengkayakan diri dengan aktiviti seperti menambah Ilmu , bertalaqi, memulakan usaha seperti berniaga , menambah pendapatan sampingan , melabur, “networking” dan seumpamanya.

Apa yang anda buat dengan gaji anda hari ini akan menentukan KEJAYAAN KEWANGAN anda pada masa hadapan.

Wallahualam

10 Sebab Labur Dalam Hartanah

urusinsan

Tahu tak kenapa kita perlu melabur dalam hartanah?

Saya kongsikan 10 dari berpuluh sebab kenapa kita perlu melabur dalam hartanah.


1. Hartanah adalah satu keperluan bagi semua manusia.


2. Boleh mula dengan modal rendah atau tanpa modal terutama dengan pelbagai skim dan tawaran pembiayaan dari pelbagai institusi kewangan seperti skim rumah pertamaku dan sewa beli.

3. Hampir 90% jutawan di dunia mempunyai portfolio pelaburan hartanah atau buat duit dalam hartanah

4. Jumlah penduduk yang semakin bertambah setiap tahun , dalam tempoh 10 tahun ( dari tahun 2010 hingga 2019) jumlah penduduk Malaysia meningkat dari sekitar 28 juta kepada 32 juta kini , peningkatan sebanyak hampir 13% dan semuanya memerlukan hartanah – sumber dari Jabatan Perangkaan Malaysia. Bayangkan 10 tahun lagi.

5. Era abad ke 21 memperlihatkan generasi milenial yang tidak berminat untuk memiliki hartanah atas faktor kewangan , kebebasan dan pekerjaan yang semakin tidak menentu , dengan kata lain akan datang akan ada lebih ramai penyewa berbanding pemilik rumah.

6. Hartanah membolehkan kita menggandakan nilai wang kita berganda-ganda (leverage) , sebagai contoh booking RM1K membolehkan kita mengawal harta bernilai ratusan ribu ringgit. Takda lagi alat seperti hartanah yang membolehkan kita menggandakan wang kita seperti itu.

7. Untung ketika beli , takda alat pelaburan lain yang membolehkan kita buat untung hari pertama kita tandatangan pembelian tanpa perlu menjualnya.

8. Menghasilkan aliran tunai , semua orang tahu nak hidup setiap hari perlukan wang , kan lebih baik jika ada sesuatu yang boleh beri kita pendapatan mingguan , bulanan dan tahunan seperti hartanah.

9. Kuota pembelian empat (4) hartanah tanpa modal untuk penjawat awam. Takan tak nak memiliki empat (4) buah rumah percuma yang dibayar oleh penyewa ?

10. Trend semakin banyak rumah yang sedang di lelong atau yang gagal di jual pada masa kini menyebabkan banyak rumah dijual pada harga rendah , ini merupakan satu peluang untuk membeli rumah pada harga durian runtuh.


Ini cuma secebis sebab kenapa anda perlu labur pada hartanah terutama pada keadaan sekarang, ada berpuluh sebab lain tapi cukup setakat ini untuk menarik perhatian korang supaya mengambil tindakan sekarang untuk melabur dalam hartanah yang betul.

Tapi bukan semua hartanah boleh korang labur , hanya hartanah yang memenuhi kriteria tertentu yang menguntungkan pembelinya sahaja yang patut korang labur.