Skip to content

Kenapa Kita Sibuk Mengkayakan Orang Lain?

urusinsan-kaya

Amat malang bagi mereka yang terlalu sibuk mengkayakan orang lain sehingga lupa atau tidak sempat mengkayakan diri sendiri.

Begitulah keadaan kebanyakan orang , terutama yang makan gaji , isunya bukan makan gaji tetapi apa yang dibuat dengan gaji dan masa yang ada padanya.

Ada pekerja yang sibuk mengalahkan Tuan punya syarikat dia bekerja sehinggakan nak ambil cuti pun tidak terambil. Sibuk menjadi pekerja contoh di syarikat beliau bekerja , sibuk mengejar KPI syarikat sedangkan KPI diri , Agama dan keluarga tidak pernah di kejar.

Ada antara ahli urusinsan yang sudah menjadi ahli selama lebih 2 tahun tetapi tidak pernah menghadiri sesi analisa kewangan dan 1 on 1 bersama saya , setelah menghadiri sesi ternyata dia menyesal kerana tdak berjumpa lebih awal.

Selama 2 tahun masa telah terbuang dalam tempoh yang sama sepatutnya hutangnya telah langsai dan hartanya bertambah tetapi malang dia terlalu sibuk mengkayakan orang lain.

Mentor saya pernah berpesan kepada saya

“Jangan sibuk mengkayakan orang lain sehingga memiskinkan diri sendiri”.

Saya tidak faham maksud beliau ketika itu , namun apa yang saya lihat hari ini membuktikan kebenaran kata-kata beliau.

Hari ini kita lihat berapa ramai yang bersara atau berhenti kerja setelah berpuluh tahun bekerja di sebuah syarikat tetapi apa yang dimiliki hanya sebuah rumah , simpanan yang sedikit dan kenderaan yang semakin lusuh , itupun jika ada dan manakala dalam tempoh yang sama syarikat beliau bekerja semakin maju dan Tuan punya semakin kaya.

Lebih malang lagi setelah berpuluh tahun bekerja , pengkahirannya hanya di rumah kebajikan orang tua-tua.

Semua yang bekerja di berikan gaji , beza antara si kaya berbanding si miskin adalah apa yang dibuat dengan gajinya.

Si KAYA akan menggandakan wang gajinya melalui penambahan harta manakala si MISKIN pula hanya menghabiskan wang gajinya dengan menambah beban di dalam hidupnya.

Pilihan berada di tangan kita sendiri , samaada kita mahu sibuk mengkayakan orang lain atau mula sibuk untuk mengkayakan diri sendiri.

Setiap dari kita mempunyai 24 jam setiap hari , 9 jam berada di pejabat , 2 jam habis di perjalanan , 8 jam tidur , 2 jam main dengan anak , beriadah , kemas rumah , masak dan sebagainya, 1 jam beribadat dan ada baki 2 jam setiap hari untuk melakukan sesuatu yang berfaedah , 2 jam yang boleh mengubah hidup kita samaada menjadi KAYA atau MISKIN.

Kita punya pilihan untuk membuang masa selama 2 jam setiap hari dengan aktiviti seperti menonton TV , makan luar , jalan-jalan , main internet tanpa tujuan dan sebagainya atau memilih untuk mengkayakan diri dengan aktiviti seperti menambah Ilmu , bertalaqi, memulakan usaha seperti berniaga , menambah pendapatan sampingan , melabur, “networking” dan seumpamanya.

Apa yang anda buat dengan gaji anda hari ini akan menentukan KEJAYAAN KEWANGAN anda pada masa hadapan.

Wallahualam

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
hutang-kad-kredit

Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah

Kebanyakan orang rasa macam dah cukup bagus dah dapat buat bayaran minimum hutang kad kredit. Konon-kononnya dapat jaga aliran tunai....
acuan-kekayaan

Ikut Acuan Kekayaan Yang Mudah Ini Jika Anda Nak Kaya

Semua orang nak jadi kaya dan tahu cara nak jadi kaya , masalahnya ramai yang tak ambil tindakan , hanya...
time1

6 Rutin Mudah Yang Membantu Anda Bina Kewangan

“We are what we repeatedly do.” – Aristotle   Terjemahan: “Kita adalah apa yang kita lakukan setiap hari.”   Andai...
coins-5790121_1920

Bagaimana Untuk Dapatkan Wang Tambahan RM1,000 Bulan Ini?

Semua orang mahu kaya. Namun, adakah usaha dan impian seiring? Anda mungkin seorang peniaga. Atau seorang pekerja dengan income tetap...
berhenti-kerja

Diberhentikan Kerja, Sekarang Kerja Pembantu Gerai Sayur

Beberapa hari lepas saya mula kongsikan surat dari follower tentang permasalahan mereka. Saya sangkakan ramai yang nak tahu dan belajar dari...