Memandangkan esok kita dah mula berpuasa Ramadhan dan malam ni dah mula solat sunat Terawih, saya nak kongsikan sisi pandang yang berbeza sedikit berkenaan budaya berbelanja di Bazar Ramadhan dan kesannya pada pelan perancangan persaraan awal kita.
Sesungguhnya Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:”Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi…” (Abu Hurairah r.a).
Tahukah anda jika kita menghabiskan RM20 setiap hari di Bazaar ramadhan atau RM600 sebulan di Bazaar Ramadhan setiap tahun boleh menjejaskan pemilikan harta bernilai RM600 ribu ringgit dan peluang untuk bersara awal dengan wang pencen sebanyak RM4,200 dalam masa 15 tahun.
Biar betik … Macam tak masuk akal saja … Bak kata Nujum Negeri Masai .. Buktikan.
PERTAMA
Jika RM600 (RM20 sehari di bazar ramadhan) dilaburkan setiap tahun atau RM50 setiap bulan pada pelaburan yang memberikan pulangan 8% setahun , dalam masa 5 tahun maka akan ada sekitar RM4 ribu didalam akaun pelaburan tersebut.
RM 4 ribu cukup untuk membayar kos guaman dan lain-lain kos bersangkutan jika membeli sebuah hartanah bernilai RM200K.
KEDUA
Jika menggunakan teknik beli hartanah tanpa modal , maka hartanah yang bernilai RM200K akan dapat di beli tanpa perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak RM20 ribu ringgit.
KETIGA
Hartanah tersebut jika di sewakan pada kadar 8% setahun dengan pembiayaan di tetapkan pada kadar 5% selama 15 tahun (bayaran bulanan kepada bank lebih kurang sama dengan hasil sewaan sebanyak RM1400 sebulan) , selepas 15 tahun kadar sewa tersebut boleh dikutip penuh setiap bulan (jika tidak menaikkan sewa) sekitar RM1400 sebulan.
KEMPAT
Jika proses ini diulang setiap 5 tahun berikutnya , maka dalam masa 15 tahun anda boleh memiliki tiga buah hartanah yang bernilai RM600 ribu ringgit (kalau tidak diambilkira kenaikan rumah asal) dan mempunyai pendapatan bersih hasil sewaan sebanyakRM1,400 (satu ribu empat ratus) sebulan setiap 5 tahun.
Samaada anda bermula pada usia 20 tahun atau 25 tahun , menjelang usia 40 tahun atau 45 tahun , anda akan mempunyai harta minima bernilai RM600 ribu ringgit dengan pendapatan sebanyak RM1,400 ringgit sebulan dan meningkat menjadi RM2,800 pada 5 tahun berikutnya dan RM4,200 pada usia 50 atau 55 tahun. Ini bermakna anda boleh bersara seawal usia 40 tahun jika mahu.
Secara ringkasnya :
- 5 tahun pertama = menyimpan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
- Hartanah pertama = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun
- 5 tahun berikutnya = meneruskan simpanan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
- Hartanah kedua = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun
- 5 tahun berikutnya = meneruskan simpanan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
- Hartanah ketiga = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun.
Kesannnya :
- 20 tahun = 3 buah Hartanah bernilai RM600K dan kutipan sewa bersih RM1400 sebulan (sewaan kasar RM4200)
- 5 tahun berikutnya = kutipan bersih sewa RM2800 sebulan.
- 5 tahun berikutnya = kutipan bersih sewa RM4200 sebulan.
Nota :Ilustrasi di atas tidak mengambil kira akan kenaikan harga hartanah , kenaikan kadar sewaan dan juga simpanan hasil lebihan dari sewaan jika ada.
Inilah akibatnya wang yang sepatutnya disalurkan untuk hari tua anda dileburkan di Bazaar Ramadhan. Cuba fikir kenapa selama ini anda tidak mempunyai harta?
Adakah kerana anda tidak mempunyai wang atau modal atau kerana anda ingin hidup mengikut acuan dan budaya orang ramai.
Adakah orang ramai itu kaya berharta atau sengkek seperti anda?
Jika yang ramai itu memiliki harta , sudah tentu sekarang anda di kelilingi oleh orang kaya. Maka jika diikut orang ramai maka anda juga akan seperti mereka merungut dengan kenaikan harga barang saban hari dan sengkek tanpa harta.
Ciptalah acuan dan budaya hidup sendiri supaya kelak anda tidak menyesal nanti. Ini cuma contoh RM20 sehari sepanjang bulan Ramadhan, perbelanjaan di Bazar Ramadhan meningkat saban tahun, bagaimana pula jika anda membelanjakan RM30 atau RM50 setiap kali ke Bazar Ramadhan?
Berapakah yang akan anda leburkan di Bazar Ramadhan nanti ?
Walaupun tiada bazar waktu PKP ni, tetapi e-bazar sudah giat dipromosikan. Sudah semestinya kos pembelian lagi mahal kerana ada caj penghantaran lagi.
Jangan kerana mengikut nafsu makan ketika berbuka puasa kita mensia-siakan hari tua kita dan melenyapkan impian untuk bersara seawal yang mungkin. Fikir-fikirkan.
Nota kaki :
Pelaburan hartanah hanyalah salah satu dari banyak contoh intrumen pelaburan yang boleh di pertimbangkan. Sila rujuk perancang kewangan yang bertauliah dan berpengalaman sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan dan intrumen yang ingin digunakan.