Ramai golongan pekerja marhean makan gaji yang merungut gaji tak cukup kerana kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang bakal di hadapi pada tahun hadapan , jangan nak kata BONUS, gajipun mungkin tidak akan di naikkan , oleh itu adakah korang dah mohon kenaikan gaji dari Boss kesayangan korang? Takan guling-guling atas padang jer pandai .. mintak naik gaji tak pandai pulak?
Saya nak kongsikan 13 cara atau kaedah yang korang boleh gunakan untuk mintak kenaikan gaji dari Boss kesayangan korang , kebanyakannya dari pengalaman saya sendiri. Kalau korang tak pergi mintak apa pun tak jadi .. malu ? takut ? tapi merungut dan berguling boleh pulak.
Lagi baik kalau korang dah set “president” dari awal , dengan kata lain masa mula-mula mintak kerja korang dah set strategi yang korang akan gunakan bila dapat kerja , bermula dengan sesi temuduga hingga naik gaji atau pangkat , korang dah boleh nampak jalannya , itu yang terbaiklah kalau boleh.
Tapi kalau korang dah lama bekerja tapi masih kat situ jugak , korang boleh guna kaedah berikut :
1. Leverage
Korang kena ada “leverage” , dengan kata lain , kenalah ada peluru , kalau setakat pergi jumpa lepas tu terus nak mintak naik gaji .. itu cari nahas. Antara peluru yang korang boleh gunakan adalah “comparison” dan “performance” , gunakan perbandingan di dalam industri korang serta prestasi korang dalam syarikat tersebut.
2. Minta Kenaikan Yang Realistik
Apa yang korang mintak kena lah masuk akal atau realistik sikit , mintak naik 10%-15% ok laa .. mintak sampai 100% itu sudah lebih dan kena ada justifikasi atas kenaikan tersebut. Elak guna alasan peribadi macam anak sakit , nak kahwin dua , banyak hutang dan sebagainya , jangan buat drama pula.
3. Kaji Latarbelakang Syarikat
Sebelum itu kenalah buat kajian sedikit tentang polisi syarikat korang , kenaikan gaji berdasarkan apa? macam mana syarikat kira dan sebagainya , ini juga sebahagian dari proses mencari peluru. Kena juga tahu prestasi dan kedudukan kewangan syarikat , macam mana nak mintak naik gaji kalau syarikat pun goyang kan.
4. Kenalpasti Nilai Diri
Kena tahu berapa nilai korang berdasarkan pangkat , tanggungjawab , jenis pekerjaan , bidang dan lain-lain berdasarkan jawatan korang. Ini kena semak berdasarkan pasaran pekerjaan semasa. Apa guna pakcik google kan.
5. Buat Perbandingan
Carilah maklumat untuk buat perbandingan berdasarkan pasaran pekerjaan dalam bidang korang , dengan kata lain berapakah gaji yang ditawarkan di syarikat lain kalau sama bidang , jawatan , kelulusan , pengalaman dan lain-lain yang boleh di buat perbandingan.
6. Bentang Kertas Cadangan
Buat kertas cadangan atau kes study , mana boleh main terjah masuk bilik boss lepas tu mintak naik gaji , kenalah nampak buat kerja sikit. Dalam kertas cadangan tersebut senaraikan perkara berikut.
- Kejayaan yang korang dah bawak di syarikat tersebut sepanjang tempoh berkhidmat. Kalau kaki ngular .. tak dapek den nak nolong dohh!!.
- Semak sejarah kerja korang sepanjang bekerja di situ , ada ponteng lebih kah , ada emcey lebeh kah.. paham-paham jer laa.
- Berikan contoh nilai korang pada masa hadapan jika masih bekerja di syarikat tersebut. Boss lebih suka kalau disertakan dengan statistik yakni nombor , masa inilah nak guna apa yang korang belajar dalam kelas matematik semasa sekolah dahulu , tunjuk dalam bentuk visual ( carta pie , carta bar , carta line dan mcm2 lain bentuk statistik boleh digunakan ).
- Nyatakan dengan jelas peratus kenaikan gaji yang korang rasakan adil bagi semua pihak , mungkin kenaikan tersebut harus disertakan dengan kenaikan pangkat atau peningkatan tanggungjawab.
7. Tanya Biar Kena Cara
Jangan takut bertanya tapi kena tahu cara bertanya , boleh lihat video yang di sertakan.
8. Pilih Masa Yang Sesuai
Pilih masa yang sesuai untuk berbincang tentang kenaikan gaji korang bersama Boss tersayang. Tengok masa dia heppi bila .. selalunya bila dia puji korang , masa dapat projek baru .. pandai-pandai la adjust , mood dan timing sangat penting.
9. Buat Temujanji Dulu
Buat temujanji dengan Boss tersayang , jangan main redah jer. Hormat la sikit tapi jangan dedahkan sebab nak jumpa.
10. Penampilan Yang Menyakinkan
Bagi penampilan terbaik dari segi rupa diri dan kertas cadangan yang bakal di bentangkan.
11. Jelaskan Terma Anda
Minta kenaikan gaji dengan terma yang jelas dan tunggu response dari Boss kesayangan korang , jangan pulak korang bertekak dengan dia.
12. Berbudi Bahasa
Ucapkan terima kasih pada Boss korang kerana meluangkan masa untuk berjumpa dan berbincang tentang kenaikan gaji yang korang mintak .. kalau boleh cium tangan sekali.
13. Rekod Perjanjian
Kalau Boss korang janji macam-macam , sila rekodkan janji tersebut samaada dalam bentuk perjanjian bertulis atau rakaman suara. Tak main la cakap mulut camtu jer .. maklumlah lidah tak bertulang .. begitu juga kalau korang ada janji apa-apa dengan dia , rekodkan semuanya.
Cadangan Ditolak ?
Kalau cadangan korang kena REJECT dengan Boss kesayangan korang
- Rileks laa .. ianya bukan personal .. jangan angin semacam pulak .. ini pasal kerja la beb bukan sebab korang tak ensem atau tak lawa biarpun hakikatnya memang begitu.
- Tanyalah Boss korang apa yang korang boleh buat untuk dapatkan kenaikan gaji yang korang nak .. kalau dia suruh basuh kete dia .. pergi la basuh kete dia .. apadahal , kalau dia mintak bukan-bukan macam orang bunting anak sulong .. toksah la layan.
- Kirim la email , surat atau kad untuk ucapkan terima kasih kat Boss kesayangan korang kerana bagi peluang kat korang jumpa dan bincang dengan dia pasal kenaikan gaji korang..
- Jangan putus asas .. lepas beberapa ketika korang approach lagi Boss korang .. tengok line clear .. pergi la mengadap balik .. peribahasa korea ada menyebut “Bayi yang paling kuat merengek akan dapat susu lebih
- Buat-buat la persediaan untuk angkat kaki dan cari kerja kat tempat lain kalau dah 300 X kena
REJECT .. cuma janganlah pergi tunjuk kat depan Boss korang pulak.
Korang dulu tak pernah pergi kursus HR ker ? Kalau tak paham jugak .. korang tengok la video yang dikepilkan ini. Jangan esok tanya saya apakah sumbangan yang pernah saya lakukan untuk golongan pekerja marhean makan gaji ? Kononnya saya asyik fikir pasal duit jer (biarpun hakikatknya memang begitu).. dah bagi dah .. pergi la buat .. itupun kalau ada berani lah.
Secara peribadi sepanjang saya bekerja makan gaji dulu terutama 5 tahun pertama dalam pekerjaan, saya naik gaji dan pangkat sebanyak 3 kali dalam setahun , dari pembantu juruteknik rendah dengan gaji RM700 hingga kepada Eksekutif Teknikal Kanan dengan Gaji pokok RM5,500 dalam tempoh masa 5 tahun dalam syarikat yang sama. Nanti korang cakap saya kencing pulak kan. Selepas itu saya mula
berniaga dan bekerja sendiri belajar menjadi usahawan , itu kisah lain di yang waktu lain untuk diceritakan.
Terkakhir , selepas dah cuba mintak naik gaji ke seribu kalinya , apa lagi nak tunggu , cari kerja ditempat lain , angkat kaki blah jer la , nak stay lagi kat situ buat apa kan? Mulakan pengembaraan yang baru.