Semua orang nak jadi kaya dan tahu cara nak jadi kaya , masalahnya ramai yang tak ambil tindakan , hanya dimulut tapi perbuatannya bertentangan dengan apa yang diinginkan.
Susah sangat ke nak jadi kaya ?
Tak susah sebenarnya .
Yang membezakan cuma nilai kekayaan dan tempoh masa yang di perlukan untuk menjadi kaya. Apa yang perlu dilakukan hanya mengkuti “template” atau acuan kekayaan.
Saya panggil sebagai kaedah karipap atau pizza atau apa sahaja perumpaan yang anda suka . Saya guna analogi (perumpamaan) makanan sebab saya suka makan.
Tak kisahlah , janji berkesan kan.
Apa yang saya maksudkan dengan kaedah karipap ini , seperti karipap , tak kira apa pun intinya kalau menggunakan tepung serta acuan karipap , selepas di goreng ianya akan tetap dipanggil karipap.
Begitu juga dengan membina kekayaan , tidak kira apapun cara dan bidang , selagi guna acuan yang sama , tetap akan jadi kaya .
Seperti yang saya sebutkan tadi , bezanya cuma nilai kekayaan dan tempoh masa di perlukan.
Apakah acuan atau formula yang saya maksudkan ?
1.Simpan Dulu Baru Belanja
Simpan dulu sebahagian dari pendapatan bakinya baru dibelanjakan.
Anda tidak boleh menjadi kaya kalau semua pendapatan anda dihabiskan atau dibelanjakan .
Orang kaya akan menyimpan dahulu peratusan tertentu dari pendapatan mereka untuk dilaburkan dan bakinya barulah dibelanjakan mengikut keperluan hidup mereka.
Berapa nilai yang perlu di simpan?
Minima 15% dari pendapatan bersih atau “take home pay” anda.
2. Tetapkan Matlamat Hidup Yang Jelas
Matlamat hidup adalah seperti kompas .
Tanpanya kita akan hilang arah dan tidak akan sampai ke destinasi yang ingin kita tujui.
Tahu apa tujuan hidup , adakan pelan tindakan , dari pelan tindakan barulah kita tahu apa yang perlu dilakukan setiap masa di dalam mengharungi hidup ini.
Untuk manjadi kaya perlu ada matlamat kewangan yang jelas dengan menggunakan formula M.A.S.A
M – Matlamat / Destinasi kewangan
A – Analisa Keadaan Kewangan
S – Solusi yang diperlukan
A – Aksi atau tindakan yang perlu diambil untuk mencapat matlamat yang diinginkan.
3.Kumpul Harta, Bukan Beban
Golongan kaya menjadi kaya kerana mereka mengumpul harta .
Manakala golongan miskin mengumpul beban .
Apa yang dimaksudkan dengan harta ?
Adakah rumah itu harta atau kereta itu beban?
Di dalam konteks kewangan , kita tidak melihat apakah perkara tersebut tetapi apa yang di lakukan atau dihasilkan oleh sesuatu perkara yang menjadikan ianya harta atau beban.
No | CIR-CIRI HARTA | CIRI-CIRI BEBAN |
1 | Sesuatu yang mempunyai ikuiti @ pegangan @ kekuasaan keatasnya | Sesuatu yang menyusut nilai ikuiti @ tiada ikuiti atau hilang kekuasaan keatasnya |
2 | Sesuatu yang semakin meningkat nilai di pasaran | Sesuatu yang semakin kurang bernilai atau tidak bermnilai di pasaran |
3 | Sesuatu yang menghasilkan aliran tunai positif atau pendapatan positif | Sesuatu yang tidak menghasilkan pendapatan atau aliran tunai negatif |
4. Jadikan Diri Lebih Bernilai Di Pasaran
Golongan kaya sentiasa mencari jalan untuk menjadi lebih bernilai di pasaran .
Pendapatan yang dihasilkan sentiasa meningkat kerana pasaran atau masyarakat menganggap golongan ini menghasilkan sesuatu yang bernilai tinggi samaada melalui perniagaan yang mereka miliki atau hanya sebagai seorang individu.
Oleh kerana ini kebanyakan golongan kaya terlibat dalam usaha membantu orang lain sama ada melalui produk , perkhidmatan mahupun hanya sebagi seorang manusia sejagat.
5. Ada Guru / Coach / Mentor Yang Sentiasa Membantu
Golongan kaya berjaya mempunyai guru , coach atau mentor yang dijadikan rujukan dalam sesuatu usaha .
Tiada yang berjaya secara tiba-tiba tanpa sokongan dan dokongan ini.
Nabi Muhammad ada Jibrail , Warren Buffet ada Benjamin Graham , Mark Zuckerberg ada Steve Jobs dan Sir Richard Branson ada Sir Freddie Laker.
Malah saya sendiri ada arwah Tuan Haji Dato’Ahmad Mahmud sebagai mentor saya yang pertama mengajar saya bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya.
6. Memaksimakan 5 Modal Yang Setiap Insan Ada
- Masa
- Tenaga
- Pengetahuan / Kemahiran
- Emosi
- Wang
7. Doa dan Tawakal
Berdoa ke hadrat ilahi memohon petunjuk dan ketenangan ketika kita berusaha membangunkan kekayaan demi Allah dan ummah khasnya.
Usaha tanpa doa adalah sombong dan doa tanpa usaha adalah sia-sia.
Ketika kita berusaha semaksima mungkin untuk meraih kejayaan tetapi kita tidak berdoa (meminta) adalah sombong.
Sebab harus diingat, dari mana datangnya kejayaan jika tidak dari Allah Maha Pemberi Rezeki.
Dan jika pun kita hanya berdoa tanpa berusaha adalah kebodohan dan kesia-siaan kerana :-
وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Artinya :
Dan Tuhanmu berfirman: “Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu”.
(QS. Al-Mu’min : 60)
Bagi yang ingin mendapatkan peta atau “blueprint” kekayaan yang lebih lengkap boleh menonton video “blueprint kekayaan” lebih 1 jam serta info graphic yang boleh dijadikan poster di www.caranakkaya.com
Saya harap nukilan kecil ini dapat memberi sedikit panduan kepada yang mencari formula atau acuan membina kekayaan , insyaállah.