Skip to content

Moratorium Nak Tamat Dah, Apa Boleh Buat Lepas Tu?

Semua maklum bahawa moratorium pinjaman selama 6 bulan yang bermula pada April lalu bakal tamat pada 30 September ini.

Tahniah kepada mereka yang memanfaatkan peluang keemasan moratorium ni. Terutamanya ahli Urusinsan, ada yang tambah simpanan, ada juga yang ambil kesempatan untuk hapuskan hutang-hutang jahat.

 

Bagi yang terlepas atau terleka dibuai mimpi indah, jangan berputus asa. Masih ada tempoh moratorium berbaki ni untuk anda manfaatkan.

Perkara pertama sekali yang perlu anda buat adalah kurangkan ego anda tu. Kalau orang lain boleh buat, kenapa anda tak boleh pula? Fikir dan renungkan dalam-dalam. Muhasabah diri.

Kalau ego tu masih membekas dalam hati anda, bentanglah berapa banyak inisiatif pun, tetap masalah tak selesai juga.

Ok, dah rendahkan ego tu? Sekarang saya nak maklumkan pula inisiatif tambahan yang kerajaan bagi mereka yang menghadapi tekanan kewangan bila habis moratorium nanti.

 

1. Penangguhan tiga bulan bagi mereka yang kehilangan kerja

Mereka yang kehilangan kerja dan masih tidak dapat kerja baru, boleh dapatkan pelepasan ini. 

Namun, janganlah tunggu nak habis moratorium baru nak cari kerja baru. Secara logiknya, 3 bulan tu sempat untuk dapatkan kerja baru. Jadi, mulakan cari kerja sekarang juga!

 

2. Pengurangan bayaran bulanan bagi mereka yang dipotong gaji

Kadar pengurangan bergantung pada berapa peratus gaji anda dipotong.

Setakat ini yang pasti adalah pinjaman perumahan dan peribadi dimana kadar pengurangan sama seperti kadar gaji anda dipotong. Pinjaman yang lain belum dipastikan lagi.

 

3. Peminjam boleh berunding dengan bank untuk dapatkan bentuk bantuan tertentu

Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah :

  • Membayar faedah sahaja untuk suatu jangka masa yang ditetapkan.
  • Memanjangkan tempoh keseluruhan pinjaman bagi mengurangkan pembayaran balik bulanan.
  • Pelepasan lain sehingga peminjam mencapai kedudukan kewangan yang lebih stabil.

Anda boleh mulakan runding dengan pihak bank bermula 7 Ogos lagi. Jadi, manfaatkan betul-betul peluang ni.

Saya yakin ramai yang masih samar lagi sebab anda tak nampak pengiraan yang spesifik berkaitan masalah yang anda hadapi. Selagi anda tak nampak digit-digit tu dengan jelas, selagi tu lah anda tak ambil serius hal ini.

Lainlah ahli Urusinsan, memang saya coaching secara spesifik masalah mereka. Kemudian, saya berikan pelan solusi untuk mereka bertindak. Kalau betul-betul tak jadi pelan yang saya cadangkan, yuran keahlian akan dikembalikan 100%! Ini adalah komitmen saya untuk pastikan pelan yang saya bagi tu jadi untuk anda.

Sayangnya, saya dah nak tutup pengambilan keahlian Urusinsan hujung bulan ni. Kalau anda tergolong antara mereka yang nak manfaatkan masa yang berbaki ni dan perbaiki masalah kewangan anda, buatlah keputusan yang bijak.

Segalanya terletak pada tangan anda sendiri, siapa saya untuk paksa anda untuk berubah ke arah yang lebih baik kan ? Kalau nak daftar, boleh tekan butang dibawah ni.

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
jaroslav-devia-xfYiIpHnvhs-unsplash

3 Perkara Yang Menyebabkan Anda Belum Mulakan Side Income & Cara Untuk Atasinya

Pernah pasang impian tidak mahu jadi pekerja selama-lamanya? Pernah terfikir yang anda mahu bekerja sendiri supaya ada lebih masa bersama...
Dart board with three darts outdoors

3 ‘Financial Goal’ Untuk Dimulakan Pada Tahun 2021

Tahun baru, ramai orang set habit baru. Mahu mula exercise, makan sihat, bangun awal, dan pelbagai lagi. Namun, tak ramai...
warren-buffett

Melabur Hartanah Gaya Warren Buffett

Kita mungkin boleh kenalpasti bagaimana sesebuah institusi kewangan (yang nilainya berbilion) punya strategi pelaburan. Tapi jarang untuk kita tahu bagaimana...
refinance

Patutkah Saya Refinance Pinjaman Rumah Saya?

Sekarang ni ada satu hype yang sedang berlegar-legar di sosial media iaitu tentang beli rumah atau refinance rumah sekarang. Maklumlah,...
The-100-Billion-Dollar-Club-Regular-1

Mengapa Perlukan Masa untuk Kaya?

Jika anda anti kepada mana-mana ‘skim cepat kaya’, anda berada pada tulisan yang tepat! Saya akan huraikan mengapa tidak wujud...