Skip to content

Logik Ke Ada Aliran Tunai Positif RM2,000 Setiap Bulan?

Tahu tak punca utama yang menyebabkan kita menjadi makin lama makin miskin?

Jawapannya adalah aliran tunai negatif!

Hatta aliran tunai negatif RM1 sekali pun, kalau untuk jangka masa panjang tetap boleh memiskinkan kita tanpa disedari.

Sekali aliran tunai anda menjadi negatif, bermakna anda sedang berhutang. Kalau berkali-kali, maknanya anda sedang tambah hutang anda.

Kita ambil contoh yang lebih besar seperti aliran tunai negatif RM100 sebulan. Ini bermakna anda buat hutang RM100 setiap bulan. Kalau setahun dah jadi -RM1,200.

Persoalannya, dari mana datangnya RM1,200 tu? Tak lain tak bukan, sama ada anda buat pinjaman peribadi tak kira dengan bank atau pun orang lain. 

 

PENDAPATAN – PERBELANJAAN = ALIRAN TUNAI

 

Formula ni ramai dah tahu tapi tak ramai yang disiplin untuk ikut.

Yang gaji besar pun sama. Tak guna kalau gaji RM10,000 tapi aliran tunai negatif RM1 setiap bulan. Ia bersamaan dengan bertambah miskin sebanyak RM1.

Aliran tunai positif adalah permulaan untuk kedudukan kewangan yang baik. Walaupun sekecil RM1.

Percayalah, dengan langkah kecil ini tak mustahil anda akan peroleh aliran tunai positif RM2,000 seperti ahli urusinsan dibawah ni. Malah lebih daripada tu pun boleh.

Berikut saya kongsikan 3 cara yang boleh anda buat untuk dapatkan aliran tunai positif.

 

Kurangkan Barang atau Belanja

Sudah semestinya langkah paling awal adalah berjimat.

Setiap RM1,000 bermula dengan RM100. Setiap RM100 bermula dengan RM10. Dan setiap RM10 bermula dengan RM1.

Jangan pandang remeh hal ini. Dapatkan momentum kecil dulu walaupun sekecil jimat RM1 sebulan.

 

Mulakan Kerja Sampingan

Nak berjimat ni ada hadnya. Kena realistik sebab masing-masing ada komitmen.

Perkara yang tiada had adalah tambah pendapatan. Tambah lah berapa banyak yang anda suka. Buatlah apa sekali pun janji halal, janji ada tambahan pendapatan.

 

Mohon Kenaikan Gaji

Orang malas je takut minta dinaikkan gaji.

Kalau anda rajin, sentiasa capai KPI malah lebih dan dah lama bekerja, tak salah nak minta pun. Orang putih kata ‘nothing to loose’. Kena ada cara dan saluran yang betul untuk mohon kenaikan gaji.

Sebenarnya ada banyak lagi cara seperti tambah pendapatan melalui sewaan hartanah. Sebab tu ahli urusinsan ni sambil dapat aliran tunai positif, sambil tambah aset. Tidak hairanlah boleh positifkan aliran tunai lebih RM2,000 dalam masa yang sama nilai aset pun lebih RM500k.

Tapi cukuplah saya bagi 3 ni dulu. Kalau ni pun tak buat, tak guna sembang lebih-lebih kan?

Apa? Nak jadi ahli Urusinsan juga?

Maaflah, saya dah nak tutup pengambilan ahli urusinsan seumur hidup. Tarikh akhir untuk daftar adalah 31 Ogos 2020. Lepas tu memang saya dah tak ambil dah.

Kalau nak daftar, anda boleh klik butang dibawah ni dengan jaminan yuran keahlian akan dikembalikan jika pelan yang diberikan tidak boleh menyelesaikan masalah kewangan anda.

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
mahathir-goldman

Nasihat Tun M untuk Anak Muda

   “Masa Muda adalah masa eksplorasi potensi bukannya menuai hasil kejayaan” Berikut saya kongsikan 2 nasihat untuk mereka yang sedang...
bankrap

5 Tanda-tanda Anda Bakal Menuju Bankrap

Bankrap tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula daripada tabiat buruk seseorang itu dalam pengurusan kewangan. Masalahnya bermula dengan sekecil-kecil...
kos-sara-hidup

Cara Ini Pun Boleh Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

Heboh satu Malaysia tentang kos barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat berkali ganda . Ketika perkara ini berlaku , seperti...
kail-panjang-sejengkal

Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Lautan Hendak Diduga

Maksud 1: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sebaiknya...
Kutip Hutang Gaya Along

Kutip Hutang Gaya Along

Sebelum Memberi Hutang Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal....