Skip to content

3 Tips Berhadapan Krisis Kewangan

1) Terima Dengan Hati Terbuka  

Sedih adalah sesuatu yang berkaitan emosi dan tak dapat nak dielakkan, tetapi yang saya maksudkan di sini adalah tindakan selanjutnya. Anda boleh mempunyai perasaan sedih tetapi jangan sampai membawa kepada tindakan-tindakan yang memudaratkan.

 

 

“Dan engkau pun menangis wahai Rasulullah? Maka sabda Rasulullah SAW: Wahai anak Auf. Sesungguhnya ia adalah rahmat. Kemudian Rasulullah bersabda: Bahawasanya mata itu menitiskan air dan hati itu bersedih dan tiada kami sebut melainkan barang yang diredhai oleh Tuhan kami sahaja. Dan sesungguhnya kami dengan perpisahan denganmu wahai Ibrahim sedang bersedih.” (HR Bukhari)

 

 

Hadis ini menjelaskan persoalan yang diajukan oleh Abdurrahman ibn ‘Auf ketika melihat Rasulullah menangis dengan kematian anak baginda, Ibrahim. Berdasarkan keterangan ini menunjukkan tiada kesalahan untuk merasa sedih dengan sesuatu musibah.

 

Tetapi harus diingat bahawa emosi sedih ini tidaklah boleh anda terjemahkan dalam tindakan yang tidak baik sehingga membawa kepada sesuatu yang buruk. Saya menceritakan ini semua adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas berhadapan dengan beberapa individu yang semuanya mempunyai satu simptom sama; tidak boleh melepaskan.

 

Ada yang tertipu dengan skim hartanah, ada yang tinggi hutang kredit, ada yang ditipu rakan kongsi, semuanya menyalahkan suasana dan ingin mengembalikan semula apa yang hilang itu dengan apa cara sekalipun.

 

Situasi ini menyukarkan saya untuk memberikan alternatif selagi mana akal mereka masih berada pada kejadian yang sudah terjadi, saya katakan setiap yang berlaku adalah salah satu ketentuan yang diberikan dan bukan hak kita mempersoalkan kenapa. Saya percaya jika anda tidak menerima dengan hati terbuka, itu adalah petunjuk yang jelas anda sedang merosakkan masa sekarang dan masa hadapan!1

2) Yakin Pada Hikmah Yang Maha Esa  

Seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa setiap kejadian yang menimpa kita pastinya adalah salah satu perancangan dariNya, dan kita sebagai hamba harus menerima dengan sepenuh perasaan, mengapa?

Percayalah dalam hidup ini neraca sesuatu itu baik atau buruk bukan ada pada akal dan pemikiran kita sebagai seorang manusia yang penuh dengan kelemahan.

 

 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah: 216)

Hal ini begitu jelas contohnya jika kejadian lepas yang menimpa kita contohnya ditipu rakan kongsi, ya dia yang bersalah. Tetapi sebagai mangsa kita patut letakkan keyakinan pada hikmah yang Allah nak kita faham.

 

Mungkin kita pada waktu itu terlalu jauh dengan keduniaan, jadi Allah nak kita kembali mohon padaNya. Mungkin ada malapetaka yang lebih besar di hadapan sekiranya kita masih memegang harta tersebut, maka Allah jauhkan kita daripadanya.

 

“Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.” (Al Kahf:79)

 

Ayat ini membuktikan bahawa mudarat kecil dengan melubangi kapal dapat mengelakkan daripada keseluruhan isi kapal dirampas oleh seorang raja yang zalim. Begitulah dalam situasi tadi, ada kemungkinan harta kita yang ditipu seorang rakan mungkin dapat mengelakkan sesuatu yang lebih buruk contohnya dirompak dan dibunuh.

 

Beberapa individu yang tahun lepas tertekan kerana dibuang kerja, kini individu yang sama datang dan menyatakan hikmah itu hanya disedari setelah beberapa bulan, mereka kini dapat lebihkan masa bersama anak-anak yang sekian lama sudah dahagakan kasih sayang dari seorang ayah yang selama ini sibuk bekerja siang dan malam

 

3) Belajar Dari Kesilapan  

Setelah kita mengakui dan melihat dari sudut hikmah sesuatu musibah, itu bukanlah satu pengakhiran kepada kehidupan kita. Anda haruslah terus mengorak langkah membuat penilaian kesilapan anda dengan menulis. Ingat!! Anda harus tulis, supaya ini akan sentiasa diingati dan tidak diulang.

 

Ramai sebenarnya yang saya perhatikan bersikap dalam istilah ‘sweeping under the floor’, ini sebenarnya satu sikap yang tidak sihat kerana anda masih menyimpan sampah itu. Masalah sesuatu yang bersifat sampah, ia bukan untuk dilupakan dengan cara tersbut.

 

Menguruskan masalah yang berlaku memerlukan emosi untuk mengambil pelajaran-pelajaran penting daripada sisi yang tidak diperhatikan sebelum berlaku. Sebenarnya itulah indikator kematangan seseorang adalah apabila dia mampu meluahkan muhasabah dari sudut yang tidak diperhatikan oleh kebanyakan.

 

Satu kisah menarik seorang rakan yang hilang pekerjaan bulan 8 tahun lalu, ketika itu yang dia salahkan hanyalah majikannya. Situasi itu baginya adalah tidak adil dan dia tidak patut diuji sebegitu kerana…..Sebelum dia meneruskan hujahnya, saya potong!

 

Saya yakin dalam setiap masalah yang berlaku, pasti ada diri sendiri sebagai punca masalah. Untuk memudahkan perbincangan kami, saya tanyakan padanya dua soalan, pertama apakah ada pendapatan selain gaji yang dibayar majikan dan berapa banyak perbelanjaan sebulan?

Jawapan yang diberikannya telah pun membenarkan teori saya, pertama tiada pendapatan selain gaji kedua perbelanjaan bulanan sangatlah tinggi. Maka itulah masalahnya saya jawab.

Sekiranya salah satu ini diurus dengan baik saya pasti dibuang pekerjaan sepatutnya tidak menjadi satu masalah.

 

Maka sekiranya individu ini sedar dengan kesilapannya, dia haruslah segera mengubah apa yang sepatutnya supaya keadaan yang sama tidak akan berulang semula.

Inginkan sesi coaching 1 on 1 dalam membantu menstrukturkan cash flow kewangan anda dalam melangsaikan hutang dan menambah pendapatan dengan pantas; klik link in sekarang: http://www.kursusforensikwang.com

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment