Berikut adalah antara kesilapan kewangan yang pada asalnya bukan masalah kewangan. Perkara ini tiada dalam kamus hidup saya , dah lama di tolak dan di humban jauh-jauh , tapi masih berleluasa di lakukan oleh masyarakat hari ini.

  • Emosional Dengan Duit

Kesilapan pertama ini saya paling tak paham , mungkin sekolah aliran yang saya belajar lain daripada anda semua , saya di ajar wang ringgit dan harta benda tiada emosi dan perasaan , kenapa kita manusia beremosi pulak pasal wang ringgit ?

  • Guna Nama Sendiri Beli Rumah Untuk Mak Ayah

Mak Ayah nak tinggal rumah sendiri , anak-anak pula yang panas nak kena belikan rumah untuk mak ayah ? Macam la menyewa itu satu dosa besar ? Anak-anak pakat-pakat bayarkan duit sewa sorang sikit selesai masalah , yang nak gunakan nama sendiri beli rumah untuk mak ayah kenapa ? buat habis kuota pembiayaan 90% sahaja. Berbakti kepada ibu bapa tak salah , yang salah ialah caranya .. semua sebab no 1.

  • Berhutang Beli Kereta Untuk Mak Ayah

Mak Ayah nak pakai kereta kat kampung , anak-anak pulak yang kena belikan kereta dan dalam ramai-ramai anak-anak dia , kita atau isteri kita pulak yang kena bayar duit ansuran bulanannya , anak-anak yang lain pakat senyum dan tengok sahaja dari jauh , kenapa tak pakat sorang sikit belikan kereta tunai ? dan yang mak ayah kat kampung pulak satu hal , tak boleh terima hakikat yang diri tak mampu nak pakai kereta , dah tua bangka duduk rumah sahaja la , paling kuat pergi surau depan rumah jer , yang nak berkereta bagai kenapa ? ini semua sebab no 1.

  • Kongsi Maklumat Kewangan Dengan Orang

Yang sibuk-sibuk nak pukul canang bagi tahu satu kampung berapa banyak duit kita , harta kita dan apa yang kita ada kenapa ? Kenapa sengaja nak cari penyakit ? Diam-diam sudah.

  • Jadi Penjamin

Kawan-kawan , adik beradik dan sanak saudara nak pinjam nama sebab mereka tak boleh terima hakikat yang mereka sebenarnya tak mampu. Korang yang terlebih cerdik jadi penjamin dan penandatangan kedua .. bila mereka tak bayar hutang , korang yang muflis .. cerdik la sangat … semuanya sebab no 1

  • Beli Kenderaan Hutang

Lepas tu kena hadap 9 tahun , dalam masa yang sama tercekik sebab DSR tinggi dan tak dapat pembiayaan pembelian rumah sendiri , tak boleh nak sabar setahun dua untuk menyimpan dan beli secara tunai , macamlah kalau sementara itu guna pengangkutan awam , menumpang kenderaan , sewa rumah sebelah pejabat berdosa besar … semuanya sebab no 1

  • Beri Hutang Pada Orang Lain

Orang lain yang nak guna duit .. korang pula yang panas dan terlebih cerdik bagi hutang kat orang lain dah kenapa ? kalau bagi sahaja sekadar yang mampu tak boleh ke ? Kawan nak pinjam RM1000 , bagi sedekah RM100 tak boleh ? salah ke ? dosa ke ? tolong kawan , saudara mara dan sahabat handai tak salah , yang salah caranya .. semua sebab no 1

  • Buat Pinjaman Peribadi

Terutama untuk masuk skim tersontot , bagi hutang pada orang , konon nak bantu keluarga tapi bila nak selesaikan hutang cari saya … kenapa tak cari balik pengelola skim tersontot tu ? saudara mara dan kawan-kawan yang korang terlebih cerdik tolong tu ? Saya juga yang korang cari erkk!!! .. Saya nak bagi tips … skim kewangan yang terbaik di dunia tiada tempoh dan had masa .. kalau tak masuk .. 200 tahun lagi pun boleh masuk dan tak perlu nak buat pinjaman peribadi .. kalau sebut ‘bodo’ marah .. Saya panggil kurang cerdik sahajalah.. ini semua sebab no 1

  • Tak Tahu Formula, Teknik & Kaedah

Buat keputusan kewangan tak guna pen , kertas dan kalkulator .. congak ikut suka , terutama ikut hati dan perasaan , tak tahu formula , teknik dan kaedah … main bubuh dan hentam sajalah .. semua sebab no 1.

  • Terlalu Percayakan Saudara Mara & Sahabat Handai

Beli produk dan perkhidmatan kewangan dari saudara mara dan sahabat handai , bukan mereka tak bagus atau produk dan perkhidmatan tak bagus tapi sebagai pembeli atau pengguna patutnya bijak buat perbandingan dengan semua produk dan perkhidmatan yang ada di pasaran bukan beli sebab mereka adalah kawan-kawan dan sahabat handai kita terutama yang guna dialog , “takan tak percayakan aku yang hang dah kenal 10 tahun?” ini semua sebab no 1

  • Dapatkan Nasihat Kewangan Bukan Dari Ahlinya

Buat keputusan kewangan tanpa memohon pandangan dan pertimbangan dari mereka yang lebih pakar dalam bidang mereka , korang pergi tanya jurujual buat apa ? Kalau kena dengan harganya .. silap-silap mak dia pun dia jual .. ini sebab no 1

  • Buat Keputusan Kewangan Sebab Orang Lain

Buat keputusan kewangan sebab orang lain bukan kerana keperluan diri sendiri , umpama beli baju ikut saiz orang lain , “Nanti apa orang lain kata” menjadi mantra dalam hidupnya , wang sendiri , keperluan sendiri , orang lain pulak yang panas ? Ini semua sebab no 1

NOTA TAMBAHAN

Selain daripada apa yang di nyatakan di atas , antara kealpaan yang sering di lakukan oleh umum ialah:

  • Tidak tahu jumlah sebenar pendapatan vs perbelanjaan
  • Tidak tahu apa yang ada di tangan serta nilainya , dengan kata lain tidak pernah nak buat senarai / tulis / katalog / audit kewangan peribadi , sebagai contoh tak tahu berapa baki dalam akaun KWSP , baki hutang (full settlement) , nilai emas / barang kemas dan lain-lain kepunyaan diri sendiri.
  • Tidak pernah nak buat unjuran kewangan , misalnya kos dulu vs sekarang vs masa akan datang supaya lebih mudah merancang keperluan kewangan masa depan
  • Ambil kira pendapatan / durian runtuh yang belum pasti , contoh kononnya nak ambil hutang baru dan berkira-kira dengan kenaikan gaji / durian runtuh , malangnya bila dah ambil hutang baru pendapatan (gaji baru) tak bertambah dan diri tersepit dengan hutang baru
  • Tidak buat perbandingan antara harga vs nilai , benda yang sama tapi kenapa bayar lebih ? contoh nak beli kereta untuk tujuan perjalanan dari Poin A ke Poin B , walhal banyak jer yang murah dan boleh beli dengan tunai tapi beli kereta mahal dan berhutang. Harga adalah apa yang kita bayar tapi nilai adalah apa yang kita dapat.
  • Berurusan kewangan bersama kenkawan dan ahli keluarga tetapi tidak buat apa-apa perjanjian dan senarai lengkap (jadual) beserta saksi yang sepatutnya sedangkan dalam Quran ada disebut :
“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bermu’amalah tidak secara tunai untuk waktu yang ditentukan, hendaklah kamu menuliskannya. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menuliskannya dengan benar. Dan janganlah penulis enggan menuliskannya sebagaimana Allah telah mengajarkannya, maka hendaklah ia menulis, dan hendaklah orang yang berhutang itu mengimlakkan (apa yang ditulis itu), dan hendaklah ia bertakwa kepada Allah Rabbnya, dan janganlah ia mengurangi sedikitpun daripada hutangnya. Jika yang berhutang itu orang yang lemah akalnya atau lemah (keadaannya) atau dia sendiri tidak mampu mengimlakkan, maka hendaklah walinya mengimlakkan dengan jujur. Dan persaksikanlah dengan dua orang saksi dari orang-orang lelaki (di antaramu). Jika tidak ada dua orang lelaki, maka (boleh) seorang lelaki dan dua orang perempuan dari saksi-saksi yang kamu ridhai, supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya. Janganlah saksi-saksi itu enggan (memberi keterangan) apabila mereka dipanggil, dan janganlah kamu jemu menulis hutang itu, baik kecil maupun besar sampai batas waktu membayarnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih dapat menguatkan persaksian dan lebih dekat kepada tidak (menimbulkan) keraguanmu. (Tulislah mu’amalahmu itu), kecuali jika mu’amalah itu perdagangan tunai yang kamu jalankan di antara kamu, maka tak ada dosa bagi kamu, (jika) kamu tidak menulisnya. Dan persaksikanlah apabila kamu berjual beli ; dan janganlah penulis dan saksi saling sulit-menyulitkan. Jika kamu lakukan (yang demikian) maka sesungguhnya hal itu adalah suatu kefasikan pada dirimu. Dan bertakwalah kepada Allah ; Allah mengajarmu ; dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.”
(Surah Al- Baqarah : 282)

 

  • Tidak mengambil apa-apa cagaran ketika memberi hutang.
  • Tidak ambil tahu dan tidak mengira kedudukan Aliran Tunai sebelum , semasa dan sesudah.
  • Bertanyakan hal kewangan kepada yang bukan ahlinya (elak dari bertanya saudara mara , kawan-kawan dan sahabat handai kecuali mereka ahli dan bidangnya).
  • Bergaul / berkawan / punya rakan sekeliling yang salah (kajian menunjukkan lebih 50% pengaruh kewangan datang dari mereka yang rapat di sekeliling kita) , pepatah ada menyebut “Kalau nak tahu jumlah pendapatan kita 5 tahun mendatang , maka lihatlah pendapatan orang disekeliling kita hari ini”
  • Salah memilih buku yang kita baca , perkara yang kita tonton dan dengar , pengaruh lain datang dari 3 perkara ini.
  • Tidak merancang kewangan dan tiada pelan tindakan , kalau ada pun di buat dalam keadaan panik dan kelam kabut.
  • Main kutu , tak reti nak menyimpan sendiri , ramai yang tak tahu bahawa adalah menjadi kesalahan untuk bermain kutu di bawah akta 28 – Akta Larangan Kumpulan Wang Kutu , jika disabitkan kesalahan boleh di denda , dipenjara atau kedua-duanya sekali.
  • Tiada Mentor , Sifu , Sifan dan Guru yang boleh dirujuk.
  • Tidak membayar pada diri sendiri dahulu (gagal menyimpan) , belanja dahulu kalau ada baki barulah nak menyimpan , sedangkan sepatutnya asingkan sebahagian besar pendapatan untuk disimpan terlebih dahulu , selepas itu barulah baki yang ada dibelanjakan untuk komitmen (hutang) dan sara hidup.

Artikel berkaitan

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment