Orang Bank Pun Tak Percaya Boleh Hapuskan Hutang Kad Kredit

Wow !!! …. sampai banker pun boleh ternganga. Itulah penangan ilmu yang pekerja bank pun tak diajar.

 

 

Tiada rahsia, formulanya cuma M.A.S.A

M – Matlamat Kewangan Yang Jelas
A – Analisa Kewangan Yang Tepat
S – Solusi Yang Sesuai Dengan Peserta
A – Alat Kewangan Yang Betul Sesuai Solusinya

Tentukan matlamat kewangan yang jelas dahulu barulah cari solusi dan alat kewangan yang sesuai digunakan untuk mencapai matlamat tadi.

Tapi korang sibuk kehulur-kehilir mencari alat untuk menjadi kaya sedangkan golongan kaya tak peduli pasal alat pun kerana matlamat menghalalkan cara selagi caranya halal.

Macam mana nak sampai ke destinasi kalau alamatnya pun tak tahu , pastikan alamatnya dahulu barulah boleh cari kenderaan yang sesuai kan?

 

Kes Kewangan : Langsai hutang RM43k dalam masa 14 bulan sahaja

Bawah ni adalah contoh kes dimana tanpa formula, trik, atau kaedah tertentu dapat menyelesaikan hutang sebanyak RM43K dalam masa 14 bulan saja

Sebenarnya ada banyak lagi strategi seperti :

  1. Kaedah Ikuiti
  2. Kaedah lumpsum
  3. Balance Transfer
  4. Domino
  5. Snowball
  6. Conversion / Jual Hutang
  7. Foundation
  8. Stoozing

Tapi saya jenis tak suka kongsi satu-satu solusi tu sebab setiap orang ada masalah yang berbeza dan unik. Tiada satu ubat yang sesuai untuk setiap orang. Sebab tu lah setiap ahli Urusinsan akan dapat strategi yang berbeza tetapi matlamat yang sama.

Kan dah membebel. Ok, kita sambung kes kewangan tadi.

Berikut adalah dialog saya bersama yang menyoal, dengan sedikit maklumat asas untuk membantu dia selesaikan hutang sedia ada.

Yang Menyoal: Assalamualaikum Tuan. Memandangkan tuan punya schedule tight, saya ada sedikit persoalan berkenaan financial saya.

Takut nanti saya tersalah langkah. Harap tuan boleh bagi pendapat sama ada baik atau tak.

Saya mempunyai commitment yg sangat tinggi. Di mana total up adalah setiap bulan lebih kurang rm3,500 saya perlu bayar.

Saya ingin ambil keputusan untuk membeli rumah ayah saya, di mana saya sekarang duduk bersama orang tua saya. Saya buat pinjaman rumah kedua sebanyak RM360,000 dengan monthly payment RM1,700.

RM110,000, saya ambil untuk langsaikan hutang kereta & segala loan yang ada. Balance RM250,000 untuk ibu bapa saya.

Adakah betul rancangan saya kat atas ni?

Yang Menjawab: Secara umum, tak.

Yang Menyoal: Terima kasih tuan. Maybe saya akan usaha jumpa tuan dulu.

[Masa ni, saya  dah tahu beliau hampir putus asa dengan jawapan saya].

Yang Menjawab: Berapa simpanan dalam tangan? Total tunai dalam simpanan  (jika ada), dan berapa yang boleh disimpan setiap bulan?

Tadi kata, ada rumah pertama. Berapa bayaran bulanan rumah pertama? Ada KWSP Akaun 2 tak?

[Saya mula mengorek maklumat yang diperlukan].

Yang Menyoal : Simpanan tak ada tuan. Simpanan untuk setiap bulan (jika ikut perbelanjaan yang perlu dan tolak semua commitment) saya boleh simpan dalam RM500.

[Saya mula memberikan solusi].

Yang Menjawab: Kalau macam tu, kenapa tak bayar RM600 untuk kad kredit UOB, RM400 + RM500 baki bayar CIMB Lite? [ini kerana bayaran ansuran minima kad kredit cuma 5% dari baki hutang kad kredit sedia ada].

Yang Menyoal: Rumah pertama dalam pembikinan tuan. Beli rumah apartment kat Shah Alam RM330,000 dan sekarang baru 50%. Bayaran monthly RM750.

Yang Menjawab: Dalam masa 2 bulan, CIMB Lite dah boleh habis bayar.

Yang Menyoal: KWSP Akaun 2 ada tuan.

Yang Menjawab: Bulan ke 3 dah boleh menyimpan RM1,000 sebulan.

Yang Menyoal: Dulu, down payment rumah dah keluarkan RM16,000. Oh, betul juga tu tuan. Langkah yang baik tuan. Terima kasih banyak-banyak atas nasihat.

Kalau ada peluang saya akan attend sesi 1 on 1 bersama tuan. Saya akan bawa segala details yang saya ada bersama isteri.

Yang Menjawab: CIMB kad boleh bayar RM300 jer dulu. Jimat RM400.

Kalau dicampurkan jumlah yg boleh jimat / simpan bulanan = RM400 + RM500 + RM400 + RM150, dah ada RM1,550.

RM1,550 kalau simpan dalam masa 5 bulan dah boleh settle kad kredit CIMB.

Maka, simpanan bulanan akan jadi = RM400 + RM500 + RM700 + RM150 = RM1,950.

Yang Menyoal: Ini memang terbaik. Eye openers untuk saya. Tak terfikir saya tuan.

Yang Menjawab: Dalam masa 3 bulan dah boleh langsaikan personal loan Al-Rajhi.

Yang Menyoal: Alhamdulillah. Terima kasih tuan. Semoga Allah permudahkan segala urusan tuan. Sangat appreciate bantuan awal tuan ni.

Yang Menjawab: Maka simpanan akan jadi = RM400 + RM500 + RM700 + RM150 + RM250 = RM2,300.

Maknanya, dari awal cuma ambil masa 10 bulan untuk selesaikan semua hutang kecuali kredit kad UOB dan PL Easy RHB sahaja. Setiap bulan dah boleh simpan RM2,300 sebulan.

Yang Menyoal: Baik tuan. Cadangan yang sangat baik.

Yang Menjawab: Kalau simpan RM2,000 sebulan pun dah OK. Dalam masa 10 bulan berikutnya, dah ada RM20,000. Nak setelkan UOB pun boleh atau just let it be. Bayar secara minimum.

Simpanan tu dah boleh buat modal beli rumah sewa RM200,000.

Yang Menyoal: Syukur sangat-sangat. Eye openers untuk saya. Saya akan buat schedule.

Yang Menjawab: Ini cuma langkah permulaan. Bila kita jumpa kelak dan tahu lebih detail, mungkin pelannya akan berubah.

Paling tak pun, boleh mula selesaikan 1 hutang dlm masa 2 bulan.

Bayar minima kad UOB dan CIMB + RM500 duit simpanan anda. 2 bulan dah boleh selesaikan CIMB Lite dan boleh simpan ekstra RM150.

Dan kronologinya seperti berikut:

  • First month = RM400 + RM400 + RM500 = RM1,300 setiap bulan,
  • 2nd month = Dah ada duit terkumpul RM2,600 ( dah boleh setelkan CIMB Lite = RM1,900),
  • Bulan ke-3 = RM1,300 + RM150 = RM1,450 + RM700 = RM2,150 (total terkumpul).
  • Bulan ke-4 = RM2,150 + RM1,450 = RM3600.
  • Bulan ke-5 = RM3,600 + RM1,450 = RM5,500.
  • Bulan ke-5 dah boleh selesaikan hutang CIMB Master = RM5,500 – RM4,500 = RM1,000.
  • Bulan ke-6 = RM1,000 + RM1,450 + RM300 = RM2,750.
  • Bulan ke-7 = RM1,750 + RM2,750 = RM4,500.
  • Bulan ke-8 = RM1,750 + RM4,500 = RM6,250.

Begitulah seterusnya.

Yang Menyoal: Baik tuan. Terima kasih tak terhingga. Fuhhh. Tak sangka dapat bantuan sebegini banyak dari tuan.

Saya akan cuba buat schedule sebagai langkah permulaan. Baik tuan. Saya akan buat schedule. In shaa Allah saya tunjukkan kat tuan sebentar lagi. At least now I can get pictures.

Yang Menjawab: Okay. In shaa Allah.

Yang Menyoal: Terima kasih tuan.

Yang Menjawab: Stop guna kad kredit buat masa ini sampi hutang-hutang tu selesai.

Yang Menyoal:  Tuan. Ini schedule seperti yang tuan suggest tadi. Terima kasih tuan atas eye openers ni.

In shaa Allah akan buat temu janji dengan tuan untuk langsaikan hutang kereta pula, serta tambahan macam mana nak kumpul aset. In shaa Allah.

 

Nak buat apa dengan lebihan RM4,000?

Bayangkan. Apa yang kita boleh buat dengan simpanan sebanyak RM4,000 setiap bulan?

Adakah:

  1. Beli rumah sewa RM350,000 setiap 10 bulan?
  2. Melabur dalam perniagaan kecil setiap 10 bulan?
  3. Membeli saham-saham berkualiti di Bursa Saham Kuala Lumpur setiap 10 bulan?
  4. Melabur ke dalam logam berharga setiap 10 bulan?
  5. Bercuti keluar negara setiap 10 bulan?
  6. Beli kereta baru secara tunai setiap 10 bulan?
  7. Umrah setiap 10 bulan?
  8. Penuhkan ASB dalam masa 4-5 tahun?
  9. Apa sahaja yang menguntungkan?

Bayangkan pula apabila yang bertanya bertemu saya kelak ketika sesi analisa kewangan dan 1-on-1 apabila saya mengambil kira KWSP, rumah yang dibeli, hutang kereta, bonus, dividen, dan lain-lain kapasiti kewangan yang belum diambil kira. Bayangkan.

Maka pilihan di tangan kita sendiri. Tak perlu masuk program tersontot , tak perlu buat pinjaman bodo, tak perlu pusing konar dan belit sana sini untuk membina harta dan menjadi kaya.

Semuanya boleh dilakukan sendiri menggunakan apa yang ada ditangan, tanpa perlu melibatkan orang lain.

10 Ciri-ciri Orang Yang Bebas Hutang, Anda Pasti Nak Juga

Menjadi orang yang ke arah bebas hutang ni adalah makhluk yang paling membosankan, lagi-lagi dalam dunia hari ini.

Sebahagian besar daripada kita telah termakan dengan anasir pemasaran kewangan iaitu apabila anda layak dan mampu untuk buat kad kredit, pinjaman peribadi dan seterusnya berbelanja dengan ‘tenang’ tanpa perlu pening memikirkan gaji anda yang tak seberapa tu.

Oleh itu, apabila anda mendengar tentang orang yang sama sekali tidak mempunyai hutang, hidup dibawah kemampuan, dan mempunyai sejumlah wang tunai untuk kegunaan bila darurat nanti, anda mungkin menyangka mereka begitu. . . pelik.

Tetapi menjalani kehidupan tanpa hutang bukan hanya untuk kumpulan orang yang istimewa. Ini sesuatu yang boleh dilakukan oleh semua orang dengan kerja keras dan beberapa ciri khas.

Lihat 10 sifat orang yang menjalani kehidupan tanpa hutang :

Ciri-ciri Orang Yang Hidup Tanpa Hutang

1. Mereka Berlawanan Arus

Spesis seperti mereka ini tahu bahawa hutang bukanlah alat untuk menolong mereka untuk hidup senang.

Momokan sesetengah orang yang mengatakan bahawa anda mesti mempunyai kad kredit untuk teruskan kehidupan, anda tidak boleh pergi ke pengajian tinggi tanpa pinjaman pelajaran, dan anda patut buat pinjaman kereta yang lebih selesa.

Ini adalah satu mitos yang lurus!.

Mereka yang pernah dan sedang mengamati kehidupan bebas hutang ni tidak termakan dengan norma yang dinyatakan diatas. Kad kredit tidak diperlukan untuk kehidupan seharian mereka.

Pembayaran ansuran kereta tidak menjerat mereka selama yang boleh. Mereka uruskan hutang seperti lipas kudung yang lari berkeliaran. Asal nampak sahaja dibunuhnya terus!.

Bagi sesetengah orang, hutang adalah perkara biasa. Tidak bagi kami, kerana kami memang pelik pun!

2. Mudah Kawal Diri Sendiri

Orang dewasa buat perancangan dan ikutinya seperti menganut agama. Kanak-kanak pula melakukan apa yang mereka rasa seronok sahaja.

Ayat macam anut agama tu mungkin kasar bunyinya tapi begitulah hendak dianalogikan.

Sebab itu mereka yang datang untuk minta personal coaching dengan saya dan mempunyai masalah hutang yang sedang menghimpit, saya anggap sebagai kanak-kanak yang perlu didorongkan ke jalan yang betul.

Seseorang yang benar-benar ingin keluar dari hutang mempunyai kemahuan untuk berjalan dengan selamba melewati bahagian kasut (dengan diskaun 70% kononnya) atau bahagian TV LED flat screen tanpa perlu melakukan pembelian yang impulsif!.

Mereka tidak terpengaruh untuk membeli sesuatu hanya kerana mereka menginginkannya atau ada diskaun gila-gila. Mereka cukup bijak untuk mengetahui bahawa membeli sesuatu tidak akan hapuskan semua masalah mereka dan membuatkan mereka merasa lebih baik.

Kenapa?

Kerana mereka tahu bilamana mereka terpaksa berhutang untuk memiliki barang itu bermaksud mereka tidak mampu. Melainkan mereka hanya beli secara tunai sahaja. Orang yang bebas hutang sanggup tunggu, bekerja keras dan terus menabung.

3. Sangat Yakin

Seseorang yang mempercayai perancangan keawangan, mereka tidak peduli dengan pendapat orang lain terhadap mereka.

Mereka tiada masalah pun bawa kereta lama kerana yang penting dah habis bayar. Mereka tidak perlu ambil percutian yang mahal-mahal  semata-mata untuk muat turun posing-posing mereka di media sosial.

Mereka sebenarnya lebih utamakan tanda harga berbanding jenama itu sendiri.

Kenapa?

Kerana mereka tak kisah pun apa orang nak cakap dan tak tahu pun apa orang lain pakai.

Dan cuba teka? Disiplin yang tegas seperti ini lah yang membuatkan mereka ada duit lebihan untuk hapuskan hutang-hutang mereka.

Dengan setiap hutang yang mereka langsaikan, gelora semangat mereka semakin lonjak dan berasa lebih yakin untuk hapuskan hutang seterusnya.

4. Tak Takut Untuk Bercakap Tidak!

Sukar untuk menjalani kehidupan tanpa hutang ni jika anda selalu mengatakan ya bagi setiap hal yang berlaku.

Tidak kiralah sama ada dalam keputusan membeli-belah, percutian, makan bersama rakan, atau bahkan menghabiskan wang untuk bersuka ria. Penting untuk tetapkan perkataan TIDAK dalam kamus kehidupan anda, tak percaya cubalah buat. Anda akan rasai perbezaannya.

5. Sangat Berwawasan

Logiklah kah?

Sebabnya, bebas hutang ni satu matlamat. Jadi, orang yang bebas hutang adalah orang yang sentiasa mengutamakan objektif tersebut di hadapan mereka.

Kalau anda bebas hutang, secara automatiknya anda adalah seorang yang berwawasan dan tiada masalah untuk capai objektif yang lain.

Mereka tetapkan matlamat yang spesifik, boleh diukur, peka dengan masa serta menepati tujuan yang lebih bermakna.

Dan mereka tahu apa yang ingin mereka lakukan dan seterusnya rangka strategi untuk mengecapinya.

6. Perwatakan Yang Kuat

Tip nak makan ikan patin yang sedap adalah pilih ikan patin sungai berbanding patin sangkar. Sebabnya, ikan patin sungai ni lebih aktif yang menjadikan isinya lebih sedap.

Sudah, cerita pasal makan pula. Apa kaitannya?

Setiap mereka yang bebas hutang ni sebenarnya telah melalui zaman keperitan berhutang. Maka, pengalaman yang mengajar mereka ini menongkah arus telah menjadikan mereka lebih kuat. Bukan kuat pada fizikal, tapi kuat pada mental.

Mereka tahu bahawa setiap hutang yang dibuat sebenarnya telah menghakis sikit demi sedikit duit yang telah mereka jana. Jadi, mereka tidak mahu ulangi kesilapan yang sama. Maka tidak hairanlah anda perasan mereka yang bebas hutang ni sejenis kedekut.

Nak beli sesuatu barang yang memang diperlukan tu pun tunggu bila ada kupon atau diskaun. Kalau tak, memang tak beli lah. Fokus kerja keras sehinggalah ada diskaun.

Nampak tak persamaan antara ikan patin sungai dengan orang yang bebas hutang? Tak dapat pun, buat-buat fahamlah.

7. Sanggup Berkorban

Makan di luar, menonton wayang setiap minggu, dan pergi jalan bercuti setiap bulan adalah perkara yang mungkin dielakkan seseorang ingin mencapai bebas hutang. Orang kampung panggil, delay gratification.

Bila dah capai bebas hutang, biasanya mereka akan raikan kejayaan mereka dengan perkara yang mereka tangguhkan dulu. Orang bebas hutang ni bukanlah bosan pun, tapi bila mereka buat, mereka buat betul-betul ibarat raikan kemenangan selepas berperang.

Bezakan cara orang bebas hutang berseronok?

8. Mereka Tidak Suka Buat Perbandingan

Orang bebas hutang tidak membandingkan kehidupan mereka dengan kehidupan orang lain, lagi-lagi apa yang dipaparkan di media sosial.

Mereka tahu bahawa mereka sedang berada dalam perjalanan mereka sendiri, mengejar tujuan dan impian mereka sendiri. Dan kerana mereka tidak membandingkan diri mereka dengan orang lain, mereka lebih tenang dan puas dengan kehidupan yang mereka jalani.

9. Tidak Hairan Dengan Barang-barang Mahal

Orang materialistik terlalu mementingkan ‘kebendaan’. Fokus mereka lebih tertumpu kepada pakej percutian, kereta mewah dan juga rumah besar.

Tetapi orang yang bertekad untuk keluar dari hutang tahu bahawa wang tidak membeli kebahagiaan. Mereka lebih puas dengan apa yang mereka ada dan kebahagiaan mereka ini tidak boleh dijual beli seperti kebendaan yang mewah itu tadi.

10. Bermurah Hati

Orang yang bebas hutang tahu bahawa mereka mempunyai kebebasan untuk hidup dan memberi dengan murah hati.

Mereka tahu bahawa semakin kurang bebanan mereka, semakin senang mereka untuk beri pertolongan. Sama ada mereka membantu keluarga, rakan atau misi kebajikan yang mereka percayai, nikmatnya lebih dahsyat dengan menyumbang kepada tujuan yang lebih besar daripada menyimpannya untuk diri mereka sendiri.

Rachel Cruze berkata,

“Memberi adalah yang paling menyeronokkan yang anda akan dapat dengan wang.”

Tak percaya? Cubalah dan lihat sendiri keajaibannya!

P/s : Masing-masing ada cara tersendiri untuk menyumbang dan janganlah kita persoalkan pula. Kalau tak, nampak sangat perangai jenis orang tak bebas hutang tu.

10 Sebab Kenapa Perlu Langsai Hutang Kereta Cepat

Lain orang, lain citarasanya. Ada orang jenis tak kisah hidap komitment bertahun-tahun. Ada orang yang rasa bahagia sangat bila tak ada hutang. Lihat bagaimana perasaannya ahli Urusinsan ni bila boleh selesaikan hutangnya.

“DSR lebih baik, saving meningkat dengan mendadak”

Untuk capai tahap boleh langsaikan hutang beratus-ratus ribu ni, kena mulakan dulu dengan hutang-hutang kecil. Sebabnya, kalau kita disiplin boleh langsaikan hutang-hutang kecil, InsyaAllah, hutang-hutang besar pun kita boleh selesaikan.

Anda mungkin boleh mulakan dengan hutang kereta. Hutang kereta semua orang ada, dan tak terlalu besar dan tak terlalu kecil.

Jom kita lihat 10 sebab kenapa anda kena hapuskan hutang kereta cepat-cepat.

1. Jimat 1/2 dari kos biasa

Kebiasaan ansuran bulanan hanya 50% kos kereta manakala bakinya ialah penyelenggaraan , cukai , tol , minyak , kerosakan , kemalangan , aksesori , parking dan sebagainya.

2. ROI yang tinggi

Sebagai contoh , baki hutang kereta RM50K , asuran bulanan RM600 selama 9 tahun, ROI = 14.14%.

Kalau baki hutang kereta RM40K , ROI = 18% , lebih tinggi ROI berbanding cuba untuk melabur , belum tentu dapat pulangan setinggi itu.

3. Lebihan modal pelaburan

Lebihan aliran tunai boleh dilaburkan dan menukarnya kepada HARTA berbanding BEBAN sebelumnya.

4. Ekuti yang boleh digunakan untuk melabur

Kereta yang tidak mempunyai hutang mempunyai Ekuiti yang boleh digunakan untuk melabur bagi menjana aliran tunai yang lebih banyak.

5. Lega tanpa tekanan / milik sendiri bukan milik bank / rasa kebebasan

Tak perlu nak jelaskan , rasanya faham la kan.

6. Jimat bunga / kadar faedah jangka masa panjang

Elak riba dan kerugian kewangan.

7. Ada ekuiti yang boleh digunakan semasa kecemasan

Paling tidak , kalau jual kereta ada juga la duit untuk digunakan semasa kecemasan tidak semasa berhutang.

8. Mengelak kesengketan seperti kebanyakan orang lain

Elak senak setiap bulan sebabkan kereta , ada macam-macam permintaannya setiap bulan.

9. Mudah untuk menyimpan kerana tiada alasan ansuran bulanan

Itupun kalau menyimpan , kalau tak sengaja cari susah.

10. Mudah capai matlamat kewangan

Kena jumpa dan bincang dengan yang sudah mengalaminya , dia punya seronok hanya Allah jer yang tahu.

Anda ada masalah yang sama dan tak tahu nak mula daripada mana? Dapatkan tip-tip kewangan dengan klik butang dibawah.

Bagaimana Wang Bekerja Untuk Kita?

Satu ketika dulu , saya memulakan kehidupan saya sebagai seorang pekerja dan dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari duit tambahan. Matlamat saya kerja siang dan malam adalah duit, mencarinya untuk keperluan dan kesenangan. Saya bergelut untuk menjimatkan beberapa ringgit untuk disimpan. Mencari duit tambahan dengan membuat kerja lebih masa. Hidup saya selesa, tapi masih perlu berhati-hati.

Namun tahun 1997 mengubah segalanya , syarikat saya bekerja memberhentikan ramai pekerja , tidak tahan dengan tekanan di tempat kerja saya berhenti kerja , realiti datang seperti tsunami , saya dikelilingi hutang yang tidak mampu dibayar , kad kredit , hutang kereta , motor besar dan hutang rumah menjadikan saya lebih tertekan. Alhamdulillah , satu hari saya diberi peluang untuk memulakan kehidupan yang baru dan saya semakin kuat bekerja untuk orang lain.

Sadarkah kita, sebenarnya ramai yang bekerja untuk orang lain bukan untuk dirinya sendiri. Pertama kita bekerja untuk syarikat tempat kita bekerja. Kedua kita bekerja dan dapat duit gaji untuk membayar kepada kerajaan melalui pelbagai bentuk cukai dan akhirnya kita bekerja untuk bayar hutang dengan bank. Begitulah ianya berputar setiap hari, minggu, bulan dan tahun.

Selepas krisis matawang Asia tahun 1997 , saya sedar duit perlu bekerja untuk saya bukan saya bekerja untuk mendapatkan duit. Mulai itu persepsi saya tentang duit mula berubah, matlamat dan cara saya berfikir turut bertukar. Saya bekerja untuk melabur, berniaga dan mencari jalan bagaimana hamba baru (sekumpulan duit ) saya boleh bekerja untuk saya mencari lebih banyak duit.

Saya menjual semua yang saya ada dan mulakan kehidupan baru saya tanpa hutang. Saya merantau mencuba nasib baru dan pergi ke US selama hampir 2 tahun. Ketika disana banyak saya belajar erti kehidupan. Kebetulan saya baru berumur 27 tahun ketika itu, saya mula dari 0 semula. Saya jual semua aset dan apa yang saya ada untuk melunaskan semua hutang. Saya mulakan kehidupan yang sederhana dengan kepercayaan “bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.Saya fokus dengan apa yang saya impikan.

Dulunya, saya kurang percaya dengan diri saya. Perkara yang negatif sering bermain dikepala saya sebelum saya mencuba sesuatu. Saya sangat takut untuk menyebut “saya mahu kaya”, saya takut dengan ketakutan yang dicipta sendiri. Saya takut untuk gagal, saya takut untuk kecewa menyebabkan saya kurang mencuba sesuatu yang baru. Rupanya setiap perkataan itu adalah doa, menyebabkan jika saya sudah berkata saya tidak boleh Berjaya. Akhirnya saya tidak akan Berjaya atau kejayaan yang diperolehi tidaklah terlalu cemerlang.

Saya membetulkan sedikit demi sedikit paksi matlamat saya dalam perniagaan memberi saya peluang untuk faham bagaimana menjana duit menjadi duit lebih banyak. Perkara pertama apa yang kita harus lakukan adalah percaya dengan tindakan kita , jangan mudah putus ada. Kita perlu menukar persepsi negatif kita tentang duit. Kadang-kadang saya hairan, ada yang berkata pada saya yang mereka tidak berminat untuk menjadi kaya tetapi dalam masa yang sama mereka bekerja lebih 8 jam sehari dan bertungkus lumus mencarinya.

Tukar cara pemikiran dengan menyatakan “saya adalah seorang yang kaya dan berjaya”. Tanamkan dalam minda duit itu penting, duit adalah kuasa.

Saya punya ramai kenalan, mereka dari pelbagai lapisan masyarakat. Ada yang bergelar Tan Sri, dato’, professor hinggalah yang pekerja sebagai buruh, ada diantara mereka yang jutawan hinggalah mereka yang gajinya hanya cukup makan. Saya melihat depan mata saya, mereka yang banyak duit yang sebenarnya banyak membantu dan menderma bukan disebabkan mereka banyak duit tetapi mereka percaya lebih banyak memberi, lebih banyak mereka menerima. Dari Bill gate pemilik Microsoft hingga ke Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari mereka mencari duit untuk memberi dan membantu ramai orang.

Saya cuba memberi contoh supaya anda tidak lagi mempertikaikan duit itu boleh membawa kesenangan dan bukan semata-mata membawa kehancuran dan malapetaka.Budak kecil kuasa imajinasinya tinggi, cita-citanya tinggi sehingga anak-anak kita boleh percaya satu hari nanti dia boleh jadi superhero seperti superman. Kuasa pemikiran kita tidak dapat dinilai kekuatannya dan tiada had. Kepercayaan pada diri sendiri akan membawa kepada kejayaan hakiki.

Robert Kiyosaki seorang pelabur hartanah dan penulis terkenal ada menyebut bahawa “orang miskin dan kelas menengah bekerja untuk duit. Orang kaya mempunyai duit yang bekerja untuk mereka”.

Pelajaran pertama saya belajar dengan arwah ayah saya tentang berniaga adalah perlu berani mencuba. Satu ketika semasa kecil, saya mahukan mainan seperti patung askar, gasing dan basikal. Saya minta pada ayah saya, dia menjawab “cari lah duit”. Soalan saya mudah, bagaimana nak cari duit? , jawapan nya juga ringkas “gunakan akal fikiran”.

Mendengar jawaban seperti itu , berhari-hari saya dalam kemurungan, tetapi akal saya mula berfikir bagaimana mencari duit. Saya bekerja ikut ayah, dapat gaji. Saya jual buah jambu , nasi lemak dan kuih di sekolah, kumpul tin kosong dan beberapa perkara lain untuk mendapatkan duit. Saya mudah mendapatkan duit dengan tanpa modal. Rupanya saya diajar bagaimana untuk menjana pendapatan.

Bila saya besar baru saya faham semua pelajaran tersebut dimana pentingnya menjana pendapatan dengan menggunakan akal, walaupun saya berniaga tanpa modal tetapi ayah biarkan saya bergembira dengan hasil yang saya perolehi. Kepuasan mendapat sesuatu dengan hasil titik peluh sendiri.

Saya terfikir juga, ramai yang berusaha mendapatkan duit dengan bekerja bersungguh-sungguh siang dan malam tetapi mereka masih miskin, mengapa perkara ini berlaku?.

Saya ceritakan kisah salah seorang kenalan saya satu ketika dahulu, bekerja suami isteri dengan bersama dua (2) orang anak mereka , tinggal di ibu kota Kuala Lumpur. Suami seorang jurutera yang dihormati dan isteri pula seorang guru. Mengadu pada saya bagaimana mencari penyelesaian keluar dari masalah kewangan mereka. Jika dihitung dengan betul,setelah membayar semua hutang rumah , kereta, kad kredit dan semua yang lain lebihan pendapatan mereka hanyalah RM300 sebulan. Mereka menggunakan lima (5) kad kredit dengan alasan digunakan untuk kerja. Saya termenung memikirkan masalah mereka.

Mereka bangun tidur, kerja, bayar hutang dan diulang semula setiap hari, mereka terperangkap dalam jerat hutang. Korang tidak rasa penat ke?, bekerja setiap hari dari pagi hingga ke malam, berusaha, berfikir, dimarahi pelanggan, ditegur bos…tapi… hampir semua duit pendapatan diberi pada bank untuk bayar hutang dan diulang semula bulan berikutnya. Sepatunya korang bayar diri korang terlebih dahulu dengan menabung sebelum membayar hutang.

Ramai yang meletakkan harga pada dirinya. Mereka berbuat demikian kerana dua perkaran ini, iaitu takut dan tamak. Permulaannya mereka takut tidak memiliki wang dengan berkerja keras untuk memilikinya. Setelah mereka bekerja keras dan mendapat gaji, mereka terbayang-bayang barangan dan kemewahan yang boleh dibeli dengan wang. mereka mula tamak utk mendapat banyak wang. wang itu sebenarnya akhirnya dibelanjakan juga dan habis. Akhirnya satu corak kehidupan baru terbentuk dengan “orang bekerja untuk wang”. Jangan terperangkap dengan corak kehidupan begini, belajarlah bagaimana wang boleh bekerja untuk korang bukan sebaliknya.

Dulu saya berpikiran sempit, selalu saya takut dengan apa yang saya impikan. Rupanya bila saya takut untuk bercita-cita besar saya semakin jauh dengan impian saya. Semua perkara yang saya impikan menjadi sukar dan susah untuk saya dapat. Menyebabkan saya akan terlalu kecewa jika saya tidak mencapai apa yang saya inginkan.

Pada masa itu, saya hanya percaya logik biasa. Sebagai seorang anak muda yang baru grad misalnya cukuplah bergaji lima ribu, cukuplah sebuah kereta, cukuplah kalau boleh bernikah. Saya tidak terfikir dan mungkin boleh pengsan jika diberikan impian yang terlalu besar, contohnya “Aku boleh bergaji 30 ribu sebulan , menjadi seorang jutawan , memakai kereta Mercedes dan membeli rumah bernilai jutaan ringgit”. Walaupun pada masa ketika saya berumur 22 , saya telah ada pengusahaan dan perniagaan sendiri, namun menjadi orang biasa-biasa. Korang juga begitu… lalu saya menghampiri kegagalan disebabkan saya kurang yakin dengan diri sendiri.

Jika hanya bersandarkan keyakinan pada diri sendiri itu namanya takabur… tetapi jika kita percaya dengan diri sendiri dan yakin dengan kekuasaan Allah itu namanya iman. Saya mula bergerak mempercayai dan berimpikan perkara yang besar-besar. Rupanya jika keyakinan pada Allah bertambah dan percaya semua nya datang dariNYA semua perkara yang susah dan mustahil tadi menjadi senang dan mudah.

Saya beri contoh , ketika saya masih muda dan baru bekerja, Saya mengimpikan untuk menghantar kedua orang tua saya ke mekkah menunaikan umrah dan haji. Saya fikir pada mulanya ianya satu perkara yang sukar, duit belanja dan pelbagai kos diperlukan untuk menghantar mereka.

Saya menukar impian, saya berdoa dan berusaha, Allah tunaikan hajat saya hanya dalam tempoh 3 bulan , secara tiba-tiba rezeki saya berlempah ruah, saya beserta abang-abang dapat menghantar kedua ibu bapa kami menunaikan umrah pada awal tahun dan pada akhir tahunnya pun dapat menghantar mereka menunaikan fardhu haji dalam tahun yang sama.

Impian saya menjadi kenyataan kerana usaha, berserah, doa dan bersyukur atas pemberiannya, ulang dan terus ulang ritual ini sehingga korang dapat capai impian korang. Saya dan semua orang perlu mempunyai cita-cita untuk menjadi kaya raya. Ramai orang yang saya jumpa tidak mempunyai cita-cita yang besar.

Mereka yang tidak mahu kaya adalah seorang yang ego dan pentingkan diri sendiri. Mereka hanya mementingkan dirinya sahaja, tidak memikirkan orang lain ke sekolah atau tidak, makan ke tidak dan seterusnya.. Jika dia makan, bagaimana jiran nya?, jika anaknya belajar, berapa ramai orang yang tidak mampu lagi utk belajar. Apa salahnya anda bercita-cita untuk memberi seramai orang belajar dengan memberi biasiswa kepada mereka.

Orang biasa akan berfikir bagaimana untuk mendapatkan penajaan tetapi orang yang berjaya berfikir bagaimana untuk boleh memberi penajaan dan biasiswa. Orang biasa fikir bagaimana nak dapat perkhidmatan hospital percuma, orang yang berjaya berfikir bagaimana mahu membina hospital untuk diberi percuma kepada seramai mungkin..dan seterusnya.

Saya selalu terfikir, saya memakai kereta, bagaimana boleh keluarga saya juga punya kereta , sahabat saya punya kereta dan bagaimana boleh saya boleh membantu mereka memiliki kereta. Saya mengimpikan untuk kaya dan saya mahu kayakan seramai orang yang saya boleh, saya bersekolah, saya mahu sekolahkan seramai orang yang boleh….kenapa? tidak percaya?…saya percaya pada diri dan kebolehan saya dan anda boleh melakukanya. Jangan terlalu asyik melihat dan bercakap tentang kejayaan orang lain sehingga lupa diri anda juga mampu Berjaya.

Hari ini saya sebagai pengasas kepada urusinsan , komuniti celik kewangan yang mempunyai lebih dua ribu (2000) ahli di serata dunia telah berjaya mengubah kehidupan ribuan keluarga dari tidak boleh menyimpan kepada boleh menyimpan dari tiada harta kepada hartawan. Ini hanya sebahagian kecil dari sumbangan serta impian saya untuk masyarakat umumnya dan ummah khasnya.

Jadinya bagaimana?.

Anda perlu berkorban, mengubah tabiat dan berhijrah dari sekarang … sekarang .. sekarang …ya sekarang. Mulakan dengan yang usaha kecil dan apa yang boleh di buat dahulu , tidak perlu modal yang besar. Makan gaji pun boleh jadi kaya dan berjaya jika mengamalkan formula yang betul. Tidak hanya dengan berniaga.

Setiap orang mempunyai 5 modal yang boleh digunakan segera.

1. Masa
2. Tenaga
3. Pengetahuan / kemahiran sedia ada
4.Emosi
5.Sedikit wang

Mulakan langkah dengan mencari Ilmu , berilah peluang kepada diri sendiri untuk berubah menjadi lebih baik dari segi kewangan. Dapat sesuatu? Nak ilmu yang lebih?

Nak buku Forensik Kewangan atau Koleksi Video 7 Cara dan Kaedah Melangsaikan Hutang dan Tambah Harta Dengan Cepat Menggunakan Apa Yang Ada Di Tangan ?

Bertindak sekarang !!

Sila KLIK butang dibawah , cepat , selagi stok masih ada.

Duit Gaji RM2,000 Yang Hilang Setiap Bulan, Kini Sudah Ditemui

Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan virus Covid-19 yang melanda. Sekelip mata sistem ekonomi dan perniagaan ranap. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa jual rumah dan macam-macam hal lagi.

Bila benda ni nak berakhir kita pun tak pasti. Tapi, apa yang pasti adalah kita boleh kawal kita punya kehendak serta status kewangan kita.

Usah bising dan terpekik sana sini untuk minta bantuan kalau duit gaji yang hilang pun anda tak perasan. Bukannya hilang kena curi, tapi hilang sebab belanja tak ingat dunia. Gaji masuk bulan-bulan pun tetap senak. Masa bergaji tak ingat nak simpan, bila tak ada gaji barulah menggelupur.

Kerja dah bertahun tapi masih tidak mempunyai rumah sendiri.  Nak beli rumah sebuah pun tak lepas.

Lagi dahsyat, harta seketul pun takda Padahal anak dah nak masuk tiga. Hutang personal loan masa kahwin pun tak habis bayar. 

Belum lagi kira hutang PTPTN yang bayar Rm50 sebulan tak tahu bila nak habis. Itu belum kira lagi hutang kereta 9 tahun. Kereta dah nak roboh tapi hutang kereta belum langsai.

Selesaikan masalah kewangan peribadi dulu, baru boleh sembang lebat pasal ekonomi negara.

Lihat pasangan peserta coaching 1 to 1 dengan saya ni, lepas dah kena basuh dengan saya baru jumpa duit gaji yang hilang tu. Rupanya boleh simpan sebulan RM2,400 berbanding RM400 sebelum jumpa saya.

Kalaulah mereka ni sibuk terpekik sana sini duit tak cukup setiap bulan, salahkan syarikat, Covid-19 yang menjadi punca duit tak ada, agak-agak boleh jumpa ke duit yang hilang tu?

Jangan jadi bodoh dan jangan buang masa. Hidup kat atas dunia pendek jer pun, tup-tap tup-tap dah mati.

Orang lain hidup senang, hati gembira, kumpul amal, kumpul pahala, kumpul harta, korang yang bodoh suka jadi bengap dan diperkudakan orang. Bukan sahaja hidup sengsara, hati gundah gulana, yang dapat cuma dosa dok sebarkan berita-berita palsu dan fitnah sana sini.

Semoga di jauhkan golongan begini dari dirku , keluargaku dan kaum kerabatku. Sebelum nak sibuk dalam hal dan perkara yang diri sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya, baik fikir macam mana nak ubah hidup sendiri. Bukan sahaja dapat ketenangan malah dapat juga keberkatan dunia dan akhirat .. Aminn!!

Biarkan mereka yang bertanggungjawab dan pakar dalam bidang mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Tugas kita hanya perlu menjaga kebajikan diri dan keluarga , jangan jadi lara dengan kehidupan dunia yang sementara dan doakan yang terbaik agar keadaan yang kita hadapi hari ini pulih seperti sedia kala.

Dah, pergi sambung kerja dan cari rezeki yang berkat buat keluarga. Janga buat masa nak merungut je kerjanya.

5 Tips Kewangan Ketika Sedang Sengkek

Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek.

Apa itu sengkek?

Ianya adalah keadaan dimana anda tidak mempunyai kewangan yang cukup.

Terdapat banyak keadaan anda boleh menjadi sengkek. Antaranya ialah ketika anda tersalah langkah dan mempunyai hutang yang banyak , mengalami masalah kesihatan dan wang anda telah habis digunakan untuk menampung kos rawatan.

Mungkin juga anda dilanda musibah serta memerlukan wang yang banyak atau wang simpanan anda telah habis digunakan untuk keperluan keluarga anda.

Apapun sebab yang menjadikan anda sengkek , saya kongsikan disini 5 tip dan tindakan yang pernah saya lakukan ketika saya sengkek dahulu.

 

1. Mengaku & Terima Hakikat Yang Kita Sengkek (ketika itu)

Langkah pertama ini adalah langkah paling sukar untuk kebanyakan individu yakni untuk menerima hakikat bahawa pada waktu dan ketika itu kita berada didalam keadaan sengkek dan tidak berwang.

Penerimaan ini adalah penting supaya kita dapat melepaskan hati dan perasaan kita dan mula membuat perancangan serta pelan tindakan.

Selagi kita tidak menerima hakikat, selagi itu kita akan sombong dan kalah dengan ego.

Selain dari terima kenyataan kita perlu beritahu mereka yang rapat atau yang dibawah tanggungjawab kita (keluarga dan sahabat) bahawa kita berada didalam keadaan sengkek supaya mereka faham akan keadaan kita dan mengelakkan permintaan atau “demand” yang tidak munasabah dari mereka.

Tolak perasaan malu ketepi , orang berjaya adalah mereka yang tidak tahu malu.

 

2. Jangan Berserah Dan Duduk Diam , Rancang Dan Ambil Tindakan

Langkah seterusnya adalah untuk merancang dan ambil tindakan dan antara racangan yang boleh diambil ialah :

  • Berhenti dari buat beban baru (hutang dan lain-lain).
  • Mengurangkan perbelanjaan yang tidak penting (potong mana yg tak perlu)
  • Memberi keutamaan pada bill-bill atau perbelanjaan yang penting sahaja
  • Utamakan sara hidup dan lupuskan apa yang dianggap sebagai kehendak.
  • Menstukturkan semula hutang (berjumpa dengan pemuitang)
  • Cari dan tambah Ilmu (melabur pada diri sendiri).

 

3. Ambil Kesempatan Terhadap Sokongan  Persekitaran Anda

Langkah ini agak sensitif pada sesetengah individu tapi inilah yang saya lakukan dahulu. Antaranya ialah :

  • Ziarah keluarga dan sahabat handai
  • Ikuti program di Masjid dan Surau atau rumah ibadat anda.
  • Ikuti program komuniti anda (kenduri kendara)

Rasanya anda dapat agak apa yang saya cuba sampaikan .

Kalau dah sengkek pergi la cari ihsan sikit , kalau tidak dengan wang ringgit (sebab sengkek) , maka guna tulang empat kerat kita.

Selain daripada membuat ibadah , paling tidak dapat meningkatkan silaturahim dan makan percuma , perut perlu diisi.

 

4.  Cari Jalan Untuk Tambah Pendapatan

Memotong dan mengurangkan perbelanjaan sahaja tidak cukup , anda perlu cari jalan untuk menambahkan pendapatan sedia ada.

Jumlah tidak penting , apa yang penting ialah “Konsistensi” .

Ianya dilakukan secara berterusan tanpa sebarang rasa was-was.

Apa yang penting ialah apa yang anda lakukan dengan pendapatan tersebut , hutang kalau dibayar lama kelamaan akan langsai , harta kalau dibeli sedikit demi sedikit akan bertambah banyak akhirnya.

 

5. Doa dan Fokus

Sebagai manusia kita tidak boleh mengelak dari hakikat bahawa terdapat kuasa yang lebih besar dari kita.

Bagi yang beragama Islam , kita akan kembali kepada Allah S.W.T , maka kita berdoa kepada yang Esa dan memohon petunjuk serta dikuatkan semangat kita untuk menghadapi keadaan yang sedang kita alami.

Antara kesilapan yang sering dilakukan ialah hilang fokus atau tumpuan dan kebanyakan dari kita fokus kepada benda-benda yang salah dan tidak memberikan makna dalam hidup kita.

Dalam kita berdoa dan mengerjakan sesuatu kita sering meminta perkara yang kita tidak ingini sebaliknya.

Sebagai contoh , kita berdoa supaya dijauhkan dari bahaya dan bencana sedangkan sepatutnya kita memohon diberikan keselamatan yang baik dan berkekalan atau kita memohon dijauhkan dari kemiskinan dan kepapaan sedangkan kita patut memohon diberikan kekayaan dan kesenangan.

Dengan kata lain , kita seharusnya fokus dan berdoa perkara kita inginkan dan bukan sebaliknya.

* Fokus disini bermaksud “visualize” atau menggambarkan sesuatu didalam minda seperti mana didalam keadaan nyata.

Ini termasuk juga ketika melakukan perkara-perkara fizikal.

Sebagai contoh , jika kita mahukan pendapatan sebanyak RM10,000 setiap bulan , kita harus punya gambaran atau “visualize” bagaimana rupanya RM10,000 dan semasa melakukan perkara fizikal.

Kita mempunyai gambaran hasil yang ingin kita capai diakhir kerja tersebut.

Kalau mahu menjual 10 unit produk misalnya, maka kita mempunyai gambaran 10 unit produk yang dibeli pelanggan.

Minda , percakapan dan perbuatan kena menjadi satu.

Apa yang difikirkan di Minda , Perkara yang diperkatakan serta Perbuatan kena sama dan seiring , dengan kata lain , BIKIN SERUPA CAKAP & FIKIR.

Insyaallah ianya akan membantu anda merealisaikan apa yang ada di fikiran anda.

SENGKEK hanyalah satu keadaan sementara manakala MISKIN adalah STATUS MINDA.  “Being broke is a temporary situation. Being poor is a state of mind ” 

Anda boleh merubah keadaan anda semahunya.

Tradisi Duit Raya & Kesannya Pada Tabung Pendidikan Anak Sendiri

Lagi 10 hari nak menjelang Hari Raya. Maka, setiap tahun, berulanglah episod yang sama iaitu persediaan raya. Tapi, tahun ni lain sikit kerana kita akan beraya dalam suasana PKP. Satu sudut, saya merasakan ini norma baru yang bagus.

Sebab apa? Bawah ni ada saya terangkan kemusykilan yang saya alami setiap tahun.

Saya hairan , masuk bulan sahaja ramadhan dan sebelum aidilfitri ramai yang tukar duit kecil kononnya nak buat sedekah bagi kanak-kanak (anak buah dan sedara-mara) semasa Hari Raya. Saya mempunyai beberapa kemusykilan , mungkin ada yang boleh menjawabnya.

  1. Golongan kanak-kanak ini fakir miskin kah?
  2. Golongan ini anak-anak yatim tanpa ibu ayah kah ?
  3. Kanak-kanak ini anak kita sendirikah?
  4. Ini budaya atau tanggungjawab agama?
  5. Kenapa nak dahulukan anak orang lain berbanding anak sendiri?

Compounding Effect

Katakan kita bajet RM100 (dalam bentuk duit kecil) untuk dibahagikan kepada kanak-kanak semasa raya , kalau wang tersebut di simpan terus ke akaun pelaburan anak kita sendiri yang memberikan pulangan 6% setahun , dan disimpan sejak lahir , dalam masa 18 tahun , RM100 tadi dah jadi RM3,376.00

Kalau kita bajet RM200 , sudah ada RM6,752.00.

Katakanlah anak kita sekarang berumur 3 tahun , 5 tahun dan 7 tahun.

Kalau RM100 setahun , pulangan sebanyak 6% setahun, ada tak RM318 , RM 563 dan RM839 dalam setiap akaun anak tadi?

Kalau tiada , makanya salah kita sendiri kalau anak-anak kita tidak mempunyai pembiayaan pendidikan yang mencukupi suatu hari nanti.

Kenapa kita nak dahulukan anak orang lain kalau anak kita sendiri terbiar dan terlepas peluang pendidikan?

Tradisi tu sendiri tak salah, yang salah kita. Kita tak sediakan dana pendidikan untuk anak sendiri tapi sibuk nak bagi duit raya kepada anak orang lain.

Bak pepatah melayu,

kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan

Sedekah pada fakir miskin dan anak yatim itu dituntut tapi bagi duit pada anak orang yang cukup sifat dan ada ibu dan ayahnya itu mengarut.

Secara peribadi saya tidak pernah beri wang (duit raya) kepada anak-anak buah saya atau anak sesiapapun kecuali ianya berbentuk hadiah dan galakkan kerana berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan pada tahun tersebut.

Itupun bergantung kapada jenis kejayaan.

Namun untuk bagi begitu sahaja tanpa sebarang pulangan , tidak sama sekali.

Lagipun memberi wang bukan satu tabiat yang baik untuk diajar kepada anak-anak terutama ide memberi wang sebagai hadiah sangat berkait rapat dengan korupsi dan rasuah.

Saya juga sering kali melihat wang yang di berikan kepada kanak-kanak yang tidak cukup akal ini di bazirkan begitu sahaja sama ada digunakan membeli jajan , bunga api atau hilang berciciran di tengah jalan semumpama wang tersebut tidak mempunyai nilai.

Lain sekolah hidup , lain ajarannya , raikan perbezaan.

 

5 Kemahiran Anda Patut Belajar Waktu PKP

Alhamdulillah , PKP mula dilonggarkan dan bagi kebanyakan orang ianya satu permulaan semula ( restart) kehidupan daripada terkurung didalam rumah kepada mula mencari rezeki diluar. Namun semasa PKP lebih sebulan ini adakah kita memanfaatkannya sebaik mungkin.

Saya kongsikan apakah kemahiran yang patut kita pelajari semasa tempoh tersebut kalau kita hendak menjadi lebih bernilai di pasaran. Kalau belum maka carilah masa dan mula belajar. Sebelum itu saya cadangkan kepada sesiapa yang ingin menambah kemahiran baru dalam hidup supaya melihat 4 kriteria berikut sebelum memilih apa-apa kemahiran baru untuk dipelajari.

  1. Belajar sesuatu yang memberi impak cepat dalam kehidupan , kerjaya dan perniagaan kita, bukan dalam masa setahun dua tapi sehari dua dah boleh nampak impaknya.
  2. Belajar Ilmu atau kemahiran yang tidak memerlukan masa yang lama ( bertahun) untuk menjadi mahir , cukup beberapa hari atau minggu untuk mahir , paling lama pun mungkin sebulan dua.
  3. Belajar kemahiran dari rumah menggunakan apa yang ada tanpa perlu keluar ke kelas atau bertemu orang lain untuk mempelajarinya , boleh buat latih tubi terus dari meja kita.
  4. Belajar sesuatu kemahiran atau ilmu ikut masa kita , tidak terlalu laju sehingga tidak faham atau tertekan (belajar perlahan-lahan ikut “pace” kita ) untuk memahaminya.

Apakah 5 Kemahiran baru yang patut kita pelajari semasa dalam tempoh PKP ini ?

* tidak semesti kena belajar semua , pilih yang sesuai berdasarkan situasi dan matlamat diri sendiri.
 

1. CODING

Kemahiran Pengaturcaraan Komputer. Samaada hardcode , softcode , web code , pembangunan web dan sebagainya.

 

2. PEMASARAN DIGITAL

Socmed , funnel , ecommerce , traffic , copywriting , bots dan sebagainya.

 

3. MENJUAL (closing)

Wajib tahu dan mahirkan kalau nak berniaga.

 

4. PENGURUSAN PROJEK

Mengurus masa , materials , sumber manusia , kapasiti , logistik dan sebagainya.

 

5. COPYWRITING (surat jualan)

Kena tahu bercerita , mempersembah , menyampaikan sesuatu mesej melalui tulisan , audio , video dan sebagainya bagi membina jenama dan ideologi untuk menguatkan suatu kepercayaan pada produk atau perkhidmatan.

 

Semua kemahiran ini hanyalah secebis keperluan yang diperlukan sesangat oleh industri yang bakal menghadapi norma baru selepas COVID-19 ini.

Sesiapa yang mempunyai kemahiran ini akan menjadi buruan industri ( tak kisah nak makan gaji atau bekerja sendiri)

PENDAPATAN yang kita perolehi adalah hasil hubungan terus dengan PASARAN.

Nilai PENDAPATAN kita adalah sama dengan nilai yang pasaran tentukan , lebih tinggi NILAI kita di PASARAN maka lebih tinggilah PENDAPATAN yang kita bakal perolehi , begitu juga sebaliknya.

Maka tingkatkan kemahiran / Ilmu yang diperlukan oleh PASARAN. Jadilah manusia yang bernilai di PASARAN.

Alhamdulillah , saya sempat berpindah ke rumah & pejabat baru saya , masih serabut nak setup itu dan ini. Saya harap premis baru ini dapat memberikan keselesaan kepada tetamu , warga kerja urusinsan dan keluarga saya.

Salah satu formula baru ialah tinggal dekat dengan tempat kerja bukan kerja dekat dengan tempat tinggal.

 

PERINGATAN !
Tawaran keahlian seumur hidup urusinsan akan berakhir sejurus PKP dimansuhkan. Bertindak sekarang kepada yang ingin mempunyai simpanan minima RM2K setiap bulan dan harta minima bernilai RM500K.

Melebur RM20 Di Bazar Ramadhan Melenyapkan Impian Untuk Bersara Awal

Memandangkan esok kita dah mula berpuasa Ramadhan dan malam ni dah mula solat sunat Terawih, saya nak kongsikan sisi pandang yang berbeza sedikit berkenaan budaya berbelanja di Bazar Ramadhan dan kesannya pada pelan perancangan persaraan awal kita.

Sesungguhnya Rasulullah S.A.W berkata kepada puteri kesayangannya:”Wahai Fatimah. Kelebihan wanita yang mengeluarkan peluh ketika memasak untuk suami dan anak-anaknya, Allah akan bina parit antara dirinya dengan neraka bagi menghalang bahang api neraka itu dan jarak antara parit dengannya adalah sejauh langit dengan bumi…” (Abu Hurairah r.a).

Tahukah anda jika kita menghabiskan RM20 setiap hari di Bazaar ramadhan atau RM600 sebulan di Bazaar Ramadhan setiap tahun boleh menjejaskan pemilikan harta bernilai RM600 ribu ringgit dan peluang untuk bersara awal dengan wang pencen sebanyak RM4,200 dalam masa 15 tahun.

Biar betik … Macam tak masuk akal saja … Bak kata Nujum Negeri Masai .. Buktikan.

 

PERTAMA

Jika RM600 (RM20 sehari di bazar ramadhan) dilaburkan setiap tahun atau RM50 setiap bulan pada pelaburan yang memberikan pulangan 8% setahun , dalam masa 5 tahun maka akan ada sekitar RM4 ribu didalam akaun pelaburan tersebut.

RM 4 ribu cukup untuk membayar kos guaman dan lain-lain kos bersangkutan jika membeli sebuah hartanah bernilai RM200K.

 

KEDUA

Jika menggunakan teknik beli hartanah tanpa modal , maka hartanah yang bernilai RM200K akan dapat di beli tanpa perlu mengeluarkan wang deposit sebanyak RM20 ribu ringgit.

 

KETIGA

Hartanah tersebut jika di sewakan pada kadar 8% setahun dengan pembiayaan di tetapkan pada kadar 5% selama 15 tahun (bayaran bulanan kepada bank lebih kurang sama dengan hasil sewaan sebanyak RM1400 sebulan) , selepas 15 tahun kadar sewa tersebut boleh dikutip penuh setiap bulan (jika tidak menaikkan sewa) sekitar RM1400 sebulan.

 

KEMPAT

Jika proses ini diulang setiap 5 tahun berikutnya , maka dalam masa 15 tahun anda boleh memiliki tiga buah hartanah yang bernilai RM600 ribu ringgit (kalau tidak diambilkira kenaikan rumah asal) dan mempunyai pendapatan bersih hasil sewaan sebanyakRM1,400 (satu ribu empat ratus) sebulan setiap 5 tahun.

Samaada anda bermula pada usia 20 tahun atau 25 tahun , menjelang usia 40 tahun atau 45 tahun , anda akan mempunyai harta minima bernilai RM600 ribu ringgit dengan pendapatan sebanyak RM1,400 ringgit sebulan dan meningkat menjadi RM2,800 pada 5 tahun berikutnya dan RM4,200 pada usia 50 atau 55 tahun. Ini bermakna anda boleh bersara seawal usia 40 tahun jika mahu.

 

Secara ringkasnya :

  • 5 tahun pertama = menyimpan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
  • Hartanah pertama  = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun
  • 5 tahun berikutnya = meneruskan simpanan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
  • Hartanah kedua = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun
  • 5 tahun berikutnya = meneruskan simpanan dan melabur RM600 setiap tahun pada kadar 8% = RM4000
  • Hartanah ketiga = RM200K , bayar bank dan kutipan sewa = RM1400 sebulan selama 15 tahun.

Kesannnya :

  • 20 tahun = 3 buah Hartanah bernilai RM600K dan kutipan sewa bersih RM1400 sebulan (sewaan kasar RM4200)
  • 5 tahun berikutnya = kutipan bersih sewa RM2800 sebulan.
  • 5 tahun berikutnya = kutipan bersih sewa RM4200 sebulan.

Nota :Ilustrasi di atas tidak mengambil kira akan kenaikan harga hartanah , kenaikan kadar sewaan dan juga simpanan hasil lebihan dari sewaan jika ada.

Inilah akibatnya wang yang sepatutnya disalurkan untuk hari tua anda dileburkan di Bazaar Ramadhan. Cuba fikir kenapa selama ini anda tidak mempunyai harta?

Adakah kerana anda tidak mempunyai wang atau modal atau kerana anda ingin hidup mengikut acuan dan budaya orang ramai.

Adakah orang ramai itu kaya berharta atau sengkek seperti anda?

Jika yang ramai itu memiliki harta , sudah tentu sekarang anda di kelilingi oleh orang kaya. Maka jika diikut orang ramai maka anda juga akan seperti mereka merungut dengan kenaikan harga barang saban hari dan sengkek tanpa harta.

Ciptalah acuan dan budaya hidup sendiri supaya kelak anda tidak menyesal nanti. Ini cuma contoh RM20 sehari sepanjang bulan Ramadhan, perbelanjaan di Bazar Ramadhan meningkat saban tahun, bagaimana pula jika anda membelanjakan RM30 atau RM50 setiap kali ke Bazar Ramadhan?

Berapakah yang akan anda leburkan di Bazar Ramadhan nanti ?

Walaupun tiada bazar waktu PKP ni, tetapi e-bazar sudah giat dipromosikan. Sudah semestinya kos pembelian lagi mahal kerana ada caj penghantaran lagi.

Jangan kerana mengikut nafsu makan ketika berbuka puasa kita mensia-siakan hari tua kita dan melenyapkan impian untuk bersara seawal yang mungkin. Fikir-fikirkan.

 

Nota kaki :

Pelaburan hartanah hanyalah salah satu dari banyak contoh intrumen pelaburan yang boleh di pertimbangkan. Sila rujuk perancang kewangan yang bertauliah dan berpengalaman sebelum membuat apa-apa keputusan mengenai pelaburan dan intrumen yang ingin digunakan.

Muhasabah PKP, Alangkah Bagusnya Dapat Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan

Dalam keadaan situasi seperti PKP ni, ada baiknya untuk kita bermuhasabah. Terutamanya berkenaan status kewangan kita.

Memandangkan kita diberi pilihan moratorium, mungkin antara kita yang perasan,

“Eh, banyak juga duit aku ni kalau aku tak ada komitmen hutang-hutang bank”

Siapa yang ada rasa macam ni ? Mengaku sahaja lah. Buat apa nak malu, permulaan awal untuk kita perbaiki kewangan kita adalah dengan rendahkan ego kita.

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan perihal kenapa kita perlu kurang komitmen hutang kenderaan kita.

Sebenarnya ada banyak sebab kenapa kita perlu buat demikian, antaranya :

  1. Apabila ingin menambah baik aliran tunai sedia ada.

  2. Lebihan aliran tunai digunakan sebagai modal mengumpul harta yang lebih bernilai tinggi.

  3. Menambah baik laporan CCRIS , kadangkala beberapa ratus ringgit adalah penentu antara mendapat kemudahan kewangan yang diinginkan atau tidak.

  4. Meningkatkan kuota pembiayaan , terutama apabila nama kita telah bersih dari pembiayaan kenderaan tersebut.

 

Antara kaedah yang digunakan untuk mengurangkan bayaran ansuran kenderaan adalah dengan :

  1. Membuat pembiayaan semula pinjaman sedia ada dengan institusi kewangan yang lain.

  2. Penjadualan semula pembiayaan dengan institusi kewangan sedia ada ( saya tidak galakkan kaedah ini kerana biasanya akan ada catitan didalam laporan CCRIS dan memungkinkan kesukaran mendapat pembiayaan dari institusi kewangan yang lain.

  3. Menjual kenderaan tersebut kepada pasangan

 

Contoh Kes

Objektifnya adalah :

  1. Untuk meningkatkan aliran tunai bulanan dari negatif kepada positif

  2. Memulakan simpanan untuk dijadikan modal mengumpul harta

Tuan punya kereta terbabit menjual keretanya kepada isteri beliau dengan nilai pembiayaan yang lebih rendah.

Sebelum penstukturan kewangan , beliau perlu membayar ansuran bulanan kereta sehingga RM780 sebulan, kini beliau dapat menyimpan lebih RM400+ sebulan berbanding -ve RM137 sebulan sebelum ini setelah di kurangkan ansuran bulanan kereta serta ansuran bulanan yang lainnya (PTPTN dan lain).

ansuran-kenderaan

Katakan beliau menyimpan RM400 sebulan selama 2 tahun pada kadar pulangan 8% setahun , beliau akan mempunyai simpanan sebanyak RM 10,373 , wang yang terkumpul ini dapat digunakan sebagai modal untuk membeli hartanah yang berharga dibawah RM100K sebagai permulaan atau membeli saham di bursa saham atau sebagai modal perniagaan kecil.

Bayaran ansuran bulanan sebelum penstrukturan adalah sebanyak RM780 sebulan.

Manakala bayaran ansuran bulanan selepas kereta tersebut dijual kepada pasangan adalah sebanyak RM 383.00 sahaja , yakni penjimatan sebanyak RM397.00.

Biarpun tempoh pinjaman di panjangkan , namun setelah wang simpanan terkumpul mencukupi kelak , pengadu akan mempunyai pilihan untuk menyelesaikan hutang keretanya lebih awal dari tempoh pembiayaan atau membeli kereta yang lain secara tunai kelak.

Strategi ini hanyalah untuk sementara waktu sahaja.

Urusan ini dilakukan di sebuah bank tempatan seperti yang di lampirkan.

Perlu diingatkan, mengurangkan ansuran bulanan kenderaan hanyalah salah satu kaedah atau alat sahaja , ianya bukan obkjektif atau matlamat kewangan.

Kita perlu mempunyai matlamat kewangan yang jelas yang ingin dicapai dengan menggunakan alat kewangan yang di pilih.

Ingat !!! Matlamat kewangan dulu baru pilih alat yang sesuai.