Skip to content

Tradisi Duit Raya & Kesannya Pada Tabung Pendidikan Anak Sendiri

Lagi 10 hari nak menjelang Hari Raya. Maka, setiap tahun, berulanglah episod yang sama iaitu persediaan raya. Tapi, tahun ni lain sikit kerana kita akan beraya dalam suasana PKP. Satu sudut, saya merasakan ini norma baru yang bagus.

Sebab apa? Bawah ni ada saya terangkan kemusykilan yang saya alami setiap tahun.

Saya hairan , masuk bulan sahaja ramadhan dan sebelum aidilfitri ramai yang tukar duit kecil kononnya nak buat sedekah bagi kanak-kanak (anak buah dan sedara-mara) semasa Hari Raya. Saya mempunyai beberapa kemusykilan , mungkin ada yang boleh menjawabnya.

  1. Golongan kanak-kanak ini fakir miskin kah?
  2. Golongan ini anak-anak yatim tanpa ibu ayah kah ?
  3. Kanak-kanak ini anak kita sendirikah?
  4. Ini budaya atau tanggungjawab agama?
  5. Kenapa nak dahulukan anak orang lain berbanding anak sendiri?

Compounding Effect

Katakan kita bajet RM100 (dalam bentuk duit kecil) untuk dibahagikan kepada kanak-kanak semasa raya , kalau wang tersebut di simpan terus ke akaun pelaburan anak kita sendiri yang memberikan pulangan 6% setahun , dan disimpan sejak lahir , dalam masa 18 tahun , RM100 tadi dah jadi RM3,376.00

Kalau kita bajet RM200 , sudah ada RM6,752.00.

Katakanlah anak kita sekarang berumur 3 tahun , 5 tahun dan 7 tahun.

Kalau RM100 setahun , pulangan sebanyak 6% setahun, ada tak RM318 , RM 563 dan RM839 dalam setiap akaun anak tadi?

Kalau tiada , makanya salah kita sendiri kalau anak-anak kita tidak mempunyai pembiayaan pendidikan yang mencukupi suatu hari nanti.

Kenapa kita nak dahulukan anak orang lain kalau anak kita sendiri terbiar dan terlepas peluang pendidikan?

Tradisi tu sendiri tak salah, yang salah kita. Kita tak sediakan dana pendidikan untuk anak sendiri tapi sibuk nak bagi duit raya kepada anak orang lain.

Bak pepatah melayu,

kera di hutan di susukan, anak di rumah kelaparan

Sedekah pada fakir miskin dan anak yatim itu dituntut tapi bagi duit pada anak orang yang cukup sifat dan ada ibu dan ayahnya itu mengarut.

Secara peribadi saya tidak pernah beri wang (duit raya) kepada anak-anak buah saya atau anak sesiapapun kecuali ianya berbentuk hadiah dan galakkan kerana berjaya melakukan sesuatu yang membanggakan pada tahun tersebut.

Itupun bergantung kapada jenis kejayaan.

Namun untuk bagi begitu sahaja tanpa sebarang pulangan , tidak sama sekali.

Lagipun memberi wang bukan satu tabiat yang baik untuk diajar kepada anak-anak terutama ide memberi wang sebagai hadiah sangat berkait rapat dengan korupsi dan rasuah.

Saya juga sering kali melihat wang yang di berikan kepada kanak-kanak yang tidak cukup akal ini di bazirkan begitu sahaja sama ada digunakan membeli jajan , bunga api atau hilang berciciran di tengah jalan semumpama wang tersebut tidak mempunyai nilai.

Lain sekolah hidup , lain ajarannya , raikan perbezaan.

 

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
Cara-Untuk-Mengurangkan-Kos-Medikal-Kad-Dan-Menyimpan-Wang-Simpanan

Apa Nak Buat Dengan Simpanan?

Bro pinjam duit boleh nak hidup, simpanan aku dah kering kena telan  MMAG” Ini sebahagian peristiwa hitam Sep 2020 yang...
laburkan

Instrumen Apa Sesuai Untuk Laburkan Duit?

Antara perkara yang sering ditanyakan kepada saya ialah bagaimana untuk bermula dan di mana hendak laburkan wang atau simpanan yang...
journey

Selangkah Bebas Dari Hutang

Rasa macam nak cerita pula pengalaman saya langsaikan hutang saya iaitu pada tahun 2007. Saya tidak pernah mahu jadi seorang...
kancil

10 Sebab Kenapa Perlu Langsai Hutang Kereta Cepat

Lain orang, lain citarasanya. Ada orang jenis tak kisah hidap komitment bertahun-tahun. Ada orang yang rasa bahagia sangat bila tak...
kena-tipu-dan-hutang-berjuta-ringgit

Kena Tipu Dan Hutang Berjuta Ringgit

Semua orang pernah kena tipu , tipulah kalau kata tak pernah kena tipu. Ini kisah saya yang pernah di tipu...