Skip to content

Kena Tipu Dan Hutang Berjuta Ringgit

Semua orang pernah kena tipu , tipulah kalau kata tak pernah kena tipu. Ini kisah saya yang pernah di tipu hidup-hidup sejak di lahirkan di dunia ini. Sejak kecil lagi saya di tipu dan di momokkan dengan banyak perkara dan antaranya ialah hantu momok , budak-budak tidak boleh campur urusan orang dewasa , orang tua lebih banyak makan garam dan cikgu di sekolah lebih bijak dari muridnya , itu baru sebahagian penipuan semasa kita kecil.

Melangkah ke alam dewasa saya terus ditipu , nak jadi jadi kaya berjaya kena sekolah sampai ke menara gading , produk dan perkhidmatan tidak seperti yang di iklankan , harap muka awek jer cun tapi perangai nauzubillah. Tapi apa kena mengena semua ini dengan cerita saya. Tujuan saya menulis muqaddimah ini adalah untuk menunjukkan bahawa kebanyakan perkara yang berlaku di sekeliling kita tidak seperti mana yang kita tahu dan fahami dan itu membuatkan diri kita mudah ditipu.

Ini merupakan kejadian kali pertama saya tertipu (selain dari perkara yang di sebutkan di atas) yang melibatkan kerugian masa dan wang yang banyak. Saya di beritahu kalau saya belajar di sekolah , belajar dengan rajin dan ikut kata guru-guru di sekolah satu hari nanti saya akan menjadi manusia yang berjaya. Saya habiskan masa lebih 12 tahun di sekolah rendah dan menengah dan kemudiannya 2 tahun di Politeknik hanya untuk mendapatkan sijil dan mempelajari perkara yang saya tidak boleh gunakan semasa saya bekerja.

Pengalaman saya bekerja sambilan di sebuah kedai memperbaiki alat elektrik semasa saya di sekolah menengah lebih banyak membantu saya semasa saya memulakan kerjaya saya. Saya buang masa selama 14 tahun dan ribuan ringgit di habiskan sedangkan kalau saya tahu apa yang saya tahu hari ini mungkin saya dah boleh jimat paling tidak 6 tahun dari tempoh tersebut serta ribuan wang ringgit dari membayar yuran sekolah dan sebagainya.

Saya tidak perlu sebutkan contoh mereka yang berjaya biarpun tidak habis sekolah. Anak-anak hari ini terus di tipu dengan sukatan matapelajaran yang sudah “obsolete” serta ketinggalan. Sekolah tidak lebih dari sebuah kilang yang saban tahun mengeluarkan produk khayalan. Ibu bapa akan marah tetapi itulah kenyataannya.

Keluarga , masyarakat dan orang sekeliling menyatakan bahawa orang kaya itu jahat , penipu , menjadi kaya itu salah dan tidak betul , memiliki harta kekayaan itu mendekatkan diri dengan kejahatan dan akibatnya saya berkawan dengan orang miskin , menjauhkan diri dari golongan kaya termasuklah saudara mara sendiri yang kaya. Mereka di lihat terlalu jauh dengan kami (keluarga saya). Kesannnya saya berasa rendah diri jika bersama mereka yang berasal dari keluarga kaya (kawan-kawan dan saudara mara).

Walhal saya boleh belajar banyak perkara dari mereka , malah mentor pertama saya Arwahyarham Dato’ Hj Ahmad Mahmood merupakan datuk saudara saya yang kaya. Saya rapat dengan beliau hanya ketika saya jatuh , susah dan hilang pekerjaan dan jika saya rapat lebih awal (ketika kanak-kanak) saya tidak akan rugi pengalaman dan kebijaksanaan beliau yang berpuluh-puluh tahun itu , paling tidak mungkin saya sudah mula menjadi usahawan lebih awal.

Kita terima nasihat dari mereka yang bukan ahli dalam bidang yang kita ceburi , sebagai contoh kita diberitahu bahawa kita perlukan wang atau modal yang banyak untuk memulakan satu-satu usaha atau perniagaan , tukang yang bagi nasihat ini bukannya usahawan atau peniaga pun akibatnya hampir kesemua usaha dan perniagaan yang saya cuba usahakan dahulu gagal atas faktor ini , walhal kalau saya fikirkan semula , semua usaha saya itu boleh berjaya kalau saya tidak ikut nasihat mereka-mereka ini. Wang bukan satu-satunya modal , setiap orang memiliki 3 lagi modal yang boleh di gunakan yakni masa , tenaga dan pengetahuan sebagai modal untuk memulakan satu-satu usaha.

Apa yang di pamer dan ditunjukkan adalah cerita sebenar , ini adalah antara pengajaran yang mahal bagi saya kerana bukan semua yang kita nampak atau di pamerkan adalah cerita sebenar. Antara pelaburan terawal saya adalah mesin vending “Mat Kiosk” , dengan harga sebuah mesin mencecah RM25K setiap satu , ratusan ribu saya habiskan untuk melabur di dalam perniagaan ini. Semua yang di tunjukkan kepada saya indah-indah belaka , akibatnya bukan sahaja wang saya habis begitu sahaja malah saya terpaksa menghabiskan banyak masa berurusan dengan pihak-pihak berwajib.

Untuk berjaya kena berhutang , ini adalah kesilapan terbesar saya , oleh kerana saya berjumpa dan meminta nasihat dari orang yang salah, kalau 10 orang saya jumpa , 9 dari mereka akan mengatakan hutang sebagai satu alat penyelesaian dan akibatnya saya pernah berhutang sehingga 18 kad kredit , hutang peribadi mencecah ratusan ribu dan hutang perniagaan jutaan ringgit , Nilai Harta bersih saya lebih RM 1 juta ringgit habis begitu sahaja , 11 hartanah yang saya pernah miliki terpaksa saya jual.

Kerana apa? Kerana kononnya untuk lebih berjaya kita kena ambil risiko yang lebih tinggi , pernah dengar ungkapan “High RIsk High Return” , saya tidak tahu siapa yang ajar ungkapan ini tetapi siapa yang percaya dengan ungkapan ini adalah manusia paling bodoh di dunia termasuk saya satu ketika dahulu kerana percaya dengan ungkapan ini. Risiko menjadi tinggi apabila kita tidak mempunyai ILMU atau PENGETAHUAN dalam bidang atau usaha yang kita ceburi. Bukan kerana aktiviti itu yang berisiko tetapi ILMU dan PENGETAHUAN yang kurang menjadikan sesuatu itu lebih berisiko tinggi.

Orang paling rapat dengan kita tidak akan tipu kita (adik beradik , sanak saudara , sahabat handai). Kalau kita berhati-hati dengan orang yang kita tidak kenali , kita sepatutnya lebih berhati-hati dengan mereka yang lebih rapat dalam hidup kita , satu pengajaran yang sangat mahal bagi saya , kebanyakan usaha saya adalah bersama mereka yang saya amat kenali , hampir semua pelaburan saya diperkenalkan oleh mereka yang amat saya kenali dan mereka-mereka ini jugalah yang menipu saya. Bukan semua tetapi dari pengalaman saya sendiri hampir kesemuanya. Semuanya indah sebelum usaha membuahkan hasil , selepas itu mata sudah terang , wang menjadi rebutan dan ironinya usaha saya yang berjaya pula adalah bersama mereka yang kurang kenali sebelum ini.

Cukup setakat ini cerita saya di tipu , saya tidak mahu sentuh tentang penipuan lain seperti penipuan media , politik dan banyak lagi penipuan lain , apa yang saya boleh simpulkan , 3 perkara yang perlu kita tekankan. Pertama adalah ILMU , tidak ke sekolah pun tidak mengapa yang penting memiliki ILMU dan ILMU boleh diperolehi dengan pelbagai usaha bukan hanya pergi ke sekolah dan universiti , apa yang saya ketahui hari ini tidak diajar di sekolah. Cari ILMU dalam bidang yang ingin kita ceburi. Cari Guru yang berpengalaman dan ahli dalam bidangnya (ini memang susah , sebab ramai yang indah khabar dari rupa) dan dari sudut kewangan , seboleh-bolehnya elak dari berhutang. Ikhlas dari saya yang pernah berhutang jutaaan ringgit , cuba sebaik mungkin untuk elak dari berhutang dan keluar dari hutang secepat mungkin. Apapun yang anda sedang usahakan , istiqamah dan sabar. Usaha , Doa dan tawakal. InsyaAllah.

Artikel berkaitan

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
hutang-baik

Siapa Kata Berhutang Tu Tak Boleh?

Tidak salah berhutang tetapi kebanyakan orang berhutang dengan cara yang salah. Kunci kepada hutang yang berjaya ialah hanya “berhutang” apabila pulangan...
berhenti-kerja

Diberhentikan Kerja, Sekarang Kerja Pembantu Gerai Sayur

Beberapa hari lepas saya mula kongsikan surat dari follower tentang permasalahan mereka. Saya sangkakan ramai yang nak tahu dan belajar dari...
journey

Selangkah Bebas Dari Hutang

Rasa macam nak cerita pula pengalaman saya langsaikan hutang saya iaitu pada tahun 2007. Saya tidak pernah mahu jadi seorang...
kewangan-peribadi

Celikkan Kewangan Diri Sendiri Dulu, Baru Keluarga Kita.

Secara peribadi salah satu sifat diri yang ada pada saya ialah pentingkan diri sendiri dalam hal kewangan. Ini kerana saya...
tips-beli-kereta

Tip Elak Hutang Kereta, Dapat Beli RM40k Tunai!

Hutang kereta merupakan antara punca kebanyakan orang muflis. Antaranya disebabkan oleh nilai susut yang tinggi berbanding dengan pinjaman yang dibuat....