Apabila PKP mula dijalankan pada Mac 2020, beberapa syarikat terpaksa mengurangkan gaji pekerja, membuang pekerja, dan ada syarikat yang terpaksa ditutup.
Kemana perginya wang ratusan ribu hingga ke jutaan ringgit yang pernah dimiliki syarikat tersebut?
Begitu juga dengan mereka yang berpendapatan tinggi seperti ‘pilot’ misalnya, kemana perginya wang gaji sehingga puluhan ribu ringgit sebulan?
3 perkara ini dapat membantu anda untuk urus duit dengan lebih baik supaya anda dapat lebih berhati-hati di masa hadapan.
1. Asset Allocation
Topik ‘urus duit’ walaupun tidak kedengaran ‘vogue’, namun ianya sangat penting. Bukan sahaja untuk kelangsungan syarikat, malah juga untuk membantu individu untuk terus menjalani kehidupan dengan selesa sekiranya terkesan dengan pandemik dari segi pekerjaan.
‘Buat duit’ dan ‘urus duit’ adalah 2 ilmu yang berbeza. Sekiranya anda atau syarikat anda mampu menjana sehingga puluhan ribu ringgit ke atas setiap bulan, namun tiada kemahiran untuk uruskannya, maka anda perlu sentiasa bekerja untuk wang. Adalah lebih baik jika wang pula yang bekerja untuk anda.
Disamping simpanan yang anda perlu ada, pastikan anda ada ‘portion’ wang yang diperoleh untuk pelaburan. Ianya sangat penting untuk menggandakan ‘portion’ wang yang disimpan khas untuk pelaburan tersebut.
Dengan cara ini, maka ‘tahap kesihatan’ kewangan anda akan lebih selamat. Anda ada simpanan khas untuk kegunaan, dan pada masa yang sama anda juga ada pelaburan untuk wang bekerja untuk anda.
Pelaburan ini juga akan membantu anda untuk bina ‘cash reserve’, samada untuk syarikat, atau diri anda sendiri.
Namun, pelaburan ini bukan semudah ABC. Anda perlu ada ilmu. Anda perlu berguru supaya pelaburan anda mendatangkan keuntungan. Bukan sebaliknya.
Untuk ada lebihan wang untuk melabur, anda perlu belanja mengikut kemampuan.
2. Berbelanja Mengikut Kemampuan
Siapa sangka seseorang individu yang memperoleh income sehingga puluhan ribu sebulan juga terkesan akibat pandemik?
Walau sebesar mana pun income kita, elakkan dari terlalu spend duit kepada barang bukan keperluan.
Sebagai contoh, anda tidak perlu memiliki kereta yang mewah yang memerlukan ansuran tinggi setiap bulan semata-mata untuk kelihatan ‘class’ di mata orang.
Ansuran kereta setiap bulan memerlukan kos. Silap cara atau silap perkiraan, ianya memberi kesan kepada mereka yang tidak dapat meneruskan pekerjaan akibat pandemik.
Sekiranya anda mampu memiliki kereta secara cash, itu adalah lebih baik. Tidak salah untuk anda membeli. Namun, sekiranya anda perlu bayar secara ansuran, anda perlu berhati-hati dalam menguruskan kewangan anda.
Dalam buku Forensik Kewangan saya, saya kongsikan bagaimana saya boleh membeli kereta secara cash. Boleh dapatkan buku tersebut disini: https://forensikwang.com/
Selain kereta, elakkan membeli barang-barang bukan keperluan. Tidak perlu tukar perabot dan sofa dirumah setiap tahun. Tidak perlu kumpul collection handbag sehingga beribu-ribu ringgit. Tidak perlu tukar iPhone baru setiap kali versi baru dilancarkan.
Perbelanjaan mengikut kemampuan ini adalah untuk memastikan anda ada lebihan wang untuk simpanan.
3. Perlu Ada Simpanan
Ramai yang mula sedar ketika pandemik tentang kepentingan simpanan. Untuk mereka yang tidak dapat meneruskan pekerjaan, ataupun perniagaan menghadapi cabaran, maka simpanan yang ada dapat membantu untuk ‘survive’.
Wang simpanan yang perlu ada adalah dalam 3-6 bulan gaji anda. Seandainya gaji anda RM5,000 sebulan misalnya, anda perlu ada simpanan RM30,000. Selebihnya, anda perlu tahu urus kewangan seperti melabur dan sebagainya.
Sekiranya anda baru hendak mula menyimpan, mulakan dahulu dengan RM1,000 misalnya. Tidak mengapa jika anda baru hendak bermula. Everyone has to start somewhere.
Kesimpulan
Walaupun pada awal bulan 3 2021 ini syarat PKP mula dilonggarkan, namun kita semua perlu lebih berhati-hati.
PKP 1.0 pada Mac 2020 datang secara tiba-tiba. Kesannya pada tahap kewangan individu tidak dapat dijangka.
Oleh itu, berwaspadalah dalam urusan kewangan. Ini adalah supaya kita lebih bersedia sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka di masa hadapan.
Urus kewangan ini bukan sahaja untuk diri, malah dengan strategi kewangan yang betul, kita dapat bantu menghulurkan pada yang memerlukan dan tambahkan jumlah zakat kita inshaAllah.
p/s: Sekiranya anda berminat untuk di ’guide’ dengan lebih sepanjang dalam perancangan kewangan anda, anda boleh sertai coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya melalui portal Kursus Forensik Kewangan.
Saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut
Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang:
http://www.kursusforensikwang.com