Skip to content

3 Cara Untuk Kekal Motivasi Untuk Tingkatkan Kewangan

Tahun baru bermula, ramai bersemangat untuk berubah.

Namun, semangat itu kadangkala ada pasang surutnya.

Bagaimana untuk terus kekal bermotivasi? Lakukan 3 cara ini:

 

1. Tahu Big Why Anda

Kenapa anda mahu mulakan perniagaan ‘A’? Kenapa anda mahu melabur? Kenapa anda mahu tingkatkan kewangan?

Mungkin kerana anda bersungguh mahu tubuhkan Tabung Kemanusiaan yang fokus pada golongan tertentu.

Mungkin kerana anda ingin bantu ibubapa anda. 

Tuliskan big why ini disebuah kertas. Lebih elok andai anda dapat lihat big why ini setiap hari. 

Motivasi ada pasang surutnya. Apabila motivasi perlu ditingkatkan, ingat kembali big why ini.

 

2. Tukar Circle Anda

Andai anda suka main game, kawan-kawan anda juga suka main game, sudah tiba masanya untuk anda cari circle baru.

Semuanya bermula dengan anda ubah diri anda dahulu. Kemudian cari circle baru.

Andai mahu mulakan perniagaan, cari kawan yang sudah pun berjaya dalam perniagaan.

Andai anda mahu mulakan pelaburan saham, cari kawan yang sudah pun berjaya dalam pelaburan saham.

Andai tidak dapat 5 kawan, mulakan dengan 1 dahulu. Bina hubungan baik dengan rakan tersebut dengan perlahan.

Berterus-terang yang anda ingin capai apa yang telah sahabat anda capai.

 

3. Cari Coach Yang Dapat Guide Anda Capai Apa Yang Ingin Dicapai

Cari personal coach yang boleh guide anda dari A ke Z.

Cari kawan yang sudah pun capai apa yang ingin anda capai. Mesej dan tanya sekiranya kawan tersebut sudi untuk coach anda.

Orang yang berjaya kebiasaannya mahu membantu orang lain berjaya. Kerana mereka sudah lalui keperitan yang anda lalui, dan mereka telah pun bersusah payah dan tidak putus-putus berdoa meminta bantuan dari Tuhan.

Jangan risau jika rakan tidak mahu membantu. Ramai guru diluar yang membuat coaching. 

Anda perlu laburkan sejumlah wang untuk komitmen tersebut. (Nota Tambahan: Elakkan daripada yuran coaching yang berada diluar kemampuan anda)

Ingin jadi jutawan, belajar dengan jutawan. Saya sendiri berjaya menjadi jutawan pada umur 32 tahun.

Nota : Andai anda berminat untuk coaching coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya, anda boleh sertai Kursus Forensik Kewangan.

Melalui kursus ini, anda akan di’guide; selama 12 bulan secara online. Pelbagai video seperti cara langsaikan hutang dan tips tingkatkan pendapatan dikongsikan.

Melalui sesi coaching 1 on 1 pula, saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut.

Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang:

http://www.kursusforensikwang.com

 

Kesimpulan

3 tips ini tidak mudah. Sebab itu kami kongsikan 3 sahaja. 

Nampak seperti ringkas; anda tahu big why anda? Anda tahu dengan siapa anda nak berkawan sekarang? Dengan siapa anda mahu berguru untuk tempoh jangka panjang?

Mulakan dengan tindakan. Tulis big why anda atas kertas sekarang juga.

 

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
gagal-berjaya

Gagal Berjaya

Anda dah dapat capai sebahagian dari matlamat kewangan tahun 2018 ? Sekarang dah nak masuk setengah bulan March 2018. Apa...
urusinsan

10 Sebab Labur Dalam Hartanah

Tahu tak kenapa kita perlu melabur dalam hartanah? Saya kongsikan 10 dari berpuluh sebab kenapa kita perlu melabur dalam hartanah....
hartanah-urusinsan

Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak

Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di...
emil-kalibradov-V-1kCJh5R3w-unsplash

3 Sebab Jangan Takut Pendapatan Rendah

“Pendapatan Mike Tyson dianggarkan $300 juta sepanjang karir, dan disahkan bankrap dengan hutang melebihi $27 juta pada tahun 2003 Realiti...
kos-sara-hidup

Cara Ini Pun Boleh Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

Heboh satu Malaysia tentang kos barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat berkali ganda . Ketika perkara ini berlaku , seperti...