Orang Islam sendiri, apabila faham apa mesej yang disampaikan oleh Quran, Hadis, dan juga pengajaran dari kisah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, mereka akan tahu betapa pentingnya untuk menjadi kaya.
Nabi Muhammad s.a.w pernah miskin dan pernah kaya. Yang lebih lama adalah kaya berbanding miskin. Namun sejarah yang lebih diceritakan adalah bahagian miskin.
Nabi Muhammad s.a.w berdagang sehingga ke luar negara. Pada zaman ini, hanya orang kaya sahaja yang berniaga sehingga ke luar negara. Jika zaman dahulu sudah pun berniaga merentas negara, itu bermakna mereka berganda-ganda jauh lebih kaya.
Begitu juga dengan para sahabat yang kebanyakannya hartawan. Mereka yang kaya dapat membantu umat Islam dari segi kewangan termasuk dalam persediaan perang.
Uthman bin Affan yang mewakafkan telaga kepada umat Islam, dan akhirnya tumbuh ladang-ladang kurma di sekeliling telaga tersebut. Ladang kurma tersebut masih menghasilkan pendapatan hingga ke hari ini. Bayangkan betapa besarnya pahala yang mengalir untuk Uthman bin Affan walaupun sudah tiada.
Disini saya akan terangkan 3 sebab kenapa orang Islam perlu kaya.
1. Bayar Zakat Lebih
Apabila income anda meningkat, anda dapat bayar zakat lebih. Apabila anda berniaga, anda dapat bayar zakat perniagaan. Melabur? Zakat pelaburan.
Anda perlu rasa betapa seronoknya apabila dapat tunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat. Dan yang lebih seronoknya, orang kaya dapat memberi lebih kepada umat Islam.
Dan yang lebih luar biasa, dengan membayar zakat, rezeki menjadi lebih berkat.
Saya pasti anda mahu menjadi pemberi. Saya pasti anda mahu jadi seperti Ustaz Ebit Lew.
Bayangkan apabila umat Islam dapat membayar zakat lebih sehinggakan tiada lagi orang yang memerlukan.
Sudah tiba masanya untuk orang Islam kembali bangkit menjadi kaya. Mahu jadi kaya, pasang niat untuk berzakat lebih.
Apabila niat anda betul, inshaAllah perjalanan anda lebih mudah.
sumber mstar
2. Dapat Bersedekah Lebih
Dalam Surah al-Munafiqun 63:10 disebut:
Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.”
[Surah al-Munafiqun 63:10]
Bayangkan betapa besarnya pahala bersedekah ini sehinggakan orang yang pergi ingin hidup kembali untuk bersedekah. Untuk bersedekah lebih, kita perlu kaya.
Kita selalu dengar bukan berapa ringgit yang kita beri tetapi sejauh mana keihklasan kita dalam memberi. Ya betul. Bayangkan juga apabila kita nampak orang yang memerlukan, kita dapat sentiasa menghulur, memberi, memberi dan memberi tanpa perlu berkira.
Bayangkan juga kita sendiri dapat sediakan satu lori makanan asas kepada yang memerlukan seperti dalam krisis banjir, musim PKP 1.0 sebelum ini, dan seumpamanya.
Semua ini inshaAllah lebih mudah untuk dilakukan apabila tahap kewangan meningkat.
sumber pddkk
3. Dapat Bantu Diri & Keluarga
Berdasarkan hadis daripada Zubair bin alAwwam Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu mengambil talinya lalu membawa seikat kayu bakar di atas belakangnya, kemudian dia menjualnya sehingga dengannya Allah menjaga wajahnya (kehormatannya), itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang lain, sama ada mereka memberinya atau tidak memberinya.”
(Riwayat al-Bukhari)
Pengajaran dari hadis di atas ini adalah berusaha itu lebih baik dari meminta. Disebalik zakat dan sedekah, orang Islam perlu kaya supaya dapat memberi yang terbaik untuk keluarga dan diri atas usaha sendiri.
Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang berusaha dan bekerja untuk memberi nafkah kepada keluarganya.
Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.”
(Riwayat Muslim)
sumber keluarga.my
Kesimpulan
Dalam khutbah terakhir Rasulullah SAW, baginda berpesan untuk berpegang kepada Quran dan Hadis. Orang Islam yang memahami tuntutan ini dan berfikir sebaik mungkin akan faham kenapa orang Islam perlu kaya.
Jadi kaya bukan semata-mata ingin hidup senang; beli kereta besar, beli rumah besar. Jadi kaya supaya kita dapat membantu umat Islam seramai yang mungkin sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.
Siapa yang akan membantu umat Islam jika tidak umat Islam itu sendiri?
Nota: Andai anda berminat untuk dapatkan tips lebih details tentang kumpul harta, sertai Kursus Forensik Kewangan.
Melalui kursus ini, anda akan di’guide; selama 12 bulan secara online. Pelbagai video seperti cara langsaikan hutang dan tips tingkatkan pendapatan dikongsikan.
Disamping online guide selama 12 bulan, anda juga akan peroleh sesi coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya.
Melalui sesi coaching 1 on 1 pula, saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut.
Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang: http://www.kursusforensikwang.com