Skip to content

‘Perfectionist’ Melampau, Apa Ubatnya?

 

“Mereka hidup seperti robot tanpa emosi, suka bertikam lidah untuk sentiasa betul, dan mereka secara umum tidak disukai orang bawahan jika mereka seorang majikan

 

 

 

Jika simptom di atas sudah mula atau bertahun lama menhinggap pada peribadi anda, ketahuilah anda adalah seorang yang perlu cepat dan segera mendapatkan penyelesaian sebelum ia menjadi barah yang akan lebih susah dibaiki pada masa depan.

 

Berikut saya kongsikan 3 jalan keluar bagi mengurangkan tekanan emosi yang anda rasakan selama ini.

 

1) Buang Perkataan TERBAIK Dalam Kamus Kehidupan

Tiada manusia yang tak pernah buat salah, dan manusia tidak sesekali dinilai dengan seberapa banyak kali kesalahan yang dilakukan. Untuk mengelakkan daripada buat salah atau mengelak daripada menampakkan kelemahan/ kekurangan diri ini mudah sahaja, jangan buat apa-apa.

 

“Either you make mistakes with multiple attempts or zero mistakes doing nothing. I prefer the first”

 

Ini kata-kata majikan saya sewaktu awal-awal saya bekerja, amat tertekan waktu itu kerana kali pertama bekerja dengan firma antarabangsa dan kita yang terkial-kial dalam nak ‘deliver’ yang ‘TERBAIK’, dan akhirnya kata-kata tersebut membangunkan saya dari dunia fantasi.

 

Dunia adalah satu perjalanan dan satu proses menjadikan kita bukan seorang yang terbaik, tetapi menjadi semakin baik. Jika sudah kita mencapai status ‘TERBAIK’, apakah fungsi dan peranan kita nak hidup lagi untuk hari esok?

 

Semakin hari sepatutnya kita berpuas hati dengan kesalahan-kesalahan yang dibuat, kerana dengan kesalahan-kesalahan itulah yang memberikan kita pelajaran untuk menjadi lebih baik.

Baru-baru ini ada seorang kawan yang memulakan pelaburan saham setelah beberapa ketika belajar dengan kelas seorang sifu.

 

Pada awalnya dia mendapatkan untung yang sangat baik, tetapi tiba-tiba untung itu tadi bertukar kerugian. Saya bertanya pada dia betulkah untung itu didapatkan dengan ilmu ataupun ada juga unsur ‘luck’, dia mengiyakan ada unsur ‘luck’ dalam keuntungannya.  Kedua, saya tanyakan setuju atau tidak kerugian itu 100% adalah pelajaran (tiada lagi unsur ‘luck’? Kali ini saya nampak dia sudah faham apa yang saya nak maksudkan. 

 

Secara umum kebaikan yang diperolehi dalam kehidupan ini adalah rezeki Allah SWT dan amat sedikit faktor usaha kita, dan ujian kekurangan pula adalah memang terkait dengan kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan. Muhasabahlah dan anda akan menemuinya!

 

Kesalahan  juga satu terapi daripada sifat ego dan sombong. Mana taknya kalau hari-hari buat kerja bagus, dipuji dan diangkat, ini pastinya menyukarkan kita mendapat kritikan di kemudian hari (‘cepat koyak’). Ia lebih memburukkan keadaan apabila kita menjadi ‘resist’ dengan teguran , akhirnya mengeruhkan hubungan dengan orang sekitar.

 
 

2) Buang Perkataan TERBAIK Dalam Kamus Kehidupan

Faktor kedua yang menjadikan ‘perfectionist’ ni susah nak bendung kerana mereka kadang suka menambah-nambah objektif yang asalnya mudah dan praktikal, tetapi kerana  ‘mental state’ mereka nakkan lebih daripada biasa, mereka naikkan.

 

Mereka yang ‘perfectionist’ ini mensinonimkan objektif ‘biasa’ ini sebagai indikator kelemahan. Saya pada awalnya bersetuju dengan mereka tapi apabila saya melihat ‘hasil’ kerja mereka bahkan sebenarnya lebih menyedihkan.

 

Pertama, apabila mereka terlalu ‘idealis’ itu sudah memberikan kesan kepada emosi mereka dalam bekerja mencapainya. Saya melihat kesan negatif sepanjang mereka berusaha menyiapkan satu-satu tugasan ini adalah ahli keluarga mereka sendiri.

 

Isteri/suami dan anak-anak adalah mangsa pertama ‘perfectionist’ ini kerana masa kerja sudah memakan waktu bersama keluarga. Mereka sudah tidak kenal lagi siang atau malam asalkan mereka tidak nampak ‘lemah’ apabila mereka menyiapkan satu-satu tugasan nanti.

 

Terdapat juga kes perceraian yang berlaku disebabkan sikap yang seperti ini, emosi ‘perfectionist’ ini sudah pun diambil oleh objektif-objektif yang mereka sendiri tambahkan dan menyebabkan emosi keluarga diabaikan. 

 

Disebabkan mereka ‘perfectionist’, sebenarnya secara tak langsung masa mereka terbazir dengan hanya membuat satu pekerjaan, dari sini sudahpun boleh dibuat gambaran umum bahawa mereka sebenarnya hilang banyak potensi dalam meningkatkan taraf hidup semasa.

 

 “If you have pennies in your pocket, zero in your bank account, and creditors keep calling, it’s time to change your philosophy”

 

Nasihat ini adalah diambil daripada Jim Rohn terutama sekali kepada mereka yang sedar bahawa ‘perfectionist’ hanyalah sikap yang membuang potensi dalam diri.

 
 

3) Susun Tenaga Dengan Sistematik

 

Satu kelebihan yang tidak dimiliki selain ‘perfectionist’ adalah mereka ini ‘energetic’, dan mereka seolah-olah robot yang tidak perlukan rehat/tidur dalam menyiapkan satu-satu tugasan. Berilah tugasan kepada mereka, nescaya anda akan terkejut dengan ‘work rate’ yang mereka akan berikan.

 

Tetapi satu kelemahan yang perlu diperbaiki setelah yang pertama dan kedua sebelum ini adalah dengan menyusun semula satu persatu objektif yang besar kepada objektif yang lebih kecil (selalu disebut ‘milestone’).

 

Tidak salah ada satu objektif yang besar (dan semestinya praktikal), tetapi jika tiada ‘stop limit’ pada satu-satu objektif kecil pasti sentiasa wujud perasaan tidak cukup dan anda akan berterusan dengan kerja tersebut mengabaikan masa-masa yang lain.

 

Contoh mudah jika anda seorang penulis dan perlu menulis 5 buku dalam setahun, apakah langka pertama yang sebaiknya? Mungkin ada yang akan menyatakan terus mula mencari idea dan menulis.

 

Langkah pertama yang sebaiknya adalah meletakkan objektif kecil daripada 5 buku ini, pertama 1 buku dalam tempoh 2 bulan, kedua yang lebih praktikal berapa muka surat yang ingin dicapai dalam tempoh seminggu/sehari. 

 

Pembahagian ini sangat penting supaya tenaga anda tidaklah semuanya dibazirkan dengan kerja, maknanya jika anda siapkan objektif kecil ini anda sekarang mempunyai masa yang lebih untuk bersama keluarga dan urusan-urusan lain

 
 
Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
tv3_beli_atau_sewa

[Video] Beli Atau Sewa Rumah?

Video temubual Tuan Zaidi Ismail di rancangan bual bicara kendalian TV3. Mengupas topik manakah yang patut di dahulukan, beli rumah...
shiromani-kant-mo3FOTG62ao-unsplash

Kuasa Membaca Untuk Pengurusan Kewangan

“…Today a Reader, Tomorrow a Leader”. Kata-kata di atas sepertinya belum menunjukkan kuasa membaca pada pengurusan kewangan bukan? Sabar, saya...
hutang-kad-kredit

Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah

Kebanyakan orang rasa macam dah cukup bagus dah dapat buat bayaran minimum hutang kad kredit. Konon-kononnya dapat jaga aliran tunai....
warren-buffett

Melabur Hartanah Gaya Warren Buffett

Kita mungkin boleh kenalpasti bagaimana sesebuah institusi kewangan (yang nilainya berbilion) punya strategi pelaburan. Tapi jarang untuk kita tahu bagaimana...
Cara-Untuk-Mengurangkan-Kos-Medikal-Kad-Dan-Menyimpan-Wang-Simpanan

Apa Nak Buat Dengan Simpanan?

Bro pinjam duit boleh nak hidup, simpanan aku dah kering kena telan  MMAG” Ini sebahagian peristiwa hitam Sep 2020 yang...