Skip to content

Tips Buang Sikap Bertangguh

 

Suka buat kerja last minit? Dan hasil kerja pun suam-suam? Berikut saya kongiskan tips nak elakkan perkara ini terjadi semula

 

 

 

 

1) Menyusun Jadual Secara ‘Time Frame’  

Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah menyusun jadual/meletakkan objektif  secara satu jam, satu hari, satu minggu, sehinggalah dalam tempoh setahun. Pembahagian ini bagi menyusun satu persatu ‘due’  tugasan yang perlu yang disiapkan.

 

Antara sebab utama sikap bertangguh kerana semua objektif seperti tanggungjawab kerja dan tanggungjawab kepada keluarga yang terlalu banyak sehingga menyebabkan seseorang lemas dalam situasi tersebut dan automatiknya akan tidak membuat apapun.

 

Dengan pembahagian secara tempoh yang disebutkan, ini dapat mengurangkan keserabutan dalam minda apakah pekerjaan yang perlu dilakukan pada tempoh masa tertentu. Anda akan mengelakkan diri anda membuat sesuatu secara ‘multitasking’ yang sebenarnya tidak memberikan apapun kesan positif.

 

Dengan anda menyusun masa sebegini, sebenarnya penyusunan ini bukan sekadar penyusunan masa tetapi juga kerja, bermakna bukan sekadar masa dibahagikan tetapi juga perkerjaan yang harus disiapkan dalam tempoh yang tertentu.

 

Pokok pada pengurusan masa sebenarnya adalah pengurusan emosi.Sekiranya emosi tidak stabil (baca: serabut), maka apapun pekerjaan pasti tidak dapat dibuat kerana ‘mood’ sudah hilang. Dengan susunan jadual seperti ini pasti dapat menenangkan dan menentramkan emosi tersebut.

 
 

2) Mulakan 15 Minit

Tips kedua bagi saya adalah mudah untuk mengubah perspektif anda pada masa. Cuba eksperimen 15 minit untuk anda melakukan sesuatu yang anda rasa serabut sebelum ini, dan menyebabkan anda terus tinggalkan.

 

Contohnya mengemas ruang tamu, jika sebelum ini anda merasakan susah dan selalu terbisik-bisik untuk mengekalkan sebahagian perhiasan atau apa-apa benda. Cuba latihan ini tanpa apa-apa lagi bisikan, nescaya saya pasti ruang tamu anda bukan sekadar bersih dari habuk dan sampah tetapi juga sebahagian yang tidak diperlukan.

 

15 minit jika diukur dengan nilai masa sebenarnya sangat signifikan, dalam permainan bola sepak pun diingatkan terutama dalam awal dan akhir 15 minit untuk pemain memberikan fokus yang paling maksimum kerana keduanya selalu memberikan kemenangan atau kekalahan kepada satu-satu pasukan.

 

Jika anda sudah mampu menguasai 15 minit tanpa apa-apa gangguan luar, latihan anda boleh ditingkatkan tempoh kepada 30 minit dan seterusnya satu jam, tetapi latihan memberikan fokus penuh ini adalah bermula dengan 15 minit.

 
 

3) Letak Objektif-Objektif Kecil

Punca kepada bertangguh juga adalah disebabkan objektif-objektif yang diletakkan ini terlalu besar, contohnya baru tahun pertama buka perniagaan sendiri sudah letakkan RM 1,000,000 sebagai target!

 

Jumlah sebesar ini bukan memberikan kebaikan pada emosi anda tetapi akan lebih menyerabutkan. Tambahan pula jika objektif ini diiklankan pasti akan membawa perasaan malu, bersalah pada orang yang tahu jika anda tidak mencapainya.

 

Kesan emosi itu bahkan akan mengurankan produktiviti kerja. Contoh seperti setiap tahun kita selalu akan tentukan azam baru seperti nak kurus. Perasan tak azam nak kurus ini akan menjadi azam mungkin dalam 10 tahun ke hadapan dan tak tercapai pun.

 

Kenapa? Sebab utama seperti yang saya sebutkan bahawa azam itu terlalu besar, dan apabila anda tidak mengecilkannya pada objektif-objektif kecil saya pasti anda akan kecewa dan satu hari anda kata pada diri anda

 

 “Aku ni pandai letak target sahaja, nak capainya tidak’

 

 

Keluhan ini sebenarnya sudah memberikan tanda negatif kepada emosi anda. Antara objektif kecil yang boleh diusahakan jika betul anda nak kurus adalah hanya boleh makan nasi sekali sehari dalam tempoh tiga bulan pertama, kemudian jumlah nasi diambil sekali sehari sekali tersebut dikurangkan pula kepada hanya satu mangkuk kecil, dan seterusnya.

 
 

4) Tulis Setiap ‘Task’ Yang Akan Dibuat 

Antara faktor seterusnya kepada sikap bertangguh adalah semua perkara yang nak dilakukan berada dalam minda. Selain dari kesan membuat kerja ‘last minute’, sebahagian yang lebih teruk yang membawa kepada lupa! 

 

Kesan seperti lewat hadir mesyuarat dan lewat membayar bil adalah sangat tidak asing apabila urusan-urusan tersebut tidak disusun atur dengan jelas.Jika anda terus meredah sahaja kehidupan anda tanpa mempunyai catatan yang jelas ketahuilah dengan bertambahnya tanggung jawab masa depan pasti akan lebih merunsingkan.

 

Setiap hari peruntukan sedikit masa untuk menulis ‘task’ yang perlu disiapkan pada keesokan hari, sebaiknya sebelum masuk tidur. Jadi apabila anda bangun daripada tidur, setiap tugasan itu sudah tersedia dan hanya menantikan anda untuk menyiapkannya.

 

Mungkin akan ada yang menganggap perkara ini renyah, tetapi anda tidak dapat lari daripada pentingnya membentuk ‘habit yang positif’ jika anda nak berjaya. Kejayaan tidak datang dalam tempoh yang singkat, dan disiplin sahajalah yang akan memastikan perjalanan anda menuju kejayaan tidak terbabas.

 
 

5) Buang ‘Distraction’ 

Ketika membuat sesuatu pekerjaan, seperti yang disebutkan dalam perkara 1 dan 2 bahawa elakkan ‘multitasking’, tetapi sebenarnya ada yang lebih bahaya daripada ‘multitasking’, ‘distraction’!

 

Sebenarnya dua kesan negatif ‘distraction’ secara umum adalah tenaga yang dikerah keluar lebih daripada ketika anda sedang membuat pekerjaan, dan yang kedua adalah akan membawa kepada ketagihan/habit yang sukar dibuang.

 

Antara benda yang saya perhatikan menjadi ‘distraction’ besar adalah media sosial seperti facebook, instagram, twitter dan youtube bagi sebahagian besar generasi muda pada hari ini. Kehadiran fungsi ‘feed’ itulah sebenarnya memakan masa dan tenaga anda dalam nak ‘scroll down’ sebab sepertinya sentiasa akan ada ‘feed’ baru apabila anda ‘refresh’.

 

Tanpa disedari, tindakan itu mungkin telah mencapai 30 minit dan lebih, apatah lagi jika anda membuka laman YouTube yang berunsurkan video yang memerlukan perhatian untuk menonton.

 

Kesan segera adalah terbazirnya masa anda untuk siapkan tugasan, tetapi seperti yang saya sebutkan dua kesan yang lebih membahayakan. Pertama, selepas itu tenaga anda untuk kembali fokus kepada kerja sudah menurun dengan drastik terutamanya fokus.

 

Kedua, perkara itu membawa kesan ketagihan, yang mana jika anda telah penat untuk mulakan semula kerja pasti anda akan terus menyambung dengan ‘distraction’ tersebut yang awalnya hanya 30 minit tetapi boleh jadi 2 jam jika benar anda sudah pun tidak mampu fokus dengan kerja.

 
 

Jika anda inginkan kemahiran yang boleh mengoptimumkan keputusan kewangan yang anda buat, klik link https://www.kursusforensikwang.com untuk sesi coaching 1 on 1

 
Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
girl-showing-three-finger-salute-hand-gesture_23-2147873653

3 Cara Untuk Kekal Motivasi Untuk Tingkatkan Kewangan

Tahun baru bermula, ramai bersemangat untuk berubah. Namun, semangat itu kadangkala ada pasang surutnya. Bagaimana untuk terus kekal bermotivasi? Lakukan...
hartanah-urusinsan

Gaji Kecil Boleh Beli Rumah Banyak-banyak

Sehingga hari ini netizen masih kecoh membicarakan tentang posting berkaitan gaji kecil tetapi boleh beli rumah yang banyak dan di...
stevejobs

3 Pengajaran Hebat Dari Steve Jobs Yang Kita Perlu Ikut Untuk Berjaya Dalam Bidang Kita

Steve Jobs, pengasas Apple. Walaupun sudah tiada di dunia lagi pada hari ini, namun produk yang dimulakan oleh beliau kelihatan...
soft-skills-training

5 Kemahiran Anda Patut Belajar Waktu PKP

Alhamdulillah , PKP mula dilonggarkan dan bagi kebanyakan orang ianya satu permulaan semula ( restart) kehidupan daripada terkurung didalam rumah...
simpanan

Bagaimana Pengorbanan Emosi Hati & Perasaan Membawa Keuntungan Kewangan

Setelah beberapa ketika saya berkongsi masalah kewangan yang dilontarkan oleh rakan-rakan di laman sosial ini , saya dapati satu kesimpulan....