Skip to content

Kaya Tak Salah, Cuma Jangan MEWAH!

Nak tahu satu FAKTA yang mengejutkan? Sebenarnya dalam kalangan masyarakat kita yang merasakan KAYA sebenarnya berada dalam illusi kerana realiti menunjukkan sebaliknya. Berikut saya kongsikan realiti-realiti tersebut.

1) Kaya itu real money! Bukan lifestyle

Situasi-situasi seperti suka lepak Starbucks, ‘modify’ kereta untuk ‘trendy’, pasang Astro pelan paling banyak siaran, pakai IPhone yang paling terkini bukanlah indikator kekayaan sebenar…tapi ini semua sebenarnya adalah tanda anda sedang menambahkan komitmen/liabiliti/beban yang sedia ada.

Secara konvensional, orang selalu up-kan istilah ‘net-worth’ untuk menunjukkan berapa nilai kekayaan seseorang. Tapi cuba perhati semula net worth ini sebenarnya cuma jumlah aset tolak jumlah beban yang dimiliki. 

Disini kena faham tak semua aset yang produktif (bawa masuk duit bulan-bulan), contohnya kereta dan rumah kediaman, jadi sebenarnya kategori ‘aset’ seperti dua contoh ini perlu ‘keep it simple’ kerana hakikatnya masing-masing adalah beban tak langsung setiap bulan.

Robert Kiyosaki menerusi dalam buku Rich Dad Poor Dad, pandangan beliau kaya ini sepatutnya diukur dengan berapa lama seseorang boleh ‘survive’ tanpa melakukan pekerjaan (dalam bahasa mudahnya aset yang dimilikinya memberikan gaji menggantikan pekerjaan).

Jadi cuba tanya kalau sekarang anda diberhentikan kerja, berapa lama anda dapat bertahan sebelum mendapatkan kerja baru? Lebih lama anda dapat bertahan maka lebihlah kekayaan yang anda miliki.

Jangan risau anda belum terlambat jika anda rasa sebulan pun tak mampu untuk bertahan, tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com/ untuk mengetahui di mana perlu bermula!

samira-mahini-SINpsc0Qzyg-unsplash

2) Kaya Membuka Peluang Akhirat

Perasan atau tidak kekayaan ni sebenarnya membuka peluang yang lebih besar untuk kita banyak menyumbang. Manakan tidak, contohnya ansuran bank bayar kereta yang mewah sebulan boleh kita bawa ke dana untuk Palestin? 

(nota:ingat pesan saya di atas ‘keep it simple’ bagi sesuatu yang tidak memberikan kita pendapatan bulanan)

 

Secara matematiknya, semakin mewah cara hidup seseorang, maka  semakin rendahlah peluang menambah pahala akhirat dengan kadar yang paling maksima. Kawan saya yang berhenti merokok membuktikan matematik saya ini betul bila simpanannya bertambah selepas berhenti merokok.

 

Banyak pengalaman yang dikongsikan dengan saya berkenaan keajaiban sedekah ini, dan semuanya memberikan kesimpulan yang sama. Ya, tak semua mendapatkan kembali pelaburan dalam bentuk nominal/ material, tetapi ketenangan jiwa, kesihatan yang baik, anak soleh siapa tak mahu?

 

Itulah keajaiban sedekah, sedar atau tidak kehidupan kita semua berlegar dengan perasaan. Ada orang yang duitnya banyak tapi perasaan sentiasa gelisah tetapi di sana ada orang yang mungkin duitnya tidaklah banyak mana tetapi masih dapat mengirimkan senyuman di hadapan anak-anak.

 

Jika kita yakin Yang Maha Memiliki perasaan adalah Allah, maka pasti tinggi motivasi kita memahami bahawa kita perlu kaya dan bukan mewah. Kerana pada akhirnya harta yang menjadi milik kita adalah harta yang dibelanjakan pada jalan yang baik, bukan apa yang sedang kita pegang pada hari ini

memberi-03

3) Kaya Has No Limit!

Ramai sahabat PM saya baru-baru ini selepas diumumkan PKP 2.0, sedih dan kecewa kerana hilang punca pendapatan. Ada yang kena potong gaji, ada yang kena terus berhenti semuanya dalam sekelip mata.

 

Dalam saya memahami masalah setiap individu ini, saya mula teringat nasihat dari ayah saya sendiri tentang satu falsafah dalam ‘lifestyle’. Beliau menegaskan bahawa ‘keep it simple’ bukanlah bermakna kita jadi miskin atau kedekut, tetapi kita bersedia dari kedua sudut material dan emosi ketika berhadapan sesuatu tragedi atau peristiwa yang tidak dijangka.

 

Dari sudut pertama mungkin lebih difahami, dengan berlakunya sesuatu peristiwa yang tidak dijangka itu sepatutnya tiada masalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa untuk beberapa tempoh dengan simpanan yang ada.

 

Tetapi, persediaan emosi ini sebenarnya yang lebih besar kesannya. Ya, bagi mereka yang sudah terbiasa dengan ‘keep it simple’ sememangnya tiada masalah untuk meneruskan kehidupan dengan setiap yang ada di hadapan mereka seperti sebelumnya.

 

Tiada masalah untuk terus memandu  Perodua Viva contohnya, makan dengan masakan di rumah sekadarnya, tinggal di rumah yang sekadarnya. Tapi cuba bayangkan sekiranya ‘lifestyle’ anda sudah terbiasa dengan keselesaan tertentu. Toyota Vellfire mungkin terpaksa ditarik bank, makanan yang resitnya sebelum ini RM 20 mungkin sudah jadi RM 5 sebagai contoh.

 

Persoalannya, secara emosi bagaimana keadaan yang boleh digambarkan situasi sebegini bagi mereka yang melaluinya. Sudah pasti, secara emosi mereka akan berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana ‘standard’ yang sebelum ini telah terpaksa dikurangkan sedangkan bagi mereka yang ‘keep it simple’ tiada perbezaan pada ‘standard’ pada setiap keadaan.

 

Sebab itulah apabila disebut kaya ‘has no limit’, ini bukan merujuk kepada ‘lifestyle’, kerana jika kaya itu diukur berdasarkan ‘lifestyle’ maka ‘limit nya akan datang apabila datangnya sesuatu musibah kewangan yang tidak dijangka.

tim-gouw-1K9T5YiZ2WU-unsplash

Kesimpulan

Percayalah, tiada kerugian dalam menurunkan ‘standard’ yang ada pada hidup kita hari ini jika kita merasakan simptom di atas sedang menghinggap bahu kita. Hakikatnya, pengorbanan kecil ini adalah satu pelaburan masa panjang yang menjamin kebaikan masa hadapan.

Yang lebih penting, jaminan ini bukan sahaja dalam kehidupan kita di dunia, tetapi kebaikan ini akan berterusan dengan pahala dan amal kebajikan untuk dibawa ke alam akhirat.

 

No comment yet, add your voice below!


Add a Comment