Skip to content

Masa Itu Duit

 

Masa adalah sesuatu yang paling berharga dalam hidup manusia tanpa sedar. Manusia hanya akan sedar sesuatu hanya apabila sesuatu itu kehilangan sama seperti hal-hal yang lain termasuk ahli keluarga, pemilikan barang dan yang serupa dengannya.

 

Menariknya masa dengan apa yang dimiliki manusia dari hal yang lain adalah masa ini manusia kurang cepat perasan kehilangannya melainkan selepas beberapa tempoh yang agak lama. Contohnya, seseorang akan terus menzahirkan kesedihan apabila kehilangan seseorang yang tersayang, bagaimana jika manusia kehilangan satu jam kerana kelalaian?

 

Jika kelalaian tersebut menyebabkan kesan yang zahir pasti manusia akan perasan, disebabkan itu pengkaji ilmu merumuskan bahawa masa termasuk perkara yang tidak boleh dilihat; dan ironinya manusia sukakan sesuatu yang dapat dilihat.

 

Apa maknanya? Kehilangan masa sebenarnya merupakan suatu bencana jangka panjang yang akan manusia sedar hanya selepas kematian. Disebabkan itu Al Quran telah membicarakan perihal mereka yang melakukan dosa akan memohon masa untuk kembali ke dunia.

 

Lihat betapa penting dan besarnya nilai masa jika diukur dengan nilai akhirat; maka saya senaraikan prinsip yang berkaitan dengan masa.

 

1) Semua Kita Memiliki 24 Jam

Prinsip ini menggagaskan keadilan Allah SWT kepada semua manusia bahawa tiada mereka yang diberi ‘special gift’. Ya dalam urusan kehidupan seperti harta dan anak-anak, manusia diberikan kepelbagaian dalam nikmat sebagai ujian, namun masa yang diberikan adalah sama.

 

Ini sejajar dengan penjelasan bahawa ruang dan peluang dalam memanfaatkan masa adalah sama rata kepada semua manusia. Maksudnya inilah asset yang harus diambil manfaat sebaiknya terutama bagi yang tidak diberikan nikmat pada perkara yang lain.

 

Dengan masa yang sama rata tersebut, maka jelas bahawa kita boleh meniru/’duplicate’ jadual hidup seharian mereka yang berjaya. Percayalah proses menyusun kehidupan mereka yang berjaya adalah satu rahsia yang harus diikuti.

 
 

2) Catat Aktiviti Sebelum Anda Masuk Tidur

Bangun pagi adalah sesuatu yang susah bagi sebahagian melainkan apabila anda mempunyai agenda yang jelas untuk dicapai pada hari tersebut. Disebabkan itu kita melihat perbezaan antara bangun pagi seseorang pada hari minggu dan hujung minggu.

 

Hujung minggu mungkin menjadi sukar kepada sebahagian untuk bangun awal pagi jika catatan bangun pagi pada setiap hari hanyalah berteraskan pekerjaan semata. Jadi apakah sebenarnya kelebihan jika anda mencatat aktiviti pada keesokan hari?

 

Disinilah antara nilai tambah dalam produktiviti masa termasuklah pada mereka yang bekerja di hari minggu, kerana catatan tersebut bukan hanya sekadar pekerjaan tetap yang mereka boleh catatkan, tetapi ia juga boleh termasuk semua usaha sampingan yang dibuat olehnya.

 

Bayangkan mereka yang bekerja harian dan masih mencatat aktiviti selain pekerjaan seperti usaha dalam jualan sampingan, pembacaan makalah ilmu, mendengar perkongsian bermanfaat dan pelbagai lagi aktiviti yang boleh dibuat dengan sedar.

3) Kuasai 15 Minit Sehari

Perkara ini mungkin pelik bagi sebahagian kerana bukankah nilai ini kecil? Dalam setiap aktiviti yang disusun, mulakanlah dengan 15 minit.  Secara mudah, saya lebih suka melihat satu-satu usaha secara tempoh masa yang panjang dan ia mudah dibuat.

 

Jika kita hitung semula nilai 15 minit ini dalam setahun, itu sudah membawa 91 jam.  Jika kita hitung sehari mungkin nilai ini tidak signifikan tetapi jika kita lihat semula nilai itu amatlah signifikan. 

 

Bayangkan sebaliknya masa yang dibuang sehari 15 minit bersamaan 91 jam setahun, bagaimana jika masa yang dibuang tersebut adalah lebih daripada jumlah ini? Percayalah tempoh 15 minit untuk melakukan sesuatu dengan fokus adalah sesuatu yang tidak mustahil.

4) Lihatlah Alam Semulajadi

Sesibuk mana pun anda dalam pekerjaan mahupun perniagaan, sekurangnya curilah masa sesingkat yang boleh untuk melihat alam sama ada sungai, pohon ataupun bukit bukau dalam seminggu beraktiviti.

 

Selain membantu menenangkan jiwa dengan masalah dan tekanan yang dihadapi dalam kehidupan, aktiviti ini juga bakal mengembalikan produktiviti pada hari-hari mendatang. Nasihat saya adalah jangan kita melayan ‘lemau’ yang lepas.

 

Aktiviti melihat alam dalam bahasa lain adalah  masa yang terbaik digunakan seperti ‘Charger’ yang perlu diulang-ulang semula pada setiap minggu. Setiap kali hampir ‘mati’, maka haruslah segera untuk mendapatkan semula produktiviti ini.

5) Nilai Sesuatu Berdasarkan Keutamaan

Antara faktor masa menjadi sia-sia adalah apabila suka melakukan sesuatu yang. datang ‘on spot’ Ramai dalam kalangan mereka yang saya bertemu berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan buat sesuatu pada saat akhir.

 

Saya akan bertanyakan satu soalan adakah dia akan bertukar sesuatu aktiviti jika ada datang sesuatu yang baru padanya. Jika jawapannya ya saya pasti inilah satu sikap ‘lalang’ yang wajar dijauhi.

 

Prinsip ini tidak terpakai pada perkara yang termasuk dalam kecemasan ataupun bersifat segera. Maksudnya jika ‘on spot’ itu adalah melibatkan kematian ataupun ‘due date’ yang segera tidaklah ia termasuk ‘lalang’.

 

Disebabkan itulah pentingnya kita menyusun jadual harian dalam menentukan aktiviti yang perlu dibuat dalam masa yang sama menentukan urutan melalui kepentingan dan kesegeraan. Ini bagi memastikan setiap kali datang sesuatu yang ‘on spot’ anda tidak akan mudah gelabah.

Nak tahu apakah 3 perkara penting sebelum beli hartanah? klik sini segera untuk dapatkan buku forensik kewangan : http://www.kursusforensikwang.com

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
3 Sebab Kenapa Orang Islam Perlu Kaya

3 Sebab Kenapa Orang Islam Perlu Kaya

Orang Islam sendiri, apabila faham apa mesej yang disampaikan oleh Quran, Hadis, dan juga pengajaran...
kos-sara-hidup

Cara Ini Pun Boleh Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

Heboh satu Malaysia tentang kos barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat berkali ganda . Ketika...
urusinsan-kaya

Kenapa Kita Sibuk Mengkayakan Orang Lain?

Amat malang bagi mereka yang terlalu sibuk mengkayakan orang lain sehingga lupa atau tidak sempat...
Aplikasi Falsafah Gandhi berhadapan Krisis Kewangan

Aplikasi Falsafah Gandhi berhadapan Krisis Kewangan

Gandhi dikenali sebagai seorang tokoh politik India yang sangat berpengaruh, tetapi bagaimana falsafahnya sebenarnya memberikan...
Instrumen Apa Sesuai Untuk Laburkan Duit?

Instrumen Apa Sesuai Untuk Laburkan Duit?

Antara perkara yang sering ditanyakan kepada saya ialah bagaimana untuk bermula dan di mana hendak...