Skip to content

‘Rule Of Thumb’ Dalam Online Shopping

 

Dalam berdepan pandemik waktu ini, keadaan memaksa sebahagian peniaga/ penjual menutup premis mereka. Ini justeru menyebabkan peningkatan peniaga yang memilih platform online untuk memasarkan produk sedia ada.

 

Dalam masa yang, sebahagian pengguna juga dengan menjaga pematuhan SOP turut mengurangkan pembelian di luar dan memilih untuk membuat pembelian melalui platform online.

 

Bagaimana nak jadikan pembelian ‘online’ anda tidak ‘over budget? Berikut saya kongsikan bagaimana menjadi pengguna bijak dalam belian online.

 

1) Bandingkan Produk

Ingat pesanan ini dahulu sebelum meneruskan bacaan; tentukan keperluan sesuatu itu dahulu sebelum membuat keputusan membelinya dan elakkan ‘impulsive buying’ terutama di masa yang kebanyakan bekerja dari rumah dan mempunyai akses yang mudah di depan komputer.

 

Perbandingan produk ini termasuk harga dan rekomendasi, agak sukar untuk kita menilai sesuatu kualiti barang melainkan memang barang yang ingin dibeli itu keluaran ‘brand’ tertentu. Salah satu proksi kualiti yang mungkin tersedia adalah ‘review’

 

Apabila kita membaca ‘review’, fokus pada mereka yang memberikan komen setelah menggunakan barang tersebut bukan pada mereka yang terus komen selepas penghantaran sampai ke rumah.

 

Kemudian, buat ‘shortlist’ dalam tiga sebelum memilih yang paling terbaik dari sudut harga dan rekomendasi. 

 

Selain membandingkan produk ini dalam platform yang sama, sebenarnya sangat baik juga dibuat perbandingan di platform yang lain, dan yang lebih penting proses ini dilakukan dengan cermat tanpa perlu tergopoh-gapah.

 

Jika contohnya barang yang ingin dibeli tersebut akan diberi diskaun yang lebih (contohnya pada 9.9 / 10.10), jika keperluan anda tidak mendesak dengan masa sebenarnya lebih baik bagi poket anda untuk menunggu sedikit masa lagi.

 

Apa yang penting sebenarnya dalam langkah pertama ini adalah supaya anda tidak membeli kerana diskaun, seperti yang disebutkan barang yang harganya RM 100 diberi diskaun 10% sebenarnya anda membelanjakan RM 90 bukan menjimatkan RM10.

 
 

2) Fokus Pada Barang Akan Dibeli

Seperti saya sebut di atas, tentukan dahulu barang yang keperluan yang ingin dibeli tersebut, kemudian barulah dibuat kajian atau pencarian yang tertentu. Apa akan jadi jika anda ‘skip’ langkah ini?

 

Platform online sememangnya terkenal dengan pengaruh dalam menarik ‘impulsive buyer’ dengan iklan diskaun di muka depan mereka, dan kesan ini sangat tidak baik pada mereka yang membuka platform sekadar untuk ‘window shopping’.

 

Apabila sudah ditentukan barang yang hendak dibeli, maka terselamat lah anda daripada ditarik akaun anda untuk buat sesuatu pembelian tanpa satu- satu perancangan yang rapi. Apabila anda telah membuat pilihan barang mengikut langkah pertama anda haruslah terus membuat pembelian tanpa bertangguh.

Semakin lama anda tidak membuat pembelian, maka semakin anda terdedah dengan ‘related products’ yang disajikan pada pandangan anda. Daripada satu barang keperluan menjadi lebih pula dengan justifikasi keperluan juga.

 

Saya selalu sebut barang-barang yang dibeli dahulu kemudian dijustifikasi sebagai perlu sebagai ‘artificial need’, yang mana barang-barang dimasukkan dalam kategori pembelian yang gagal mematuhi SOP kerana SOP pertama dalam pembelian adalah ditentukan dahulu keperluannya dengan jelas.

 

Kita harus akur dan faham pemasaran produk-produk terutamanya melibatkan kecantikan dan hobi seakan memecahkan tembok pemisah antara keperluan dan kehendak, pemasaran yang dahsyat itu kadang menyebabkan kehendak berpindah pada keperluan.

 

Jadi adakah diharamkan membeli produk berkaitan kehendak ini? Bagaimana jika anda berminat juga nak beli barangan yang anda rasakan boleh memudahkan urusan kehidupan (bukan keperluan yang mendesak)?

 

3) Sediakan Tabung Khas Untuk Barangan ‘Teringin’ 

Sesetengah barang yang dikategorikan dalam kategori ‘teringin’ yang bersifat memudahkan kehidupan; seperti ‘robot vacuum’, ‘Thermomix’,  dan ‘Steam Iron’ atau produk-produk kecantikan yang selamat. Barang-barang tersebut sudah semestinya menjadi idaman para isteri.

 

Bagi suami barang tersebut seperti ‘cpu’ yang canggih, rim kereta ‘sporty’, atau perkara yang berkaitan dengan hobi dan minat seperti memancing.Semua barang-barang ini perlu ada disiplin yang khusus berbeza dengan barang yang bersifat keperluan, tanpanya mengalirlah duit anda lebih laju dari air dari pili bomba 

 

Ada sesetengah mereka yang terus melulu membuat pembelian mengambil kira harga yang murah pada hari ‘sale’, tindakan ini sudah semestinya satu kesalahan besar mengambil kira itu bukan satu keperluan mendesak.

 

Setiap keinginan perlu dilatih untuk tidak mendapatkannya dalam kadar segera, tindakan sebegitu boleh menyebabkan ketagihan untuk menekan butang ‘buy’ setiap kali timbul keinginan untuk mendapatkan sesuatu.

 

Bertindaklah dengan rasional dalam urusan ini, ambil masa berbincang dengan pasangan dan buat satu tabung khas disimpan setiap bulan dengan jumlah yang sama; kemudian barulah dibuat pembelian selepas cukup jumlahnya.

 

Kesimpulan 

Pembelian ‘online’ sebenarnya lebih berisiko daripada pembelian ‘offline’ kerana akses yang mudah, maka jika tiada satu disiplin khusus untuk mengawal sikap membuka laman platform secara terus pasti membawa parah untuk kewangan keluarga.

 

Tidak dinafikan bagi sesetengah keluarga yang berkemampuan sebenarnya untuk membuat pembelian secara terus tanpa perlu bersabar, tetapi ketahuilah bahawa tindakan sebegitu membawa ketagihan (tidak mampu mengawal nafsu), yang akan menjadi penyakit jangka panjang.

 

Justeru dengan kefahaman bahawa ‘preservation’ kewangan jangka panjang (simpanan, pelaburan, dll) sebagai satu teras dalam pengurusan kewangan, maka ikutilah disiplin yang disebutkan ini supaya wang anda sebenarnya boleh berpindah kepada sesuatu yang lebih produktif.

 

Akhir sekali, semua ini memerlukan perancangan kewangan yang jelas bagaimana menentukan struktur kewangan bulanan keluarga, apabila pasangan jelas dengan perkara ini dan ikuti dengan penuh disiplin, percayalah keluarga akan mendapatkan manfaat yang maksimum.

 

Bagaimana nak buat perancangan kewangan dalam keadaan sedang berhutang? klik link ini sekarang : http://www.kursusforensikwang.com

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
0x0

Kaya Tak Salah, Cuma Jangan MEWAH!

Nak tahu satu FAKTA yang mengejutkan? Sebenarnya dalam kalangan masyarakat kita yang merasakan KAYA sebenarnya berada dalam illusi kerana realiti...
gandhi-1200

Aplikasi Falsafah Gandhi berhadapan Krisis Kewangan

Gandhi dikenali sebagai seorang tokoh politik India yang sangat berpengaruh, tetapi bagaimana falsafahnya sebenarnya memberikan sedikit ‘insight’ bagi seseorang yang...
AKPK (1)

Wow! 11 Hutang Selesai Dengan Program AKPK, Termasuk Pinjaman Rumah

Sebenarnya, tak adalah teruk sangat pun bila tersenarai dalam program AKPK. Kita je yang selalu dimomokkan benda bukan-bukan. Padahal, kenalah...
kenapa-kita-sukar-dapat-apa-yang-kita-nak

Kenapa Kita Sukar Dapat Apa Yang Kita Nak?

Ada banyak sebab kenapa kita sukar untuk dapat apa yang kita nak atau inginkan dalam hidup , saya hanya akan...
hobby

5 Tip Jadikan Hobi Anda Sebagai Lubuk Duit

Tipulah kalau kita langsung tak ada hobi. Paling tidak mesti ada benda yang kita minat akan dilakukan ketika waktu lapang....