Skip to content

Bina Kekayaan Dengan Menyimpan

bina-kekayaan
bina-kekayaan

Asas kepada membina kekayaan adalah dengan menyimpan atau mempunyai simpanan.

Ianya sangat penting untuk bina harta , membiayai persaraan , tanggung kos perubatan dan keperluan keluarga .

Terdapat 3 bentuk simpanan yang diperlukan untuk membina kejayaan kewangan.

1. Simpanan Jangka Pendek

Simpanan ini berbentuk wang tunai atau wang mudah cair.

Tujuan simpanan ini adalah untuk kecemasan serta kegunaan keperluan jangka pendek dan jumlah simpanan biasanya antara 3 bulan hingga 6 bulan jumlah pendapatan bulanan.

Ianya tidak disimpan lama atau selama-lamanya dan hanya di gunakan ketika perlu sahaja.

Sebagai contoh , jika berpendapatan bulanan sebanyak RM1500 sebulan , maka simpanan jangka pendek yang perlu disimpan adalah diantara RM4,500 hingga RM9,000 ditempat yang mudah dikeluarkan seperti akaun simpanan dan sebagainya. 

2. Simpanan Jangka Sederhana

Simpanan ini bertujuan untuk digunakan sebagai modal membina dan memperoleh harta. 

Ciri-ciri dan definasi harta ( dari sudut kewangan )

  • Mempunyai ekuiti atau pengangan
  • Mempunyai peningkatan nilai atau peningkatan modal
  • Menghasilkan aliran tunai atau pendapatan

Tidak kira apapun bentuknya (batu , kayu , mahupun tiang di tengah jalan) selagi ianya memenuhi ciri-ciri yang di nyatakan , maka ianya adalah harta.

Biarpun pahala dan anak isteri adalah harta , namun ianya tidak termasuk didalam ketegori perbincangan (kewangan).

Simpanan ini dilakukan dalam kadar dan jangkamasa antara satu hingga dua tahun sahaja sebelum ianya di gunakan sebagai modal membeli atau memperlolehi (acquire) harta.

Sebagai contoh :

Menyimpan RM500 sebulan selama 2 tahun = RM12,000

  • Wang simpanan RM12,000 digunakan sebagai wang muka (deposit) membeli rumah sewa berharga RM100K.
  • Memulakan perniagaan dengan modal RM12,000
  • Membeli saham 
  • Dan lain-lain bentuk perolehan harta. 

Jangka masa waktu simpanan = 1 hingga 2 tahun

Nilai Simpanan = Bergantung pada harta yang ingin di perolehi

* Bentuk-bentuk harta umum. 

3. Simpanan Jangka Masa Panjang

Simpanan jangka panjang biasanya bukan didalam bentuk wang tunai , ianya berbentuk harta (sila lihat ciri-ciri dan definasi harta diatas) .

Simpanan berbentuk harta ini disimpan sampai bila-bila ( 7 keturunan pun tak habis makan). 

Dua sebab kenapa menyimpan jangka masa panjang dalam bentu harta bukan dalam bentuk wang tunai.

  1. Menghasilkan pendapatan berterusan
  2. Wang belum tentu boleh menghasilkan Harta tetapi Harta boleh menghasilkan wang (tidak kira apa pun namanya akan datang).

Begitulah secara ringkas kenapa perlu menyimpan dan hasil yang boleh di dapati dari menyimpan.

Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana untuk memaksimakan simpanan tanpa perlu ikat perut dan ubah gaya hidup , boleh sertai seminar ini dibawah :

Artikel berkaitan

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
seminar1

Melebur RM20 Di Bazar Ramadhan Melenyapkan Impian Untuk Bersara Awal

Memandangkan esok kita dah mula berpuasa Ramadhan dan malam ni dah mula solat sunat Terawih, saya nak kongsikan sisi pandang...
kewangan-peribadi

Celikkan Kewangan Diri Sendiri Dulu, Baru Keluarga Kita.

Secara peribadi salah satu sifat diri yang ada pada saya ialah pentingkan diri sendiri dalam hal kewangan. Ini kerana saya...
tips-beli-kereta

Tip Elak Hutang Kereta, Dapat Beli RM40k Tunai!

Hutang kereta merupakan antara punca kebanyakan orang muflis. Antaranya disebabkan oleh nilai susut yang tinggi berbanding dengan pinjaman yang dibuat....
urusinsan

10 Sebab Labur Dalam Hartanah

Tahu tak kenapa kita perlu melabur dalam hartanah? Saya kongsikan 10 dari berpuluh sebab kenapa kita perlu melabur dalam hartanah....
The-100-Billion-Dollar-Club-Regular-1

Mengapa Perlukan Masa untuk Kaya?

Jika anda anti kepada mana-mana ‘skim cepat kaya’, anda berada pada tulisan yang tepat! Saya akan huraikan mengapa tidak wujud...