Skip to content

Duit Gaji RM2,000 Yang Hilang Setiap Bulan, Kini Sudah Ditemui

Malaysia dan seluruh dunia digemparkan dengan virus Covid-19 yang melanda. Sekelip mata sistem ekonomi dan perniagaan ranap. Ada yang diberhentikan kerja, ada yang terpaksa jual rumah dan macam-macam hal lagi.

Bila benda ni nak berakhir kita pun tak pasti. Tapi, apa yang pasti adalah kita boleh kawal kita punya kehendak serta status kewangan kita.

Usah bising dan terpekik sana sini untuk minta bantuan kalau duit gaji yang hilang pun anda tak perasan. Bukannya hilang kena curi, tapi hilang sebab belanja tak ingat dunia. Gaji masuk bulan-bulan pun tetap senak. Masa bergaji tak ingat nak simpan, bila tak ada gaji barulah menggelupur.

Kerja dah bertahun tapi masih tidak mempunyai rumah sendiri.  Nak beli rumah sebuah pun tak lepas.

Lagi dahsyat, harta seketul pun takda Padahal anak dah nak masuk tiga. Hutang personal loan masa kahwin pun tak habis bayar. 

Belum lagi kira hutang PTPTN yang bayar Rm50 sebulan tak tahu bila nak habis. Itu belum kira lagi hutang kereta 9 tahun. Kereta dah nak roboh tapi hutang kereta belum langsai.

Selesaikan masalah kewangan peribadi dulu, baru boleh sembang lebat pasal ekonomi negara.

Lihat pasangan peserta coaching 1 to 1 dengan saya ni, lepas dah kena basuh dengan saya baru jumpa duit gaji yang hilang tu. Rupanya boleh simpan sebulan RM2,400 berbanding RM400 sebelum jumpa saya.

Kalaulah mereka ni sibuk terpekik sana sini duit tak cukup setiap bulan, salahkan syarikat, Covid-19 yang menjadi punca duit tak ada, agak-agak boleh jumpa ke duit yang hilang tu?

Jangan jadi bodoh dan jangan buang masa. Hidup kat atas dunia pendek jer pun, tup-tap tup-tap dah mati.

Orang lain hidup senang, hati gembira, kumpul amal, kumpul pahala, kumpul harta, korang yang bodoh suka jadi bengap dan diperkudakan orang. Bukan sahaja hidup sengsara, hati gundah gulana, yang dapat cuma dosa dok sebarkan berita-berita palsu dan fitnah sana sini.

Semoga di jauhkan golongan begini dari dirku , keluargaku dan kaum kerabatku. Sebelum nak sibuk dalam hal dan perkara yang diri sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya, baik fikir macam mana nak ubah hidup sendiri. Bukan sahaja dapat ketenangan malah dapat juga keberkatan dunia dan akhirat .. Aminn!!

Biarkan mereka yang bertanggungjawab dan pakar dalam bidang mereka menjalankan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan.

Tugas kita hanya perlu menjaga kebajikan diri dan keluarga , jangan jadi lara dengan kehidupan dunia yang sementara dan doakan yang terbaik agar keadaan yang kita hadapi hari ini pulih seperti sedia kala.

Dah, pergi sambung kerja dan cari rezeki yang berkat buat keluarga. Janga buat masa nak merungut je kerjanya.

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
ante-hamersmit-U3AKT6ryvic-unsplash

3 Tips Berhadapan Krisis Kewangan

1) Terima Dengan Hati Terbuka   Sedih adalah sesuatu yang berkaitan emosi dan tak dapat nak dielakkan, tetapi yang saya maksudkan...
aliran tunai

Logik Ke Ada Aliran Tunai Positif RM2,000 Setiap Bulan?

Tahu tak punca utama yang menyebabkan kita menjadi makin lama makin miskin? Jawapannya adalah aliran tunai negatif! Hatta aliran tunai...
kancil

10 Sebab Kenapa Perlu Langsai Hutang Kereta Cepat

Lain orang, lain citarasanya. Ada orang jenis tak kisah hidap komitment bertahun-tahun. Ada orang yang rasa bahagia sangat bila tak...
pexels-cottonbro-3944405

'Rule Of Thumb' Dalam Online Shopping

Dalam berdepan pandemik waktu ini, keadaan memaksa sebahagian peniaga/ penjual menutup premis mereka. Ini justeru menyebabkan peningkatan peniaga yang memilih...
hutang-kad-kredit

Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah

Kebanyakan orang rasa macam dah cukup bagus dah dapat buat bayaran minimum hutang kad kredit. Konon-kononnya dapat jaga aliran tunai....