Skip to content

Punca Hutang Kad Kredit Mencanak Dan Cara Langsaikan Dengan Mudah

hutang-kad-kredit

Kebanyakan orang rasa macam dah cukup bagus dah dapat buat bayaran minimum hutang kad kredit.

Konon-kononnya dapat jaga aliran tunai.

Selagi boleh bayar minimum, selagi tu lah pergi swipe kad kredit.

Diam tak diam, hutang kad kredit makin meningkat.

Disangkakan bayaran minimum yang dibuat dalam tempoh yang lama boleh langsaikan hutang kad kredit, rupa-rupanya jumlah hutang makin jauh meninggalkan jumlah yang telah dibayar.

Begitulah senario realiti yang berlaku hari ini. 

Akhirnya terpalit dengan masalah-masalah lain seperti tekanan bebanan hutang, kereta kena tarik, rumah kena lelong.

Bukan saya reka-reka, ini realiti ahli Urusinsan yang datang serah diri.

Modus operandi yang sama, tapi masih ramai yang tidak ambil iktibar.

Bagaimana hutang kad kredit boleh tiba-tiba jadi banyak?

Kebanyakan pengeluar kad kredit mengenakan caj 1.5% sebulan, pada kadar harian dan dikompaun (compounding) secara bulanan.

Jika anda dah tahu pasal kesan compounding dalam pelaburan, ia juga terpakai dalam hal ini.

Kebanyakan pelaburan hanya compounding secara tahunan.

Itu pun secara purata kita ambil 10%. 

Kad kredit pun menang. Kalau dah 1.5% sebulan, setahun dah 18%.

Ini kiraan mudah. 

Kalau dah compounding setiap bulan, lagilah tinggi kan?

Anda dapat bayangkan betapa cepatnya hutang kad kredit ni boleh bertimbun?

Itu belum termasuk lagi caj-caj lain seperti caj penalti sebab lambat bayar.

Kalau dah tabiat jenis suka bayar minimum ni, ada potensi tinggi untuk bayar lewat.

Ini realiti!

Sebab keputusan kewangan ni berpunca daripada perangai dan emosi individu tu juga.

Bagaimana nak langsaikan dengan cepat?

Tiada jalan mudah melainkan anda kena jadi lebih agresif untuk selesaikan hal ini.

kad-kredit

Tengok cara saya buat kat salah seorang peserta yang saya tak kenal pun lagi.

Saya tak suka main-main.

Benda ni saya dah jemu hadap dah, kalau nak buat betul-betul, saya bagi kaw-kaw.

Saya dah serik tengok mereka yang ada masalah hutang ni. Selagi tak selesai, selagi tu akan ada masalah lain timbul.

Sebab tu saya tegas dalam hal ini.

Selesaikan baki hutang secepat yang mungkin

Bayar minimum memang tidak akan selesaikan masalah anda.

Ia adalah perangkap yang bakal menjerat diri anda sendiri.

Dalam menangani emosi anda berkaitan kewangan, cara snowball sangat efektif untuk digunakan.

Baca juga : Orang Bank Pun Tak Percaya Boleh Hapuskan Hutang Kad Kredit

Langkah 1 :
Senarai segala hutang yang ada.

Langkah 2 :
Selesaikan baki hutang terkecil dengan bayar lebih daripada kebiasaan. Carilah ceruk mana sekali pun, buat kerja tambahan ke, asalkan boleh bayar lebih dan selesaikan lebih awal.

Langkah 3 :
Setelah selesai hutang terkecil tu tadi, guna bayaran tu tadi untuk selesaikan hutang seterusnya.

Ada banyak lagi cara, terutamanya berkenaan kad kredit seperti pemindahan hutang ke pelan 0% kadar faedah.

Itu anda kena cari sendiri atau dengan menyertai Akademi Urusinsan.

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
kail-panjang-sejengkal

Kalau Kail Panjang Sejengkal Jangan Lautan Hendak Diduga

Maksud 1: Sekiranya ilmu kita sedikit, jangan cuba hendak bertanding dengan orang yang lebih banyak pengalaman dan ilmu pengetahuan. Sebaiknya...
Dart board with three darts outdoors

3 ‘Financial Goal’ Untuk Dimulakan Pada Tahun 2021

Tahun baru, ramai orang set habit baru. Mahu mula exercise, makan sihat, bangun awal, dan pelbagai lagi. Namun, tak ramai...
ekonomi gawat

13 Tip Hadap Ekonomi Gawat

Ini merupakan call back pada satu pertanyaan pada tahun 2016 , ianya sangat releven dalam situasi kita hari ini. Salam tuan,...
sunny shah

Inspirasi Daripada Buku, Pemuda Ini Boleh Simpan & Labur $100k

Sunny Shah, seorang pemuda lepasan universiti di St. Louis mula serius dalam pengurusan kewangan ketika tempoh kerja pertama beliau iaitu...
cikgu-guru

Guru Golongan Paling Rentan

Dari pengalaman saya (En. Zaidi Ismail) mengendalikan kes kewangan dan sesi analisa kewangan, didalam sektor awam golongan yang paling rentan...