Skip to content

Jack Ma : 5 Perkara Menidakkan Inovasi

 

Jack Ma, seorang Guru Bahasa Inggeris yang hari ini dikenali sebagai pencetus revolusi ‘e commerce’ terbesar di China, Alibaba yang ditubuhkan pada 1999 secara perlahan telah membina empayar besar sehingga pada tahun 2014 menyenaraikan syarikat dengan jumla RM 25 billion.

 

Dengan kejayaan sebegini bersama idea inovasi Jack Ma yang sememangnya dianggap musrahil apabila terpaksa berhadapan dengan Kerajaan China yang diakui skeptik dengan penggunaan ‘Google’, akhirnya beliau mencapainya dengan cemerlang.

 

Berikut saya kongsikan beberapa pantang-larang bagi mereka yang ingin menjadi seorang yang inovatif, justeru mencipta sejarah yang bermanfaat bagi masyarakat hari ini

1) Jangan Abaikan ‘Threshold’ Kelemahan

Dalam keadaan kita sedar sekarang, mari kita senaraikan beberapa peristiwa lepas (sebagai benchmark) yang telah menyebabkan kita tidak keruan. Daripada hal ini, percayalah kita sebenarnya dapat memahami ‘threshold’ tekanan kita masing-masing.

 

Kaedah ini dilakukan secara berasingan antara individu dan individu lain kerana setiap manusia mempunyai ‘threshold’ yang berbeza. Ada mereka yang boleh bersabar bila didiagnosa dengan sesuatu penyakit tetapi ada yang akan terus ‘meroyan’.

 

Selain dari dapat menganalisa ‘threshold’ yang lepas, ini juga dilakukan dengan berusaha meningkatkan ‘threshold’ tersebut dalam menghadapi ujian masa hadapan. Kehidupan ini secara hakikatnya medan ujian yang datangnya pasti lebih sukar dari sebelumnya.

 

Dengan memahami ‘threshold’ ini lebih awal, maka kita secara sedar sedang mempersiapkan ‘vaksin’ sabar sebelum datang ‘virus’ yang jauh lebih menyakitkan pada masa hadapan. Kemudian, kita mampu mengurangkan kesan tekanan tersebut apabila ia datang.

 
 

2) Jangan Rendahkan Kemampuan Diri Sendiri

Ya, kita mengakui kelemahan dan ‘threshold’, akan tetapi ia tidak boleh menyebabkan kita tidak bertindak ke hadapan. Penubuhan Alibaba pada tahun 1999 diceritakan Jack Ma awalnya tidak yakin dengan kemampuannya dan pasukan.

 

Beliau sudah pun menyebut yang beliau dilatih sebagai seorang guru bukan CEO, dan beliau hanya jangkakan perniagaan mereka mungkin boleh bertahan hanya dalam 4 tahun. Namun apa yang berlaku selepas itu?

 

Kejayaan Alibaba bukan sekadar mengejutkan orang luar, tetapi sebaliknya beliau dan pasukannya sendiri sebenarnya adalah mereka yang pertama terkejut. Situasi kejayaan ini memberikan satu tanda bahawa tiada yang mustahil dalam kehidupan.

 

Dalam dunia yang pantas pada hari ini, kadang mungkin kita terlalu ‘overthinking’ mencari aset-aset luaran untuk mencapai kejayaan, sedangkan aset itu mampu dijumpai apabila kita mendapatkan cermin, itu diri kita.

 
 

3) Jangan Nilai Kehidupan Pada Hari Ini

Mungkin ada yang gembira pada saat ini, dan mungkin ada yang sedih. Kehidupan ini adalah ibarat roda dan manusia akan sentiasa bertukar perasaan. Maka disebabkan itulah, nilai kehidupan yang sebenar adalah pada keseluruhan hidup ini sendiri.

 

Mana mungkin datang kejayaan secara bergolek tanpa usaha yang keras, dan usaha yang keras pun tidak akan datang tanpa tekanan dan ujian yang menambah motivasi untuk meneruskan kehidupan.

 

Jack Ma akan selalu sebut “When there is challenge, there is opportunity”, itulah kehidupan yang sebenar. Setiap kali diuji dengan kesusahan kita hendaklah berusaha, kemudian apabila diberi kesenangan hendaklah kita berterima kasih dan berkongsi.

 

Satu yang juga disebut Jack Ma tentang kehidupan adalah “Today is tough, tomorrow is tougher, but the day after tomorrow is beautiful”. Inilah yang membuatkan seseorang tidak putus asa untuk berusaha membawa idea-idea yang luar dari kebiasaan.

 
 

4) Jangan Ada Niat Nak Control Masalah

Masalah sama ada berpunca daripada alam seperti gempa bumi, kebakaran atau berpunca dari manusia adalah sesuatu yang memang di luar kawalan kita. Seseorang tidak harus berusaha mengawal hukum alam atau niat manusia lain.

 

Usaha usaha ini adalah usaha yang sia-sia dan membuang masa. Jack Ma menyebut bahawa jika anda seekor musang anda tidak boleh mengubah sikap / tindak balas arnab, tetapi anda harus ubah taktik serangan anda supaya tidak gagal.

 

Begitulah dalam kehidupan ini, kita sering meletakkan kesalahan-kesalahan pada perkara luar yang sememanya tidak mampu kita kawal. Sahabat saya yang baru kerugian saham datang dan mengadu bahawa situasi politik menyebabkan perkara tersebut.

 

Bagi seorang pelabur saya percaya masing-masing ada ‘trading plan’, jadi dengan suasana yang ada maka ikutlah perancangan masing-masing. Masalah timbul bila seseorang sudah tidak lagi disiplin dengan perancangan tersebut atau tidak mempunyai perancangan

 
 

5) Jangan Gopoh Mendapatkan Sesuatu

Satu perkara yang memang menjadi dilema semua orang adalah usaha hari in dan ingin mendapatkan hasil dalam kadar segera. Perkara ini jarang-jarang berlaku bahkan kalau berlaku sekalipun ia tidak konsisten.

 

Sebenarnya apa yang kita perlu bukan kejayaan yang segera, tetapi kejayaan yang mutlak. Jack Ma menyebutkan “It’s more important to be the Best than the First”, jadi apa yang kita perlu kejar bukanlah hasil yang hanya ‘cukup makan’.

 

Untuk mendapatkan kejayaan yang terbaik ini bukanlah satu usaha atau dua usaha sudah mencukupi, tetapi ia perlu kepada konsistensi dan masa yang lebih untuk mendapatkan sesuatu hasil kerja yang disifatkan sebagai ‘matang’.

 
 

Kesimpulan

Kesemua ‘jangan’ ini adalah sebahagian yang akan menjadi petunjuk bagi mereka yang inginkan kebangkitan yang konsisten. Ramai sebenarnya yang nak ubah keadaan kewangan mereka tetapi mungkin belum menemui formula yang tepat dengan diri mereka.

 

Yang lebih penting selain memahami setiap satu yang disebutkan ini, harus disebut bahawa tindakan susulan kita itulah yang akan menjadi titik permulaan kepada perubahan masa depan yang lebih baik.

 
 

Nak tahu rahsia ubah dari berhutang kepada menjana pendapatan? klik link ini sekarang; http://www.kursusforensikwang.com

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
duit bekerja untuk duit

Bagaimana Wang Bekerja Untuk Kita?

Satu ketika dulu , saya memulakan kehidupan saya sebagai seorang pekerja dan dalam masa yang sama saya berniaga untuk mencari...
ada-pasangan-tapi-macam-takda

Ada Pasangan Tapi Macam Tiada

Apa gunanya berumahtangga / kahwin kalau akhirnya sendiri-sendiri juga, yang sama-sama cuma bahagian buat anak jer , yang lain asing-asing....
money-2696238_1920

Bagaimana Untuk Bermula Tingkatkan Kewangan, Walaupun Dari 'Zero'

Samada anda ingin tingkatkan kewangan, kareer, kesihatan, hubungan dengan pasangan, anda perlu bermula dengan dimana anda berada. Perkara utama adalah...
emil-kalibradov-V-1kCJh5R3w-unsplash

3 Sebab Jangan Takut Pendapatan Rendah

“Pendapatan Mike Tyson dianggarkan $300 juta sepanjang karir, dan disahkan bankrap dengan hutang melebihi $27 juta pada tahun 2003 Realiti...
journey

Selangkah Bebas Dari Hutang

Rasa macam nak cerita pula pengalaman saya langsaikan hutang saya iaitu pada tahun 2007. Saya tidak pernah mahu jadi seorang...