Skip to content

Patutkah Saya Refinance Pinjaman Rumah Saya?

Sekarang ni ada satu hype yang sedang berlegar-legar di sosial media iaitu tentang beli rumah atau refinance rumah sekarang. Maklumlah, BNM telah kurang OPR kali keempat pada tahun ini. Sekali gus menjadikan OPR terkini adalah 1.75%.

 

Pengurangan OPR ini tak lain tak bukan untuk rancakkan ekonomi yang sedang dihimpit dengan wabak Covid-19. Kadar OPR yang rendah memang bagus, tapi bagaimana anda boleh tahu sama ada ini adalah waktu terbaik untuk anda refinance atau tidak?

 

Apa Itu Refinance?

Refinance adalah tukar pinjaman lama anda kepada pinjaman baru dengan jumlah bayaran bulanan yang baru, tempoh pinjaman yang baru.

 

Perlukah Saya Refinance?

Jika pinjaman hartanah anda lebih tinggi daripada yang berada dipasaran sekarang atau anda dapat tawaran pengurangan pinjaman anda sebanyak 1-2%, mungkin anda boleh pertimbangkan.

Kita mungkin dimomokkan bahawa refinance boleh selesaikan masalah kewangan kita. Tak semudah macam tu je. Banyak faktor lain yang perlu kita tengok.

Ada banyak kos yang terlibat untuk refinance, jadi pastikan ia adalah satu tindakan yang berbaloi dan bukan memakan diri.

Refinance adalah satu idea yang bagus bagi mereka yang memang disiplin dalam pengurusan kewangan. Dengan lebihan tunai daripada refinance, anda boleh manfaatkan kelebihan ini untuk langsaikan hutang-hutang yang lain dan tambah aset.

Bagi yang jenis boros, refinance tak sesuai untuk anda.

Tiada satu penyelesaian yang sesuai dengan semua masalah.

Setiap individu mempunyai masalah yang berbeza. Itulah yang diamalkan terhadap ahli-ahli Urusinsan. Datang coaching dengan saya, dengar masalah anda, semak latarbelakang kewangan anda, barulah saya tahu solusi apa yang terbaik untuk anda.

Jadi, refinance ni bagus ke tidak sebenarnya?

Bergantung pada kondisi kewangan anda.

Tak perlu tunggu OPR turun baru terhegeh-hegeh nak selesaikan hutang bagai.

Ni ahli urusinsan, sebelum OPR turun lagi dah rancang nak selesaikan hutang. Mula coaching 1 Jun, insyaAllah selesai hutang RM87k bulan Oktober nanti.

Pusing macam mana pun, ia berbalik kepada tahap disiplin anda dalam kewangan. Nak tahu solusi apa yang sesuai dengan anda, salah satu cara adalah dengan jadi ahli urusinsan. Caranya, klik butang dibawah ni.

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
pexels-pixabay-355948

Proses atau Hasil?

Ramai nak kaya cepat, adakah akan tercapai? Saya katakan tidak mustahil jika anda nak cepat kaya, tetapi bayarannya adalah anda...
featured image

Tradisi Duit Raya & Kesannya Pada Tabung Pendidikan Anak Sendiri

Lagi 10 hari nak menjelang Hari Raya. Maka, setiap tahun, berulanglah episod yang sama iaitu persediaan raya. Tapi, tahun ni...
kewangan-peribadi

Celikkan Kewangan Diri Sendiri Dulu, Baru Keluarga Kita.

Secara peribadi salah satu sifat diri yang ada pada saya ialah pentingkan diri sendiri dalam hal kewangan. Ini kerana saya...
forensik-kewangan

Kena Tipu Sehingga Hutang Berjuta Ringgit

Semua orang pernah kena tipu . Tipulah kalau kata tak pernah kena tipu.  Ini kisah saya yang pernah di tipu...
mahathir-goldman

Nasihat Tun M untuk Anak Muda

   “Masa Muda adalah masa eksplorasi potensi bukannya menuai hasil kejayaan” Berikut saya kongsikan 2 nasihat untuk mereka yang sedang...