Skip to content

Kenapa Kita Sibuk Mengkayakan Orang Lain?

urusinsan-kaya

Amat malang bagi mereka yang terlalu sibuk mengkayakan orang lain sehingga lupa atau tidak sempat mengkayakan diri sendiri.

Begitulah keadaan kebanyakan orang , terutama yang makan gaji , isunya bukan makan gaji tetapi apa yang dibuat dengan gaji dan masa yang ada padanya.

Ada pekerja yang sibuk mengalahkan Tuan punya syarikat dia bekerja sehinggakan nak ambil cuti pun tidak terambil. Sibuk menjadi pekerja contoh di syarikat beliau bekerja , sibuk mengejar KPI syarikat sedangkan KPI diri , Agama dan keluarga tidak pernah di kejar.

Ada antara ahli urusinsan yang sudah menjadi ahli selama lebih 2 tahun tetapi tidak pernah menghadiri sesi analisa kewangan dan 1 on 1 bersama saya , setelah menghadiri sesi ternyata dia menyesal kerana tdak berjumpa lebih awal.

Selama 2 tahun masa telah terbuang dalam tempoh yang sama sepatutnya hutangnya telah langsai dan hartanya bertambah tetapi malang dia terlalu sibuk mengkayakan orang lain.

Mentor saya pernah berpesan kepada saya

“Jangan sibuk mengkayakan orang lain sehingga memiskinkan diri sendiri”.

Saya tidak faham maksud beliau ketika itu , namun apa yang saya lihat hari ini membuktikan kebenaran kata-kata beliau.

Hari ini kita lihat berapa ramai yang bersara atau berhenti kerja setelah berpuluh tahun bekerja di sebuah syarikat tetapi apa yang dimiliki hanya sebuah rumah , simpanan yang sedikit dan kenderaan yang semakin lusuh , itupun jika ada dan manakala dalam tempoh yang sama syarikat beliau bekerja semakin maju dan Tuan punya semakin kaya.

Lebih malang lagi setelah berpuluh tahun bekerja , pengkahirannya hanya di rumah kebajikan orang tua-tua.

Semua yang bekerja di berikan gaji , beza antara si kaya berbanding si miskin adalah apa yang dibuat dengan gajinya.

Si KAYA akan menggandakan wang gajinya melalui penambahan harta manakala si MISKIN pula hanya menghabiskan wang gajinya dengan menambah beban di dalam hidupnya.

Pilihan berada di tangan kita sendiri , samaada kita mahu sibuk mengkayakan orang lain atau mula sibuk untuk mengkayakan diri sendiri.

Setiap dari kita mempunyai 24 jam setiap hari , 9 jam berada di pejabat , 2 jam habis di perjalanan , 8 jam tidur , 2 jam main dengan anak , beriadah , kemas rumah , masak dan sebagainya, 1 jam beribadat dan ada baki 2 jam setiap hari untuk melakukan sesuatu yang berfaedah , 2 jam yang boleh mengubah hidup kita samaada menjadi KAYA atau MISKIN.

Kita punya pilihan untuk membuang masa selama 2 jam setiap hari dengan aktiviti seperti menonton TV , makan luar , jalan-jalan , main internet tanpa tujuan dan sebagainya atau memilih untuk mengkayakan diri dengan aktiviti seperti menambah Ilmu , bertalaqi, memulakan usaha seperti berniaga , menambah pendapatan sampingan , melabur, “networking” dan seumpamanya.

Apa yang anda buat dengan gaji anda hari ini akan menentukan KEJAYAAN KEWANGAN anda pada masa hadapan.

Wallahualam

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
seminar1

5 Tips Kewangan Ketika Sedang Sengkek

Kecuali anda dilahirkan didalam keluarga kaya , anda pasti mengalami keadaan di mana anda pernah sengkek. Apa itu sengkek? Ianya...
warren-buffett

Melabur Hartanah Gaya Warren Buffett

Kita mungkin boleh kenalpasti bagaimana sesebuah institusi kewangan (yang nilainya berbilion) punya strategi pelaburan. Tapi jarang untuk kita tahu bagaimana...
tips-beli-kereta

Tip Elak Hutang Kereta, Dapat Beli RM40k Tunai!

Hutang kereta merupakan antara punca kebanyakan orang muflis. Antaranya disebabkan oleh nilai susut yang tinggi berbanding dengan pinjaman yang dibuat....
forensik-kewangan

Kena Tipu Sehingga Hutang Berjuta Ringgit

Semua orang pernah kena tipu . Tipulah kalau kata tak pernah kena tipu.  Ini kisah saya yang pernah di tipu...
ansuran-kenderaan-3

Muhasabah PKP, Alangkah Bagusnya Dapat Kurangkan Ansuran Bulanan Kenderaan

Dalam keadaan situasi seperti PKP ni, ada baiknya untuk kita bermuhasabah. Terutamanya berkenaan status kewangan kita. Memandangkan kita diberi pilihan...