Memohon Saham IPO

Seperti yang dinyatakan di dalam artikel yang lepas, proses pertama sebelum sesebuah syarikat disenarai di Bursa Malaysia adalah melalui IPO. Ia merupakan satu proses dimana pelabur awam dan institusi boleh memohon saham sebelum diniagakan di Bursa Malaysia.

Untuk pelabur awam ada 2 cara anda boleh gunakan untuk memohon IPO iaitu:

  1. Dengan mengisi borang permohonan yang mana boleh didapati di broker-broker saham terdekat apabila syarikat mula menjualnya.
  2. Melalui Elektronik Share Application (ESA) yang mana permohonan boleh dibuat melalui ATM dan Online Banking.

Gambar ehsan dari laman sesawang Bursa Malaysia

 

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Membeli dan Menjual Saham di Bursa Malaysia

Proses membeli dan menjual saham selalunya dilakukan melalui Participant Broker. Antara broker-broker saham yang terkenal di Malaysia adalah:

  • RHB INVESTMENT BANK
  • MAYBANK INVESTMENT BANK
  • CIMB INVESTMENT BANK

Selain daripada membeli melalui broker, tugas lain mereka adalah untuk memberi bantuan dan nasihat di dalam apa yang bagus untuk dibeli dan dijual. Tetapi anda hendaklah tidak bergantung  100% kepada mereka. Saya sarankan anda juga membuat kajian anda sendiri mengenai saham-saham terbabit.

Harus diingatkan bahawa jika anda melakukan transaksi beli dan jual saham secara ONLINE kos yang terlibat lagi murah berbading secara OFFLINE. Selalunya online trading tidak ada panduan mengenai market updates tetapi selalunya di datangkan dengan life updates harga saham terbabit.

Harus diingatkan bahawa kadar brokerage yang dikenakan oleh setiap broker adalah berlainan. Harga yang selalu dikenakan oleh broker selalunya diantara 0.6% sehingga 0.1%. Kadar brokerage ini juga ditentukan oleh sama ada anda memilih untuk membuat trading secara online mahupun tidak. Ini kerana jika kadar trade melalui remisier atau dealer (manual) selalunya lebih mahal dari online trade.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Jenis Saham Di Bursa Malaysia

Di dalam Bursa Malaysia terdapat pelbagai jenis saham. Saham yang biasa kita beli dipanggil Ordinary Stock.  Apabila kita beli Ordinary Stock kita akan memiliki saham syarikat terbabit. Ini membolehkan anda mendapat keuntungan dari keuntungan syarikat terbabit di dalam bentuk dividen. Selain itu, anda juga akan mempunyai hak mengundi apabila ada sesuatu keputusan perlu dibuat semasa Annual Grand Meting atau AGM.

Selain Ordinary Stock, terdapat istilah lain yang anda perlu jelas sebelum anda mula melabur saham. Istilah dan maksud perkataan terbabit adalah seperti dibawah:

Preferential Stock

Selalunya keutamaan akan diberikan kepada sesiapa yang memiliki Preferential Stock. Ini dapat dilihat apabila syarikat bankrap, sesiapa yang memegang saham Preferential Stock akan diberi keutamaan. Selain itu, kadang-kadang pemegang saham Preferential Stock akan menikmati dividen tetap.

Bonus Issue

Kalau sesebuah syarikat bermurah hati dan pada masa sama nak menghargai pemegang saham, selalunya dia akan bagi Bonus Issue. Pemberian ini membolehkan pemegang saham sedia ada mendapat tambahan bilangan unit saham baru tanpa membayar sebarang kos.

Right Issue

Selalunya diberikan kepada existing shareholder atau new shareholder yang berminat kepada syarikat terbabit. Harga ditawarkan pada Right Issue price selalunya lebih rendah dari market price.

Warrant

Warrant merupakan satu pilihan yang dikeluarkan oleh syarikat berdasarkan saham asal. Selalunya nilai Warrant rendah dan pada masa yang sama mempunyai tarikh matang. Warrant boleh dikatakan sebagai ‘Pre Own Stock’. Ini kerana apabila Warrant terbabit tamat, pemegang Warrant diberi pilihan untuk tukar Warrant terbabit kepada saham dengan nilai tertentu. Jika pemegang Warrant tidak tukar, dia akan rugi begitu sahaja.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti. 

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Membaca Laporan Saham di Surat Khabar

Sebagai salah seorang pelabur saham di Malaysia, anda boleh mendapatkan maklumat mengenai saham di dalam seksyen perniagaan di ruangan surat khabar tempatan. Selalunya maklumat-maklumat ini akan disenaraikan di dalam surat khabar iaitu:

IstilahMaksud
Year’s HighHarga tertinggi saham terbabit di dalam tempoh 52 minggu.
Year’s LowHarga terendah saham terbabit di dalam tempoh 52 minggu.
Stock CodeKod digunakan untuk mengenal pasti saham.
Stock CounterNama kaunter terbabit dan disenaraikan di Bursa Malaysia.
Cls’ng (Closing)Harga tutup bagi sesuatu kaunter bagi hari terbabit.
+/-Kenaikan atau kejatuhan sesuatu harga saham terbabit.
+/-%Kenaikan atau kejatuhan sesuatu harga saham terbabit di dalam peratus.
Lots TradedJumlah saham yang bertukar milik di Bursa Malaysia.
Day’s HighHarga paling tinggi untuk hari terbabit.
Day’s LowHarga paling rendah untuk hari terbabit.


Pada mulanya saya pasti ramai orang akan rasa susah untuk memahami tetapi jika anda berlatih membacanya selama dua minggu, saya pasti anda akan menguasainya.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Modal Melalui Pasaran Saham

Pasaran saham diciptakan untuk syarikat-syarikat yang inginkan modal dari orang ramai yang mana modal ini akan digunakan untuk memperkembangkan syarikat masing-masing. Apabila mereka katakan bahawa syarikat mereka telah tersenarai, ini membawa maksud syarikat terbabit merupakan sebuah syarikat awam yang tersenarai dibawah Bursa Malaysia.

Ini kerana kebanyakan syarikat diluar sana kadang-kadang tidak mempunyai modal yang banyak untuk berkembang. Maka selain cara membuat pinjaman di bank, mereka juga boleh mengapungkan syarikat mereka di Bursa Malaysia. Ini dilakukan dengan menjual sebahagian daripada saham syarikat mereka kepada orang awam atau pelabur institusi.

Pembelian saham syarikat terbabit dilakukan melalui Initial Public Offering atau IPO nama singkatannya. Apabila IPO sesebuah syarikat dikeluarkan, anda sudah boleh membelinya. Pembelian boleh dilakukan melalui mesin ATM mahupun Perbankan Online. Tetapi haruslah diingatkan bahawa sebelum membeli, anda perlulah merujuk kepada prospektus terlebih dahulu.

Prospektus merupakan satu dokumen yang mana sebelum sebuah syarikat listing dibawah IPO, dia akan mengeluarkan maklumat mengenai syarikatnya. Selalunya perkara yang dinyatakan di dalam prospektus merangkumi perkara-perkara mengenai keadaan kewangan syarikat, untung dan rugi syarikat terbabit dan juga rancangan syarikat terbabit untuk masa depan.

Harus diingatkan bahawa apabila anda membeli saham sesebuah syarikat maka secara automatik anda telah menjadi pemilik bagi syarikat terbabit. Maka apabila syarikat membuat keuntungan maka secara automatik anda mendapat keuntungan terbabit. Selalunya keuntungan ini dibayar di dalam bentuk dividen.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Memahami Pasaran Saham Bursa Malaysia

Pasaran saham Bursa Malaysia merupakan satu tempat dimana saham syarikat dijual beli oleh orang awam dan pelabur institusi serta memberi peluang kepada syarikat terbabit untuk mendapatkan peluang modal dan modal tambahan untuk memastikan syarikat terus maju.

Pada masa yang sama juga ia memberi peluang kepada pelabur untuk membuat keuntungan dari prestasi syarikat pada masa hadapan. Ini memberi peluang kepada orang ramai untuk membuat keuntungan tambahan atau extra income.

Selain itu , pasaran saham juga turut memberi pendapatan sampingan yang mana nilai keuntungan yang diperolehi dari pasaran saham selalunya melebihi daripada ASB dan juga simpanan tetap di bank. Tetapi perlu diingat sebelum melakukan jual dan beli saham , anda perlulah terlebih dahulu mempunyai ILMU melabur di dalam pasaran saham.

Kesemua transaksi jual dan beli saham di Malaysia diuruskan oleh Bursa Malaysia. Peranan Bursa Malaysia pula bertindak sebagai satu badan selia yang dilantik oleh kerajaan Malaysia. Di bawah Bursa Malaysia terdapat hampir 1400 kaunter yang mana semua disenaraikan dibawah Pasaran Utama atau Pasaran ACE (Pasaran Kedua). Kesemua urus niaga saham dilakukan secara teratur dan mengikut peraturan.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Bolehkah Orang Biasa Membuat keuntungan Dengan Pasaran Saham?

Saya banyak mendengar yang orang mengatakan mereka berminat untuk masuk membeli saham. Ada juga yang mengatakan mereka akan masuk melabur di dalam saham jika mereka mempunyai duit yang banyak. Dan yang paling best saya juga pernah diberitahu kalau anda nak melabur di dalam pasaran saham, anda hendaklah menjadi seorang yang pandai dalam jurusan kewangan dan ekonomi.

Tetapi hakikatnya amatlah berlainan sama sekali.

Jom kita lihat situasi dibawah. Saya akan berikan 1 situasi untuk anda nilai apakah saham sebenarnya. Situasi ini akan menunjukkan kepada anda bagaimana proses dan keuntungan dijana melalui saham di Bursa Malaysia.

 

SENARIO

Ahmad merupakan seorang pekerja kilang dengan pendapatan RM33 000 setahun. Selepas 6 bulan ahmad berjaya mengumpul duit sebanyak RM1500 dan berminat untuk melabur di dalam pasaran saham. Ahmad kemudiannya membeli saham  sebanyak 1600 unit bagi syarikat ABC MINING pada harga RM0.90 yang mana jumlah keseluruhannya  RM1440. Pada masa sama beliau turut membayar kos brokerage RM32.95 dan menjadikan kos keseluruhan RM1472.95.

Selepas 6 bulan, Ahmad mengambil keputusan untuk menjual sahamnya. Ini kerana saham ABC MINING dia sudah naik sehingga RM1.19. Ahmad kemudiannya menjual dan mendapat RM1904 dan selepas ditolak kos brokerage RM32.95 dan balance tinggal adalah RM1871.05. Ahmad telah membuat keuntungan sebanyak RM398.10.

Walaupun pada hakikatnya keuntungan itu namapak kecil tetapi pada hakikatnya Ahmad telah mebuat keuntungan sebanyak 27% profit yang mana kalau nak dibandingkan keuntungan melebihi dividen ASB dan juga akaun simpanan biasa bagi nilai RM1472.95.

Berdasarkan situasi diatas dapatlah saya katakan bahawa saham merupakan satu bentuk pelaburan yang lebih menguntungan daripada ASB. Ini kerana jika amaun yang sama anda laburkan di dalam ASB maka anda hanya membuat paling tinggi 10% tetapi dengan saham 27%. Fikirkan…

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Kenapa Melabur Di Dalam Saham?

Maksud melabur adalah membuatkan duit anda berkerja untuk anda dengan membiarkan duit itu berganda dari sedikit menjadi banyak. Melabur di dalam saham merupakan salah satu cara untuk meningkatkan duit anda. Saham juga menunjukkan salah satu bentuk pelaburan yang menguntungkan dari semua pelaburan yang ada.

Kebaikan melabur di dalam saham adalah:

  • Kos jual dan beli yang rendah.
  • Kebebasan untuk berkerja di tempat sendiri dan pada masa sendiri.
  • Senang untuk monitor.-Boleh dilakukan di mana-mana
  • Meningkatkan keuntungan pada masa sama mengurangkan risiko

Tetapi beberapa pekara perlu diambil kira di dalam melabur saham:

  • Pasaran saham merupakan pasaran yang volatile.
  • Kena ada ILMU dulu sebelum melakukan jual beli saham.
  • Kena selalu monitor/lihat semua pelaburan yang anda buat
  • Kena disiplin dalam jual dan beli sesuatu saham berdasarkan signal jual dan beli.

Sampai disini dahulu penulisan saya. Insya Allah akan saya sambungkan pada penulisan akan datang nanti.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Zero Trader VS Millionaire Investor

Sekali baca tajuk topik ini confirm bagi yang malas membaca akan mengecam saya habis-habisan. Ini kerana tajuk topik perbincangan ini bunyinya macam berat sebelah. Sekali baca, dua kali baca totally nampak gaya saya nak burukkan TRADER. Hello.. saudara meh sini luangkan 5 minit baca dulu dan baru nilai.

Seperti saya ceritakan artikel yang lalu, maka saya pasti anda sekarang mempunyai matlamat berbeza. Orang kata umpama semangat baru. Jadi sekarang kita clear reason kita berdagang saham adalah to have a better return dari ASB, Tabung Haji dan sebagainya. Dengan kata lain our yearly target is around 20%-30% per year. “A good mindset will determine who you are!”. Tiada lagi alasan senang buat duit berdasarkan tengok kawan ataupun alasan buka akaun CDS sebab ikut kawan. Ini kerana sekarang we are the GENERAL for OUR OWN FUND.

Baiklah untuk topik kali ni suka saya terangkan terlebih dahulu definasi TRADER dan INVESTOR berdasarkan BUKU FINANCE yang mana saya ringkaskan seperti di bawah:

TRADER
Jual Beli financial instrument (Stock, derivative dan sebagainya) untuk sesuatu tempoh yang mana selalunya KURANG DARI SETAHUN.

INVESTOR
Jual Beli financial instrument (Selalunya Stock) untuk sesuatu tempoh yang mana selalunya LEBIH DARI SETAHUN.

 

Jadi dimanakah logiknya topik ZERO TRADER vs MILLIONAIRE INVESTOR ini?

Untuk INVESTOR selalunya konsep yang diguna pakai adalah dengan MELABUR di dalam bisnes yang kita tahu. Ini merupakan konsep asas di dalam pelaburan. Bila kita kata INVEST maka perkara pertama yang akan dilihat oleh pelabur adalah apakah jenis perniagaan tersebut dan barulah disusuli dengan kajian financial syarikat terbabit dan kadang-kadang teknikal analisis.

Ini merupakan satu-satunya teknik digunapakai oleh INVESTOR. Ini kerana sepanjang saya berada didalam bidang ini saya telah melihat seorang investor yang mana beliau membeli saham hanya beliau tahu bisnes dan financial-nya dan berjaya menukar dari RM200 000 kepada RM1,000,000 dalam tempoh 5 tahun.

Manakala selama 8 tahun saya berada di dalam bidang ini apa yang saya nampak lebih ramai TRADER kecundang berbanding INVESTOR. Bukan tiada TRADER berjaya tetapi apa yang saya nampak hampir 70% gagal dalam menjadi TRADER. Ini kerana apa yang berlaku adalah kerana kesilapan TRADER terbabit dalam memilih strategi.

Anda sepatutnya kenal jenis trader manakah anda berdasarkan waktu dan keadaan diri anda sendiri. Ia umpama kita nak masak tomyam tetapi kita tak letak serai tapi kita letak bunga kantan. Maka adakah tomyam kita rasanya sama? Maka jika anda dapat buat profit sebanyak 10% dalam tempoh 3 bulan maka jangan risau anda layak di gelar sebagai TRADER. Tapi TRADER jenis apa saya akan cuba post in next post? Disini amat penting untuk anda faham JENIS TRADER manakah anda supaya dengan “A good mindset your STRATEGY will be more effective

Jom ubah dari budaya PUNTER dan GAMBLER kepada budaya SUPER SMART TRADER dan INVESTOR!

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)

Saham Mana Untungnya dan Mana Ruginya

Sepanjang 8 tahun saya mengenal dunia saham ini berbagai ragam dan cara sudah saya jumpa.

Ada yang datang kepada saya dan berkata “Sangat senang membuat profit dengan saham. Saya tengok kawan saya tu masa rehat kerja je dia dah buat duit. Sebab tu saya datang buka akaun CDS juga sebab nak jadi macam dia”.

Ada juga yang datang dan bila ditanya kenapa buka akaun CDS dan jawapannya “Owh.. saya datang buka sebab kawan saya suruh. Dia cakap main saham boleh jadi kaya. Jadi saya datang buka”

Selain istilah senang buat duit dan juga kawan suruh, sering kali juga saya menerima jawapan bahawa “Saya datang nak buka akaun saham ni sebab saya nak jadi fulltime trader. Nak buat income bulan-bulan kalau boleh dari trading saham. Tak tahan dah dengan kerja”

Wahai saudara dan saudari semua ni pesanan saya kepada semua. Anggaplah pesanan ini disampaikan oleh seorang yang lambat pemahamannya mengenai saham. Seorang yang mengambil masa selama 8 tahun untuk memahami industri ini. Jika anda buka akaun saham seperti tiga (3) sebab di atas, maka nasihat saya perkara pertama anda perlu buat adalah lupakan semua niat di atas.

Ini kerana hampir 70% dari pelabur yang mempunyai niat di atas akan mengalami kegagalan. Kenapa saya berkata begitu kerana ini disebabkan dengan niat di atas saya berani cakap anda akan tiada masalah untuk bakar duit modal anda. Ini kerana anda mempunyai sikap acuh tak acuh dalam menggandakan duit anda.

Kenapa begitu.. kerana dengan istilah senang buat duit maka anda tidak akan kisah untuk cut loss dan cari kaunter baru yang mana selepas cut loss anda tengok kaunter tu jalan naik. Dengan istilah kawan suruh maka anda akan membuta tuli membeli saham dan ikut bagai lembu dicucuk hidung apabila orang suruh beli kita beli dan orang suruh jual kita jual dan suruh cut loss kita cut loss. Selain itu, istilah fulltime trader dengan pendapatan bulanan tidak mungkin dapat berjaya disebabkan faktor tekanan dihadapi untuk menghasilkan pendapatan.

Maka sebab apa paling sesuai? Pandangan peribadi saya simple sahaja. Jika ada pelabur yang datang kepada saya dan cakap “Owh.. saya datang buka akaun saham ni sebab saya dengar pulangan dia lagi lebih dari ASB dan Unit Trust, dapat dalam 20% setahun pun jadi la.. Iye la bak kata orang High Risk High Return“. Maka percayalah orang ini merupakan ciri-ciri DNA pelabur saham berjaya bahkan this person always make more than 50% return in 1 year.

 


 

Artikel disediakan oleh:

Firdaus Ismail
Chief Market Strategist
Thewan Capital Sdn Bhd (1148874-X)