Nasihat Tun M untuk Anak Muda

  

“Masa Muda adalah masa eksplorasi potensi bukannya menuai hasil kejayaan”
Berikut saya kongsikan 2 nasihat untuk mereka yang sedang bergelut dan mereka yang sedang berusaha keras untuk mengubah nasib keluarga.  

 

1.Experience is to challenge mankind so that they seek for opportunities, it may neither be today nor tomorrow, but surely it will come”

 

Nasihat pertama yang penting diberi Tun adalah dapatkan pengalaman. Ramai sebenarnya dari awal lagi dah ada ‘mindset’ gaji besar sebab baru tamatkan pengajian, apatah lagi dari institusi hebat. Tapi semua kita sepatutnya akui tiada institusi pengajian yang boleh memberikan kita pengalaman tersebut. 

 

Apa kesimpulan yang anda nampak? Ya, jangan tekankan pendapatan melebihi pengalaman. Pengalamanlah yang sebenarnya akan membawa pendapatan yang mungkin lebih lumayan jika anda bersabar untuk pengalaman itu. 

 

Robert Kiyosaki juga menyebut bahawa cara ‘Orang Kaya’ mengekalkan kekayaan mereka untuk terus diwarisi ke seluruh keturunan mereka (tidak hanya pada anak-anaknya) adalah dengan tidak memanjakan mereka. 

 

Mereka akan diajar untuk berdikari mendapatkan pendapatan sendiri, ujian ini akan berterusan sehingga mereka terbukti ‘tidak manja’, kemudian itulah bapa mereka akan wariskan perniagaan yang diusahakan.

 

Ini dilakukan bagi memastikan mereka mendapatkan ‘pengalaman’ yang cukup dengan ‘cabaran’ yang terbukti membekal-kan mereka dengan asas untuk menguruskan sesuatu yang lebih besar. 

 

Dengan melihat situasi dan keadaan di atas, apakah menyebabkan seseorang lebih ‘down’, terutamanya jika anda seorang ‘breadwinner’ dan amat memerlukan jumlah pendapatan yang tertentu untuk menampung keluarga. 

 

Pertama dan selamanya percayalah bahawa hikmah Allah tiada siapa yang mampu nak faham,  sebahagian mereka yang ‘breadwinner’ ini akhirnya akui bahawa dengan kesabaran mereka mendapatkan pengalaman selama beberapa tempoh yang akhirnya memberi mereka pendapatan yang lebih lumayan lebih daripada jika mereka mendapatkan pendapatan tinggi beberapa tahun lalu.

 

Mengapa? Hal ini terbukti bahawa pengalaman memberikan anda ‘nilai tambahan’ berbanding menjalani kehidupan rutin yang memberikan anda pendapatan tinggi tetapi  statik. ‘Breadwinner’ ini sekarang bukanlah lagi hanya pekerja seperti dahulu, bahkan sudah ada yang berjawatan tinggi dan juga sebahagian sudah membuka perniagaan sendiri.

 

Bahagian kedua nasihat Tun M  tidak kurang pentingnya, beliau menyambung bahawa pengalaman itu sebenarnya adalah satu bentuk cabaran yang mana hanya orang yang bijak akan sentiasa menghidu peluang pada setiap masa. Tun dengan jelas menyatakan

 

Kata-kata ini saya pasti cukup memberikan penjelasan bahawa haram hukumnya berada dalam salah satu dari  2 ekstrem, pertama kumpulan yang terus meletakkan pendapatan sebagai objektif utama; dan kedua kumpulan yang hanya selesa dengan ‘pengalaman’ tanpa bersedia menghidu dan mengambil peluang untuk meningkatkan potensi hidup.

 

“It may neither be today nor tomorrow, but surely it will come”

Terj: mungkin bukan hari ini atau esok, tetapi pasti akan datang

 

 

 

2.“Don’t follow others’ decision, you must have your own “WHY” for you to work hard and stop wasting time”

Semua orang nak kaya, semua orang nak rumah besar, semua orang nak ubah nasib keluarga, semua orang nak wariskan sesuatu pada anak-anak, akan tetapi tak semua yang memahami “WHY” dalam mereka membuat satu-satu keputusan untuk mencapai objektif yang mereka inginkan!

 

Satu perkara negatif yang mungkin berlaku jika kita mengikut ‘trend’ atau keputusan yang dibuat orang adalah kita tak tahu dua perkara utama ini pada mereka; perancangan jangka panjang dan ‘exit plan’ jika berlaku kecemasan.

 

Setiap mereka yang buat keputusan besar saya yakin mereka sudah bersedia dengan dua perkara yang saya sebutkan. Contoh pertama adalah Elon Musk, seperti diketahui minat utamanya adalah bidang sains dan eksplorasi.

 

Jadi dari satu dan satu perniagaan yang diusahakan adalah bertujuan mengumpulkan dana yang besar, dan bukan memiliki perniagaan tersebut. Sebab itulah kita melihat Musk memulakan satu perniagaan kemudian mengembangkan nilai syarikat kemudian menjualnya; dan ini berulang beberapa kali sehingga Tesla sekarang ini.

 

Situasi ini sangat berkaitan dengan situasi di atas; apabila Musk mengumumkan membeli bitcoin di Twitter, terus melonjak harga tersebut beberapa bulan lepas.Sebahagian orang mula menjadi FOMO mengejar harga yang ketika itu sudah mencecah RM 250,000.

 

Seperti yang saya sebutkan, kita tak pasti sejauh mana perancangan Musk untuk pelaburan bitcoin (Tesla pun mungkin melihat kerugian untuk Q2), tetapi untuk kita? Ramai sebenarnya yang rugi besar dengan pasaran kripto yang melonjak secara abnormal beberapa bulan lepas.

 

Kisah ini sepatutnya menyedarkan kita bahawa jangan pernah sesekali membuat keputusan disebabkan orang lain membuat keputusan tersebut, tetapi berpeganglah pada ‘WHY’ kita sendiri.

 

Seterusnya dengan ‘WHY’ itu tadi, haruslah menolak dan memotivasikan kita untuk bekerja dengan lebih keras mencapainya. Tun memberikan contoh bagaimana kaum India dan Cina yang awalnya datang ke Malaysia kemudian dengan kerja keras mereka berada pada tahap yang sekarang.

 

Tun menyebut juga bahawa jangan biarkan otak ini ada masa untuk berehat, sentiasa kerahkannya untuk menyerap maklumat, analisa dan keluarkan dalam bentuk idea. Dalam bahasa yang lain adalah jangan buang masa.

 

Contoh ini saya rasa sudah tertulis pada empunya yang memberi nasihat kerana umur yang menjangkau lebih 90 tahun masih mempunyai tenaga dan semangat untuk bekerja.

 

 

 

Kesimpulan

 

Kita mengambil sisi manfaat daripada semua terutamanya mereka yang kita iktiraf dari sudut pengalaman dan umur mereka, sisi-sisi nasihat ini bagi saya amat penting sebagai amaran dan motivasi untuk anak mudah bahawa tiada jalan mudah untuk berjaya.

 

Nasihat ini juga memberikan kita bahawa pentingnya perancangan sebelum tindakan supaya seseorang tidak akan menyesal di kemudian hari. Dalam apa jua usaha atau pekerjaan yang kita sedang lalui sekarang, berpeganglah pada ‘WHY’ sendiri.

Nak tahu apakah 7 kemahiran yang perlu dimiliki orang bujang? klik sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com

 

 

3 ‘Rule of Thumb’ Setiap Kali Gaji Masuk

  

“Bang, ada diskaun 7.7 bulan ni, meja makan macam murah la”

 

Jika anda seorang suami, bagaimana dialog terbaik untuk anda menjawab dengan baik dan tidak akan menyakitkan hati isteri anda; saya kongsikan 3 alasan mengapa meja makan anda masih boleh dipakai!

1) Lunaskan Hutang  

Sebelum anda membuat simpanan atau perbelanjaan daripada pendapatan anda, perkara pertama yang paling penting adalah membayar hutang. Dalam Islam ditegaskan bahawa hal berkaitan hutang ini boleh membawa kebaikan atau kecelakaan bagi seseorang

 

 

Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya. (HR Al Bukhari)

 

 

 

Disebutkan di sini bahawa Allah SWT akan membantu seseorang dengan memudahkan urusannya bagi mereka yang berusaha untuk membayar hutangnya dan akan menyusahkan atau menyempitkan hidup mereka yang lari daripada membayar hutang. Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya. (HR Tirmidzi)

 

 

Hutang juga boleh menyebabkan setiap amalan kebaikan yang kita buat di dunia ini akan tergantung, urusan hisab akan menjadi susah walaupun kita telah banyak melakukan ketaatan di atas muka bumi ini.

 

Dengan kefahaman ini, saya yakin kita semua faham bahawa hutang adalah sesuatu yang utama dalam setiap pendapatan kita dan jangan dicuaikan kerana kesan buruknya sangat besar walaupun kita telah melakukan kebaikan yang banyak di sisi yang lain.

 

 

Nak tahu kaedah ‘snowballing’ sebagai kedah efektif untuk menstrukturkan bayaran hutang anda, tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com

 

2) Catat Simpanan dan Perbelanjaan 

Ramai yang masih beranggapan bahawa simpanan adalah sesuatu yang tinggal selepas berbelanja pada setiap kali gaji masuk, menyebabkan jumlah simpanan menjadi tidak tetap dan lebih menyedihkan kadang-kadang tiada simpanan direkodkan.

 

Banyak ‘rule of thumb’ berkenaan berapa jumlah simpanan yang sesuai untuk keadaan kewangan masing-masing, tetapi saya ingin menekankan bahawa pentingnya simpanan walau apapun formula yang anda gunakan dalam menentukan jumlah simpanan yang sesuai.


Apabila menyebut tentang simpanan, satu disiplin yang sangat penting adalah selepas anda menentukan jumlah simpanan daripada pendapatan pokok anda, anda kemudian mestilah mengasingkan jumlah tersebut ke akaun yang lain.

Anda perlu mewujudkan satu akaun khas untuk simpanan (bukan untuk dibelanjakan atau dilaburkan), tetapi akaun ini akan digunakan dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan segera yang lain.

 

Saya pernah bertemu mereka yang awalnya mengasingkan akaun simpanan tetapi masih rendah disiplin untuk tidak berbelanja daripada akaun tersebut; mengapa? Sebab utamanya adalah mereka tidak mencatat perbelanjaan yang patut dibuat pada bulan tersebut.


Kesannya akan berlaku perbelanjaan yang ‘random’ sehingga anda mengosongkan akaun perbelanjaan dan terpaksa pula menyentuh akaun simpanan yang sepatutnya digunakan dalam kecemasan tadi. Keadaan ini adalah simulasi kepada kepentingan catatan perbelanjaan sama pentingnya dengan catatan simpanan.



Anda perlu ada ‘template’ perbelanjaan yang tetap termasuk bayaran hutang, komitmen, pembelian keperluan asas, dan yang berkaitan. Apabila anda sudah ada ‘template’ ini saya pasti anda tidak akan membuat perbelanjaan ‘random’ apabila anda ke pusat membeli-belah yang memang hendakkan anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan.



Setiap pasaraya mempunyai sebab tersendiri termasuk daripada segi susunan barang mereka dengan objektif anda akan membuat pembelian separa sedar. Jika difikirkan semula mengapa disusun coklat, ‘snickers’, dan air tin berdekatan dengan kaunter pembayaran; fikirkan!



Realiti yang lebih menggerunkan daripada pasaraya sebenarnya adalah platform online seperti Lazada dan Shopee contohnya; betapa ramai dan banyak pembelian yang saya perhatikan disebabkan iklan dan pemasaran dan bukannya keperluan.

 

Kita tidak boleh menyalahkan platform yang membuat iklan dan pemasaran kerana itu memang hakikat kepada sesuatu perniagaan; tetapi yang perlu mendapatkan pelajaran adalah kita yang perlu menyediakan ‘template’ perbelanjaan yang akan menghadkan perbelanjaan pada sesuatu yang diperlukan sahaja.

 

 

3) Berhati-hati Dengan Perbelanjaan Kredit 

Perbelanjaan kredit merupakan satu habit yang kurang sihat kerana jumlah perbelanjaan tersebut sukar untuk direkodkan dan ini menjadikan ‘cash-flow’ pada bulan tersebut nampak cantik tetapi akan menyakitkan setiap kali datangnya ‘due date’ kredit bulanan.

 

Kad Kredit sebenarnya ada manfaat yang besar jika dapat diuruskan dengan baik dan anda tahu waktu yang sepatutnya digunakan kad tersebut. Dua keadaan umum yang bagi saya baik untuk menggunakannya; pertama ketika berlaku kecemasan dan kedua pembelian barangan keperluan yang memberikan mata ganjaran.


Secara umumnya, salah satu penggunaan kad kredit yang memberikan manfaat adalah dalam pembelian petrol kerana selain untuk penggunaan kenderaan anda juga akan mendapat sebahagian mata ganjaran yang akan memberikan anda pilihan untuk anda mengubah kepada ‘cash value’ pada masa hadapan.

Contoh yang diberikan tersebut jelas menunjukkan petrol satu barang keperluan, dan bukan membuat pembayaran kredit ketika ‘modify’ kereta anda. Sikap ‘acah-acah’ kaya dengan perbelanjaan kredit untuk ‘luxury’ sememangnya akan membawa padah.

 

‘Rule of thumb’ terbaik dalam perbelanjaan haruslah dibuat secara tunai (untuk memudahkan rekod) atau paling tidak dengan menggunakan debit (setelah diasingkan akaun perbelanjaan dan simpanan) dan adanya ‘template’ perbelanjaan kerana objektifnya memastikan tiada berlaku defisit pada setiap hujung bulan. 

3 Tips Berhadapan Krisis Kewangan

1) Terima Dengan Hati Terbuka  

Sedih adalah sesuatu yang berkaitan emosi dan tak dapat nak dielakkan, tetapi yang saya maksudkan di sini adalah tindakan selanjutnya. Anda boleh mempunyai perasaan sedih tetapi jangan sampai membawa kepada tindakan-tindakan yang memudaratkan.

 

 

“Dan engkau pun menangis wahai Rasulullah? Maka sabda Rasulullah SAW: Wahai anak Auf. Sesungguhnya ia adalah rahmat. Kemudian Rasulullah bersabda: Bahawasanya mata itu menitiskan air dan hati itu bersedih dan tiada kami sebut melainkan barang yang diredhai oleh Tuhan kami sahaja. Dan sesungguhnya kami dengan perpisahan denganmu wahai Ibrahim sedang bersedih.” (HR Bukhari)

 

 

Hadis ini menjelaskan persoalan yang diajukan oleh Abdurrahman ibn ‘Auf ketika melihat Rasulullah menangis dengan kematian anak baginda, Ibrahim. Berdasarkan keterangan ini menunjukkan tiada kesalahan untuk merasa sedih dengan sesuatu musibah.

 

Tetapi harus diingat bahawa emosi sedih ini tidaklah boleh anda terjemahkan dalam tindakan yang tidak baik sehingga membawa kepada sesuatu yang buruk. Saya menceritakan ini semua adalah berdasarkan pengalaman-pengalaman lepas berhadapan dengan beberapa individu yang semuanya mempunyai satu simptom sama; tidak boleh melepaskan.

 

Ada yang tertipu dengan skim hartanah, ada yang tinggi hutang kredit, ada yang ditipu rakan kongsi, semuanya menyalahkan suasana dan ingin mengembalikan semula apa yang hilang itu dengan apa cara sekalipun.

 

Situasi ini menyukarkan saya untuk memberikan alternatif selagi mana akal mereka masih berada pada kejadian yang sudah terjadi, saya katakan setiap yang berlaku adalah salah satu ketentuan yang diberikan dan bukan hak kita mempersoalkan kenapa. Saya percaya jika anda tidak menerima dengan hati terbuka, itu adalah petunjuk yang jelas anda sedang merosakkan masa sekarang dan masa hadapan!1

2) Yakin Pada Hikmah Yang Maha Esa  

Seperti yang disebutkan sebelum ini bahawa setiap kejadian yang menimpa kita pastinya adalah salah satu perancangan dariNya, dan kita sebagai hamba harus menerima dengan sepenuh perasaan, mengapa?

Percayalah dalam hidup ini neraca sesuatu itu baik atau buruk bukan ada pada akal dan pemikiran kita sebagai seorang manusia yang penuh dengan kelemahan.

 

 

Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al- Baqarah: 216)

Hal ini begitu jelas contohnya jika kejadian lepas yang menimpa kita contohnya ditipu rakan kongsi, ya dia yang bersalah. Tetapi sebagai mangsa kita patut letakkan keyakinan pada hikmah yang Allah nak kita faham.

 

Mungkin kita pada waktu itu terlalu jauh dengan keduniaan, jadi Allah nak kita kembali mohon padaNya. Mungkin ada malapetaka yang lebih besar di hadapan sekiranya kita masih memegang harta tersebut, maka Allah jauhkan kita daripadanya.

 

“Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.” (Al Kahf:79)

 

Ayat ini membuktikan bahawa mudarat kecil dengan melubangi kapal dapat mengelakkan daripada keseluruhan isi kapal dirampas oleh seorang raja yang zalim. Begitulah dalam situasi tadi, ada kemungkinan harta kita yang ditipu seorang rakan mungkin dapat mengelakkan sesuatu yang lebih buruk contohnya dirompak dan dibunuh.

 

Beberapa individu yang tahun lepas tertekan kerana dibuang kerja, kini individu yang sama datang dan menyatakan hikmah itu hanya disedari setelah beberapa bulan, mereka kini dapat lebihkan masa bersama anak-anak yang sekian lama sudah dahagakan kasih sayang dari seorang ayah yang selama ini sibuk bekerja siang dan malam

 

3) Belajar Dari Kesilapan  

Setelah kita mengakui dan melihat dari sudut hikmah sesuatu musibah, itu bukanlah satu pengakhiran kepada kehidupan kita. Anda haruslah terus mengorak langkah membuat penilaian kesilapan anda dengan menulis. Ingat!! Anda harus tulis, supaya ini akan sentiasa diingati dan tidak diulang.

 

Ramai sebenarnya yang saya perhatikan bersikap dalam istilah ‘sweeping under the floor’, ini sebenarnya satu sikap yang tidak sihat kerana anda masih menyimpan sampah itu. Masalah sesuatu yang bersifat sampah, ia bukan untuk dilupakan dengan cara tersbut.

 

Menguruskan masalah yang berlaku memerlukan emosi untuk mengambil pelajaran-pelajaran penting daripada sisi yang tidak diperhatikan sebelum berlaku. Sebenarnya itulah indikator kematangan seseorang adalah apabila dia mampu meluahkan muhasabah dari sudut yang tidak diperhatikan oleh kebanyakan.

 

Satu kisah menarik seorang rakan yang hilang pekerjaan bulan 8 tahun lalu, ketika itu yang dia salahkan hanyalah majikannya. Situasi itu baginya adalah tidak adil dan dia tidak patut diuji sebegitu kerana…..Sebelum dia meneruskan hujahnya, saya potong!

 

Saya yakin dalam setiap masalah yang berlaku, pasti ada diri sendiri sebagai punca masalah. Untuk memudahkan perbincangan kami, saya tanyakan padanya dua soalan, pertama apakah ada pendapatan selain gaji yang dibayar majikan dan berapa banyak perbelanjaan sebulan?

Jawapan yang diberikannya telah pun membenarkan teori saya, pertama tiada pendapatan selain gaji kedua perbelanjaan bulanan sangatlah tinggi. Maka itulah masalahnya saya jawab.

Sekiranya salah satu ini diurus dengan baik saya pasti dibuang pekerjaan sepatutnya tidak menjadi satu masalah.

 

Maka sekiranya individu ini sedar dengan kesilapannya, dia haruslah segera mengubah apa yang sepatutnya supaya keadaan yang sama tidak akan berulang semula.

Inginkan sesi coaching 1 on 1 dalam membantu menstrukturkan cash flow kewangan anda dalam melangsaikan hutang dan menambah pendapatan dengan pantas; klik link in sekarang: http://www.kursusforensikwang.com

3 Sebab Jangan Takut Pendapatan Rendah

“Pendapatan Mike Tyson dianggarkan $300 juta sepanjang karir, dan disahkan bankrap dengan hutang melebihi $27 juta pada tahun 2003

Realiti di atas hanyalah satu malapetaka yang pernah berlaku, saya akan kongsikan 3 realiti yang kita tak perlu takut dengan pendapatan yang rendah.

1) Fokus Pada Objektif Jangka Panjang  

Kita perlu meyakini sabar adalah satu sifat yang amat diperlukan pada ketika ini, dan itu amat susah kerana manusia memang diciptakan untuk tidak sabar.

 

“Manusia dijadikan bertabiat terburu-buru dalam segala halnya”. (Al Anbiya’ :37)

 

Hakikat ini bukan sesuatu yang merendahkan nilai manusia, tetapi menyedarkan bahawa kita perlukan tuhan untuk menghadiahkan sifat sabar. Apabila melihat kehidupan dari dimensi hikmah penciptaan masa, kita pasti kagum dengan perancangan rezeki yang ditentukan sejak kita dilahirkan.

 

Mengapa? Jawapan ini hanya boleh diberikan oleh mereka yang melalui kehidupan dengan kelalaian, salah membuat keputusan, terburu-buru inginkan sesuatu. Pasti ada satu persamaan yang ada, penyesalan!

 

Dan itulah penyesalan yang dilalui Mike Tyson pada 2003, dengan sekelip mata harta yang dikumpul dengan tempoh yang panjang hilang!

 

Cuba tanya diri anda, apa yang nak dicapai dalam 10 tahun. Contohnya anda nak masa tu ada simpanan RM1,00,000, maka apa perlu anda buat sekarang? Penentuan tempoh amat penting supaya anda tahu anda bukan nak capai nilai ini sekarang tetapi pada 10 tahun akan datang.

 

Bayangkan jika anda tidak meletakkan tempoh, anda hanyalah meletakkan angka RM1 Juta, saya yakin anda pasti akan tergesa-gesa untuk mendapatkan nilai tersebut. Dan dengan emosi  ke-terdesakan ini mungkin membuka peluang manusia yang tidak bertanggungjawab di luar sana menipu anda.

2) Ilmu dan Pengalaman Tiada Ganti  

Kos sara hidup pada hari ini memang suatu isu yang panjang untuk diceritakan, dah bahkan mungkin tiada pun satu solusi jangka pendek yang mampu menangani isu ini. Daripada isu inilah mungkin timbul ke-terdesakan untuk memiliki pendapatan yang lebih tinggi.

 

Sebenarnya realiti yang saya nampak hari ini pendapatan yang lebih menyebabkan perbelanjaan juga meningkat, jadi adakah ini satu solusi atau ilusi? 

 

“Seandainya manusia diberi satu lembah penuh dengan emas, ia tentu ingin lagi yang kedua. Jika ia diberi yang kedua, ia ingin lagi yang ketiga. Tidak ada yang bisa mengha langi isi perutnya selain tanah. Dan Allah Maha Penerima tobat siapa saja yang mau bertobat.” (HR al-Bukhari).

 

Hadis ini membuktikan menambahkan pendapatan bukanlah satu solusi yang baik, kerana keinginan manusia tidak akan pernah ada had. Jadi apakah solusi terbaik?

 

Saya pernah didatangi seorang anak muda merungut gaji yang diterimanya sekarang hanya RM 2,500 dan baginya itu kecil. Sebelum dia terus merungut, saya potong dan sebut padanya bahawa pendapatan RM 2,500 sebulan sekarang ini akan cukup dalam tempoh 5 tahun jika anda memiliki ilmu dan pengalaman.

 

Saya bukanlah menyebelahi majikan yang menggajikan pekerja dengan pendapatan yang rendah (itu luar bidang kuasa kita), tetapi seorang yang positif pasti akan bertindak dari sisi yang mungkin tidak disangka-sangka.

 

Dalam situasi ini, jika anda berada di tempat anak muda ini apakah langkah yang patut anda buat? Terus bekerja seperti biasa? Berhenti kerja dan cari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih? Atau bagaimana?

 

Pertama sekali seperti saya sebutkan di atas, tentukan matlamat jangka panjang anda, kemudian kenali bakat dan kemahiran anda untuk mencapai matlamat anda tersebut. Manusia dilahirkan berbeza-beza dari sudut bakat dan kemahiran, maka usahakanlah matlamat jangka panjang itu dengan bakat yang anda miliki.

 

Sebagai contoh hari ini anda bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan pendapatan yang sekitar RM1500 sebulan. Jika betul anda mempunyai cita-cita yang besar dalam tempoh jangka panjang dan memang bakat anda adalah memasak, teruskan memasak dengan pendapatan tersebut.

 

Kemudian, anda meletakkan ‘milestone’ berapa lama diperlukan untuk pengalaman dan ilmu di kedai makan tersebut. Setelah anda rasakan kemahiran anda meningkat, mungkin inilah masanya berhijrah bekerja sebagai tukang masak di hotel.

 

Pengalaman demi pengalaman, ilmu demi ilmu yang diperolehi selepas beberapa tahun, kini saya percaya anda sudah pun mampu untuk membuka kedai makan sendiri, mempunyai resepi dan menu makanan tersendiri. Berapa agaknya pendapatan sebulan anda waktu ini?

2) Ilmu dan Pengalaman Tiada Ganti  

Kos sara hidup pada hari ini memang suatu isu yang panjang untuk diceritakan, dah bahkan mungkin tiada pun satu solusi jangka pendek yang mampu menangani isu ini. Daripada isu inilah mungkin timbul ke-terdesakan untuk memiliki pendapatan yang lebih tinggi.

 

Sebenarnya realiti yang saya nampak hari ini pendapatan yang lebih menyebabkan perbelanjaan juga meningkat, jadi adakah ini satu solusi atau ilusi? 

 

“Seandainya manusia diberi satu lembah penuh dengan emas, ia tentu ingin lagi yang kedua. Jika ia diberi yang kedua, ia ingin lagi yang ketiga. Tidak ada yang bisa mengha langi isi perutnya selain tanah. Dan Allah Maha Penerima tobat siapa saja yang mau bertobat.” (HR al-Bukhari).

 

Hadis ini membuktikan menambahkan pendapatan bukanlah satu solusi yang baik, kerana keinginan manusia tidak akan pernah ada had. Jadi apakah solusi terbaik?

 

Saya pernah didatangi seorang anak muda merungut gaji yang diterimanya sekarang hanya RM 2,500 dan baginya itu kecil. Sebelum dia terus merungut, saya potong dan sebut padanya bahawa pendapatan RM 2,500 sebulan sekarang ini akan cukup dalam tempoh 5 tahun jika anda memiliki ilmu dan pengalaman.

 

Saya bukanlah menyebelahi majikan yang menggajikan pekerja dengan pendapatan yang rendah (itu luar bidang kuasa kita), tetapi seorang yang positif pasti akan bertindak dari sisi yang mungkin tidak disangka-sangka.

 

Dalam situasi ini, jika anda berada di tempat anak muda ini apakah langkah yang patut anda buat? Terus bekerja seperti biasa? Berhenti kerja dan cari pekerjaan yang boleh memberikan pendapatan yang lebih? Atau bagaimana?

 

Pertama sekali seperti saya sebutkan di atas, tentukan matlamat jangka panjang anda, kemudian kenali bakat dan kemahiran anda untuk mencapai matlamat anda tersebut. Manusia dilahirkan berbeza-beza dari sudut bakat dan kemahiran, maka usahakanlah matlamat jangka panjang itu dengan bakat yang anda miliki.

 

Sebagai contoh hari ini anda bekerja sebagai tukang masak di sebuah kedai makan dengan pendapatan yang sekitar RM1500 sebulan. Jika betul anda mempunyai cita-cita yang besar dalam tempoh jangka panjang dan memang bakat anda adalah memasak, teruskan memasak dengan pendapatan tersebut.

 

Kemudian, anda meletakkan ‘milestone’ berapa lama diperlukan untuk pengalaman dan ilmu di kedai makan tersebut. Setelah anda rasakan kemahiran anda meningkat, mungkin inilah masanya berhijrah bekerja sebagai tukang masak di hotel.

 

Pengalaman demi pengalaman, ilmu demi ilmu yang diperolehi selepas beberapa tahun, kini saya percaya anda sudah pun mampu untuk membuka kedai makan sendiri, mempunyai resepi dan menu makanan tersendiri. Berapa agaknya pendapatan sebulan anda waktu ini?

3) Membentuk Sikap Yang Positif  

Dengan ilmu dan pengalaman, anda tak akan tercungap apabila pendapatan anda rendah. Pemerhatian saya terhadap golongan yang acah-acah kaya memang tak dinafikan pendapatan mereka mungkin lebih daripada purata pendapatan rakyat Malaysia, tetapi satu sikap yang susah nak ditinggalkan adalah terburu-buru.

 

Seseorang yang ada ilmu asas kewangan pasti tiada masalah berdepan dengan situasi pendapatan yang rendah, kerana dalam kewangan item utama bukan sekadar pendapatan. Di situ ada lagi perbelanjaan, simpanan, pelaburan dan perlindungan.

 

Dan dengan ilmu itu jugalah memberikan ‘guidance’ dalam menentukan berapa bahagian bagi setiap item-item di atas dengan prioriti-prioriti tertentu dan jumlah pendapatan yang diterima bulanan. Maknanya, seseorang itu akan sentiasa bersikap positif dalam berusaha menambahkan pendapatan dalam masa yang sama menguruskan item-item ini dengan pendapatan semasa yang diterima.

 

Sesungguhnya yang paling utama dalam pengurusan kewangan bukanlah berapa banyak pendapatan yang kita miliki dalam sebulan, tetapi bagaimana kita menguruskan pendapatan tersebut dengan baik. Jangan terkejut sebenarnya orang yang nampak miskin sebenarnya kaya dan juga sebaliknya orang yang nampak kaya sebenarnya susah.

Jika anda dibebani dengan hutang dan buntu bagaimana nak menaik taraf kehidupan anda hari ini, klik link in sekarang: http://www.kursusforensikwang.com untuk sesi 1 on 1 dan saya akan bantu menstrukturkan kewangan anda untuk melangsaikan hutang dan menambah semula harta dengan pantas!

Kuasa Membaca Untuk Pengurusan Kewangan

“…Today a Reader, Tomorrow a Leader”.

Kata-kata di atas sepertinya belum menunjukkan kuasa membaca pada pengurusan kewangan bukan? Sabar, saya akan satu persatu kongsikan bagaimana membaca membentuk pemikiran yang meningkatkan pengurusan kewangan anda.

 

Sebelum bermula, faktor utama pengurusan kewangan yang baik adalah kemahiran dalam membuat keputusan dan ini sangat penting!!! Katakan tidak pada TAQLID!!. (Nota:ikut cakap orang tanpa asas ilmu)

 

Ini saya kongsikan bagaimana membaca meningkatkan kemahiran membuat keputusan kita.

1) Menambah Maklumat

Membaca memberikan saya maklumat terhadap setiap inci objek dalam dunia yang kita hidup hari ini. Dari sekecil-kecil atom sehingga sebesar-besar alam semesta pasti akan dapat diketahui melalui pembacaan (tak dinafikan sebahagian masih belum dibuktikan secara empirikal). 

 

Tambahan pula zaman maklumat di hujung jari  sekarang pastinya membuka seluasnya pintu maklumat.  Anda boleh ‘google’ sahaja apa yang anda ingin tahu, cuma nasihat saya pilih laman yang ada kredibiliti dalam sesuatu bidang maklumat yang anda layari.

 

Dan apabila sebut hujung jari pastinya sebahagian terlintas buku yang selalu dibaca oleh kita; ‘buku muka’ (baca: Facebook). Saya katakan media sosial bukan satu tempat menambah maklumat, dan salah satu sebabnya adalah maklumat di media sosial bukan apa yang kita perlu sebaliknya apa yang orang lain perlu untuk disampaikan pada kita!

 

Dengan pelbagai maklumat yang diperolehi pastinya memberikan lebih input atau pilihan dalam membuat sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi apabila berkaitan pengurusan kewangan melibatkan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan? Siapa tak pernah dihidangkan dengan iklan-iklan di luar sana sebagai contoh pelaburan yang memaksimumkan keuntungan, bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu selamat dan terbukti?

 

Nah, inilah masanya anda sendiri mencantumkan semula maklumat yang telah diperolehi melalui bacaan dalam bentuk aplikasi. Instrumen pelaburan mestilah yang pertama berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (jadi sudah boleh ‘reject’ jika pihak yang membuat penawaran itu tiada seliaan Suruhanjaya Sekuriti). 

 

Kedua, setiap pelaburan mestilah patuh syariah yang mana setiap syarikat mesti sekurang-kurangnya mempunyai akuan sokongan daripada penasihat shariah yang diiktiraf. Pemerhatian saya menunjukkan betapa banyak individu-individu yang dengan mudah ‘self-claim’ instrumen mereka patuh syariah, dan menyedihkan maklumat sebegini diterima bulat-bulat oleh sebahagian masyarakat. Ini sangatlah berbahaya kerana rezeki yang diperolehi ini bukanlah sesuatu yang halal.

 

Ini hanyalah sebahagian kecil pertimbanagan yang saya kongsikan supaya sekurang-kurangnya kita dapat melihat kepentingan membaca untuk mendapatkan maklumat seperti ini. Tak dinafikan sesetengah keadaan kita pasti ada manusia yang kita pecaya untuk bertanya, tetapi percayalah yang kita juga mesti secara individu mampu memahamkan maklumat tersebut.

2) Melatih Kemahiran Berfikir  

Selain memproses maklumat, jangan terkejut jika sekiranya maklumat yang diberikan mungkin betul tetapi telah dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk manfaat tertentu. Pemerhatian saya melihat sesetengah pembacaan  mampu menterjemah maklumat-maklumat yang diperolehi melalui bacaan kepada proses berfikir yang kritis dan kreatif. 

 

Sebelum itu, bagaimana dikatakan maklumat yang dimanipulasi tersebut? Saya suka sebut bahasa lain pada manipulasi maklumat adalah menyembunyikan maklumat yang sepatutnya anda tahu. 

 

Contohnya apabila anda pergi pusat membeli belah kemudian tiba-tiba di laluan anda terdapat satu kiosk yang menawarkan diskaun sofa 70%, tanpa berfikir panjang anda terus membeli kemudian terus berkongsi di media sosial melihatkan kegembiraan!! Sedangkan yang anda lakukan adalah membelanjakan harga 30% sofa tersebut!

 

Bagaimana sebenarnya pembacaan ini boleh diadaptasi sebagai metodologi berfikir? Hakikatnya, kajian yang dibuat di Pusat Neuro-Polisi Universiti Emory membuktikan pembacaan meningkatkan hubungan antara sel otak. 

 

Mengapa hubungan antara sel ini amat penting? Kesan segeranya adalah memberikan lebih ‘alertness’ kepada proses membuat keputusan seseorang. Dalam situasi yang mudah seseorang akan lebih tenang dan tidak panik dalam membuat keputusan dengan segera.

 

Dan hasilnya, mereka ini tidak mudah tunduk dengan satu-satu bentuk pendekatan persuasif, dengan ketenangan keputusan yang dibuat pasti lebih memberikan manfaat.

3) Membaca Membentuk Sikap   

Ini mungkin baru bagi sebahagian tapi percayalah saya belum menemui orang malas yang membaca, begitulah sebaliknya orang yang menjadikan bacaan sebagai habit pastinya bukan seorang yang malas.


Pemerhatian saya selama saya berkecimpung dengan bidang kewangan ini, meyakinkan saya bahawa aset yang paling besar bagi seseorang yang nak mendapatkan pengurusan kewangan yang baik adalah sikapnya bukannya nilai material yang dimiliki.


Sikap adalah nilai yang saya sentiasa meletakkan fokus dalam setiap urusan kehidupan, dan sikap yang paling asas yang saya perlukan adalah rajin. Kenapa saya sebut rajin? Rajin adalah sikap yang membentuk sikap-sikap positif yang lain.


Mengapa seseorang akan terlibat dengan penipuan? rasuah? Hakikatnya itu adalah simptom kepada sikap malas, malas untuk bekerja dan inginkan pulangan yang cepat dan mendedahkan diri dengan aktiviti yang tidak bermoral.


Dengan keyakinan inilah saya percaya membaca mempunyai hubungan yang sangat intim dengan sikap rajin, persoalannya sekarang bagaimana rajin membantu dalam pengurusan kewangan?


Rajin tidak akan memberi mudarat kepada pemiliknya, kerana keputusan yang dibuat pastinya tidak berdasarkan emosi atau maklumat sedia ada. Sebaliknya, semua maklumat ini seudah diproses lebih awal sebelum dia membuat sesuatu keputusan.


Kesimpulan   

 

Tiada jalan pintas untuk kita mendapatkan pengurusan kewangan yang baik tanpa melalui jalan yang susah ini. Ya, pengalaman peribadi saya untuk mula membaca memang mengambil masa yang panjang untuk dapat ‘feel’. 

 

Teruskan langkah pertama jadikan buku sahabat anda paling setia, dan anda pasti tidak menyesal dengan keputusan yang anda buat hari ini. Dalam 5 tahun selepas ini jangan lupa beritahu saya bagaimana tulisan ini mengubah hidup anda!

 

 

Andai anda berminat nak tahu lebih bagaimana kemahiran keputusan kewangan anda dapat ditingkatkan, klik link http://www.kursusforensikwang.com untuk sesi coaching 1 on 1!

 

 

Kaya Tak Salah, Cuma Jangan MEWAH!

Nak tahu satu FAKTA yang mengejutkan? Sebenarnya dalam kalangan masyarakat kita yang merasakan KAYA sebenarnya berada dalam illusi kerana realiti menunjukkan sebaliknya. Berikut saya kongsikan realiti-realiti tersebut.

1) Kaya itu real money! Bukan lifestyle

Situasi-situasi seperti suka lepak Starbucks, ‘modify’ kereta untuk ‘trendy’, pasang Astro pelan paling banyak siaran, pakai IPhone yang paling terkini bukanlah indikator kekayaan sebenar…tapi ini semua sebenarnya adalah tanda anda sedang menambahkan komitmen/liabiliti/beban yang sedia ada.

Secara konvensional, orang selalu up-kan istilah ‘net-worth’ untuk menunjukkan berapa nilai kekayaan seseorang. Tapi cuba perhati semula net worth ini sebenarnya cuma jumlah aset tolak jumlah beban yang dimiliki. 

Disini kena faham tak semua aset yang produktif (bawa masuk duit bulan-bulan), contohnya kereta dan rumah kediaman, jadi sebenarnya kategori ‘aset’ seperti dua contoh ini perlu ‘keep it simple’ kerana hakikatnya masing-masing adalah beban tak langsung setiap bulan.

Robert Kiyosaki menerusi dalam buku Rich Dad Poor Dad, pandangan beliau kaya ini sepatutnya diukur dengan berapa lama seseorang boleh ‘survive’ tanpa melakukan pekerjaan (dalam bahasa mudahnya aset yang dimilikinya memberikan gaji menggantikan pekerjaan).

Jadi cuba tanya kalau sekarang anda diberhentikan kerja, berapa lama anda dapat bertahan sebelum mendapatkan kerja baru? Lebih lama anda dapat bertahan maka lebihlah kekayaan yang anda miliki.

Jangan risau anda belum terlambat jika anda rasa sebulan pun tak mampu untuk bertahan, tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com/ untuk mengetahui di mana perlu bermula!

samira-mahini-SINpsc0Qzyg-unsplash

2) Kaya Membuka Peluang Akhirat

Perasan atau tidak kekayaan ni sebenarnya membuka peluang yang lebih besar untuk kita banyak menyumbang. Manakan tidak, contohnya ansuran bank bayar kereta yang mewah sebulan boleh kita bawa ke dana untuk Palestin? 

(nota:ingat pesan saya di atas ‘keep it simple’ bagi sesuatu yang tidak memberikan kita pendapatan bulanan)

 

Secara matematiknya, semakin mewah cara hidup seseorang, maka  semakin rendahlah peluang menambah pahala akhirat dengan kadar yang paling maksima. Kawan saya yang berhenti merokok membuktikan matematik saya ini betul bila simpanannya bertambah selepas berhenti merokok.

 

Banyak pengalaman yang dikongsikan dengan saya berkenaan keajaiban sedekah ini, dan semuanya memberikan kesimpulan yang sama. Ya, tak semua mendapatkan kembali pelaburan dalam bentuk nominal/ material, tetapi ketenangan jiwa, kesihatan yang baik, anak soleh siapa tak mahu?

 

Itulah keajaiban sedekah, sedar atau tidak kehidupan kita semua berlegar dengan perasaan. Ada orang yang duitnya banyak tapi perasaan sentiasa gelisah tetapi di sana ada orang yang mungkin duitnya tidaklah banyak mana tetapi masih dapat mengirimkan senyuman di hadapan anak-anak.

 

Jika kita yakin Yang Maha Memiliki perasaan adalah Allah, maka pasti tinggi motivasi kita memahami bahawa kita perlu kaya dan bukan mewah. Kerana pada akhirnya harta yang menjadi milik kita adalah harta yang dibelanjakan pada jalan yang baik, bukan apa yang sedang kita pegang pada hari ini

memberi-03

3) Kaya Has No Limit!

Ramai sahabat PM saya baru-baru ini selepas diumumkan PKP 2.0, sedih dan kecewa kerana hilang punca pendapatan. Ada yang kena potong gaji, ada yang kena terus berhenti semuanya dalam sekelip mata.

 

Dalam saya memahami masalah setiap individu ini, saya mula teringat nasihat dari ayah saya sendiri tentang satu falsafah dalam ‘lifestyle’. Beliau menegaskan bahawa ‘keep it simple’ bukanlah bermakna kita jadi miskin atau kedekut, tetapi kita bersedia dari kedua sudut material dan emosi ketika berhadapan sesuatu tragedi atau peristiwa yang tidak dijangka.

 

Dari sudut pertama mungkin lebih difahami, dengan berlakunya sesuatu peristiwa yang tidak dijangka itu sepatutnya tiada masalah untuk meneruskan kehidupan seperti biasa untuk beberapa tempoh dengan simpanan yang ada.

 

Tetapi, persediaan emosi ini sebenarnya yang lebih besar kesannya. Ya, bagi mereka yang sudah terbiasa dengan ‘keep it simple’ sememangnya tiada masalah untuk meneruskan kehidupan dengan setiap yang ada di hadapan mereka seperti sebelumnya.

 

Tiada masalah untuk terus memandu  Perodua Viva contohnya, makan dengan masakan di rumah sekadarnya, tinggal di rumah yang sekadarnya. Tapi cuba bayangkan sekiranya ‘lifestyle’ anda sudah terbiasa dengan keselesaan tertentu. Toyota Vellfire mungkin terpaksa ditarik bank, makanan yang resitnya sebelum ini RM 20 mungkin sudah jadi RM 5 sebagai contoh.

 

Persoalannya, secara emosi bagaimana keadaan yang boleh digambarkan situasi sebegini bagi mereka yang melaluinya. Sudah pasti, secara emosi mereka akan berhadapan dengan tekanan yang tinggi kerana ‘standard’ yang sebelum ini telah terpaksa dikurangkan sedangkan bagi mereka yang ‘keep it simple’ tiada perbezaan pada ‘standard’ pada setiap keadaan.

 

Sebab itulah apabila disebut kaya ‘has no limit’, ini bukan merujuk kepada ‘lifestyle’, kerana jika kaya itu diukur berdasarkan ‘lifestyle’ maka ‘limit nya akan datang apabila datangnya sesuatu musibah kewangan yang tidak dijangka.

tim-gouw-1K9T5YiZ2WU-unsplash

Kesimpulan

Percayalah, tiada kerugian dalam menurunkan ‘standard’ yang ada pada hidup kita hari ini jika kita merasakan simptom di atas sedang menghinggap bahu kita. Hakikatnya, pengorbanan kecil ini adalah satu pelaburan masa panjang yang menjamin kebaikan masa hadapan.

Yang lebih penting, jaminan ini bukan sahaja dalam kehidupan kita di dunia, tetapi kebaikan ini akan berterusan dengan pahala dan amal kebajikan untuk dibawa ke alam akhirat.

 

Apa Nak Buat Dengan Simpanan?

Bro pinjam duit boleh nak hidup, simpanan aku dah kering kena telan  MMAG”

Ini sebahagian peristiwa hitam Sep 2020 yang lepas. (p/s:boleh rujuk pergerakan harga saham kaunter MMAG pada Sep 2020)

 

 

Saya kongsikan bagaimana nak elak peristiwa hitam ini berlaku pada anda. Analogi mudah nak nampak benda ni adalah bila kita mengamati setiap posisi formasi dan peranan masing-masing dalam satu pasukan bolasepak

Penyerang @ High Risk Investment

Tugas penyerang secara umum berada di bahagian paling hampir dengan gol pasukan lawan, dan itu memang tugas hakikinya sebagai penjaring gol utama pasukannya. Jika nak dibandingkan dengan posisi-posisi lain dalam pasukan, penyerang adalah pemain paling banyak akan meledak gol. 

 

Tapi kena faham kedudukan penyerang dalam satu pasukan adalah di atas sekali, nun jauh di sana. Dan memang satu fakta penyerang tidak akan turun ke bawah untuk membantu pertahanan apabila pasukan lawan  melakukan  ‘counter-attack’? “Cover aku woi, pancit ni” (Penyerang, 2099) . 

 

Dalam bahasa lain, ciri-ciri instrumen pada posisi ini adalah ‘high risk high return’. Dalam bahasa mudah ya penyerang boleh memberikan banyak untung (jaringan gol) berbanding posisi yang lain, tetapi dalam situasi kewangan yang tidak baik posisi ini tiada lagi fungsinya  Contoh instrumen dalam posisi ini adalah seperti pasaran saham dan pasaran kripto

i

Pemain Tengah

Sesetengah pasukan akan mengamalkan bahagian tengah disusun secara dinamik bagi memberikan keseimbangan antara bahagian pertahanan dan serangan, dan bahagian yang dimaksudkan adalah AM(Attacking Mid) dan DM (Defensive Mid)

AM@Mid Risk Investment

AM juga merupakan posisi yang membolehkan pemain tersebut menjaringkan gol tetapi nak di bandingkan dengan penyerang mungkin kurang sikit jumlah jaringannya. 

Kelebihan AM berbanding penyerang adalah jika berlaku ‘counter attack’ pasukan lawan, AM tidak akan se’pancit’ penyerang untuk nak lari ke belakang dan ‘blocking’ tetapi risiko pasukan lawan menjaringkan gol tetap ada. 

Contoh instrumen dalam posisi ini adalah unit amanah (‘unit trust’ / ‘mutual fund’)

DM@Low Risk Investment

Kedudukan DM yang lebih bawah dari AM menutup sedikit ruang untuk pemain ini bergerak ke hadapan dan menjaringkan gol. 

Namun, kelebihan posisi ini walaupun tidak membolehkan dia menjaringkan gol dengan banyak, tetapi dalam situasi bertahan, kedudukannya yang lebih hampir dengan pertahanan membolehkan risiko pasukan lawan menjaringkan gol lebih rendah berbanding AM. 

Contoh instrumen dalam posisi ini adalah Simpanan Tetap (‘FD’), Tabung Haji dan ASB.

E1TWZmwXMAMDAy7

Pemain Tengah

Sesetengah pasukan akan mengamalkan bahagian tengah disusun secara dinamik bagi memberikan keseimbangan antara bahagian pertahanan dan serangan, dan bahagian yang dimaksudkan adalah AM(Attacking Mid) dan DM (Defensive Mid)

AM@Mid Risk Investment

AM juga merupakan posisi yang membolehkan pemain tersebut menjaringkan gol tetapi nak di bandingkan dengan penyerang mungkin kurang sikit jumlah jaringannya. 

Kelebihan AM berbanding penyerang adalah jika berlaku ‘counter attack’ pasukan lawan, AM tidak akan se’pancit’ penyerang untuk nak lari ke belakang dan ‘blocking’ tetapi risiko pasukan lawan menjaringkan gol tetap ada. 

Contoh instrumen dalam posisi ini adalah unit amanah (‘unit trust’ / ‘mutual fund’)

DM@Low Risk Investment

Kedudukan DM yang lebih bawah dari AM menutup sedikit ruang untuk pemain ini bergerak ke hadapan dan menjaringkan gol. 

Namun, kelebihan posisi ini walaupun tidak membolehkan dia menjaringkan gol dengan banyak, tetapi dalam situasi bertahan, kedudukannya yang lebih hampir dengan pertahanan membolehkan risiko pasukan lawan menjaringkan gol lebih rendah berbanding AM. 

Contoh instrumen dalam posisi ini adalah Simpanan Tetap (‘FD’), Tabung Haji dan ASB.

Pertahanan

Kedudukan pertahanan memang sinonim dengan kelebihannya untuk bertahan, kita jarang melihat pemain pertahanan dalam setiap situasi akan naik ke atas untuk menjaringkan gol. 

 

Dan keadaan ini menjadikan pertahanan secara umum adalah bukan posisi utama untuk menjaringkan gol, sebaliknya peranan utamanya hanya akan bersedia dengan serangan pasukan lawan dan mematahkannya. 

 

Instrumen ini adalah simpanan tunai. (p/s:jangan pula sebut jaringan pertahanan berlaku pada sepakan percuma/sudut)

Italy's defender Fabio Cannavaro (L) catches the ball after being tackled by New Zealand's striker Rory Fallon during the Group F first round 2010 World Cup football match Italy vs. New Zealand on June 20, 2010 at Mbombela Stadium in Nelspruit. NO PUSH TO MOBILE / MOBILE USE SOLELY WITHIN EDITORIAL ARTICLE  -           AFP PHOTO / VALERY HACHE (Photo credit should read VALERY HACHE/AFP via Getty Images)

Penjaga Gawang

Posisi ini memang tak jauh beza dengan pertahanan, kelebihan yang hampir serupa walaupun kelebihan masih ada pada penjaga gawang kerana kedudukannya yang lebih hampir dengan gol dan dapat menggunakan tangan dalam bertahan, selain keduanya bukanlah posisi yang diletakkan untuk menjaringkan gol. 

 

Tetapi perbezaan yang paling ketara di antara keduanya adalah ‘liquidity’ (keboleh-cairan) (p/s: saya belum pernah melihat penjaga gawang bergerak secara bebas ketika perlawanan berlangsung) melainkan yang ada genetik macam Allison-haha Jika contoh instrumen pertahananan itu adalah simpanan tunai (yang mempunyai ‘liquidity’) maka penjaga gawang adalah Takaful/ Insurance (yang akan bertindak sebagai ‘life-line’ terakhir untuk menepis serangan pasukan lawan (musibah)

 

Juventus goalkeeper Gianluigi Buffon is beaten by Real Madrid's Casemiro scoring his side's 2nd goal during the Champions League Final soccer match between Juventus and Real Madrid at the Millennium Stadium in Cardiff, Wales, Saturday, June 3, 2017. (AP Photo/Alastair Grant)

Kesimpulan

Kenali risiko anda dan keadaan kewangan anda dengan baik dalam meletakkan simpanan anda pada instrumen-instrumen yang saya sebutkan dengan cermat.

 

Elakkan ‘ALL IN’ dalam satu-satu posisi ini kerana pada setiap posisi ini ada risikonya sendiri. Secara peribadi saya melihat keperluan dalam membahagikan lebihan-lebihan itu kepada setiap posisi yang ada bermula terutamanya di bahagian pertahanan sebelum menyusun di bahagian serangan yang sememanya semakin jauh posisi itu dari gol pasukannya semakin terbuka risiko serangan dari pasukan lawan (musibah). 

 

Jadi jika anda sudah menyusun bahagian pertahanan ini lebih awal, risiko itu dapat dikurangkan.

 

**Nak belajar lebih lagi bagaimana anda boleh langsaikan hutang dengan huraian yang mudah difahami? Tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com/ untuk terus memulakan langkah pertama!

3 Pengajaran Kewangan Daripada Pandemik Covid-19

Apabila PKP mula dijalankan pada Mac 2020, beberapa syarikat terpaksa mengurangkan gaji pekerja, membuang pekerja, dan ada syarikat yang terpaksa ditutup.

 

Kemana perginya wang ratusan ribu hingga ke jutaan ringgit yang pernah dimiliki syarikat tersebut?

 

Begitu juga dengan mereka yang berpendapatan tinggi seperti ‘pilot’ misalnya, kemana perginya wang gaji sehingga puluhan ribu ringgit sebulan?

 

3 perkara ini dapat membantu anda untuk urus duit dengan lebih baik supaya anda dapat lebih berhati-hati di masa hadapan.

1. Asset Allocation

 

Topik ‘urus duit’ walaupun tidak kedengaran ‘vogue’, namun ianya sangat penting. Bukan sahaja untuk kelangsungan syarikat, malah juga untuk membantu individu untuk terus menjalani kehidupan dengan selesa sekiranya terkesan dengan pandemik dari segi pekerjaan.

 

‘Buat duit’ dan ‘urus duit’ adalah 2 ilmu yang berbeza. Sekiranya anda atau syarikat anda mampu menjana sehingga puluhan ribu ringgit ke atas setiap bulan, namun tiada kemahiran untuk uruskannya, maka anda perlu sentiasa bekerja untuk wang. Adalah lebih baik jika wang pula yang bekerja untuk anda. 

 

Disamping simpanan yang anda perlu ada, pastikan anda ada ‘portion’ wang yang diperoleh untuk pelaburan. Ianya sangat penting untuk menggandakan ‘portion’ wang yang disimpan khas untuk pelaburan tersebut.

 

Dengan cara ini, maka ‘tahap kesihatan’ kewangan anda akan lebih selamat. Anda ada simpanan khas untuk kegunaan, dan pada masa yang sama anda juga ada pelaburan untuk wang bekerja untuk anda.

 

Pelaburan ini juga akan membantu anda untuk bina ‘cash reserve’, samada untuk syarikat, atau diri anda sendiri.

Namun, pelaburan ini bukan semudah ABC. Anda perlu ada ilmu. Anda perlu berguru supaya pelaburan anda mendatangkan keuntungan. Bukan sebaliknya.

 

Untuk ada lebihan wang untuk melabur, anda perlu belanja mengikut kemampuan.

pexels-photo-590022

2. Berbelanja Mengikut Kemampuan

 

Siapa sangka seseorang individu yang memperoleh income sehingga puluhan ribu sebulan juga terkesan akibat pandemik?

 

Walau sebesar mana pun income kita, elakkan dari terlalu spend duit kepada barang bukan keperluan. 

 

Sebagai contoh, anda tidak perlu memiliki kereta yang mewah yang memerlukan ansuran tinggi setiap bulan semata-mata untuk kelihatan ‘class’ di mata orang. 

 

Ansuran kereta setiap bulan memerlukan kos. Silap cara atau silap perkiraan, ianya memberi kesan kepada mereka yang tidak dapat meneruskan pekerjaan akibat pandemik.

 

Sekiranya anda mampu memiliki kereta secara cash, itu adalah lebih baik. Tidak salah untuk anda membeli. Namun, sekiranya anda perlu bayar secara ansuran, anda perlu berhati-hati dalam menguruskan kewangan anda.

 

Dalam buku Forensik Kewangan saya, saya kongsikan bagaimana saya boleh membeli kereta secara cash. Boleh dapatkan buku tersebut disini: https://forensikwang.com/

 

Selain kereta, elakkan membeli barang-barang bukan keperluan. Tidak perlu tukar perabot dan sofa dirumah setiap tahun. Tidak perlu kumpul collection handbag sehingga beribu-ribu ringgit. Tidak perlu tukar iPhone baru setiap kali versi baru dilancarkan. 

 

Perbelanjaan mengikut kemampuan ini adalah untuk memastikan anda ada lebihan wang untuk simpanan.

pexels-pixabay-164571

3. Perlu Ada Simpanan

 

Ramai yang mula sedar ketika pandemik tentang kepentingan simpanan. Untuk mereka yang tidak dapat meneruskan pekerjaan, ataupun perniagaan menghadapi cabaran, maka simpanan yang ada dapat membantu untuk ‘survive’.

 

Wang simpanan yang perlu ada adalah dalam 3-6 bulan gaji anda. Seandainya gaji anda RM5,000 sebulan misalnya, anda perlu ada simpanan RM30,000. Selebihnya, anda perlu tahu urus kewangan seperti melabur dan sebagainya.

 

Sekiranya anda baru hendak mula menyimpan, mulakan dahulu dengan RM1,000 misalnya. Tidak mengapa jika anda baru hendak bermula. Everyone has to start somewhere.

micheile-henderson-SoT4-mZhyhE-unsplash

Kesimpulan

 

Walaupun pada awal bulan 3 2021 ini syarat PKP mula dilonggarkan, namun kita semua perlu lebih berhati-hati.


PKP 1.0 pada Mac 2020 datang secara tiba-tiba. Kesannya pada tahap kewangan individu tidak dapat dijangka. 


Oleh itu, berwaspadalah dalam urusan kewangan. Ini adalah supaya kita lebih bersedia sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka di masa hadapan.


Urus kewangan ini bukan sahaja untuk diri, malah dengan strategi kewangan yang betul, kita dapat bantu menghulurkan pada yang memerlukan dan tambahkan jumlah zakat kita inshaAllah.


p/s: Sekiranya anda berminat untuk di ’guide’ dengan lebih sepanjang dalam perancangan kewangan anda, anda boleh sertai coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya melalui portal Kursus Forensik Kewangan.

Saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut


Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang:

http://www.kursusforensikwang.com


3 Sebab Kenapa Orang Islam Perlu Kaya

Orang Islam sendiri, apabila faham apa mesej yang disampaikan oleh Quran, Hadis, dan juga pengajaran dari kisah Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat, mereka akan tahu betapa pentingnya untuk menjadi kaya.

 

Nabi Muhammad s.a.w pernah miskin dan pernah kaya. Yang lebih lama adalah kaya berbanding miskin. Namun sejarah yang lebih diceritakan adalah bahagian miskin.

 

Nabi Muhammad s.a.w berdagang sehingga ke luar negara. Pada zaman ini, hanya orang kaya sahaja yang berniaga sehingga ke luar negara. Jika zaman dahulu sudah pun berniaga merentas negara, itu bermakna mereka berganda-ganda jauh lebih kaya.

 

Begitu juga dengan para sahabat yang kebanyakannya hartawan. Mereka yang kaya dapat membantu umat Islam dari segi kewangan termasuk dalam persediaan perang.  

 

Uthman bin Affan yang mewakafkan telaga kepada umat Islam, dan akhirnya tumbuh ladang-ladang kurma di sekeliling telaga tersebut. Ladang kurma tersebut masih menghasilkan pendapatan hingga ke hari ini. Bayangkan betapa besarnya pahala yang mengalir untuk Uthman bin Affan walaupun sudah tiada.

 

Disini saya akan terangkan 3 sebab kenapa orang Islam perlu kaya.

1. Bayar Zakat Lebih

 

Apabila income anda meningkat, anda dapat bayar zakat lebih. Apabila anda berniaga, anda dapat bayar zakat perniagaan. Melabur? Zakat pelaburan.

 

Anda perlu rasa betapa seronoknya apabila dapat tunaikan tanggungjawab untuk membayar zakat. Dan yang lebih seronoknya, orang kaya dapat memberi lebih kepada umat Islam.

 

Dan yang lebih luar biasa, dengan membayar zakat, rezeki menjadi lebih berkat.

 

Saya pasti anda mahu menjadi pemberi. Saya pasti anda mahu jadi seperti Ustaz Ebit Lew.

 

Bayangkan apabila umat Islam dapat membayar zakat lebih sehinggakan tiada lagi orang yang memerlukan. 

 

Sudah tiba masanya untuk orang Islam kembali bangkit menjadi kaya. Mahu jadi kaya, pasang niat untuk berzakat lebih. 

 

Apabila niat anda betul, inshaAllah perjalanan anda lebih mudah.

553

sumber mstar

2. Dapat Bersedekah Lebih

 

Dalam Surah al-Munafiqun 63:10 disebut:

Dan infakkanlah sebagian dari apa yang telah Kami berikan kepadamu sebelum kematian datang kepada salah seorang di antara kamu; lalu dia berkata (menyesali), “Ya Tuhanku, sekiranya Engkau berkenan menunda (kematian)ku sedikit waktu lagi, maka aku dapat bersedekah dan aku akan termasuk orang-orang yang saleh.”

[Surah al-Munafiqun 63:10]

 

Bayangkan betapa besarnya pahala bersedekah ini sehinggakan orang yang pergi ingin hidup kembali untuk bersedekah. Untuk bersedekah lebih, kita perlu kaya. 

 

Kita selalu dengar bukan berapa ringgit yang kita beri tetapi sejauh mana keihklasan kita dalam memberi. Ya betul. Bayangkan juga apabila kita nampak orang yang memerlukan, kita dapat sentiasa menghulur, memberi, memberi dan memberi tanpa perlu berkira.

 

Bayangkan juga kita sendiri dapat sediakan satu lori makanan asas kepada yang memerlukan seperti dalam krisis banjir, musim PKP 1.0 sebelum ini, dan seumpamanya.

 

Semua ini inshaAllah lebih mudah untuk dilakukan apabila tahap kewangan meningkat.

 

sedekah

sumber pddkk

3. Dapat Bantu Diri & Keluarga

 

Berdasarkan hadis daripada Zubair bin alAwwam Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya seseorang dari kalangan kamu mengambil talinya lalu membawa seikat kayu bakar di atas belakangnya, kemudian dia menjualnya sehingga dengannya Allah menjaga wajahnya (kehormatannya), itu lebih baik baginya daripada ia meminta-minta kepada orang lain, sama ada mereka memberinya atau tidak memberinya.” 

(Riwayat al-Bukhari)

Pengajaran dari hadis di atas ini adalah berusaha itu lebih baik dari meminta. Disebalik zakat dan sedekah, orang Islam perlu kaya supaya dapat memberi yang terbaik untuk keluarga dan diri atas usaha sendiri. 

Allah menjanjikan ganjaran pahala yang besar kepada hamba-hambaNya yang berusaha dan bekerja untuk memberi nafkah kepada keluarganya. 


Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah Radhiallahu Anhu bahawa Nabi SAW bersabda:

“Dinar (harta) yang kamu belanjakan di jalan Allah dan dinar yang kamu berikan kepada hamba (untuk membebaskan) dan dinar yang kamu sedekahkan kepada orang miskin serta dinar yang kamu nafkahkan kepada keluargamu. Maka yang paling besar ganjaran pahalanya adalah yang kamu nafkahkan kepada keluargamu.” 

(Riwayat Muslim)

20190518-144245-0000-18_38_201683

sumber keluarga.my

Kesimpulan

 

Dalam khutbah terakhir Rasulullah SAW, baginda berpesan untuk berpegang kepada Quran dan Hadis. Orang Islam yang memahami tuntutan ini dan berfikir sebaik mungkin akan faham kenapa orang Islam perlu kaya.

Jadi kaya bukan semata-mata ingin hidup senang; beli kereta besar, beli rumah besar. Jadi kaya supaya kita dapat membantu umat Islam seramai yang mungkin sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para sahabat.

Siapa yang akan membantu umat Islam jika tidak umat Islam itu sendiri? 

 

Nota: Andai anda berminat untuk dapatkan tips lebih details tentang kumpul harta, sertai Kursus Forensik Kewangan.

 

Melalui kursus ini, anda akan di’guide; selama 12 bulan secara online. Pelbagai video seperti cara langsaikan hutang dan tips tingkatkan pendapatan dikongsikan.

 

Disamping online guide selama 12 bulan, anda juga akan peroleh sesi coaching 1 on 1 (face to face) bersama saya.

 

Melalui sesi coaching 1 on 1 pula, saya akan membantu sebagai coach bagi menstrukturkan semula kewangan peribadi anda dalam melangsaikan hutang & tambah harta dengan pantas melalui kaedah & teknik yang sesuai dengan kapasiti & kapabiliti anda tanpa perlu ikat perut.

 

Untuk maklumat lanjut, klik link in sekarang: http://www.kursusforensikwang.com

 

 

6 Rutin Mudah Yang Membantu Anda Bina Kewangan

“We are what we repeatedly do.” – Aristotle

 

Terjemahan: “Kita adalah apa yang kita lakukan setiap hari.”

 

Andai anda ingin bina kekayaan, anda perlu bermula dengan rutin. Anda tidak lagi boleh duduk scroll Facebook, atau tengok Netflix setiap malam misalnya. 

Disini kami kongsikan 6 rutin mudah yang anda boleh mulakan hari ini:

 

1. Bangun Awal Pagi

 

Semua orang berjaya bangun pagi. Dan yang lebih luarbiasa, bukan orang Muslim sahaja yang lakukan rutin ini. Ramai orang berjaya di negara Barat jadikan bangun pagi sebagai amalan. Mereka sendiri tahu waktu awal pagi adalah waktu terbaik untuk menjadikan seseorang lebih efficient.

Untungnya kita umat Islam disarankan untuk bangun pagi solat Subuh. Dan yang lebih baik adalah bangun sebelum Subuh untuk bertahajud. Disitu terletak rahsia kehebatan orang Islam.

Nak bangun awal, kena tidur awal. Tiada shortcut untuk rutin ini. Bangun sebelum Subuh. Mulakan solat Tahajjud. Lihat kehidupan anda akan berubah.

pexels-pavel-danilyuk-7220536

2. Set Goal & Benchmark

 

Kita akan capai apa yang kita nak apabila kita tahu apa yang kita nak. Tanya diri, adakah anda tahu apa yang anda nak?

 

Ramai orang jika ditanya harini apa yang mereka benar-benar mahu capai, mereka tidak dapat berikan jawapan. Salah satu puncanya adalah kerana terdapat banyak hiburan seperti social media, TV, Netflix, program-program hiburan dan sebagainya. 

 

Apabila masa digunakan untuk hiburan tersebut, adakah masa untuk berfikir tentang apa yang ingin dicapai dalam hidup?

Untuk menjadi luarbiasa dengan tahap kewangan luarbiasa, anda perlu jadi orang yang berbeza dari kebiasaan orang.

 

Tuliskan 3 perkara besar ingin anda capai dalam hidup anda.

 

Tuliskan apa yang ingin anda capai tahun ini. 

 

Tuliskan 3 weekly goals anda untuk minggu ini.

 

Tuliskan berapa yang ingin anda ada dalam simpanan tahun ini.

Semuanya bermula dengan set goal.

pexels-tim-gouw-60230

3. Baca Buku & Dengar Audiobook

 

Bill Gates membaca 50 buku setahun.Anda tidak perlu jadi Bill Gates. Mulakan dengan kecil seperti 1 buku sebulan. Real-book, bukan face-book.

Andai membaca bukan pilihan anda, anda boleh dengar audiobook. Yang penting, tambah ilmu dalam perkara yang ingin anda tingkatkan.

Set kan area yang ingin anda dalami tahun ini. Contoh, ‘wealth creation’. Cari buku, audiobook atau lecture di YouTube dari pakar kewangan.

Nota: Kami kongsikan banyak tips secara praktikal dalam bentuk video di Kursus Forensik Kewangan untuk tingkatkan pendapatan. Anda boleh layari web ini untuk maklumat lanjut:  http://www.kursusforensikwang.com

p/s: Buku Forensik Kewangan : “Bagaimana Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas” adalah salah satu buku yang perlu anda baca untuk tips tingkatkan kewangan. Tekan sini untuk dapatkan buku Forensik Kewangan segera: https://forensikwang.com/

distingue-ciddiqi-2ALQUTD5MKc-unsplash

4. Berkawan Dengan Orang Yang Sudah Capai Apa Yang Ingin Anda Capai

 

“Your network is your net worth.”

Andai anda mahu capai income RM10,000 sebulan, berkawan dengan orang yang sudah capai RM10,000 sebulan.Tidak kira samada gaji, atau sales perniagaan.

Andai anda mahu jadi jutawan, berkawan dengan jutawan. 

Andai anda mahu buka syarikat sendiri, berkawan dengan orang yang sudah ada syarikat sendiri.

Bunyi simple, namun anda perlu berusaha untuk berkawan dengan ikhlas. 

Bukan semata-mata kerana memilih darjat. 

chang-duong-Sj0iMtq_Z4w-unsplash

5. Berbuat Baik Dengan Ibubapa (Juga Pasangan & Anak-anak)

 

Bab ni ramai yang terlepas pandang.

Selalu orang berjaya kongsikan tips teknikal. Contoh, tips cari 100 pelanggan pertama, tips dapatkan RM1,000 yang pertama dalam jualan, tips copywriting dan sebagainya.

Semua ini lebih mudah didapati apabila hidup diredhai oleh Pencipta kita dan orang tua.

Perlu ingat Maha Pemberi Rezeki, Maha Kaya, Maha Berkuasa yang memiliki segala yang ada di langit dan di bumi. Apa pun yang kita buat dan usaha, hanya akan terjadi apabila Allah izinkan.

Cuba lihat orang yang berjaya, bagaimana hubungan mereka dengan ibubapa mereka?

Apabila kita dapat redha ibubapa, kita akan mendapat redha Tuhan. 

Hubungi ibubapa, bantu ibubapa, beri wang pada ibubapa walaupun sedikit. Yang penting ikhlas. 

Elak memarahi mereka apabila membantu. Buat mereka senang melihat kita.

Andai mereka sudah tiada, istighfar dan solat Taubat. Doakan mereka. Buat baik pada orang yang mereka sayangi seperti adik beradik mereka.

grandparents-3436463_1920

6. Sedekah Subuh Setiap Hari

 

Mulakan dengan jumlah yang kecil seperti RM1 sehari. 

Lama-kelamaan, tingkatkan kepada RM2 sehari, RM3 sehari, RM5 sehari atau lebih; lihat pada kemampuan anda hari ini.

Anda biasa dengar, sedekah tidak akan sebabkan kemiskinan.

Sedekah akan buka pintu rezeki anda.

Lakukan secara konsisten. InshaAllah, anda akan dapat lihat keajaibannya.

bottle-2747759_1920

Kesimpulan

 

Mahu jadi kaya, semuanya bermula dengan impian. Ramai orang ada impian, namun usaha tidak seiring.

6 rutin mudah diatas ini WAJIB diamalkan. Anda tanya mana-mana orang kaya atas muka bumi ini, keenam-enam rutin di atas pasti akan disebut. 

Rutin mana yang anda boleh mulakan sekarang juga?