Skip to content

Cara Ini Pun Boleh Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

kos-sara-hidup

Heboh satu Malaysia tentang kos barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat berkali ganda .

Ketika perkara ini berlaku , seperti lazimnya sifat manusia mula terserlah .

Perkara pertama yang berlaku ialah ramai yang mula menuding jari pada pihak lain (looking outwards) dari melihat diri sendiri (inwards).

Ada perkara yang boleh kita lakukan dan menentukan perubahan , manakala ada perkara yang bukan didalam kekuasaan kita untuk tentukannya. 

Saya tidak akan menulis sesuatu yang klise seperti berjimat dan menambah pendapatan .

Saya akan cuba berikan satu solusi di luar kotak. 

Anda boleh protes , berdemo dan sebagainya , itu pilihan anda . Saya memilih untuk mengubah keadaan yang saya boleh ubah.

Apabila berdepan dengan situasi berkaitan kewangan , ianya tidak boleh di selesaikan dengan emosi dan perasaan . 

Saya tahu ramai yang marah dengan situasi yang sedang berlaku tetapi perasaan amarah tidak akan dapat menyelesaikan masalah . Masalah berkaitan kewangan perlu di tangani dengan formula matematik , bukannya dengan emosi dan perasaan.

Dalam kewangan peribadi terdapat 2 komponen utama selain dari Cukai.

1. Pendapatan

2. Perbelanjaan

Namun terdapat faktor ketiga (3) yang jarang di lihat oleh individu. Iaitu faktor persekitaran.

Persekitaran memainkan peranan yang sangat besar dengan kos sara hidup , dimana kita tinggal dan lokasi kita bekerja serta kemudahan yang ada di sekelilingnya. 

Sebagai contoh , orang yang boleh berjalan kaki ke tempat kerjanya mempunyai kos pengangkutan yang sangat rendah berbanding dengan mereka yang memerlukan kenderaan (sendiri atau awam) ke tempat kerja. 

Begitu juga mereka yang bekerja sendiri di rumah mempunyai kos yang jauh lebih murah berbanding dengan yang harus berulang-alik ke pejabat setiap hari.

Hanya dua (2) pilihan sahaja yang boleh di lakukan samaada mencari pekerjaan baru yang hampir dengan tempat tinggal atau berpindah rumah hampir dengan tempat kerja. 

Dari segi matematiknya sangat mudah tetapi sangat berat bagi mereka yang sudah membeli rumah sendiri kerana faktor emosi yang sangat besar. 

Begitu juga dengan mereka yang mempunyai kenderaan sendiri yang masih mempunyai bayaran bulanan kenderaan , agak sukar untuk melupuskannya kerana faktor emosi dan perasaan biarpun dari segi matematiknya sangat menuntungkan.

Selain dari tempat tinggal dan kenderaan ( yang mana keduanya mempunyai kos yang sangat besar) , faktor persekitaran lain adalah kemudahan akses untuk berbelanja.

Terutama sekali apabila kawasan tempat tinggal atau laluan ke rumah atau tempat kerja berdekatan dengan pusat membeli belah. 

Saya kongsikan satu contoh :

Ketika saya dan isteri tinggal di Bukit Kerinchi , isteri saya menggunakan perkhidmatan LRT untuk ke tempat kerja dan kadang-kala menggunakan kereta . Bukan sahaja beliau , malah ada ketikanya saya juga menggunakan LRT dan kereta maka terdapat 2 kos pengangkutan yakni LRT dan Kereta. 

Setelah bepindah ke rumah kami sekarang , isteri saya hanya perlu berjalan kaki seberang jalan (5 minit) ke tempat kerjanya dan seperti kebiasaan saya bekerja dari rumah . Namun apa yang terjadi bukan sahaja kos pengangkutan menjadi lebih murah tetapi kos perbelanjaan luar juga menjadi murah . Isteri saya dan saya tidak lagi berbelanja di luar ketika pergi dan pulang dari tempat kerja kerana kami tidak lagi melalui kawasan membeli belah. 

Ini adalah kesan psikologi yakni “jika tidak nampak , maka tidak akan teringat nak berbelanja” , “if you don’t see it , you don’t spend it”. 

Kini isteri saya tidak lagi keluar makan tengahari bersama rakan-rakan atau window shopping hari jumaat atau singgah sebentar di pasaraya dalam perjalanan pulang ke rumah dan sebagainya . 

Begtu juga dengan saya sendiri.  Kini kami jarang menggunakan kereta . Tambahan, kereta kereta kami tidak mempunyai hutang dan bayaran bulanan , maka kos penggunaan kenderaan yang amat rendah.

Bagi yang berani berubah boleh melakukan perkara berikut :

1. Pindah berdekatan dengan tempat kerja

2. Sewakan rumah yang anda sewa kepada penyewa (tak faham ?)

  • Sewa rumah untuk anda tinggal
  • Guna 1 bilik , manakala bilik-bilik yang lain di sewakan pada penyewa lain
  • Jika di lakukan dengan betul , anda boleh dapat tempat tinggal percuma.

3. Cari pekerjaan baru yang boleh memenuhi kriteria diatas

4. Bekerja dari rumah

5. Miliki kenderaan sendiri yang bebas hutang

Dalam kita merangka strategi kewangan kita , sama ada meningkatkan pendapatan atau mengurangkan perbelanjaan .

Lihat juga kesan tanpa duga yakni kesan-kesan sampingan lain. 

Kita tidak mahu mengikut resam “besar periuk , besar keraknya” , kita nak guna periuk elektrik yang “non-stick” , insya’allah tiada kerak.

Secara peribadi saya lebih fokus kepada meningkatkan pendapatan dari segi pemilikan harta dari mengurangkan perbelanjaan . 

Namun kadang-kala kita dapat melakukan kedua-dua sekali apabila memiliki harta secara tidak langsung akan mengurangkan kos perbelanjaan. 

Kerana itulah saya berusaha bersungguh-sungguh semasa muda untuk bersara seawal yang mungkin kerana bila saya tidak bergerak , saya akan kurang belanja.

Dari contoh diatas secara matematiknya :

Kita akan dapat lupuskan kos kediaman (bagi yang bujang) atau mengurangkannya bagi yang telah berkahwin. 

Begitu juga dengan kos pengangkutan , ianya dapat dilupuskan terus atau dikurangkan secara mendadak besarnya. 

Cuba kira dengan kalkulator berapakah kos tempat tinggal / kediaman serta kos pengangkutan anda sekarang ? serta bayangkan jika kedua-duanya dapat dilupuskan atau dikurangkan melebihi 50% ? 

Kenapa hendak bersusah payah berjimat RM10 , RM50 dan sebagainya sedangkan anda boleh berjimat ratusan dan ribuan ringgit setiap bulan.

Langkah yang dicadangkan adalah langkah sementara sahaja , ianya bagi membolehkan wang yang dapat di selamatkan melalui proses ini boleh digunakan untuk memiliki harta lain. 

Secara tidak langsung ia akan menjana pendapatan dan ini memungkinkan kita mencapai kebebasan kewangan pada akhirnya. Itu adalah matlamat utama langkah ini dilakukan.

Waallahualam.

Artikel berkaitan

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
kes-kewangan

Kes Kewangan: Penjawat Awam Langsai Hutang Untuk Tambah Aset

Soalan kes kewangan daripada follower : Saya dan suami adalah penjawat awam yang berjawatan tetap dan telah memilih skim pencen. Kami...
beli rumah tunai

Betulkah Rumah Yang Dibeli Tu Aset?

Baru-baru ni, saya lihat dah jadi macam trend pula orang beli rumah secara tunai. Saya tak tahu sama ada tujuannya...
nak-beli-rumah-atau-kereta-dahulu?

Nak beli kereta atau rumah dahulu?

Kereta atau rumah ? Ini persoalan yang sering diutarakan oleh anak muda hari ini dan baru-baru ni, saya ditemuramah oleh...
anh-nguyen-v-NBXj3Yv5o-unsplash

Menjawab Misteri Kehilangan Makhluk Bernama Duit

Satu bentuk pengurusan kewangan yang paling penting adalah menguruskan satu aset cair yang dinamakan duit, disebabkan fungsinya yang sangat mudah...
coins-5790121_1920

Bagaimana Untuk Dapatkan Wang Tambahan RM1,000 Bulan Ini?

Semua orang mahu kaya. Namun, adakah usaha dan impian seiring? Anda mungkin seorang peniaga. Atau seorang pekerja dengan income tetap...