“There is nobody I would rather be than a young person graduating from the University of Nebraska today,”
Begitulah pembukaan ucapan Warren Buffet dalam majlis graduasi Universiti Nebraska melalui atas talian.
Untuk pengetahuan anda, Warren Buffet adalah alumni daripada universiti ini.
Ucapan awal pun dah bermakna sangat. Kata beliau, jika diberi peluang, beliau nak sangat bertukar posisi sebagai seorang pelajar atau graduan. Ini kerana walaupun kehidupan luar universiti tiada kepastian lagi tapi tetap merupakan masih di fasa awal untuk mulakan sesuatu yang baik.
Faham tak?
Maksudnya, kalau ada kesedaran pasal kewangan, mulakan dari awal-awal lagi. Anda akan sangat berterima kasih pada diri anda yang muda dulu apabila mula menuai hasilnya nanti.
Berikut 5 pengajaran yang dapat diambil daripada video ucapan berdurasi 10 minit itu.
1.Cari pekerjaan yang memang anda nak sangat setiap hari
“Don’t settle for anything less — eventually — than working for a company you admire or people you admire. Choose a job that if you had no need for the money, it’s still the job you’d jump out of bed for in the morning,”
“I’ve been lucky enough to have one like that, and I can tell you, there’s just nothing like that. It isn’t work anymore. It’s actually something you look forward to every day.”
Adalah menjadi kebiasaan graduan akan kerja pada perkara yang tidak diminati awal-awalnya.
Ini normal.
Namun, jangan terhenti disitu sahaja. Ikhtiar atau tingkatkan kemahiran anda sehingga anda jumpa kerjaya yang anda idamkan.
Bila anda dah jumpa, anda tidak akan rasa bosan atau berat langsung untuk kerja.
2. Belajar komunikasi
“What’s very important is developing communication skills,”
“You’ve got to be able to write well, and you’ve got to be able to talk well. Fill your head. It is such a wonderful time in your life to have every day end up knowing a lot of things you didn’t know before.”
Percaya atau tidak bahawa kemahiran komunikasi ini boleh buat anda jadi kaya?
Pengalaman saya telah membuktikan disaat saya demand untuk dinaikkan gaji daripada bekas majikan saya. Bukan membodek macam kipas angin tu. Tapi dengan seni komunikasi yang betul.
Atau lebih tepat dalam dunia hari ini adalah networking.
Jaringan kenalan anda adalah kekayaan anda. Jadi, pilihlah kenalan anda yang menjual minyak wangi.
Faham kan?
3. Syukur dimana anda berada sekarang ni
“I was so lucky to be born in the United States,”
“And I was lucky to be born in Nebraska. I was a little bit lucky to have the parents I had, and I was lucky to get the education I got. And you go out with a winning hand. That doesn’t mean that every single day is perfect, the world isn’t that way. But try to think of another country where you’d rather be. Try to think of another era in which you’d rather exist. I don’t think you can do it.”
Kita selalu fikir nak kejar apa yang kita tak ada lagi sehingga kita lupa apa yang kita dah ada sekarang ni.
Contohnya nak jadi kaya raya, maka kita kejar bagai nak gila sehingga tertekan pun ada.
Cuba anda renung sejenak, muhasabah sejenak apa yang anda sedia ada miliki. Syukuri nikmat-nikmat kecil yang anda boleh manfaatkan untuk gapai nikmat yang lebih besar.
4. Belajar dengan membaca
“There’s nothing that beats reading,”
“You want to have an inquisitive mind. People say to me, ‘If you could only have lunch with one person, living or dead, who would you pick?’ The truth is, by reading, you can have lunch with Ben Franklin. Every great personality in the history of the world you can in fact have a very long lunch with, and the luxury of having the array of ideas that you can be exposed to.”
Orang muda terutamanya, kalau anda rasa dah tak ada harta sangat untuk buat pelaburan sekali pun, pergilah membaca.
Belajar ni satu pelaburan yang tak pernah rugi!
5. Jangan ukur kekayaan dengan duit atau populariti
“By the age of 90, I’ve known a lot of people who got very rich, and their lives were not successes,”
“I’ve known people who were very famous in their activities, not successes. I have never known anybody who got to the age of 70 or so and had all of the people love him or her that they want to have in that position, who ever felt like anything but a success. Your children, your spouse, your coworkers — if you have the love of those people at age 65 or 70, you are a success. I’ve seen loads of people who had maybe more talent, more money, more fame, but if they didn’t have that, it was very hollow.”
Ini penyakit yang kebanyakan orang ada hari ini. Lagi-lagi zaman dunia digital ni, semua jenis kekayaan hendak ditayangkan.
Cuba tengok Warren Buffet ni, kaya macam mana pun dia, ada dia tayangkan kemewahan dia?
Tapi itu lah, orang kita mudah sangat terpengaruh dengan luaran nampak cantik, tapi dalaman penuh dengan daki-daki hutang.
Belajar sesuatu? Untuk tonton video asal, anda boleh KLIK DISINI. Untuk join Kursus Forensik Kewangan, boleh lawat laman web kursusforensikwang.com .