Skip to content

3 ‘Rule of Thumb’ Setiap Kali Gaji Masuk

  

“Bang, ada diskaun 7.7 bulan ni, meja makan macam murah la”

 

Jika anda seorang suami, bagaimana dialog terbaik untuk anda menjawab dengan baik dan tidak akan menyakitkan hati isteri anda; saya kongsikan 3 alasan mengapa meja makan anda masih boleh dipakai!

1) Lunaskan Hutang  

Sebelum anda membuat simpanan atau perbelanjaan daripada pendapatan anda, perkara pertama yang paling penting adalah membayar hutang. Dalam Islam ditegaskan bahawa hal berkaitan hutang ini boleh membawa kebaikan atau kecelakaan bagi seseorang

 

 

Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk membayarnya semula, maka Allah SWT akan menunaikannya untuknya. Barangsiapa yang mengambil harta manusia (berhutang) dengan niat untuk menghabiskannya tanpa membayar balik, maka Allah SWT akan membinasakan dirinya. (HR Al Bukhari)

 

 

 

Disebutkan di sini bahawa Allah SWT akan membantu seseorang dengan memudahkan urusannya bagi mereka yang berusaha untuk membayar hutangnya dan akan menyusahkan atau menyempitkan hidup mereka yang lari daripada membayar hutang. Jiwa seorang mukmin tergantung dengan hutangnya sehingga dilunaskan hutang baginya. (HR Tirmidzi)

 

 

Hutang juga boleh menyebabkan setiap amalan kebaikan yang kita buat di dunia ini akan tergantung, urusan hisab akan menjadi susah walaupun kita telah banyak melakukan ketaatan di atas muka bumi ini.

 

Dengan kefahaman ini, saya yakin kita semua faham bahawa hutang adalah sesuatu yang utama dalam setiap pendapatan kita dan jangan dicuaikan kerana kesan buruknya sangat besar walaupun kita telah melakukan kebaikan yang banyak di sisi yang lain.

 

 

Nak tahu kaedah ‘snowballing’ sebagai kedah efektif untuk menstrukturkan bayaran hutang anda, tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com

 

2) Catat Simpanan dan Perbelanjaan 

Ramai yang masih beranggapan bahawa simpanan adalah sesuatu yang tinggal selepas berbelanja pada setiap kali gaji masuk, menyebabkan jumlah simpanan menjadi tidak tetap dan lebih menyedihkan kadang-kadang tiada simpanan direkodkan.

 

Banyak ‘rule of thumb’ berkenaan berapa jumlah simpanan yang sesuai untuk keadaan kewangan masing-masing, tetapi saya ingin menekankan bahawa pentingnya simpanan walau apapun formula yang anda gunakan dalam menentukan jumlah simpanan yang sesuai.


Apabila menyebut tentang simpanan, satu disiplin yang sangat penting adalah selepas anda menentukan jumlah simpanan daripada pendapatan pokok anda, anda kemudian mestilah mengasingkan jumlah tersebut ke akaun yang lain.

Anda perlu mewujudkan satu akaun khas untuk simpanan (bukan untuk dibelanjakan atau dilaburkan), tetapi akaun ini akan digunakan dalam keadaan terdesak dan tiada pilihan segera yang lain.

 

Saya pernah bertemu mereka yang awalnya mengasingkan akaun simpanan tetapi masih rendah disiplin untuk tidak berbelanja daripada akaun tersebut; mengapa? Sebab utamanya adalah mereka tidak mencatat perbelanjaan yang patut dibuat pada bulan tersebut.


Kesannya akan berlaku perbelanjaan yang ‘random’ sehingga anda mengosongkan akaun perbelanjaan dan terpaksa pula menyentuh akaun simpanan yang sepatutnya digunakan dalam kecemasan tadi. Keadaan ini adalah simulasi kepada kepentingan catatan perbelanjaan sama pentingnya dengan catatan simpanan.



Anda perlu ada ‘template’ perbelanjaan yang tetap termasuk bayaran hutang, komitmen, pembelian keperluan asas, dan yang berkaitan. Apabila anda sudah ada ‘template’ ini saya pasti anda tidak akan membuat perbelanjaan ‘random’ apabila anda ke pusat membeli-belah yang memang hendakkan anda berbelanja lebih daripada yang diperlukan.



Setiap pasaraya mempunyai sebab tersendiri termasuk daripada segi susunan barang mereka dengan objektif anda akan membuat pembelian separa sedar. Jika difikirkan semula mengapa disusun coklat, ‘snickers’, dan air tin berdekatan dengan kaunter pembayaran; fikirkan!



Realiti yang lebih menggerunkan daripada pasaraya sebenarnya adalah platform online seperti Lazada dan Shopee contohnya; betapa ramai dan banyak pembelian yang saya perhatikan disebabkan iklan dan pemasaran dan bukannya keperluan.

 

Kita tidak boleh menyalahkan platform yang membuat iklan dan pemasaran kerana itu memang hakikat kepada sesuatu perniagaan; tetapi yang perlu mendapatkan pelajaran adalah kita yang perlu menyediakan ‘template’ perbelanjaan yang akan menghadkan perbelanjaan pada sesuatu yang diperlukan sahaja.

 

 

3) Berhati-hati Dengan Perbelanjaan Kredit 

Perbelanjaan kredit merupakan satu habit yang kurang sihat kerana jumlah perbelanjaan tersebut sukar untuk direkodkan dan ini menjadikan ‘cash-flow’ pada bulan tersebut nampak cantik tetapi akan menyakitkan setiap kali datangnya ‘due date’ kredit bulanan.

 

Kad Kredit sebenarnya ada manfaat yang besar jika dapat diuruskan dengan baik dan anda tahu waktu yang sepatutnya digunakan kad tersebut. Dua keadaan umum yang bagi saya baik untuk menggunakannya; pertama ketika berlaku kecemasan dan kedua pembelian barangan keperluan yang memberikan mata ganjaran.


Secara umumnya, salah satu penggunaan kad kredit yang memberikan manfaat adalah dalam pembelian petrol kerana selain untuk penggunaan kenderaan anda juga akan mendapat sebahagian mata ganjaran yang akan memberikan anda pilihan untuk anda mengubah kepada ‘cash value’ pada masa hadapan.

Contoh yang diberikan tersebut jelas menunjukkan petrol satu barang keperluan, dan bukan membuat pembayaran kredit ketika ‘modify’ kereta anda. Sikap ‘acah-acah’ kaya dengan perbelanjaan kredit untuk ‘luxury’ sememangnya akan membawa padah.

 

‘Rule of thumb’ terbaik dalam perbelanjaan haruslah dibuat secara tunai (untuk memudahkan rekod) atau paling tidak dengan menggunakan debit (setelah diasingkan akaun perbelanjaan dan simpanan) dan adanya ‘template’ perbelanjaan kerana objektifnya memastikan tiada berlaku defisit pada setiap hujung bulan. 

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
shiromani-kant-mo3FOTG62ao-unsplash

Kuasa Membaca Untuk Pengurusan Kewangan

“…Today a Reader, Tomorrow a Leader”. Kata-kata di atas sepertinya belum menunjukkan kuasa membaca pada pengurusan kewangan bukan? Sabar, saya...
bebas kewangan

6 Tahap Kebebasan Kewangan Yang Realistik

Bila anda terdengar atau terbaca pasal bebas kewangan (Financial Freedom), apa yang anda bayangkan? Kebanyakan kita mungkin gambarkan bahawa orang...
0x0

Kaya Tak Salah, Cuma Jangan MEWAH!

Nak tahu satu FAKTA yang mengejutkan? Sebenarnya dalam kalangan masyarakat kita yang merasakan KAYA sebenarnya berada dalam illusi kerana realiti...
bankrap

5 Tanda-tanda Anda Bakal Menuju Bankrap

Bankrap tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula daripada tabiat buruk seseorang itu dalam pengurusan kewangan. Masalahnya bermula dengan sekecil-kecil...
hutang-kad-kredit

Bagaimana Nak Langsai Hutang Kad Kredit?

Memiliki hutang kad kredit yang tinggi sangat merunsingkan. Ini kerana, bila kita sedar hutang kad kredit dah ditahap kritikal, kita...