Skip to content

3 Pengajaran Hebat Dari Steve Jobs Yang Kita Perlu Ikut Untuk Berjaya Dalam Bidang Kita

Steve Jobs, pengasas Apple. Walaupun sudah tiada di dunia lagi pada hari ini, namun produk yang dimulakan oleh beliau kelihatan di mana-mana sahaja. 

 

Naik train, ramai yang membelek iPhone. Pergi pejabat, kelihatan bos sedang membuat persediaan presentation dengan iPad nya. Laptop MacBook yang dipakai hampir 10 tahun masih ‘okay’

 

Apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari Steve Jobs yang boleh menghasilkan produk hebat sebegitu? 

 

Jom lihat 3 pengajaran besar ini.

 

1. Buat Sesuatu Dengan Bersungguh-Sungguh

Steve Jobs pernah mengucapkan kata-kata hikmah ini,

“When you’re a carpenter making a beautiful chest of drawers, you’re not going to use a piece of plywood on the back, even though it faces the wall and nobody will ever see it. You’ll know it’s there, so you’re going to use a beautiful piece of wood on the back. For you to sleep well at night, the aesthetic, the quality, has to be carried all the way through.”

 

Terjemahannya,

 

“Apabila anda adalah seorang tukang kayu yang sedang membina perabot yang cantik, anda tidak akan menggunakan sekeping papan lapis buruk di bahagian belakang perabot itu, walaupun bahagian belakang perabot itu mengadap dinding dan tiada siapa yang akan nampak. Anda tahu ia berada di situ, oleh sebab itu anda perlulah menggunakan kayu yang cantik di belakang perabot itu. Untuk anda tidur nyenyak di malam hari, kecantikan dan kualitinya perlu dititik beratkan dari awal hingga akhir.” 

 

Dengan menerapkan konsep ini dalam diri beliau, tidak hairanlah kesemua produk Apple pada hari ini berkualiti tinggi dengan ‘design’ yang ekslusif. Tiada sikap sambil lewa dalam penciptaanya ataupun bersikap seperti melepaskan batuk di tangga. 

 

Pernahkah anda membeli barang Apple dan berasa tidak puas hati dengan kualiti produk Apple itu? Sudah tentu ini tidak pernah berlaku.

 

Kesemua produk Apple yang dicipta adalah ‘world-class’, mempunyai nilai estetika yang tidak dapat ditandingi oleh produk lain. Mereka yang menggunakan produk Apple juga bangga dengan produk yang dimiliki itu. 

 

Dalam Islam juga ada hadis dari Rasulullah yang menyebut,

 

“Sesungguhnya Allah menyukai apabila salah seorang daripada kamu melakukan sesuatu pekerjaan, dia melakukannya dengan itqan.” (Riwayat al-Baihaqi)

 

Itqan membawa maksud melakukan sesuatu pekerjaan dengan teliti, cermat, kemas dan bersungguh-sungguh.

Adakah anda meletakkan kualiti yang tinggi dalam hasil kerja anda?

 

2. Sentiasa Berjalan Untuk Mencari Idea

 

Hasil kajian Stanford University, berjalan kaki tingkatkan output kreativiti sebanyak 60%. (1) Itu jumlah yang sangat besar.

 

Itulah juga yang dilakukan oleh Steve Job. Dia suka berjalan. Berjalan untuk mencari idea. Mesyuarat dan berbincang semasa berjalan. Steve Job sendiri akui, ideanya diperolehi semasa berjalan.

 

Ikut kajian dari Harvard Business School dan Stanford University pula, keputusan yang dibuat semasa berdiri lebih baik dari duduk. Dan keputusan yang dibuat dalam keadaan berjalan lebih baik dari berdiri.

 

Steve Jobs dilaporkan sentiasa brainstorming idea dengan timnya dalam keadaan berjalan di dalam taman di sekitar rumah beliau. Dengan cara berjalan ini lah Steve Job mengadakan meeting bersama timnya untuk brainstorming produk baru.

 

Penulis autobiografi Steve Job, Walter Isaacson ketika ditanya sahkan bahawa Steve Job selalu menjemput beliau ‘for a walk’ (berjalan) di sekitar kawasan rumah beliau.

 

Terdapat beberapa figura terkenal pada waktu dahulu juga menggunakan teknik ini untuk kekal kreatif. Ini termasuk Beethoven, komposer muzik terkenal dan Charles Dickens, seorang penulis (English writer). Charles Dickens terkenal dengan rutinnya yang berjalan sejauh 30 miles setiap hari.

 

Berjalan setiap hari tidak asing lagi dalam dunia kesihatan yang menyarankan setiap orang untuk mengamalkannya setiap hari. 

 

Ianya bukan saja untuk meningkatkan kreativiti, malah baik untuk kesihatan sperti merendahkan paras gula dalam darah dan juga menngurangkan tekanan darah.

 

3. Kehidupan Simple Untuk Tingkatkan Fokus Pada Perkara Penting

Bekas CEO Apple, John Sculley pernah melawat ke rumah Steve Jobs. Beliau berkongsi,

“I remember going into Steve’s house and he had almost no furniture in it. He just had a picture of Einstein, whom he admired greatly, and he had a Tiffany lamp and a chair and a bed. He just didn’t believe in having lots of things around but he was incredibly careful in what he selected.”

Terjemahannya,

“Saya pernah ke rumah Steve dan dirumahnya hampir tiada perabot di dalamnya. Dia hanya ada gambar Einstein, figura yang sangat dia kagumi, dia ada lampu ‘Tiffany’ sebuah kerusi dan sebuah katil. Steve tidak percaya pada miliki barang yang banyak di sekelilingnya, dan beliau sangat berhati-hati dalam apa yang beliau pilih.”

Dengan gaya hidup ini, ianya membantu Steve Jobs untuk menjimatkan masa kerana tidak perlu mengemas barang di sekeliling. Ini juga bermakna, kurang masa diperlukan untuk mencari sesuatu barangan.

 

Steve Jobs juga terkenal dengan memakai pakaian yang sama. Ini jelas kelihatan ketika beliau tampil dengan setiap ‘presentation’ produk baru Apple dengan pakaian yang sama. Iaitu baju hitam lengan panjang, jeans biru, dan kasut sneaker berjenama ‘New Balance’.

Steve Jobs juga pernah bertanya kepada pekerjanya, “Apakah 10 perkara yang kita perlu buat selepas ini?” 

 

Setelah mereka senaraikan 10 perkara itu, Steve Jobs buang 7 senarai itu dan berkata, “Kita hanya boleh buat 3”.(2)

 

Kata beliau, “Deciding what not to do is as important as deciding what to do.” (“Membuat keputusan terhadap apa yang tidak perlu dilakukan adalah sama penting dengan membuat keputusan terhadap apa yang perlu dilakukan”)

 

Dan inilah asas kepada kejayaan produk-produk Apple. Steve Jobs sentiasa memikirkan bagaimana mahu menjadikan produk Apple ini simple dan mudah untuk digunakan.

 

Larry Page pernah mendapatkan nasihat Steve Jobs untuk company yang beliau tubuhkan, iaitu Google. Pesan Steve Jobs pada Larry, 

 

 “What are the five products you want to focus on? Get rid of the rest, because they’re dragging you down. They’re turning you into Microsoft. They’re causing you to turn out products that are adequate but not great.” 

 

Terjemahan: “Apa 5 produk yang ingin anda fokus? Abaikan yang selebihnya, kerana itu akan menarik fokus anda. Mereke menjadikan awak seperti Microsoft. Mereka menyebabkan awak menjadi produk yang “mencukupi” tetapi tidak hebat.”

 

Daripada 3 Pengajaran Ini, Yang Mana Satu Anda Nak Implementasi Sekarang?

 

Artikel ini hanya limit pada 3 perkara yang paling penting. Ianya untuk memudahkan anda melihat secara keseluruhan. 

Ada banyak lagi tips hebat yang menjadi pegangan Steve Jobs, namun kami kongsikan 3 untuk anda lebih fokus pada pengajaran yang penting.

 

Bagaimana anda mahu implementasi ketiga-tiga pengajaran ini?

Rujukan:

(1) https://www.apa.org/pubs/journals/releases/xlm-a0036577.pdf

(2) https://hbr.org/2012/04/the-real-leadership-lessons-of-steve-jobs

 

p/s: Untuk tingkatkan pendapatan, anda perlu jadi orang hebat dalam bidang anda. Andai anda jual produk atau servis, anda perlu beri yang terbaik pada customer anda.

 

Selain jadi yang terbaik dalam apa yang anda lakukan, ada banyak lagi tips lain tentang cara tingkatkan kewangan.Tips tersebut dikongsikan dalam buku Forensik Kewangan : “Bagaimana Langsai Hutang & Kumpul Harta Dengan Pantas” 

 

Tekan sini untuk dapatkan buku Forensik Kewangan segera: https://forensikwang.com/

Pilih Tarikh Artikel Diterbitkan
arrow-2886223_1280

'Perfectionist' Melampau, Apa Ubatnya?

“Mereka hidup seperti robot tanpa emosi, suka bertikam lidah untuk sentiasa betul, dan mereka secara umum tidak disukai orang bawahan...
kos-sara-hidup

Cara Ini Pun Boleh Atasi Kenaikan Kos Sara Hidup

Heboh satu Malaysia tentang kos barangan dan perkhidmatan yang terus meningkat berkali ganda . Ketika perkara ini berlaku , seperti...
Kutip Hutang Gaya Along

Kutip Hutang Gaya Along

Sebelum Memberi Hutang Untuk penghutang yang liat nak bayar hutang. Ambil langkah ini jika semua langkah berlembut dan diplomasi gagal....
kewangan-peribadi

Celikkan Kewangan Diri Sendiri Dulu, Baru Keluarga Kita.

Secara peribadi salah satu sifat diri yang ada pada saya ialah pentingkan diri sendiri dalam hal kewangan. Ini kerana saya...
seminar1

Melebur RM20 Di Bazar Ramadhan Melenyapkan Impian Untuk Bersara Awal

Memandangkan esok kita dah mula berpuasa Ramadhan dan malam ni dah mula solat sunat Terawih, saya nak kongsikan sisi pandang...