Proses atau Hasil?

 

Ramai nak kaya cepat, adakah akan tercapai? Saya katakan tidak mustahil jika anda nak cepat kaya, tetapi bayarannya adalah anda mungkin sebahagian daripada majoriti yang tak pandai uruskan kekayaan itu nanti.

 

Apa?Urus kekayaan? Ya, kaya jika untuk sebulan atau setahun rasanya sesuatu yang boleh diusahakan, tetapi bagaimana nak pastikan kekayaan tersebut pada jangka masa yang panjang? Dalam bahasa lain, anda boleh buat duit bekerja dan ada duduk di rumah.

 

Saya kongsikan di sini apakah perkara-perkara asas jika anda nak capai situasi di atas.

 

1) Ilmu & Kemahiran

“Kenapa nak lambat kalau boleh cepat”

 

Kata-kata ini banyak meragut ‘nyawa’ mereka yang baru berjinak dalam sesuatu bidang, sama ada berkait dengan sisi kehidupan umum atau spesifik seperti kekeluargaan, pekerjaan, perancangan kewangan, dll.

 

Memang betul jalan cepat itu ada, tetapi anda perlu faham apa yang anda boleh dapat dengan cepat dan apa yang tidak mampu dicapai, bukan semua boleh tangkap  muat dalam satu bakul yang dinamakan ‘instant result’

 

Seperti mana makanan segera yang selalunya dikaitkan dengan kesan kesihatan yang tidak baik pada tubuh, begitu juga ada sudut ‘instant’ dalam kewangan yang akan memberi kesan pada kesihatan emosi di kemudian hari.

 

Kita harus faham dalam contoh makanan segera, yang segera didapatkan adalah hanya makanan; bukan rasa kenyang. Dalam bahasa yang lain anda akan merasa lapar semula dalam tempoh terdekat atau anda perlu terus mengunyah untuk kekalkan perasaan kenyang.

 

Apa akan jadi pada tempoh masa yang panjang? Sudah pasti suatu masa anda akan mula mendapatkan kad temujanji rawatan klinik pakar sama ada di hospital kerajaan atau swasta (bergantung pada status kewangan semasa jika swasta) kerana sudah pun mengalami masalah kesihatan.

 

Apa yang saya nak sampaikan? Begitu juga untuk mendapatkan hasil akhir yang pasti (dalam contoh sebelum ini kenyang), anda haruslah pertama sekali membezakan tujuan jangka pendek dan jangka panjang.

 

Seperti itu juga perancangan kewangan; anda perlu membezakan antara ilmu dan kemahiran. Seperti mana jangka pendek dalam contoh sebelum adalah makanan, maka ilmu adalah jangka pendeknya.

 

Dan kemahiran pula menjadi tujuan jangka panjangnya; ramai orang yang merasa ‘excited’ dengan ilmu dan terus membuat beberapa keputusan drastik dalam kewangan. Nak dijadikan cerita, ‘luck’ menyebelahi pada pilihan itu.

 

Maka bisinglah dunia dengan perkongsian separuh masak dari kumpulan ini; namun pilihan kedua dan seterusnya mula menunjukkan hasil yang tidak konsisten, dan akhirnya membawa pada kerugian di kemudian hari.

 

Apa yang membezakan ilmu dan kemahiran?

 
 

2) Kegagalan Suatu Kejayaan 

Kemahiran adalah hasil daripada beberapa proses; yang mana tuntasnya memerlukan sesuatu kerja keras dan masa; semakin tinggi kerja keras seseorang maka semakin pendek untuknya mendapatkan sesuatu kemahiran

 

Ilmu semata-mata belum dapat memberikan erti sebenar pada kemahiran; sebaliknya kemahiran dalam bahasa yang mudah adalah adalah kumpulan dari ilmu yang telah dipraktikkan dengan masa untuk mendapatkan sesuatu hasil yang konsisten.

 

Pembacaan akan memberikan ilmu, menghadiri seminar juga memberikan ilmu, mendengar nasihat daripada bijak pandai juga menghadiahkan ilmu; namun koleksi ilmu tersebut harus dicuba sendiri untuk melihat hasil pada diri sendiri.

 

Namun, harus diingatkan jika aplikasi ilmu itu berjaya buat kali pertama; belum tentu itu kemahiran kerana masih banyak lagi sisi-sisi cabaran dan ‘unexpected event’ yang belum anda tempuhi.

 

Jadi bagaimana nak tahu jika anda sudah pun berada pada tahap memiliki kemahiran ini? Mudahnya ada 2 syarat; pertama adalah apabila anda mula melihat hasil yang konsisten (bukan lagi one-off) dengan setiap keputusan yang dibuat, dan yang kedua juga sama pentingnya berdisiplin dalam setiap ‘rule of thumb’ yang anda letakkan.

 

Sebagai contoh jika anda terlibat dalam pelaburan saham; anda belum boleh klasifikasi sebagai berkemahiran sekiranya daripada 10 pembelian yang dibuat, hanya satu yang memberikan portfolio hijau. Dan yang seterusnya anda harus pastikan jika disiplin ‘cut loss’ anda pada nilai tertentu jangan sesekali langgar dan sedapkan hati dengan berkata..

 

“Ada lagi ‘support’ bawah ini”..

 

Kedua mentaliti di atas jika dapat dilaksanakan pasti memberikan kejayaan jangka panjang; ingat bahawa duit boleh lebur, tetapi ilmu dan kemahiran ini adalah aset yang tidak dijual di kedai.

 
 

3) Jangan Copy Paste Bakat Tapi Usaha 

Ini satu lagi ‘shortcut’ yang sering mengganggu ramai mereka yang baru luar sana, saya perhatikan ramai dalam kalangan mereka yang baru berjinak terpesona dengan ‘style’ atau penampilan sifu-sifu.

 

Baik atau tidak dari satu sudut ya ia memberikan inspirasi untuk bekerja; namun secara tak sedar anda sedang mengaplikasikan perkara yang tidak sepatutnya. Ketahuilah bahawa setiap manusia dikurniakan bakat dan personaliti yang berbeza. Jadi anda perlu menjauhi sikap ini.

 

Ada seorang ejen takaful yang saya perhatikan beliau sering terkesan dengan sifunya yang berjaya ‘close’ banyak kes dengan seni pengucapan awam. Apa yang menarik minat saya adalah personaliti individu ini adalah sangat ‘contra’ dengan seorang yang mampu berucap di khalayak.

 

Tetapi saya tahu bahawa beliau berbakat dalam ‘digital marketing’ melalui laman sosialnya, sayang apabila laman sosial tersebut tidak dapat digunakan dengan baik kerana kecenderungannya untuk meniru metod sifunya.

 
 

Kesimpulan

Memang mudah sebenarnya nak kaya, tapi jika anda jatuh bagaimana nak kembalikan semula kekayaan tersebut? Anda pasti tertekan dengan ujian dan akhirnya putus asa dengan usaha yang anda rasakan tidak membawa hasil.

 

Ketahuilah 3 perkara yang saya senaraikan ini adalah sebenarnya sesuatu yang mahal, mahal untuk mendapatkan apa yang sebelum ini anda kecapi. Anda tidak perlu risau dengan kekecewaan jatuh atau gagal, kerana potensi diri anda adalah jauh lebih besar.

 

Jatuh beberapa kali bukan satu alasan untuk berhenti jika anda tahu ‘rule of thumb’ untuk mendapatkan sesuatu hasil, ya dengan kuasai proses tersebut. Anda mungkin pernah sampai ke suatu tempat dengan berpandukan GPS, soalannya mampukah anda pergi semula ke sana tanpa GPS. Jawapannya boleh jika anda faham perjalanan yang anda pernah lalui tersebut.

Tertekan dengan hutang? Nak tahu step by step untuk langsaikan? Tekan sini segera untuk dapatkan buku Forensik Kewangan: https://forensikwang.com