Skip Cepat Kaya Versi ‘Anti-Scam’

 

Ramai orang nak cepat kaya dan mungkin sudah pun terdedah dengan ilmu kekayaan dan ada yang pun terciduk dengan skim-skim ‘pak man telo’ di luar sana, namun berapa banyak kisah-kisah hitam penipuan dan ‘scam di luar’ sana. 

 

Di sini saya nak bentangkan sebenarnya skim terbaik nak cepat kaya adalah ‘skim pengubahan minda’ yang mungkin tak semeriah skim-skim yang punya banyak iklan di luar sana. Percayalah dengan 5 minda ini, anda pasti mempercepatkan proses anda untuk bina empayar kekayaan yang tersendiri.

 

1) Faham Proses Bukan Hasil Kekayaan

Di luar sana sudah banyak orang kaya berkongsikan ‘lifestyle’ mereka, sama ada melalui bacaan atau video di YouTube. Dan menariknya sebahagian yang dikongsikan itu termasuk rumah besar, kereta mewah dan pakaian yang ‘bling2’. 

 

Selain sebenarnya itu adalah ‘hidden marketing’ yang dibuat, itu juga memberi kesan kepada ‘audience’ betapa mudahnya menjadi orang kaya. Sedar atau tidak, minda seseorang pasti sudah di sogokkan dengan ‘minda lepak’ dengan melihat ‘lifestyle’ tersebut.

 

Apa yang bahayanya kita memahami ‘lifestyle’ mereka, bukankah itu satu bentuk inspirasi untuk kita? Salah, kerana kita sepatutnya melihat ‘lifestyle’ sebelum mereka jadi kaya bukan setelah mereka kaya. Di situlah titik yang kita patut contohi.

 

Saya kenal seorang jutawan secara peribadi berkongsikan tips tidur adalah 6 jam sehari, kemudian saya tanya semula padanya adakah beliau tidur 6 jam sehari sebelum mencapai status sekarang? Jawabnya dahulu tidurnya hanya 3 jam sehari.

 

Di sinilah yang saya maksudkan kita kena faham proses mereka ni menjadi kaya bukan pada situasi mereka menjadi kaya. Janganlah kita terpesona dengan keindahan yang ditunjukkan mereka selepas kaya kerana hakikat mereka sebelum menjadi kaya itu sebenarnya lebih menyakitkan.

 
 

2) Langkah Pertama

Ramai yang belum kaya hari ini bukan sebab tak ada ilmu, tapi kerana tak berani untuk buat langkah pertama. Masing-masing selesa dengan keadaan semasa mereka atau mungkin sebahagian yang takut dengan risiko.

 

Peluang demi peluang terhidang tetapi setiapnya dilepaskan kepada orang lain atau berlalu begitu sahaja. Seorang pernah menyatakan “ Antara tanda-tanda sesuatu itu akan mencapai objektifnya adalah apabila adanya permulaan”

 

Tanpa permulaan, anda hanya akan berlegar dengan masalah yang sama dan hidup anda tidak akan ada ‘progress’. Berapa ramai yang dulu sembang ‘crypto’ sampai sekarang akaun pun belum buka (Nota: harga ‘crypto’ pun sudah melambung beberapa bulan lepas, melepas juga).

 

Langkah pertama adalah suatu simbol keberanian bahawa anda sedang melakukan sesuatu yang belum pernah dibuat sebelumnya dan bersedia menghadapi pelbagai ketidakmungkinan di hadapan. That’s a real HERO!

 
 

3) Malas Membunuh

Sikap ini menjadi musuh utama bagi sesebuah kekayaan, dan menyebabkan sebahagian mengambil ‘shortcut’ dengan memilih jalan yang salah atau menjadi mangsa penipuan di luar sana. 

 

Secara tak langsung sikap malas sebenarnya menjadi motif utama ‘scammer’ di luar sana masih berleluasa. Mereka mengambil kesempatan dengan sikap nak cepat kaya dan malas untuk berusaha daripada kosong.

 

Jika kita lihat situasi semasa yang melanda kita, Covid 19 sebenarnya membawa hikmah yang besar dalam memerah otak-otak manusia ini memikirkan apa yang mereka perlu mereka buat sekiranya dibuang kerja atau seorang usahawan yang terpaksa menutup perniagaan.

 

Jika difikir secara ‘tradisional’, apa yang boleh dibuat adalah mengeluh, mengkritik polisi kerajaan, dan sembang kopi dengan kawan-kawan. Apa impaknya kepada pendapatan yang terputus tersebut? Tiada langsung…

 

Sebab itulah jalan terbaik bagi setiap masalah adalah mencari alternatif, ‘complaint’ semata-mata adalah sesuatu yang tidak produktif dan lebih pada ‘excuse’ kepada sifat malas itu sendiri.

 

Bangun!

 
 

4) Keep Fighting!

Usaha untuk melakukan apa-apa kerja tiada yang mudah, itu hakikat pahit yang perlu difahami semua. Kegagalan boleh disebut sebagai ‘best friend’ kepada mereka yang mentalnya lut-koyak. Mana tidaknya, dalam setiap fasa kehidupan sentiasa ada kegagalan.

 

Kegagalan sebenarnya adalah tanda anda sedang atau telah melakukan sesuatu. Orang yang gelakkan kegagalan orang lain adalah selalunya mereka yang tidak pernah merasakannya lagi atau belum pun bersedia menghadapinya

 

Mereka menjadikan anda objek menutup kelemahan yang ada pada mereka, natijahnya; anda yang rugi bila anda buat keputusan untuk ‘quit’. Ramai mereka yang berimpian besar tetapi hati mereka belum besar menerima cabaran dan ujian.

 

Jika kita lihat bagaimana emas boleh ditempa daripada galian yang bercampur dengan bendasing, ia perlu dileburkan dengan suhu yang tinggi; begitulah hikayat manusia yang perlu diberi ujian yang susah supaya yang keluarnya adalah sifat-sifat yang berkualiti.

 

Kesimpulan

Kaya itu senang pada ilmunya, tetapi susah dalam pelaksanaannya. Ramai yang suka ‘shortcut’ yang sebahagiannya terciduk di tengah jalan. Dan lebih ramai yang mengikut ‘shortcut’ belum pun mampu mengekalkan kekayaan.

 

Ini semua adalah disebabkan kekayaan sebenar ada pada minda kita semua, jika minda diletakkan pada tempat untuk bekerja ia pasti memberi impak yang maksima untuk jangka panjang.

 

Ketepikan pandangan dan pendapat orang jika mereka mengatakan anda belum kaya, tetapi fokus pada apa yang ada di hadapan kita; Minda!

 

Tak perlu ikat perut untuk langsaikan hutang? klik link ini sekarang; http://www.kursusforensikwang.com