Aplikasi Falsafah Gandhi berhadapan Krisis Kewangan

Gandhi dikenali sebagai seorang tokoh politik India yang sangat berpengaruh, tetapi bagaimana falsafahnya sebenarnya memberikan sedikit ‘insight’ bagi seseorang yang berhadapan krisis kewangan. Berikut saya kongsikan 3 aplikasi falsafah Gandhi dan aplikasi jalan keluar kepada sesuatu krisis kewangan

1) Non-violence (Ahimsa) or Love is regarded as the highest law of mankind, it eliminates grudge that turns to greed with the concept of Sarvodaya (trusteeship)

Satu perkara utama dalam hidup kita adalah apakah prinsip kita berhadapan dengan seseorang atau sesuatu peristiwa yang pernah menjatuhkan kita? Mungkin ramai berpandangan bahawa kita perlu memberikan mereka (dalam kes seseorang) pelajaran yang setimpal apabila kita sudah memiliki sesuatu nanti.

 

Gandhi dengan tegas menolak prinsip ini, kerana bagi Gandhi seseorang yang ada perasaan benci dan dendam kepada orang lain adalah sebenarnya mereka yang tidak mempunyai keyakinan bahawa mereka sebenarnya boleh bangkit dengan sendiri.

 

Prinsip yang penuh etika ini bagi Gandhi bukan sahaja memberikan manfaat kepada emosi seseorang tersebut; ya dengan sifat memaafkan dan melupakan, tetapi juga kesan positif ini dapat dirasakan kepada masyarakat yang hidup di sekelilingnya

 

Dengan tegas disebutkan bahawa seseorang tidak wajar menampakkan sikap tidak baiknya di hadapan masyarakat kerana dia adalah seorang wakil daripada tuhan, diberi ujian untuk meningkatkan kualitinya, dan menyebarkan kualiti itu kepada masyarakat.

 

Jika kita memaknai konsep kepercayaan dalam masyarakat, sememanagnya ini adalah satu pelaburan yang paling menguntungkan kerana anda sedang membudayakan sikap positif dalam kalangan masyarakat.

 

Baik, apakah manfaat untuk anda?

 

Secara jelas saya sebutkan di sini bahawa apabila anda sudah memahami ini’, anda tidak keseorangan dalam situasi krisis dan yang lebih utama jika sifat positif anda itu kekal lama maka sememangnya manfaat kepada masyarakat juga akan lebih meluas.

 

Pengakhiran yang lebih utama bagi Gandhi adalah anda berusaha mengurangkan sikap negatif dalam masyarakat, dan ini akan memastikan kejadian ‘tikam belakang’ yang menimpa anda dapat dikurangkan pada orang lain.

2) “Practical idealism is wiser than idealism, it brings to an action which emphasize on the gradual evolution parallel with time”

Falsafah kedua ini menekankan bahawa perkara pertama tadi bukanlah bermakna seseorang itu berserah tanpa membuat apa-apa tindakan, sebaliknya ia memberikan justifikasi bahawa falsafah adalah sesuatu yang mesti berlaku bukan hanya angan-angan kosong.

 

Gandhi melihat ‘idealism’ sahaja sebagai sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada kemanusiaan kerana ia lahir daripada cetusan idea spontan, tetapi ‘practical idealism’ adalah berdasarkan pengalaman yang pengamatan yang dibuat.

 

Disebabkan itu gelaran ahli falsafah secara umum tidak diberikan pada Gandhi kerana beliau bukanlah seorang pemikir tetapi lebih dikenal sebagai ‘Man of Action’. Apabila kita membaca perkara pertama tadi menyebut tentang kepercayaan dalam masyarakat, mungkin kita merasakan bahawa ini merupakan omongan kosong.

 

Disebabkan itulah apabila sesuatu disebut sebagai ‘Practical Idealism’, Gandhi percaya bahawa masa adalah sebahagian daripada jalan keluar kepada sesuatu krisis selain usaha tersebut. Disebutkan ‘gradual evolution’ adalah sesuatu yang mesti dilalui oleh apa sahaja daripada seorang manusia, ideologi, ataupun ketamadunan.

 

Dari sini jelas, bahawa dalam sesuatu krisis yang dihadapi oleh kita antara perkara utama yang perlu kita elakkan untuk bertanya adalah:

 

“Bila aku boleh bangun semula ni, dah macam-macam yang aku buat”

 

Apabila kita memahami konsep ‘gradual evolution’ bagi terbentuknya sesebuah tamadun begitu jugalah bagaimana krisis yang sedang kita hadapi akan diselesaikan, masa adalah faktor kedua selain usaha yang berterusan.

 

Jadi sikap sabar dengan masa, walaupun usaha-usaha telah dilakukan dengan banyak sekali adalah sesuatu yang menambahkan rasa syukur dalam diri dan bukanlah perasaan sentiasa tidak cukup dengan apa yang ada.

3) “Minimization of competition with encouragement in cooperation to avoid exploitation among humans. “

Perkara ketiga yang dibawa Gandhi adalah sesuatu yang mungkin unik dan mungkin sesuatu yang diluar kebiasaan, di sini ditegaskan bahawa persaingan perlu dikurangkan dalam usaha sebaliknya menggalakkan kerjasama.

 

Gandhi percaya bahawa jika ada dua ideologi yang baru nak ditegakkan, mereka tidak selayaknya bertarung sesama sendiri tetapi sebaliknya memilih satu jalan tengah yang boleh memberikan kesan maksima kepada kemanusiaan itu sendiri.

 

Memahami bahawa setiap ideologi diasaskan untuk kebaikan pada kemanusiaan, maka pastilah terdapat ruang kerjasama yang boleh dapat dicapai antara setiap ideologi tersebut melainkan ideologi tersebut memang diasaskan dengan kepentingan-kepentingan tertentu.

 

Bagi Gandhi, persaingan adalah sesuatu yang boleh membawa kepada eksploitasi jika sesuatu ideologi lebih dominan daripada sesuatu ideologi lain, dan kesan ini sangat buruk kepada kemanusiaan secara umum. 

 

Jadi jika kita perhatikan sikap ini dalam kita berhadapan krisis, falsafah ini memberikan satu nasihat penting bahawa jika kita bertemu sesoerang yang lain yang juga berhadapan dengan krisis, kita mestilah bersikap terbuka untuk bekerjasama dalam membetulkan keadaan masing bukan bersaing.

 

Sebagai contoh mudah, jika A dibuang kerja bertemu dengan B yang juga dibuang kerja, A dan B mestilah sentiasa berkongsi iklan-iklan pekerjaan sesama mereka dan bukan berusaha bahawa individu yang lain tadi tidak mengetahui iklan-iklan yang mereka telah menghantar resume.

Anda berminat untuk tahu bagaimana untuk mendapatkan formula terbaik menguruskan kewangan;klik link http://www.kursusforensikwang.com untuk sesi coaching 1 on 1!