Kuasa Membaca Untuk Pengurusan Kewangan

“…Today a Reader, Tomorrow a Leader”.

Kata-kata di atas sepertinya belum menunjukkan kuasa membaca pada pengurusan kewangan bukan? Sabar, saya akan satu persatu kongsikan bagaimana membaca membentuk pemikiran yang meningkatkan pengurusan kewangan anda.

 

Sebelum bermula, faktor utama pengurusan kewangan yang baik adalah kemahiran dalam membuat keputusan dan ini sangat penting!!! Katakan tidak pada TAQLID!!. (Nota:ikut cakap orang tanpa asas ilmu)

 

Ini saya kongsikan bagaimana membaca meningkatkan kemahiran membuat keputusan kita.

1) Menambah Maklumat

Membaca memberikan saya maklumat terhadap setiap inci objek dalam dunia yang kita hidup hari ini. Dari sekecil-kecil atom sehingga sebesar-besar alam semesta pasti akan dapat diketahui melalui pembacaan (tak dinafikan sebahagian masih belum dibuktikan secara empirikal). 

 

Tambahan pula zaman maklumat di hujung jari  sekarang pastinya membuka seluasnya pintu maklumat.  Anda boleh ‘google’ sahaja apa yang anda ingin tahu, cuma nasihat saya pilih laman yang ada kredibiliti dalam sesuatu bidang maklumat yang anda layari.

 

Dan apabila sebut hujung jari pastinya sebahagian terlintas buku yang selalu dibaca oleh kita; ‘buku muka’ (baca: Facebook). Saya katakan media sosial bukan satu tempat menambah maklumat, dan salah satu sebabnya adalah maklumat di media sosial bukan apa yang kita perlu sebaliknya apa yang orang lain perlu untuk disampaikan pada kita!

 

Dengan pelbagai maklumat yang diperolehi pastinya memberikan lebih input atau pilihan dalam membuat sesuatu keputusan, lebih-lebih lagi apabila berkaitan pengurusan kewangan melibatkan perbelanjaan, simpanan dan pelaburan? Siapa tak pernah dihidangkan dengan iklan-iklan di luar sana sebagai contoh pelaburan yang memaksimumkan keuntungan, bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu selamat dan terbukti?

 

Nah, inilah masanya anda sendiri mencantumkan semula maklumat yang telah diperolehi melalui bacaan dalam bentuk aplikasi. Instrumen pelaburan mestilah yang pertama berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti (jadi sudah boleh ‘reject’ jika pihak yang membuat penawaran itu tiada seliaan Suruhanjaya Sekuriti). 

 

Kedua, setiap pelaburan mestilah patuh syariah yang mana setiap syarikat mesti sekurang-kurangnya mempunyai akuan sokongan daripada penasihat shariah yang diiktiraf. Pemerhatian saya menunjukkan betapa banyak individu-individu yang dengan mudah ‘self-claim’ instrumen mereka patuh syariah, dan menyedihkan maklumat sebegini diterima bulat-bulat oleh sebahagian masyarakat. Ini sangatlah berbahaya kerana rezeki yang diperolehi ini bukanlah sesuatu yang halal.

 

Ini hanyalah sebahagian kecil pertimbanagan yang saya kongsikan supaya sekurang-kurangnya kita dapat melihat kepentingan membaca untuk mendapatkan maklumat seperti ini. Tak dinafikan sesetengah keadaan kita pasti ada manusia yang kita pecaya untuk bertanya, tetapi percayalah yang kita juga mesti secara individu mampu memahamkan maklumat tersebut.

2) Melatih Kemahiran Berfikir  

Selain memproses maklumat, jangan terkejut jika sekiranya maklumat yang diberikan mungkin betul tetapi telah dimanipulasi pihak yang tidak bertanggungjawab untuk manfaat tertentu. Pemerhatian saya melihat sesetengah pembacaan  mampu menterjemah maklumat-maklumat yang diperolehi melalui bacaan kepada proses berfikir yang kritis dan kreatif. 

 

Sebelum itu, bagaimana dikatakan maklumat yang dimanipulasi tersebut? Saya suka sebut bahasa lain pada manipulasi maklumat adalah menyembunyikan maklumat yang sepatutnya anda tahu. 

 

Contohnya apabila anda pergi pusat membeli belah kemudian tiba-tiba di laluan anda terdapat satu kiosk yang menawarkan diskaun sofa 70%, tanpa berfikir panjang anda terus membeli kemudian terus berkongsi di media sosial melihatkan kegembiraan!! Sedangkan yang anda lakukan adalah membelanjakan harga 30% sofa tersebut!

 

Bagaimana sebenarnya pembacaan ini boleh diadaptasi sebagai metodologi berfikir? Hakikatnya, kajian yang dibuat di Pusat Neuro-Polisi Universiti Emory membuktikan pembacaan meningkatkan hubungan antara sel otak. 

 

Mengapa hubungan antara sel ini amat penting? Kesan segeranya adalah memberikan lebih ‘alertness’ kepada proses membuat keputusan seseorang. Dalam situasi yang mudah seseorang akan lebih tenang dan tidak panik dalam membuat keputusan dengan segera.

 

Dan hasilnya, mereka ini tidak mudah tunduk dengan satu-satu bentuk pendekatan persuasif, dengan ketenangan keputusan yang dibuat pasti lebih memberikan manfaat.

3) Membaca Membentuk Sikap   

Ini mungkin baru bagi sebahagian tapi percayalah saya belum menemui orang malas yang membaca, begitulah sebaliknya orang yang menjadikan bacaan sebagai habit pastinya bukan seorang yang malas.


Pemerhatian saya selama saya berkecimpung dengan bidang kewangan ini, meyakinkan saya bahawa aset yang paling besar bagi seseorang yang nak mendapatkan pengurusan kewangan yang baik adalah sikapnya bukannya nilai material yang dimiliki.


Sikap adalah nilai yang saya sentiasa meletakkan fokus dalam setiap urusan kehidupan, dan sikap yang paling asas yang saya perlukan adalah rajin. Kenapa saya sebut rajin? Rajin adalah sikap yang membentuk sikap-sikap positif yang lain.


Mengapa seseorang akan terlibat dengan penipuan? rasuah? Hakikatnya itu adalah simptom kepada sikap malas, malas untuk bekerja dan inginkan pulangan yang cepat dan mendedahkan diri dengan aktiviti yang tidak bermoral.


Dengan keyakinan inilah saya percaya membaca mempunyai hubungan yang sangat intim dengan sikap rajin, persoalannya sekarang bagaimana rajin membantu dalam pengurusan kewangan?


Rajin tidak akan memberi mudarat kepada pemiliknya, kerana keputusan yang dibuat pastinya tidak berdasarkan emosi atau maklumat sedia ada. Sebaliknya, semua maklumat ini seudah diproses lebih awal sebelum dia membuat sesuatu keputusan.


Kesimpulan   

 

Tiada jalan pintas untuk kita mendapatkan pengurusan kewangan yang baik tanpa melalui jalan yang susah ini. Ya, pengalaman peribadi saya untuk mula membaca memang mengambil masa yang panjang untuk dapat ‘feel’. 

 

Teruskan langkah pertama jadikan buku sahabat anda paling setia, dan anda pasti tidak menyesal dengan keputusan yang anda buat hari ini. Dalam 5 tahun selepas ini jangan lupa beritahu saya bagaimana tulisan ini mengubah hidup anda!

 

 

Andai anda berminat nak tahu lebih bagaimana kemahiran keputusan kewangan anda dapat ditingkatkan, klik link http://www.kursusforensikwang.com untuk sesi coaching 1 on 1!