5 Tanda-tanda Anda Bakal Menuju Bankrap

bankrap

Bankrap tidak akan berlaku secara tiba-tiba. Ia bermula daripada tabiat buruk seseorang itu dalam pengurusan kewangan.

Masalahnya bermula dengan sekecil-kecil perkara seperti belanja melebih kemampuan. Kemudian ia jadi melarat disebabkan ego anda untuk tidak selesaikan masalah ini lalu anda pejamkan mata dan teruskan buat masalah yang lebih besar.

Akhirnya meletup kerana anda sudah tidak mampu nak selesaikan masalah yang terlalu besar itu.

Berita baiknya, benda ini boleh dikesan lebih awal.

Macam saya cakap, ia bermula dengan masalah-masalah kecil yang mungkin bagi anda itu perkara biasa.

Berikut 7 tanda-tanda awal yang boleh dikesan dan dirawat lebih awal lagi.

1. Henjut tahap kad kredit semaksimum yang mungkin

Mentang-mentang limit kad kredit anda tu RM10,000 , anda pun pergi hentam belanja sakan sampai tahap limit kad kredit.

Kemudian, hati kecil anda berbisik,

“Takpe, bulan depan boleh bayar minimum atau sikit-sikit dulu. Lama-lama habis lah”

Bilamana anda mengalami situasi macam ni, ketahuilah bahawa emosi anda sudah mengatasi rasional anda.

Anda lupa bahawa kadar faedah kad kredit tu tinggi sehinggakan anda rasa betapa susahnya nak habiskan hutang kad kredit tu.

Menurut Jabatan Insolvensi Malaysia, 5% daripada masalah bankrap adalah berpunca disebabkan hutang kad kredit.

Oleh itu, pentingnya untuk anda tidak guna kad kredit sehingga tahap limit maksimum.

Lagi bagus, tak guna langsung.

Kalau ada duit sendiri, buat apa nak guna kad kredit kan? Kalau anda guna semata-mata nak penuhi nafsu anda, maksudnya anda dah belanja luar dari kemampuan anda.

2. Menjadi penjamin pinjaman orang lain

Dalam pengurusan kewangan, tiada istilah belas kasihan atau simpati.

Semua berkait dengan nombor dan fakta.

Saya dah masak dengan benda ni. Ada kes pengurusan kewangan dah bagus tapi STUCK!

Sebab apa?

Tak boleh nak tambah aset menggunakan pinjaman disebabkan nama dah kena senarai hitam gara-gara kesian punya pasal. Walaupun dengan ahli keluarga sendiri!

3. Pendahuluan duit guna kad kredit

Tiba-tiba duit dah habis tapi sewa rumah, bil-bil tak bayar lagi? 

Tangan tu gatal pergi guna cash advance kad kredit. Ingat, bank berniaga dengan beri hutang. Mereka akan guna segala cara dan promosi supaya anda berhutang.

Saat anda gunakan cara ini, masalahnya bukan anda tak cukup duit.

Akarnya adalah anda sendiri.

Dah tahu tak cukup duit, pergilah cari duit. Jangan beli benda bukan-bukan. Selesaikanlah dulu segala komitmen yang ada dulu.

Faham ke?

4. Masalah skor kredit

Cuba pergi periksa CTOS atau CCRIS anda.

Kalau tak cantik, maksudnya anda ada tabiat yang tak baik dalam pengurusan kewangan.

Mudah, tak perlu nak kompleks pusing-pusing nak teknikal bagai.

Selesai masalah tabiat anda tu dulu. Baru boleh sembang nak tambah aset bagai.

5. Tak ada simpanan kecemasan

Simptom nya mudah, bila mana sampai masa kena bayar sewa rumah contohnya, tapi anda tak ada simpanan untuk dahulukan walaupun gaji masuk lambat.

Itu petanda anda tak ada simpanan kecemasan.

Ini benda paling asas dalam pengurusan kewangan.

Selesaikan benda ni cepat-cepat sebelum perkara yang tidak diingini berlaku.

Cukuplah 5 tanda-tanda yang biasa kita hadapi tapi tak ambil peduli.

Nampak remehkan?

Tunggulah bila dah jadi melarat nanti, baru tahu betapa menyesalnya tak dengar nasihat En Zaidi awal-awal.

Untuk rawat masalah-masalah kecil ni, anda boleh join Kursus Forensik Wang.