Inspirasi Daripada Buku, Pemuda Ini Boleh Simpan & Labur $100k

Sunny Shah, seorang pemuda lepasan universiti di St. Louis mula serius dalam pengurusan kewangan ketika tempoh kerja pertama beliau iaitu pada September 2017.

i-will-teach-you-how-to-be-rich

Sewaktu awal alam pekerjaan, beliau ada membaca buku ‘I Will Teach You To Be Rich’ tulisan Ramit Sethi yang menemukan kepada langkah mudah dalam pengurusan kewangan.

Hasilnya, beliau berjaya amalkan dua strategi mudah yang membuatkan simpanannya mencecah sehingga $100,000 (lebih kurang RM400k).

Apakah dua strategi itu? Berikut saya huraikan untuk anda.

 

Strategi ‘pay-yourself-first

Benda ni ramai yang dah tahu, cuma masih ramai yang takut nak buat.

Sebab apa?

Anda takut nanti perbelanjaan tak cukup kan?

Dalam strategi ni, sejurus duit gaji anda masuk, anda dah kena asingkan siap-siap sebagai simpanan anda. Peratusan minimum yang dicadangkan adalah 10%, lagi banyak lagi bagus.

Sebaik sahaja anda dah tentukan berapa banyak anda nak simpan, mahu atau tidak, anda kena disiplin untuk asingkan duit dan simpan di instrumen yang sesuai seperti Tabung Haji.

Lebih tragis, Sunny Shah menggunakan teknologi untuk automasikan simpanan beliau.

Belum sempat lihat jumlah gaji dalam akaun, duit dah ditolak ke akaun simpanan khas. Tak ke sedih tu?

Tapi ada baiknya.

Selepas beliau mengamalkan strategi ini, beliau merasakan tidak lagi perlu untuk melawan hawa nafsu untuk berjimat. 

Ini yang kita panggil sebagai defensif.

Benda ni yang ramai orang biasa buat, dan kebanyakannya tak menjadi pun. Kononnya nak simpan duit lebih lepas belanja. Jadi berperanglah dengan hawa nafsu untuk berjimat. Akhirnya kecundang juga sebab penatnya nak lawan emosi tu.

Jadi, beralihlah kepada strategi offensive iaitu simpan dahulu baru belanja.

Kalau dah tak cukup untuk belanja, anda kenalah pergi memburu untuk dapatkan pendapatan tambahan.

Logik bukan?

 

Strategi Automasi Pelaburan

Simpan sahaja tidak memadai kerana anda akan terlepas peluang untuk jana keuntungan.

Strategi seterusnya adalah automasikan jumlah yang anda selesa setiap bulan untuk dilaburkan.

Contohnya,

anda gunakan strategi pertama tadi dengan menyimpan RM300 setiap bulan untuk cukupkan dana kecemasan bersamaan 6 bulan gaji anda.

Bila dah capai objektif, anda boleh bahagikan simpanan kepada dua iaitu RM150 terus simpan dalam dana kecemasan anda.

Lagi RM150 anda letak dalam instrumen pelaburan.

Instrumen pelaburan ni boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada amanah saham, hartanah dan sebagainya.

Asalkan bukan skim cepat kaya.

Nampak kecil, tapi besar impaknya.

Kalau benda kecil ni pun anda tak mampu lakukan, apatah lagi perkara yang lebih besar.

Nak tip kewangan lebih banyak lagi?

Anda boleh sertai klinik kewangan untuk coaching di >>> www.kursusforensikwang.com

 

Sumber : businessinsider.com